FOLLOWERS

Thursday 31 March 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !!!


[1996] 5

MLJ 1 Sanuar Kamarudin bin Ahmad v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia & Anor Case Details: Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) —

CRIMINAL APPLICATION NO 44–10–1996

Judges NIK HASHIM JC JC

Date 22 MAY 1996

Citation [1996] 5 MLJ 1


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Detention of drug addict — Non-compliance with provisions of Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 — Whether failure to consider rehabilitation officer’s report fatal to order of detention — Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 s 6(1)(a), (3), (4) & (5) Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah permohonan oleh Sanuar Kamarudin bin Ahmad (‘pemohon’) di bawah s 365 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) untuk suatu writ habeas corpus ad subjiciendum. Pemohon telah diarahkan oleh majistret supaya ditahan untuk menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun dan selepas itu untuk menjalani pengawasan jagaan susul oleh pegawai pemulihan untuk tempoh selama dua tahun lagi di bawah s 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (‘Akta itu’). Pemohon menegaskan bahawa laporan-laporan polis, perubatan dan pegawai pemulihan telah tidak ditandakan sebagai ekshibit dan oleh itu, tidak terdapat keterangan di hadapan mahkamah untuk menyokong perintah majistret. Peguam persekutuan telah berhujah bahawa kegagalan untuk menandakan laporan-laporan itu tidak menyebabkan perintah itu terbatal. Diputuskan: Diputuskan, membenarkan permohonan itu dan membebaskan pemohon:

(1) Peruntukan s 6 Akta itu adalah bersifat penal, yang membawa kesan ke atas kebebasan seseorang individu. Ini seharusnya disedari dengan sewajarnya oleh majistret sebelum beliau menjalankan kuasa terusnya di bawah Akta itu. Di mana penahanan tidak boleh diputuskan sebagai telah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang, maka penahanan itu adalah salah dan orang yang ditahan hendaklah dibebaskan serta-merta (lihat ms 4D–G); Ang Gin Lee v PP [1991] 1 MLJ 498 dan Re Datuk James Wong Kim Min [1976] 2 MLJ 245 diikut.

(2) Sebelum satu perintah penahanan untuk rawatan serta pemulihan dibawah s 6(1)(a) Akta itu boleh dibuat secara sah ke atas seorang penagih dadah, beberapa syarat terdahulu mestilah dipatuhi dengan ketat. Syarat-syarat terdahulu ini adalah khususnya, bahawa penagih dadah yang ditahan hendaklah diberitahu alasan-alasan penahanannya secepat yang mungkin; beliau hendaklah disahkan oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai seorang penagih dadah; beliau mestilah diberi peluang untuk membuat representasi dan tidak hanya setakat membuat permohonan atau rayuan; majistret seharusnya mempertimbangkan laporan pegawai pemulihan dan satu salinan yang sama mestilah diberikan, dibaca dan diterangkan kepada orang yang hendak ditahan; majistret mesti mengambil kira hal keadaan kes, perwatakan, sejarah hidup, umur, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, keluarga dan hal keadaan lain orang yang hendak ditahan dan majistret mesti menyimpan rekod prosiding itu serta fakta bahawa kesemua syarat-syarat terdahulu dalam sub-ss (1), (3), (4) dan (5) dalam s 6 Akta itu telah dipatuhi (lihat ms 4H–5D); Re Haji Sazali [1992] 2 MLJ 864 ; Hoo Thian Siong v PP [1988] 2 MLJ 401 dan Re Roshidi bin Mohamed [1988] 2 MLJ 193 diikut.

(3) Tidak terdapat, mana-mana dalam rekod, apa-apa yang menunjukkan bahawa majistret telah mempertimbangkan laporan pegawai pemulihan sebelum beliau membuat perintah itu. Oleh itu, majistret itu tidak boleh dikatakan telah mematuhi peruntukan mandatori s 6(3) Akta itu. Kegagalan untuk mematuhi s 6(3) sedemikian adalah membawa padah kepada penerusan penahanan pemohon untuk tujuan rawatan dan pemulihan di bawah s 6(1)(a) Akta itu. Perintah itu adalah salah dan penahanan pemohon adalah tidak sah kerana tidak mematuhi undang-undang (lihat ms 6E–G).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca. MLJ adalah dokumen awan. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR