FOLLOWERS

Thursday 26 August 2010

HUDUD : HANYALAH BARANG DAGANGAN SEMASA PAS !!!





KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS. Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya, ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Penghuni Gua : Lihat dan fahami kenyataan Mustafa Ali ini.............................................

1. Dari kenyataan ini, sah dan memang kelihatan PAS hipokrit dan pembelit dalam isu hudud. Nak sebut hudud pun tak berani dalam kenyataan ini kerana sebab politik. Ikhlas ke PAS nak laksana hudud? Kalau ikhlas mengapa takut nak war-warkan kenyataan mengenai hudud dan nafikan pulak berita dari The Star?

2. Lihat kenyataan di atas. Mustafa dan PAS berdolak dalik untuk mengwar-warkan hudud atau nak laksanakannya. Beliau mengatakan hudud hanyalah satu juzuk sahaja dari keseluruhan islam. Lain macam aje. Dulu Tun Mahathir pun pernah kata begini iaitu hudud hanyalah 0.0001 % dari apa yang islam perintahkan. Tetapi Tun Mahathir di kafirkan oleh TGHH dan oleh semua pemimpin PAS. Ahli UMNO juga di kafirkan. Sekarang Mustafa Ali pula gunakan perkataan yang Tun pernah ucapkan. Cuma bezanya, Tun gunakan peratusan sementara Mustafa / PAS gunakan perkataan juzuk. Tetapi fatwanya berbeza. Tun dan UMNO di kafirkan melalui amanat TGHH . Hairannya , Mustafa Ali tak pula di kafirkan oleh PAS atau pemimpin mereka sendiri bila keluarkan kenyataan ini.

3. Itulah hipokrasi dan talam dua muka serta lidah PAS dan pemimpinnya yang bercabang. Dua hukum yang berlainan dalam isu pokok yang sama.

4. Juga kemunafikan PAS dalam isu hudud. Dulu beriya-ria nak laksanakan hudud. Kini nak sebut perkataan hudud pun takut . Lihat lah kenyataan di atas. Mustafa " taichi kiri kanan , takut kenyataan hududnya akan menyinggung DAP dan pakatan dan kerugian undi dari bangsa Cina. Lihat juga perlembagaan PAS, kalau betul nak laksana hudud dan PAS ikhlas dalam perjuangannnya, mengapa perlembagaan PAS tiada perkataan hudud? Nizar Jamaluddin pun pernah gunakan alasan ini di DUN Perak. Jadi hudud hanyalah perkara kepentingan politik. Sekarang tak untung nak sebut hudud, jadi di diamkan serta semuanya halal dan tiada nak di kafirkan sesama islam. Jika untung di masa depan, maka mulalah hudud di mainkan semula, dan fatwa kafir akan berkumandang semua.

5. Hudud PAS tak lebih dari hanya barang dagangan PAS untuk faedah politik. Teliti kenyataan Mustafa tersebut. Pengundi muda. Fikirkan. Bukan susah sangat nak melihat hipokrasi dan lidah bercabang PAS ini. ........................Allah Maha Besar. Berbagai isyarat Allah sampaikan , untuk melihat pembohongan dan hipokrasi PAS ini dalam politik Malaysia . Fikirkan.

7 comments:

  1. salam,
    ahli UMNO faham dan membaca. mereka cuba memahami segala tindakan pemimpin mereka. ta[i alipas kurang membaca dan berfikir. mereka hanya dengar yg tok guru ckp aje. tok guru macam nabi dan tuhan, segala yg disebut, tak ada org berani bantah. betulll belaka. percaya kpd tok guru lebih drpd percaya Rukun Iman. jadi cakap la , tulis la, apa pun tak jejas dan masuk dalam kapla mereka. tok guru saja yg mampu mengubahnya. hj hadi pun tak mampu. baru ckp perpaduan dan bertentangan dgn tok guru, nyaris kena cop kafir.

    ReplyDelete
  2. No problemLAH nanti ANA arahkan MENANTU ANA ARISFAHMI TUBUHKAN SYARIKAT DAN JADI MAJOR SHAREHOLDER. Ni hanya andaian ja kalulah betul BARANGAN DAGANGAN.

    ReplyDelete
  3. HALAL KEDARAH RASUAH HAJI PUN. SELIPAR AMBIL UNTUK BERKAT. TAK KE KURAFAT NAMANYA.

    KEH KEH KEH EGO NAMANYA JUGA

    KATAK PURU.

    ReplyDelete
  4. Abdul Hadi Awang pernah mengatakan Hudud hanya 0.0001% daripada hukum Islam. Kenapa dia tak cakap hudud adalah 99.9999% daripada hukum Islam??? Yang pencacai hamPAS melalak sana sini mengenai hukum hudud ni kenapa??? Sudahkah N.ajis melaksanakan hukum berkenaan secara total di Kelantan??

    Apa??? Alasannya kerana Tun Mahathir tak beri??... Nampaknya pemimpin hamPAS lebih takutkan manusia dari takutkan ALLAH.

    ReplyDelete
  5. Tak habis2 umno dgn hududnya...

    biarlah umno terjun dgn hududnya...kah..kah.kah!!

    org dah kedepan jauh dah, umno masih jauh ketinggalan di belakang, kerana asyik bergaduh, bertekak, berparang pasal hudud umno!!!...

    biarlah umno nak kata apa pun...lantak dia lah, jgn usik dan kacau, dia tgh naik sheikh tu..gasak dia lah nak kata apa...yg ptng kita usaha lbh hebat lbh kuat agar kita diberikan kemenangan olh Allah...biar lah umno nak ckp apa pun, nak halang pun mrk tetap cam tu jugak...org bebal lah katakan!!!

    ReplyDelete
  6. Salam,

    1 Dlm soal pemeritahan ini, sesungguhnya, kedua-dua parti umat lslam ini, PAS atau UMNO, bukan saja sama-sama tidak menempuh jalan lslam, bahkan sedang terpesong dari landasan sbenar bagaimna hakikt brpemrinthahan/bernegara
    mengikut kaedah yg menepati tuntutan lslam. Sebab itu, yang wujud sekarang hanyalah pemerintahan sekular, yg berjalan di atas rel sistem hukum sivil-sekular, yg bukan sahaja terpesong jauh dari jalan lslam, bahkan sedang terperangkap di dalam sistem bernegara kufur. Akibatnya, dalam apa juga wacana utk mencari solusi yg lslami, yg menepati kehendak lslam [dan ini yg sering diharap2kan] pasti tidak akan pernah ditemukan drp sistem kufur ini. Bagaimanakah mungkin didapati solusi atau penyelesaian yg tuntas, solusi yg menepati lslam drp premis yg bertentangan dgn sistsm lslam itu sendiri? Sebagai contoh; mahu dicari solusi utk mengatasi kebobrokan sosial, spt pembuangan bayi misalnya, tetapi hukuman secara lslam ke atas penzina bukan saja dihindari drp dilaksanalan, malah diperlekeh, sementara sarana yg sangat membuka peluang kdp kebejatan sosial, iaitu hedonisme, itulah sistem sosial yg didukung & dihidupkan. Walhal, lslam itu
    ad-deen [cara hidup] yg sempurna dlm segala hal, trmasuk dlm segala aspek pemerintahan & urusan kehidupan. Firman Allah, maksudnya;

    "Pada hari ini telah Aku sempurnakan utk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kpd kamu ni'mat-Ku, dan telah Aku ridhai lslam sebagai agama [cara hidup] bagi kamu" [al-Maidah (5):3].

    2 Perlu difahami dengan jelas bahawa pemikiran bernegara secara lslam tidak pernah membenarkan pencemaran dan percampuradukan drp pemikiran yg bukan drp lslam, iaitu pmikiran kufur. Hal ini,
    kerana bernegara bukahlah perkara yg dzanni, soal khilafiyyah, sebaliknya hal yg jelas qat'i, yg ada sumber dalil dan nashnya secara jelas nyata, iaitu kaedah mendirikan dan memerintah negara sebagaimna yg Rasullulah saw & para sahabat laksanakan ketika berjuang, dan seterusnya melaksanakan pemerintahan Negara lslam di Madinah. Agar umat lslam mampu menegakkan sistem hukum syariat secara kaffah dalam rangka menyahut seruan as-Syari' [Allah] utk menjadikan lslam ad-deen [cara hidup], hanya itulah satu-satunya method, iaitu method bernegara di atas manhaj [jalan/ method] kenabian. lnilah puncak kpd seluruh aktiviti mendakwahkan lslam, iaitu dakwah bil hal, yg dengannya saja lslam dapat dizahirkan sebagai ad-deen, sistem yg sempurna utk mengatur-urus kehidupan. Bahkan, Allah menyatakan jika mengambil apa jua sistem kehidupan selain lslam, umpama sistem sivil-sekular spt sekarang, tidak diterima-Nya. Firman-Nya, maksudnya;

    "Seaiapa yang mencari agama [ad-deen, sistem hidup] selain agama lslam, maka tidak akan diterima drpnya,dan pada Hari Akhirat kelak dia tergolong drp orang2 yang rugi" [Ali lmran (3):85].

    3 Apakah belum lagi tiba masanya utk PAS dan UMNO, bersama-sama bergerak dgn seluruh umat lslsm global, utk sama-sama mencari jalan itu...iaitu menegakkan satu2nya daulah yg melaksanakan sistem hukum syariat kaffah melalui penegakkan Daulah Khilafah, dgn menolak daulah kufur-sekular ini...? Allahu a'lam.

    abu faiq.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan Pg & Sema2...,

    HUDUD : HANYALAH BARANG DAGANGAN SEMASA PAS !!!

    Perjuangan poitik hamPAS tidak lagi spt era penubuhan diawal 50an yang sanggup kalah dalam apa perjuangan termasuk pilihanraya raya, yang halal ttp, haram begitu juga,. demi kesucian Islam.

    Sejak terikut dgn gabungan fuckatan semua proses menjadi nyata, nilai, disebalik dan yang nyata sama tidak ada perbezaan. Semua tahu, mereka tidak lagi merujuk kepada al kitab, al hadis, hatta Al Quran dengan mencari pandangan dan kajian serta kupasan dari ilmuan, tetapi hanya merujuk kepda seorang yang dinamakan tok guru polietaik. Cuba teliti kenyataan dan susunan atur bahasa jels setiap kali hanya berbelit-belit yang tahu...

    Pang5 Beliung tok sir hamPASik

    ReplyDelete

PETA PELAYAR