FOLLOWERS

Showing posts with label PUTAR BELIT PAS. Show all posts
Showing posts with label PUTAR BELIT PAS. Show all posts

Thursday, 26 August 2010

HUDUD : HANYALAH BARANG DAGANGAN SEMASA PAS !!!





KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS. Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya, ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Penghuni Gua : Lihat dan fahami kenyataan Mustafa Ali ini.............................................

1. Dari kenyataan ini, sah dan memang kelihatan PAS hipokrit dan pembelit dalam isu hudud. Nak sebut hudud pun tak berani dalam kenyataan ini kerana sebab politik. Ikhlas ke PAS nak laksana hudud? Kalau ikhlas mengapa takut nak war-warkan kenyataan mengenai hudud dan nafikan pulak berita dari The Star?

2. Lihat kenyataan di atas. Mustafa dan PAS berdolak dalik untuk mengwar-warkan hudud atau nak laksanakannya. Beliau mengatakan hudud hanyalah satu juzuk sahaja dari keseluruhan islam. Lain macam aje. Dulu Tun Mahathir pun pernah kata begini iaitu hudud hanyalah 0.0001 % dari apa yang islam perintahkan. Tetapi Tun Mahathir di kafirkan oleh TGHH dan oleh semua pemimpin PAS. Ahli UMNO juga di kafirkan. Sekarang Mustafa Ali pula gunakan perkataan yang Tun pernah ucapkan. Cuma bezanya, Tun gunakan peratusan sementara Mustafa / PAS gunakan perkataan juzuk. Tetapi fatwanya berbeza. Tun dan UMNO di kafirkan melalui amanat TGHH . Hairannya , Mustafa Ali tak pula di kafirkan oleh PAS atau pemimpin mereka sendiri bila keluarkan kenyataan ini.

3. Itulah hipokrasi dan talam dua muka serta lidah PAS dan pemimpinnya yang bercabang. Dua hukum yang berlainan dalam isu pokok yang sama.

4. Juga kemunafikan PAS dalam isu hudud. Dulu beriya-ria nak laksanakan hudud. Kini nak sebut perkataan hudud pun takut . Lihat lah kenyataan di atas. Mustafa " taichi kiri kanan , takut kenyataan hududnya akan menyinggung DAP dan pakatan dan kerugian undi dari bangsa Cina. Lihat juga perlembagaan PAS, kalau betul nak laksana hudud dan PAS ikhlas dalam perjuangannnya, mengapa perlembagaan PAS tiada perkataan hudud? Nizar Jamaluddin pun pernah gunakan alasan ini di DUN Perak. Jadi hudud hanyalah perkara kepentingan politik. Sekarang tak untung nak sebut hudud, jadi di diamkan serta semuanya halal dan tiada nak di kafirkan sesama islam. Jika untung di masa depan, maka mulalah hudud di mainkan semula, dan fatwa kafir akan berkumandang semua.

5. Hudud PAS tak lebih dari hanya barang dagangan PAS untuk faedah politik. Teliti kenyataan Mustafa tersebut. Pengundi muda. Fikirkan. Bukan susah sangat nak melihat hipokrasi dan lidah bercabang PAS ini. ........................Allah Maha Besar. Berbagai isyarat Allah sampaikan , untuk melihat pembohongan dan hipokrasi PAS ini dalam politik Malaysia . Fikirkan.

PETA PELAYAR