FOLLOWERS

Wednesday 16 March 2011

MALAYAN LAW JOURNAL :ASAS HUKUMAN JUVANA !!!!!


[1996] 4 MLJ 309
Public Prosecutor v Saiful Afikin bin Mohd Firus
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) — CRIMINAL APPEAL
(JUVENILE) NO 41–32–1995

Judges NIK HASHIM JC
Date 29 FEBRUARY 1996
Citation [1996] 4 MLJ 309


Catchwords:

Criminal Procedure — Juvenile — Sentencing of — Probation order — Whether probation order can be made in homicide case — Penal Code (FMS Cap 45) s 304 — Juvenile Courts Act 1947 s 21(1)

Criminal Procedure — Juvenile — Sentencing of — Compensation order — Whether order of compensation valid where guardian not given an opportunity to be heard — Juvenile Courts Act 1947 s 13

Criminal Procedure — Juvenile — Sentencing of — Imprisonment — Whether order to place offender under care of his parents appropriate in homicide case — Whether order of imprisonment appropriate — Whether end of justice suitably served if offender sent to an approved school instead of prison — Juvenile Courts Act 1947 ss 12(1)(d), (f) & 40

Bahasa Malaysia Summary:

Seorang pesalah juvana (‘pesalah itu’) mengaku bersalah terhadap pertuduhan homisid salah yang tidak berjumlah kepada pembunuhan di bawah cabang pertama s 304 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) (‘Kanun itu’). Pada masa melakukan kesalahan itu, pesalah itu berumur 16 tahun. Mahkamah juvana mengenakan perintah-perintah berikut terhadapnya, iaitu bahawa:

(i) pesalah itu diletakkan di bawah jagaan ibu bapanya selama dua tahun di bawah s 12(1)(d) Akta Mahkamah Juvana 1947 (‘Akta itu’);

(ii) pesalah itu diletakkan di bawah perintah percubaan selama dua tahun di bawah s 21(1) Akta itu; dan

(iii) penjaga pesalan itu hendaklah membayar RM1,500 kepada ibu bapa si mati sebagai pampasan.

Pendakwa Raya merayu terhadap perintah-perintah itu. Dihujah bahawa perintah-perintah itu tidak sesuai terhadap kesalahan yang dipertuduh dan sepatutnya diganti dengan perintah yang lebih sesuai yang membayangkan bagaimana seriusnya kesalahan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membatalkan perintah-perintah yang dibuat oleh mahkamah juvana dan memerintahkan pesalah itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney:

(1) Perintah percubaan itu tidak boleh dibuat di dalam kes homisid mengikut s 21(1) Akta itu. Kesalahan di bawah rayuan ini sememangnya adalah kes homisid di bawah cabang pertama s 304 Kanun itu. Maka, perintah yang dikenakan di bawah (ii) seperti di atas, iaitu meletakkan pesalah di bawah percubaan, telah dibuat dengan salah dan mesti diketepikan (lihat ms 312I, 313A–B).

(2) Berkaitan dengan perintah pampasan di bawah (iii), s 13 Akta itu mensyaratkan bahawa peluang didengar harus diberikan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum perintah pampasan dibuat terhadapnya. Walau bagaimanapun, rekod tidak menunjukkan bahawa peluang sebegitu telah diberikan kepada ibu pesalah yang hadir di mahkamah semasa perbicaraan. Maka, dengan ketiadaan siasatan mengenai kebolehannya membayar, mahkamah juvana telah membuat kesilapan yang sangat besar apabila membuat perintah pampasan itu terhadapnya. Perkara yang di luar aturan itu adalah kegagalan keadilan yang tidak boleh dibaiki dan menjadikan perintah itu tidak sah. Maka, perintah (iii) itu mesti diketepikan juga (lihat ms 313E–F).

(3) Pada masa yang material, pesalah itu adalah orang muda dan beliau merupakan pesalah kali pertama. Maka, hukuman penjara tidak sesuai dan tidak perlu. Akan tetapi, perintah di bawah s 12(1)(d) untuk meletakkan pesalah di bawah jagaan ibu bapanya juga tidak sesuai dan sepadan dengan fakta-fakta dan kesalahan yang dipertuduhkan kerana kesalahan yang dipertuduh itu adalah sangat serius dan pesalah mesti dihukum dengan serius juga. Keadilan hanya dapat dicapai sekiranya pesalah dihantar ke sekolah yang diluluskan dan bukan dengan menghantarnya ke penjara. Maka, perintah yang dibuat oleh mahkamah juvana dibatalkan, dan digantikan dengan perintah bahawa pesalah dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga dia mencapai umur 21 tahun mengikut ss 12(1)(f) dan 40 Akta itu (lihat ms 314H–I, 315C–D; Tukiran bin Taib v PP [1955] MLJ 24 diikut).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR