FOLLOWERS

Wednesday 17 August 2011

PANAU DAN KURAP PAS MAKIN BERTAMBAH !!!!










Pada mulanya PAS yang mahu menjaga sekutu mereka –PKR dan DAP- enggan menyatakan pendirian dalam isu wujudnya dakwaan cuba memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja terbabit.

Memberikan alasan ingin berlaku adil, PAS mahu berjumpa pihak JAIS yang melakukan pemeriksaan terhadap gereja dan pihak DUMC yang mendakwa JAIS menyerbu premis mereka.

Malangnya, atas nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama di negeri itu, JAIS tidak akan bertemu PAS sebaliknya akan menyiapkan laporan kejadian dan menyerahkan kepada kerajaan negeri.

Sekaligus, ini membuatkan PAS terpaksa menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS dan mahu jabatan itu bertindak ikut undang-undang jika ada bukti wujud usaha memurtadkan orang Islam.

Rupa-rupanya, PAS bukan sahaja tidak dapat berjumpa JAIS bagi mendapatkan penjelasan sebaliknya pihak DUMC juga minta tangguh persetujuan bertemu PAS pada Selasa dengan alasan isu itu sudah mendapat liputan meluas.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. PAS seolah-olah terpaksa terima hakikat bahawa mereka sudah silap perhitungan politik dalam isu ini.

Sekaligus menampakkan PAS terpaksa tanggung sendiri kesan kerana enggan menyokong tindakan JAIS sedangkan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sudah menjelaskan mengenai kejadian itu ketika mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dua minggu lalu.

Pemimpin PKR dan DAP nampaknya tidak banyak bersuara dalam isu ini.

PAS kena terima hakikat teman ketawa ramai sekali, teman menangis...menangislah sendiri.

Sebenarnya, PAS boleh menunjukkan bahawa mereka memang memperjuangkan dasar-dasar Islam dengan menyokong tindakan JAIS. ..

Lagipun yang membuat kenyataan mengenai pemeriksaan itu adalah pemimpin parti itu sendiri.

Dr Hasan pernah jadi Naib Presiden, pesuruhjaya negeri dan kini ahli jawatankuasa PAS Pusat, takkan mereka meragui keterangan beliau.

Bagaimanapun, di sebalik kemelut ini, ada segelintir pemimpin PAS melihat isu ini jadi beban PAS disebabkan pertembungan Dr Hasan dengan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

“Perang’ mereka berdua dalam PAS Selangor bukan rahsia lagi.

Namun Khalid yang ditanya Agendadaily mengenai isu ini, mendakwa menghormati Dr Hasan sebagai Exco Agama di Selangor.

Isu ini katanya tidak ada kena mengena antara beliau dan Dr Hasan.

Sebaliknya beliau mempertikaikan tindakan JAIS apabila ada laporan jabatan itu menyerbu gereja berkenaan.

“Saya bukan hentam JAIS. tetapi beri pandangan bahawa Islam kena hormat rumah ibadat agama lain. Malah tak boleh membunuh dalam rumah ibadat walaupun orang itu musuh,” kata Khalid yang ditemui di ibu pejabat PAS, Selasa.

Katanya, kekeliruan isu ini apabila JAIS kata tidak serbu manakala DUMC mendakwa sebaliknya.

“Sekarang apabila JAIS kata mereka berbincang dan kemudian baru masuk periksa, saya setuju tindakan JAIS. Cuma kalau pihak gereja masih pertahan dakwaan kena serbu atau ceroboh, kena tunggu mahkamahlah,” katanya.

Khalid juga mahu JAIS mengambil tindakan jika benar ada gerakan memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja.

“Saya pertikai tindakan JAIS bukan pertikai Dr Hasan,” katanya sambil meminta semua pihak tunggu sehingga JAIS menyiapkan laporan mengenai insiden itu.

Cuma yang menambahkan pelik apabila Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tuduh UMNO ada peranan dalam serbuan JAIS.

Alasannya UMNO nak bikin porak peranda kerajaan PKR, DAP dan PAS di Selangor.

Malangbya apabila ditanya adakah beliau ada bukti UMNO terbabit, Mustapha selamba saja kata akan maklumkan bukti itu jika dapat jumpa JAIS.

Kasihan PAS semakin pening setelah terbelit dan terjerat isu ini.

Cuma takut ada pemimpin PKR dan DAP nyanyi lagu Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan. -16/8/2011 - OLEH ROSLAN BIAN


Penghuni Gua : Panauu dan kurap PAS terus bertambah. Kini PAS dan pemimpinya terus gatal dan geli. Berbelit habis nak lepaskan tengkuk di samping nak jaga hati rakan sendiri dalam PR.


2. Kesian.!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR