FOLLOWERS

Tuesday 25 May 2010

SI TANTAWI AJAK PERKASA DEBAT ISU JUDI BOLA : EH, EH EH!!!





Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi.

Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan At-Tantawi berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa, kecuali sewaktu muktamar parti itu bulan depan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Biar betul Tantawi. Jangan main nak berdebat aje. Kerja anda main bercakap aje. Memang senang le. Mungkin Si Tantawi ini dah tak ada isu kot. Lesen judi tu pun bukannya lulus lagi pun oleh kerajaan. Hanya Si Vincent Tan ( kawan si DSAI ) tu je yang terkedepan nak beri tekanan kot.

2. Adalah lebih baik juga , Si Tantawi ini masukkan sekali debatnya dengan PERKASA atau secara berasingan dari debat judi ini dengan debat Isu pemimpin PAS yang kedarah duit Koperasi Kohilal yang berjumlah hampir RM 40 juta itu yang melibatkan 25 ribu pelabur PAS menggigit jari.

3. Buat-buat lupa ke wahai Tantawi. Takkan kerana Allah kot duit berpuloh juta lesap begitu sahaja. PAS pun sehingga kini senyap sunyi tak berani nak berkokok bab Kohilal ini. Sebelum ini pemimpin PAS samada dalam parlimen atau di pentas ceramah bukan main pandai sekali mengkritik kerajaan dengan mengatakan kerajaan tak pandai menguruskan ekonomi negara. Sekarang Kohilal bagaimana?

4. Dengan skala kecil menguruskan perniagaan pun bungkus. Jadi selepas ini sudah-sudah lah PAS nak kritik kerajaan tak pandai itu dan ini. Urus koperasi sendiri pun lintang pukang.

5. Mungkin selepas ini , pemimpin PAS termasuk Tantawi akan mengeluarkan fatwa dan buah silat baru dengan mengatakan Kohilal ini tak ada kaitan dengan PAS. Biasanya begitulah cara PAS selesai masalahnya. Paling tidak pun , PAS akan katakan itu derma ahli PAS untuk koperasi Kohilal. Halal!!!!

6. Jadi dicadangkan Tantawi ini buat juga debat mengenai Kohilal selain bab judi tersebut. Jangan buat-buat lupa pulak!!! Atau nak alih isu kot!!!!!!!!!!!!Begitulah kebiasaannya!!!!!

Nota : PG setuju benar semua pihak membantah bab judi ini. PG sebelum ini pun dah membantahnya. Cadangan bodoh seorang Tim. Menteri yang hanya menyusahkan PM dan TPM aje. Tetapi bab debat tu maaflah. Buang masa aje. Tak ada faedahnya. Lebih baik PAS buat perkara lain seperti cadangannya nak berarak depan rumah Awang Adek tu kira ok le. Atau taburkan juga tiket-tiket judi di depan rumah Awang Adek tu. Keh keh keh!!!!!

20 comments:

  1. DEbat le kalau berani

    ReplyDelete
  2. Dey tambi. Kenapa ajak Perkasa? Ajaklah Pemuda UMNO tu. Kenapa tak ajak KJ tu? Apa engkau ni takut dengan KJ?

    Tools of the Illuminati in Malaysia.

    ReplyDelete
  3. dah debat mende lagi nyer.dah jelas HARAM judi tuh...dosa besar (al-baqarah;219), kerje setan (al-maidah:90), menyebabkan permusuhan &kebencian (al-maidah: 91).

    buat je cam PG cdng tuh. berarak umah Awang Adeq..tapi sian plak kat anak2 beranak dia yang lain duk kat umah tuh..dosa lak kita nanti ganggu..buat demo aman di masjid2 je.pakat masjid buat solat hajat... tuh je kita mampu...

    ReplyDelete
  4. debat apanye bab judi wahai tantawi.PG setuju benor dengan si koyan tu. benda dah haram. nak debat apenya. tak ada akal ke si tantawi tu kot. serban penuh dengan habok dan virus. debat le bab kohilal tu. bedebat dengan mahfuz si pakar segala hal tu. debat bagaimana nak selamatkan kohilal dan bagaimana nak sumbat penyangak kohilal tu ke penjara. bawa sekali si jubah dan bapak-bapak serban di kepala tu kepanjara. kata pas amat telus.buktikanlah

    ReplyDelete
  5. tak ada pulak DAP dan pemimpin cina dan india PKR yang membantah dan nak menunjuk perasaan bab judi bola ni. ada apa-apa ke? PAS aje kemaruk seorang. Katanya DAP dah faham islam sejak berkawan dengan PAS. tak berbunyi pun DAP dan pemimpin bukan islam PKR dalam perkara ini. siapa tarbiah siapa ni!!!

    ReplyDelete
  6. tak abih2 nak berbahas ....tak ada cara lainke...ashik memedih telinga aje....dah benda tu haram, haram2 le apa nak dibahaskan lagi....mentang2 le pandai kelentog nak abik kesempatan le kelentong benda2 lain.

    ReplyDelete
  7. Kalau dah Tong taek memang macam tu

    Jamban at-tongtaek

    ReplyDelete
  8. Mr.Tantawi, masukan juga bab pasir di Selangor. Itu kira tak pandai menguruskan ekonomi jugak. Nak debat konon. Perkasa pun dah bantah tak setuju lesen judi bola. Tak ikut perkembangan ke?
    Balak,Kohilal,PKMB dan pakej haji libatkan sekali.

    Ada berok sekor kata Kohilal tak dapat 'bail out' tu pasal terus melarat. Koperasi lain takde pun mcm Kohilal. Kalau harta rakyat di Kelantan pun dikebas duit koperasi apa lagi. Ahli2 sedekah. Ustaz2 banyak takde keje so panggil dia orang urus. Buka lagi anak2 syarikat untuk sama2 cekek duit ahli lepas tu kata rugi sebab nasib tak baik. Senang je beri alasan. RM.48juta kena telan pasal nasib.

    Nasib si Labu Labi,berjaya dalam mimpi je.

    ReplyDelete
  9. aku pn x stuju dgn cadangan nax luluskan lesen judi...tp apa pn, tlg ckp kt tantawi jgn nax sibuk hal judi jek, hal arak kt elangor 2 pn kene d perdebatkan...jualan arak kt kelantan mcm mana pulax???

    ReplyDelete
  10. SLMBRO...SI TANTAIK NI MUNGKIN LALOK. MAKLUM LA SJAK SI HADI BWK RAMAI ORG BKN ISLAM 'BERKAMPUNG' DLM PARTAI PISS SAMPAI DAH X KENAL MANA ORG ISLAM MANA BKN ISLAM..PUKOL SAMEEEE RATAAAA JEK KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  11. suruh tantaik berdebat dengan nik aziz la lagi baekkk. kenapa nik aziz renew lesen judi di kelantan, dah 20 thn renew.

    husam

    ReplyDelete
  12. kah kah kah!
    judi, judi , judi,
    nak debat apa lagi wahai al-tantawi,

    kah kah kah!
    UMNO dgn judi,
    dimana UMNO dimana judi,
    dikiri Judi tentu dikanan UMNO,
    dibawah UMNO pasti di atas judi,
    didepan taukeh judi dan jubur pembesar UMNO,
    bagaikan tali dgn beruk,
    bagaikan taik dgn ketuk,
    tak berpisah saling berkait,

    kah kah kah!
    fitnah, fitnah, fitnah,
    kalau tak percaya,
    jgn ditanya ust Firdhaus,
    tanya sahaja al-Hafiz Vincent Tan,
    jgn ditanya Jamil Baharum,
    tanya sahaja Adnan Mansur al-Magnum,
    jgn ditanya Marsitah ad-Darurat,
    tanya sahaja almarhum Khir Johari,
    yg alim kucing buat tak tahu,
    yg tahi judi rela mati dlm judi.

    kah kah kah!
    nak debat apa lagi wahai al-tantawi,
    kedai toto depan masjid,
    kedai magnum tepi surau,
    kedai 4 nombor ekor sebelah madrasah,
    yg kaya ke Genting,
    yg miskin pakai kopiah tikam ekor,

    kah kah kah!
    nak debat apa lagi wahai al-tantawi,
    yg samar di debat,
    yg syubhat dibahas,
    yg khilaf diperselisihkan,
    jelas macam mentari,
    terang macam bulan,
    cerah macam siang,
    punah iman jika ditentang,

    kah kah kah!
    nak debat apa lagi wahai al-tantawi,
    Mana-mana pelayar blog ini,
    diminta memberi nama taukeh judi dalam UMNO.

    ReplyDelete
  13. Najib Roswah Gadai Tanah KTM Sepanjang 30 KM Kepada Singapura Semalam


    Adakah tanah pusaka kita di Singapura, telah dijual kepada Singapura..jawapannya YA. Najib bodoh telah bersetuju pindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar milik melayu sejak 78 tahun lalu ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011 nanti. Maksudnya tanah itu akan dipindah milik kepada Singapura dan tanah itu bukan milik negara kita lagi.

    Bahkan jual tanah itu turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands. Dan untuk nyahkan Malaysia dari Singapura, apabila perkhidmatan rel pantas atau sistem transit pantas (rapid transit system, RTS) itu dapat beroperasi dengan sempurna, Malaysia akan memindahkan stesen KTMB dan CIQ Malaysia di Woodlands ke terminal baru kereta api di Johor Bahru.

    Wooi Najib bangang, tindakan ko ini akan melupuskan tanah nenek moyang kita di Singapura..Kenapa? tak boleh ke ada tanah di Singapura? tu yang Singapura miliki tanah di seluruh negara kita terutamanya di wilayah Iskandar, tak apa..apalah bangang pemimpin stupid malaysia ni.

    Singapura pandai ambik kesempatan. Buat linkedua yang tak laku pastu turunkan tol..tambak johor????kekal macam tu lah..kalau buat jambatan bengkok, tentu pelabuhan di negara kita akan laku..macam Pelabuhan Melaka zaman dahulu. Dan air di pantai lido akan jadi bersih..tapi sekarang? Memang Malaysia dah kena tipu..singapura lagi bijak dan pandai menipu..tengok litar F1 je lah..Malaysia buat litar berjuta-juta..tapi Singapura? guna jalan raya kawasan bandar mereka je..memang najib macam pak pandir.

    Untuk sejukkan isu ini, dikatakannya bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk tubuhkan M-S Pte. Ltd. yang mana Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura.

    Jangan jadi macam limbang dah la..kononnya petronas dapat join projek itu tapi kena serah wilayah kepada Brunei.....Dan Najib Althanthuyaa, tolong dedahkan tanah tu dah dijual ke Singapura ke belum..jangan nak canangkan tubuh syarikat je, beritahu kat rakyat negara ini status tanah tu.

    Memang orang melayu, cina dan india mudah ditipu oleh BN. Tanah KTM itu berada di wilayah yang amat berharga. Dan kenapa perlu diubah suai ke tempat lain dan akhirnya KTM kembali ke johor bharu..bahkan landasan KTM akan sampai ke JB sahaja, sebelum disambungkan dengan sistem transit pantas macam lrt..dahla rugi hilang tanah, KTMB juga rugi tiket perjalanan ke Singapura..najib memang stupid. Apa yang buatkan diri tunduk pada Singapura dalam masa 1 hari je sedangkan masalah tu berpuluh tahun tak selesai.

    Adakah kerana ia ada sangkut paut dengan gambar najib dan altantuya di singapura? Mengikut akuan bersumpah bala, najib ada bersama altantuya di singapura melihat pameran intan berlian. Dan sudah pasti ada SB Singapura yang tangkap gambar najib..tu yang najib takut tu..sebagai pertukaran gambar yang boleh hancurkan karier politik najib, lebih baik jual tanah pada Singapura..

    ReplyDelete
  14. Lepas ni tentu ada pemimpin umno gila yang kata, "oh kita sebenarnya x rugi pun.. sebaliknya ini adalah 'win-win' situation" ...nak tipu melayu rakyat??zaman dulu bolehlah..najib bodoh tak kira perasaan orang melayu ke..selama 73 tahun pertahankan tanah laluan landasan keretapi sepanjang 30km dan tanah seluas 217 hektar di Singapura. Kalau semua nak tahu, landasan KTM ini terus sampai kawasan pelabuhan dan pelancongan di Sentosa. Pendek kata, merentasi sepanjang-panjang Singapura sehingga ke penghujung. Termasuklah landasan. Maknanya, Malaysia ada tanah yang membelah di tengah-tengah jantung Singapura. Sedangkan Tanah KTM ni dikira sebagai kedaulatan kita..mcm tanah kedutaan..Singapura phobia dengan tanah KTM ini sebab selain merentasi Singapura, ia juga adalah satu monumen sejarah yang menghantui Singapura dan mengingatkan Singapura bahawa mereka pernah berada didalam Malaysia suatu ketika dahulu..Tapi bodohnya Najib, ditukarnya tanah itu..memang mangkok.

    Akhirnye rakyat Malaysia diperbodohkn oleh orang Singapore dan Najib suami isteri. Setidur-tidur Pak Lah, dia tak gadai tanah kat Singapura. Najib dan Muhyiddin sama je, dulu Muhyiddin jadi MB Johor, dibenarkannya Singapura menguasai loji air, empangan dan tanah untuk saluran air kepada Singapura dengan kuasa mutlak 100% kepada negara itu. Memang pm dan tpm dasar kaki jual negara.

    Dah la judi tak selesai lagi, ditambah pula bala yang baru ini..tu belum lagi timbul isu kebodohan pm malaysia pada 1961, yang buat perjanjian 100 tahun jual air pada Singapura dengan harga 3 sen untuk 1,000 gelen bersamaan 0.8 sen (tidak sampai pun 1 sen) bagi semeter padu. Sangat murah harga..tapi bila dengan rakyat sendiri, berkira..nasib baik pr Selangor beri air percuma 20 meter padu walaupun Pahang jual air pada Selangor dengan kadar 10 sen semeter padu tidak termasuk kos operasi dan penyelenggaraan. Nasiblah kerajaan bodoh BN suruhan Apco Israel memimpin Malaysia.

    Masa Pak Lah, serah blok minyak 320 bilion pada Brunei..tiba time Najib monggol, serah tanah KTM yang berharga bilion itu pada Singapura..buat malu je nama KTM, Keretapi Tanah Melayu, tapi tanah tergadai pada orang lain..lepas ni tentu serah pula Pulau Spratly, pulau Pisang, Ligitan, Ambalat, Sabah (Filipin masih memendam tuntutannya terhadap Sabah) dan beberapa lagi tanah lain yang tidak diketahui kepada negara jiran..kononnya win-win situation..cis..dulu masa pergi program GPMS dan JASA milik UMNO, lagu inilah yang disuruh hafalnya dan nyanyi tiap-tiap pagi..

    Anak kecil main api

    Terbakar hatinya yang sepi

    Air mata darah bercampur keringat

    Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya raya

    Tergadai seluruh harta benda

    Akibat sengketa sesamalah kita

    Cinta lenyap di arus zaman

    Tapi rupa-rupanya lagu ni tak bawa apa-apa makna..kerana UMNO sahaja tiup perkauman, tapi seluruh tanah orang melayu digadainya demi fulus..

    ReplyDelete
  15. Mula2 JV 60/40... lama2 takeover 0/100!

    ReplyDelete
  16. Kenapa gambar isteri yang dikasihi nampak confused sangat.. Mohon mintak tukar yang baru, senyum riang ria..

    ReplyDelete
  17. habislah tanah KTM - simboliknya, takluk jajahan YDPA diSingapura melalui laluan KTM yang membelah Singapura kepada dua dari utara hingga selatan selama 999 luput. Dengan ini, megahlah Singapura bahawa hakmutlaknya akan menjadi menyeluruh. Mula-mula dihalaunya,kapal perang Malaysia dari woodland. Kemudian diambilnya Batu Putih dan banyak lagi nanti.

    ReplyDelete
  18. gambar isteri tu masa ambil mengadap matahari. nampak le muram sikit. ambil di tepi sungai kemaman. saya cuba ganti. tq atas teguran

    ReplyDelete
  19. oi PG
    no komen ke isu tanah KTM tu?
    apsal senyap?dah salah pandai plak senyap
    salah orang menyalak mengalahkan anjing!
    pukimak punya keturunan!

    ReplyDelete
  20. Anon 26 May 2010 12:47 Tak payahlah dok maki-maki dan menyalak-nyalak macam anjing... itu ajaran syaitan tu. Tapi walau macam mana pun aku tak hairan kalau kau suka maki memaki sebab ajaran Ulamak Terompah yang menghalalkan dan mungkin juga emak bapak kau yang ajar atau memang keturunan kau memang dilahirkan untuk maki memaki ni.
    Suruh aja..PAS dedahkan dulu mana duit pelabur-pelabur Koperasi Kohilal tu?. Lepas ni kita pakat-pakat suruh pulak Kerajaan BN dedahkan cerita tanah KTM pulak baru adil. Tapi dalam akhbar dan media-media pun dah ceritakan serba sedikit pasal tanah KTM tu? Itulah kau ni dah buta mata dan hati sebab tu tak nampak apa-apa pun kebaikan orang lain buat walaupun sebesar kuman. Yang kau nampak dok maki orang aja.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR