FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / HABEAS CORPUS. Show all posts
Showing posts with label MLJ / HABEAS CORPUS. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KEPERLUAN UTAMA HABEAS CORPUS !!!!!!!



[1993] 1 MLJ 65
Aw Ngoh Leang v Inspector General of Police & Ors
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–238–90

Judges HASHIM YEOP A SANI (MALAYA) CJ
HARUN HASHIM SCJ
LC VOHRAH J

Date 8 OCTOBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 65



Catchwords:


Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Failure to give a detainee the correct number of prescribed forms for making representations — Whether failure resulted in prejudice and injustice — Public Order and Prevention of Crime (Procedure) Rules 1972 r 3(2)
Bahasa Malaysia Summary:


Perayu telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Penayah) 1969. Apabila beliau ditahan, hanya satu salinan borang yang ditetapkan untuk membuat bantahan terhadap penahanan itu telah diberikan kepadanya, bertentangan dengan k 3 Kaedah-Kaedah Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah (Acara) 1972 (‘Kaedah itu’). Permohonan untuk habeas corpus telah ditolak di dalam Mahkamah Tinggi dan perayu telah membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Peruntukan k 3(2) Kaedah itu adalah mandatori kerana ia mehak seseorang yang ditahan tanpa pembicaraan untuk meminta pelepasannya melalui suatu prosedur untuk membuat bantahan yang memerlukan pengisian sekurang-kurangnya dua borang dan satu lagi jika orang yang ditahan itu bertujuan supaya beliau diwakili oleh seorang peguambela di hadapan Lembaga Penasihat. Sebarang keingkaran keperluan mandatori untuk perhak itu akan mentaksahkan suatu perintah penahanan yang telah dibuat walaupun orang yang ditahan itu tidak di.

(2) Maxim de minimis non curat lex (undang-undang tidak mengira perkara yang kecil) yang digunakan oleh hakim yang arif tidak boleh terpakai di dalam kes seperti ini kerana perlanggaran kemandatori tidak boleh dianggap sebagai perkara yang kecil apabila ia melibatkan kebebasan sivil seseorang.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Thursday, 31 March 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !!!


[1996] 5

MLJ 1 Sanuar Kamarudin bin Ahmad v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia & Anor Case Details: Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) —

CRIMINAL APPLICATION NO 44–10–1996

Judges NIK HASHIM JC JC

Date 22 MAY 1996

Citation [1996] 5 MLJ 1


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Detention of drug addict — Non-compliance with provisions of Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 — Whether failure to consider rehabilitation officer’s report fatal to order of detention — Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 s 6(1)(a), (3), (4) & (5) Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah permohonan oleh Sanuar Kamarudin bin Ahmad (‘pemohon’) di bawah s 365 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) untuk suatu writ habeas corpus ad subjiciendum. Pemohon telah diarahkan oleh majistret supaya ditahan untuk menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun dan selepas itu untuk menjalani pengawasan jagaan susul oleh pegawai pemulihan untuk tempoh selama dua tahun lagi di bawah s 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (‘Akta itu’). Pemohon menegaskan bahawa laporan-laporan polis, perubatan dan pegawai pemulihan telah tidak ditandakan sebagai ekshibit dan oleh itu, tidak terdapat keterangan di hadapan mahkamah untuk menyokong perintah majistret. Peguam persekutuan telah berhujah bahawa kegagalan untuk menandakan laporan-laporan itu tidak menyebabkan perintah itu terbatal. Diputuskan: Diputuskan, membenarkan permohonan itu dan membebaskan pemohon:

(1) Peruntukan s 6 Akta itu adalah bersifat penal, yang membawa kesan ke atas kebebasan seseorang individu. Ini seharusnya disedari dengan sewajarnya oleh majistret sebelum beliau menjalankan kuasa terusnya di bawah Akta itu. Di mana penahanan tidak boleh diputuskan sebagai telah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang, maka penahanan itu adalah salah dan orang yang ditahan hendaklah dibebaskan serta-merta (lihat ms 4D–G); Ang Gin Lee v PP [1991] 1 MLJ 498 dan Re Datuk James Wong Kim Min [1976] 2 MLJ 245 diikut.

(2) Sebelum satu perintah penahanan untuk rawatan serta pemulihan dibawah s 6(1)(a) Akta itu boleh dibuat secara sah ke atas seorang penagih dadah, beberapa syarat terdahulu mestilah dipatuhi dengan ketat. Syarat-syarat terdahulu ini adalah khususnya, bahawa penagih dadah yang ditahan hendaklah diberitahu alasan-alasan penahanannya secepat yang mungkin; beliau hendaklah disahkan oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai seorang penagih dadah; beliau mestilah diberi peluang untuk membuat representasi dan tidak hanya setakat membuat permohonan atau rayuan; majistret seharusnya mempertimbangkan laporan pegawai pemulihan dan satu salinan yang sama mestilah diberikan, dibaca dan diterangkan kepada orang yang hendak ditahan; majistret mesti mengambil kira hal keadaan kes, perwatakan, sejarah hidup, umur, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, keluarga dan hal keadaan lain orang yang hendak ditahan dan majistret mesti menyimpan rekod prosiding itu serta fakta bahawa kesemua syarat-syarat terdahulu dalam sub-ss (1), (3), (4) dan (5) dalam s 6 Akta itu telah dipatuhi (lihat ms 4H–5D); Re Haji Sazali [1992] 2 MLJ 864 ; Hoo Thian Siong v PP [1988] 2 MLJ 401 dan Re Roshidi bin Mohamed [1988] 2 MLJ 193 diikut.

(3) Tidak terdapat, mana-mana dalam rekod, apa-apa yang menunjukkan bahawa majistret telah mempertimbangkan laporan pegawai pemulihan sebelum beliau membuat perintah itu. Oleh itu, majistret itu tidak boleh dikatakan telah mematuhi peruntukan mandatori s 6(3) Akta itu. Kegagalan untuk mematuhi s 6(3) sedemikian adalah membawa padah kepada penerusan penahanan pemohon untuk tujuan rawatan dan pemulihan di bawah s 6(1)(a) Akta itu. Perintah itu adalah salah dan penahanan pemohon adalah tidak sah kerana tidak mematuhi undang-undang (lihat ms 6E–G).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca. MLJ adalah dokumen awan. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia.

Thursday, 21 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !!!


[1993] 3 MLJ 673
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor v Lee Gee Lam and another application
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NOS 05–18–93 AND 05–19–93

Judges GUNN CHIT TUAN(MALAYA) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
LC VOHRAH J

Date 15 OCTOBER 1993
Citation [1993] 3 MLJ 673


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Detention of accused under s 4(1) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Detention order stated grounds for detention in the alternative — Whether order proper — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Preventive detention — Accused detained under s 4(1) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Detention order stated grounds for detention in the alternative — Whether Minister addressed his mind to the relevant limb of s 4(1) — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Responden telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’) menurut dua perintah tahanan berasingan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah s 4(1) Ordinan itu. Perintah itu menyatakan alasan tahanan secara alternatif. Permohonan responden ke Mahkamah Tinggi untuk habeas corpus telah dibenarkan atas alasan bahawa perintah itu cacat kerana ketidakpatuhan dengan peruntukan s 4(1) Ordinan itu, iaitu perintah itu tidak jelas mengenai cabang yang mana di bawah s 4(1) responden telah ditahan. [Lihat [1993] 3 MLJ 265.]

Perayu telah membuat rayuan, dengan menegaskan bahawa: (i) oleh kerana alasan tahanan di dalam kedua-dua perintah itu adalah suatu hasil semula tepat perkataan yang terdapat di dalam s 4(1), dengan kata depan ‘atau’ membezakan alasan berkenaan dengan ketenteraman awam di bawah cabang pertama daripada yang berkenaan dengan penyekatan kekerasan di bawah cabang kedua, ia tidak penting sama ada tahanan itu dibuat di bawah cabang pertama atau kedua, kerana ia bukannya suatu soalan mengenai prosedur tetapi mengenai substans, yang terletak tunggal di bawah budi bicara subjektif Timbalan Menteri; dan (ii) hakim sepatutnya menyifatkan salah satu daripada alasan itu sebagai alasan berlebihan tanpa mempunyai kesan mentaksahkan perintah itu.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak rayuan itu:

(1) Pesuruhjaya kehakiman yang arif bertindak secara betul apabila membenarkan permohonan responden untuk habeas corpus kerana, pada mukanya, perintah itu tidak jelas sama ada Timbalan Menteri telah menumpukan fikirannya kepada keadaan tertentu kes setiap responden ataupun sama ada beliau telah menggunakan kuasa tahanannya secara mekanik.

(2) Pemutusan soalan sama ada Timbalan Menteri telah menumpukan fikirannya kepada cabang relevan ataupun kepada kedua-dua cabang, apabila membuat perintah tahanan itu, adalah suatu perkara prosedur dan jika ia ditunjukkan bahawa terdapat keraguan mengenai cabang yang mana satu Timbalan Menteri itu telah menumpukan fikirannya terhadap, atau sama ada beliau menumpukan fikirannya kepada kedua-dua cabang itu apabila membuat perintah itu, faedah keraguan itu mesti diberikan kepada orang yang ditahan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Saturday, 24 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / TAHANAN MENYALAHI PROSEDUR !


[1994] 2 MLJ 336

Ng Chai Yang v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–6–1994(T)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 15 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 336


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Invalid ground for application — Denial of access to counsel — Not contrary to Federal Constitution art 5(3)
Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Whether detainee’s wife could affirm affidavit in support of application — Whether there was failure to state source and grounds of information and belief — Whether averments were hearsay — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1) & (2)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Failure by Minister to rebut allegations in plaintiff’s affidavit in support — Whether allegations deemed to be admitted — Whether necessary to rebut allegations — Rules of the High Court 1980 O 41 r 5(1) & (2)
Criminal Procedure — Habeas corpus — Restricted Residence Act 1933 — Plaintiff detained for 20 days before restriction order issued — Whether detention legal — Restricted Residence Act 1933 s 2(i) & (ii)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Procedure — Failure of defendant to rebut allegations in plaintiff’s affidavit in support — Whether irregularity could be cured — Rules of the High Court 1980 O 2 r 1

Criminal Procedure — Habeas corpus — Principles governing — Technical defects in restriction order — Right of plaintiff to avail himself of defects

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 31 Oktober 1993, plaintif telah ditangkap dan ditahan di penjara Johor Bahru mengikut suatu perintah yang dibuat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (‘Timbalan Menteri’) di bawah s 2(i) Akta Kediaman Terhad 1933 (‘Akta itu’) atas dasar bahawa beliau telah mengendalikan suatu operasi perjudian empat nombor ekor yang haram di Muar, Johor sejak 1990. Pada 19 November 1993, Timbalan Menteri telah mengeluarkan suatu perintah sekatan di bawah s 2(ii) Akta itu untuk menghadkan plaintif ke Kuala Kurau, Perak selama tiga tahun bermula dari 19 November 1993 dan meletakkan plaintif di bawah pengawasan polis untuk tempoh itu mengikut s 2A(i) Akta itu. Kedua-dua perintah telah disampaikan kepada plaintif pada 19 November 1993 tetapi plaintif telah dibawa ke Kuala Kurau hanya pada 20 November 1993.

Untuk menyokong permohonan habeas corpus ini, isteri plaintif telah mengikrar suatu afidavit yang menyatakan bahawa plaintif telah dibawa ke balai polis Tangkak pada 19 November 1993 di mana beliau berjumpa dengan plaintif. Akibatnya, telah dihujahkan bahawa Timbalan Menteri tidak menandatangani perintah itu di bawah ss 2(ii) dan 2A(i) Akta itu pada 19 November 1993 tetapi bahawa tarikh perintah itu telah ditunda. Isteri plaintif seterusnya menegaskan bahawa semasa di bawah tahanan sah di penjara Johor Bahru, suami beliau telah dinafikan: (i) akses kepada peguambela, bertentangan dengan cabang kedua perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan; dan (ii) akses kepada alatulis dan tidak dapat menulis kepada Timbalan Menteri dan, akibatnya, tidak dapat membuat rayuannya dalam masa 14 hari seperti yang dikehendaki oleh Timbalan Menteri.

Peguamcara plaintif berhujah bahawa oleh kerana pengataan isteri plaintif tidak dipatahkan oleh pihak pembela, pengataan itu seharusnya dianggap sebagai diakui. Sebaliknya, peguam persekutuan bagi pihak defendan berhujah bahawa isteri plaintif telah gagal menyatakan sumber dan dasar maklumat dan kepercayaannya seperti yang diperlukan di bawah A 41 k 5(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’), dan dengan itu menyebabkan pengataan itu tidak berguna kerana ianya merupakan keterangan dengar cakap. Peguam persekutuan berhujah bahawa kegagalan isteri plaintif untuk mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT adalah suatu kecacatan yang menjejaskan akar umbi proses undang-undang dan tidak boleh dibetulkan. Akibatnya, defendan tidak perlu menjawab pengataan tersebut.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan untuk habeas corpus dan memerintahkan pelepasan plaintif:

(1) Aduan plaintif bahawa beliau telah dinafikan akses kepada peguambela tidak bertentangan dengan cabang kedua perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak merupakan suatu alasan untuk mana remedi yang berpatutan adalah habeas corpus.

(2) Isteri plaintif telah mengikrarkan afidavit untuk menyokong permohonan habeas corpus dengan betul dan telah merujuk kepada pengetahuan peribadinya kerana beliau telah berjumpa dengan plaintif di penjara Johor Bahru dan telah disuruh olehnya untuk mendapatkan perkhidmatan peguambela. Beliau telah menerangkan kedudukan dan kuasanya untuk mengikrar afidavit itu kerana beliau telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh plaintif, memandangkan hakikat bahawa tidak terdapat pesuruhjaya sumpah di Kuala Kurau, Perak. Oleh itu, pengataan yang terkandung di dalam afidavitnya telah mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT.

(3) Oleh kerana pengataan isteri plaintif telah mematuhi A 41 k 5(1) dan (2) KMT, pengataan tersebut semestinya benar kerana defendan gagal mematahkannya di dalam afidavit mereka.
(4) Tahanan plaintif yang berlanjutan di penjara Johor Bahru sebelum perintah sekatan di bawah s 2(ii) Akta itu telah dikeluarkan menyalahi undang-undang, bertentangan dengan undang-undang dan menjadikan perintah sekatan itu batal dan tidak sah dan penjelasan yang lemah yang diberikan oleh Timbalan Menteri mengenai kelengahan itu tidak dapat diterima oleh mahkamah.

(5) Walaupun pada asasnya, kaedah prosedur mesti dipatuhi dalam proses litigasi, sesuatu luar aturan atau kecacatan tidak akan menjadikan prosiding itu terbatal secara automatik kerana mahkamah mempunyai budi bicara di bawah A 2 k 1 KMT untuk membetulkan sebarang ketidakpatuhan dengan sesuatu kaedah prosedur.

(6) Bagaimanapun, di mana kebebasan seseorang individu menghadapi risiko akan lucut, mesti terdapat kepatuhan secara teliti dengan undang-undang dan apabila memohon untuk suatu writ habeas corpus, plaintif berhak bergantung kepada sebarang kecacatan teknikal yang mungkin mentaksahkan perintah yang melucutkan kebebasannya. Plaintif dibebaskan dengan serta-merta.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Friday, 23 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS PENAGIH DADAH !


[1996] 5 MLJ 1
Sanuar Kamarudin bin Ahmad v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA BHARU) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–10–1996

Judges NIK HASHIM JC JC

Date 22 MAY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 1


Catchwords:

Criminal Procedure — Habeas corpus — Detention of drug addict — Non-compliance with provisions of Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 — Whether failure to consider rehabilitation officer’s report fatal to order of detention — Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 s 6(1)(a), (3), (4) & (5)

Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah permohonan oleh Sanuar Kamarudin bin Ahmad (‘pemohon’) di bawah s 365 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) untuk suatu writ habeas corpus ad subjiciendum. Pemohon telah diarahkan oleh majistret supaya ditahan untuk menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun dan selepas itu untuk menjalani pengawasan jagaan susul oleh pegawai pemulihan untuk tempoh selama dua tahun lagi di bawah s 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (‘Akta itu’). Pemohon menegaskan bahawa laporan-laporan polis, perubatan dan pegawai pemulihan telah tidak ditandakan sebagai ekshibit dan oleh itu, tidak terdapat keterangan di hadapan mahkamah untuk menyokong perintah majistret. Peguam persekutuan telah berhujah bahawa kegagalan untuk menandakan laporan-laporan itu tidak menyebabkan perintah itu terbatal.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu dan membebaskan pemohon
:

(1) Peruntukan s 6 Akta itu adalah bersifat penal, yang membawa kesan ke atas kebebasan seseorang individu. Ini seharusnya disedari dengan sewajarnya oleh majistret sebelum beliau menjalankan kuasa terusnya di bawah Akta itu. Di mana penahanan tidak boleh diputuskan sebagai telah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang, maka penahanan itu adalah salah dan orang yang ditahan hendaklah dibebaskan serta-merta (lihat ms 4D–G); Ang Gin Lee v PP [1991] 1 MLJ 498 dan Re Datuk James Wong Kim Min [1976] 2 MLJ 245 diikut.

(2) Sebelum satu perintah penahanan untuk rawatan serta pemulihan dibawah s 6(1)(a) Akta itu boleh dibuat secara sah ke atas seorang penagih dadah, beberapa syarat terdahulu mestilah dipatuhi dengan ketat. Syarat-syarat terdahulu ini adalah khususnya, bahawa penagih dadah yang ditahan hendaklah diberitahu alasan-alasan penahanannya secepat yang mungkin; beliau hendaklah disahkan oleh seorang pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai seorang penagih dadah;

beliau mestilah diberi peluang untuk membuat representasi dan tidak hanya setakat membuat permohonan atau rayuan; majistret seharusnya mempertimbangkan laporan pegawai pemulihan dan satu salinan yang sama mestilah diberikan, dibaca dan diterangkan kepada orang yang hendak ditahan; majistret mesti mengambil kira hal keadaan kes, perwatakan, sejarah hidup, umur, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, keluarga dan hal keadaan lain orang yang hendak ditahan dan majistret mesti menyimpan rekod prosiding itu serta fakta bahawa kesemua syarat-syarat terdahulu dalam sub-ss (1), (3), (4) dan (5) dalam s 6 Akta itu telah dipatuhi (lihat ms 4H–5D); Re Haji Sazali [1992] 2 MLJ 864 ; Hoo Thian Siong v PP [1988] 2 MLJ 401 dan Re Roshidi bin Mohamed [1988] 2 MLJ 193 diikut.

(3) Tidak terdapat, mana-mana dalam rekod, apa-apa yang menunjukkan bahawa majistret telah mempertimbangkan laporan pegawai pemulihan sebelum beliau membuat perintah itu. Oleh itu, majistret itu tidak boleh dikatakan telah mematuhi peruntukan mandatori s 6(3) Akta itu. Kegagalan untuk mematuhi s 6(3) sedemikian adalah membawa padah kepada penerusan penahanan pemohon untuk tujuan rawatan dan pemulihan di bawah s 6(1)(a) Akta itu. Perintah itu adalah salah dan penahanan pemohon adalah tidak sah kerana tidak mematuhi undang-undang (lihat ms 6E–G).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Thursday, 11 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : HABEAS CORPUS / Maxim de minimis non curat lex


[1993] 1 MLJ 65
Aw Ngoh Leang v Inspector General of Police & Ors
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL 05–238–90

Judges HASHIM YEOP A SANI (MALAYA) CJ
HARUN HASHIM SCJ
LC VOHRAH J

Date 8 OCTOBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 65

Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Failure to give a detainee the correct number of prescribed forms for making representations — Whether failure resulted in prejudice and injustice — Public Order and Prevention of Crime (Procedure) Rules 1972 r 3(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Penayah) 1969. Apabila beliau ditahan, hanya satu salinan borang yang ditetapkan untuk membuat bantahan terhadap penahanan itu telah diberikan kepadanya, bertentangan dengan k 3 Kaedah-Kaedah Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah (Acara) 1972 (‘Kaedah itu’). Permohonan untuk habeas corpus telah ditolak di dalam Mahkamah Tinggi dan perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Peruntukan k 3(2) Kaedah itu adalah mandatori kerana ia mehak seseorang yang ditahan tanpa pembicaraan untuk meminta pelepasannya melalui suatu prosedur untuk membuat bantahan yang memerlukan pengisian sekurang-kurangnya dua borang dan satu lagi jika orang yang ditahan itu bertujuan supaya beliau diwakili oleh seorang peguambela di hadapan Lembaga Penasihat. Sebarang keingkaran keperluan mandatori untuk perhak itu akan mentaksahkan suatu perintah penahanan yang telah dibuat walaupun orang yang ditahan itu tidak di.

(2) Maxim de minimis non curat lex (undang-undang tidak mengira perkara yang kecil) yang digunakan oleh hakim yang arif tidak boleh terpakai di dalam kes seperti ini kerana perlanggaran kemandatori tidak boleh dianggap sebagai perkara yang kecil apabila ia melibatkan kebebasan sivil seseorang.]

Judgment:
LC Vohrah J:

Section #1

This was an appeal against the decision of the High Court at Muar dismissing the appellant’s application for habeas corpus. That application was heard by the learned judicial commissioner together with 31 other applications, all having the same factual basis except for the dates of the detention orders that were made. The common and sole question for determination in the proceedings before the learned judicial commissioner was whether the provisions of r 3(2) of the Public Order and Prevention of Crime (Procedure) Rules 1972 (‘the Rules’) made pursuant to s 5(3) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 had been breached and warranted the appellant’s release from detention.

To put things in proper context, the relevant provisions of the Rules are set out as follows:
(1) When any person is brought to a place of detention in pursuance of a detention order it shall be the duty of the Officer in Charge to inform him, as soon as practicable after his arrival, of his right to make representations against the detention order within the time and in the manner hereinafter provided.

(2) It shall be the duty of the Officer in Charge, when informing any detained person of his right to make representations, to provide him with two copies (or, if the detained person states that he intends to engage an advocate to represent him, three copies) of Form I in the Schedule.
(3) The detained person shall, if he desires to make representations, complete one copy of the form in time to enable the Officer in Charge to forward it to the Secretary not more than fourteen days after the arrival of the detained person at the place of detention, and it shall be the duty of the Officer in Charge to forward the form to the Secretary before the expiry of that period.

It was not disputed that only one copy of Form I was given to the appellant and his complaint before the learned judicial commissioner was that there was non-compliance with the requirements of r 3(2) which ‘prejudiced [him] and resulted in injustice’. The learned judicial commissioner was of the view that this was an apt situation to which the maxim de minimis non curat lex (the law does not concern itself with trifles) should be made to apply in respect of the non-compliance because the appellant’s appeal before the Advisory Board had been heard and disposed of and he took the view that it was futile to argue well after the event that only one form had been furnished to the appellant. He accordingly dismissed the application.

In the appeal before us, the appellant challenged the decision of the learned judicial commissioner on two grounds, namely (1) that the learned judicial commissioner had erred in law in failing to decide that the detention was bad in law because the respondents had infringed the appellant’s rights when they provided only one copy of Form I to him; and (2) that the learned judicial commissioner ought to have held that the respondents’ failure to serve a signed copy of the detention order made the detention null and void. We allowed the appeal on the first ground and did not consider it necessary in the circumstances to deal with the second ground. We now give our reasons for allowing the appeal in the light of similar appeals pending before this court.

Before us, counsel for the appellant cited the case of Puvaneswaran v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor1 which involved a detention under the same provisions of the law and in similar circumstances whereunder a police officer had provided the detainee only one copy of Form I. In a well-considered decision of the High Court on the very point, Edgar Joseph Jr J (as he then was), in allowing the detainee’s application for habeas corpus, had this to say at pp 29–30:

There had been a consistent current of judicial opinion in our courts, including the latest decisions of the Supreme Court, which indicate that when confronted with the problem of interpreting powers of preventive detention, they have interpreted them strictly so as to require that the provisions of the relevant statute are rigidly and meticulously complied with. (See for example, Tan Hoon Seng v Minister for Home Affairs, Malaysia & Anor [1990] 1 MLJ 171, Rajoo s/o Ramasamy v Inspector General of Police & Ors [1990] 2 MLJ 87 and a series of 11 recent appeals heard together, the first being Poh Chin Kay v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1990] 2 MLJ 297, in all of which the detainee succeeded on purely procedural or technical grounds.)

Section #2

In my view, in considering the question posed by this application a distinction has to be made between procedural requirements which are of direct relevance to the detention order and those which are not. To put it another way, a distinction must be drawn between procedural requirements which are ‘directory’ only and those which are ‘mandatory’. The principle involved is simple enought to state but its application to specific cases is often not free from difficulty as has been aptly put by SA de Smith in his book, Judical Review at p 142: ‘The law relating to the effect of failure to comply with procedural requirements resembles an inextricable tangle of loose ends.’

And at p 31:

… Some rules are vital and go to the root of the matter: they cannot be broken; others are only directory and a breach of them can be overlooked provided there is substantial compliance with the rules read as a whole and provided no prejudice ensues; and when the legislature does not itself state which is, which, judges must determine the matter, and, exercising a nice discrimination, sort out one class from the other along broad basedcommon sense lines. …

It is manifestly clear that the requirements of r 3 for the delivery to a detainee of the requisite number of copies of Form 1 wherein appear the grounds for his detention are not just a concession but a right designed to enable and not just to assist him in making representations to the Advisory Board which has the power to recommend his release to the Yang di Pertuan Agong. If he does not intend to engage counsel then he shall be provided with two copies of Form 1 — one to be sent to the Secretary of the Advisory Board and the other to be retained by him for his reference, so that if and when he appears before the Advisory Board he will be in a position to refer to it, and if he so wishes, to make oral supplementa. Without his own copy, therefore, he might well be at a disadvantage in proceedings before the Advisory Board.

If, on the other hand, a detainee intends engaging an advocate, it goes without saying that the advocate too must have a copy of Form 1 to enable him to prepare a detainee’s case; hence the requirement by the bracketed words in r 3(2) that a detainee shall be provided with three copies of Form 1 should he intend to engage an advocate to represent him. [Emphasis provided.]

We are of the view that the above observations of the learned judge reflect the correct interpretation of the mandatory nature of the relevant provisions as they concern the right of a person detained without trial to seek his own release by a procedure for the making of representations requiring the filling-up of a minimum of two forms and of one more if the detainee intends to be represented before the Advisory Board. Any disobedience of the mandatory requirements for the protection of this right would vitiate any order of detention made even if no real prejudice has ensued to the detainee. The maxim de minimis non curat lex can have no application in such a case as a breach of a mandatory requirement can never be a trifling matter when it involves the civil liberty of an individual.

Section #3

Appeal allowed.

Penghuni Gua : semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar semua . Tq

Sunday, 20 December 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !


[1994] 1 MLJ 592
Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–143–92

Judges VINCENT NG JC

Date 4 JANUARY 1994

Citation [1994] 1 MLJ 592


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Report of the reporting officer appended in the affidavit of the assistant commissioner of police — Whether report inadmissible in evidence as it ran foul of the rule that the court was entitled to the best evidence — Report a public document — Whether s 3(2)(c) of the Dangerous Drugs (Special PreventiveMeasures) Act 1965 had been complied with — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1965 s 3(2)(c) — Evidence Act 1950 ss 65 & 74

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Whether such proceedings are criminal or civil causes — Rules of the High Court 1980 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6)

Bahasa Malaysia Summary:

Satu-satunya isu untuk dipertimbangkan di dalam permohonan untuk writ habeas corpus ini adalah soalan sama ada s 3(2)(c) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) telah dipatuhi oleh responden apabila pemohon ditahan. Peguambela pemohon telah berhujah bahawa peruntukan Akta itu tidak boleh dikatakan sebagai telah dipatuhi hanya kerana laporan yang diperlukan oleh pegawai itu (‘eks YKS1’) telah dilampirkan bersama afidavit penolong pesuruhjaya polis.

Telah dihujahkan bahawa eks YKS1 tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana ianya tidak mematuhi peraturan bahawa mahkamah berhak mendapat keteranagn yang terbaik. Peguambela pemohon telah mengaku bahawa eks YKS1 merupakan suatu dokumen awam.

Suatu perkara kolateral, yang telah timbul dalam pertikaian mengenai kaedah-kaedah yang menentukan afidavit, adalah sama ada mereka sepatutnya ditentukan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT itu’) atau s 365 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’) dan sama ada perkara sedemikian adalah perkara jenayah atau sivil.

Diputuskan:
Dibenarkan, menolak permohonan itu:

(1) Prosiding habeas corpus merupakan prosiding kuasi jenayah di bawah s 365 dan Bab XXXVI Kanun itu, dan perkataan ‘afidavit’ di dalam s 366 di bawah bab yang sama apabila dibaca bersama dengan perkataan di dalam s 424(i) Kanun itu dengan jelas membenarkan pemakaian peruntukan tertentu di dalam KMT itu kepada prosiding habeas corpus.

(2) Apabila sesuatu dokumen merupakan suatu dokumen awam, kaedah keterangan terbaik tidak terpakai. Keterangan sekunder boleh dikemukakan bukan hanya untuk menunjukkan kewujudan sesuatu dokumen itu tetapi isinya juga. Oleh itu, tidak terdapat ruang di dalam rantaian keterangan berkaitan dengan pemberikuasaan untuk penahanan pemohon dan kandungan eks YKS1 menunjukkan bahawa s 3(2)(c) telah dipatuhi.]

Penghuni Gua ; Semuga paparan ini akan memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR