FOLLOWERS

Showing posts with label HINDRAF. Show all posts
Showing posts with label HINDRAF. Show all posts

Monday, 25 May 2009

AMARAN PM : HINDRAF JANGAN TERLEBIH HAD


Utusan Malaysia

Ada had bersuara - Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 24 Mei - Perdana Menteri mengingatkan para pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang baru dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bahawa "ada had dari segi apa yang boleh disuarakan".


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, disebabkan kenyataan keterlaluan pihak tersebut, kerajaan akan mengikuti perkembangan aktiviti mereka sebelum memutuskan untuk penahanan semula atau sebaliknya.


Namun, tambahnya, jika ia berlaku, maka diharap rakyat faham keperluan tindakan itu dan tidak mempersalahkan kerajaan. "Itu saya tidak tahu (penahanan semula), kita tengok pada perkembangan.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pada pandangan PG dari apa telah dilakukan oleh bekas tahanan ISA dari Hindraf tersebut telah melebihi had.


2. Kepada PM , tidak memerlukan lagi diberi amaran demi amaran. Sekarang adalah masa untuk bertindak dan bukan lagi tindakan untuk mengambil hati. Kesemua mereka ini bukan orang bodoh dan boleh diberi amaran. Hindraf adalah pertubuhan haram. hanya tindakan yang jitu dan amat tegas perlu diambil sesegera mungkin bagi menguburkan terus Hindraf dari buni Malaysia seperti mana kita menghapuskan PKM, Al Maunah , JI dan sebagainya.


3. Mengapa Hindraf perlu diberi layanan yang istimewa berbanding pertubuhan haram melayu yang lain?. PG bukan bercakap perkara racist tetapi kenyataan. Mengapa JI dan al maunah dan al arqam contohnya , kita mengambil tindakan sehingga mereka tidak lagi bernafas dan begitu keras sekali?


5. Megapa Hindraf boleh mendapat layanan VIP. Sebahagian mereka walaupun telah memukul dan mencedera parahkan pegawai kanan polis boleh dilepaskan begitu sahaja? Yang di tahan ISA dengan senang di bebaskan.


6. ISA adalah satu akta yang istimewa dan digubal dengan khas mengikut perlembagaan. Ia dibuat khas dan istimewa serta amat berlainan dengan undang-undang dan akta yang lain, untuk menghadapi keadaan yang khas dan istimewa juga.


7. Jadi jika akta ini akta khas, istimewa dan digubal secara khas dan juga istemewa juga bagi menghadapi keadaan yang khas dan khusus : maka jika kerajaan telah memutuskan untuk mengambil tindakan kepada kumpulan ini atau pun kumpulan lain juga maka ia telah mengambil kira keadaan khas dan istimewa yang ujud sesuai dengan keadaan undang-undang ini.


8.Jadi apabila sudah digunakan jangan sewenangnya pemimpin hindraf yang ditahan di bawah ISA diberi kelonggaran dan dilepaskan denganbegitu mudah dan melalui satu syarat yang menima selepas di bebaskan. Jadi dengan cara begini, kini dan dimasa akan datang orang tidak melihat dan takut lagi undang khas dan istimewa ini. Jadi jangan lagi membuat tindakan yang boleh menghilangkan keadaan istimewa dan khanya.


9. Sekali lagi, kerajaan perlu bertindak segera dan dengan tindakan yang paling keras terhadap hindraf kerana hindraf sudah lama terlebih hadnya. Kami dah mula hilang sabar dan hindraf ini pada pandangan PG begitu mengjengkelkan sekali. Hindraf ini lebih kurang sama dengan LTTE di Sri Lanka yang perlu dibenteras hingga ke akar umbi Malaysia.


10. Bertindaklah segera PM. Undi kami lebih besar dari beberapa kerat undi hindraf yang tidak akan berubah walau apa pun yang kerajaan lakukan.


11. Jangan hanya kerana memikirkan kelangsungan pemerintahan maka perkara keselamatan dikesampingkan. Undi kami yang akan menentukan kelangsungan hidup kerajaan . Bukan undi pengkhianat ini.

12. Kata-kata penyair dan pengarang buku Fountains of Faith, William Arthur Ward pernah menulis . Ia perlu dihayati oleh kerajaan dalam melayani hindraf : Beliau menulis :

"Seorang pesimis merungut mengenai angin, seorang optimis mengharapkan angin akan berubah haluan tetapi seorang realis menyesuaikan bahteranya dengan keadaan angin."

Friday, 22 May 2009

HINDRAF BUTA SEJARAH : YB IBRAHIM ALI BERCAKAP


Berita Harian
22 mei 2009


KOTA BHARU 21 Mei – Pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang baru dibebaskan dari tahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M. Manoharan diminta supaya mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan yang ‘merepek’ dan ‘tidak munasabah’.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, permintaan beliau supaya semua rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan status bumiputera tidak perlu dilayan kerana ia adalah kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu sememangnya buta sejarah kerana isu kontrak sosial telah berulang kali diperjelaskan oleh pelbagai pihak.

‘‘Ini negara Tanah Melayu dan kita telah memberikan hak kepada mereka untuk tinggal di sini. Kalau dia (Manoharan) hendak taraf bumiputera, baliklah ke India, di sana dia boleh dapat taraf tersebut.

‘‘Isu-isu yang dibangkitkan beliau semuanya merepek, sebagai contoh masalah sekolah Tamil, kenapa minta peruntukan yang melampau, kerajaan sudah sediakan sekolah, jadi pergilah belajar di sekolah ini, semuanya percuma, kita tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum di negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Manoharan yang meminta kerajaan supaya memberikan status bumiputera kepada penduduk kaum lain yang lahir selepas merdeka.

Menurut Manoharan, ia bagi menyatukan seluruh penduduk negara ini dan memberikan makna sebenar Satu Malaysia seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Penghuni Gua : PG angkat topi kepada YB Ibrahim Ali ni. Bila berada di luar UMNO dan berada di atas tiket bebas , dilihat otaknya lebih geliga dan berjalan.


2. PG juga setuju bahawa memang Hindraf ini buta sejarah dan tamak haloba. PG ingin bertanya, tunjukkan di mana negara di dunia ini termasuk negara India yang boleh memberikan taraf kerakyatan berjumlah lebih dari 1 juta orang kepada pendatang Cina dan India yang berada di Malaysia apabila kita merdeka ? Tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang begitu murah hati sebegitu.

3. Meminta taraf bumiputra memang satu tuntutan yang melampau dan biadap. Bumiputra bermakna penduduk asal negara ini/ kepulauan melayu/ gugusan kepulauan melayu. Mengapa hendakkan status ini. Tidak cukup dengan tolak ansur yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dahulu. Mengapa hendak di gugat perjanjian dan persetujuan yang telah di meterai dahulu?

4. Apa hak anda yang berani bercakap sedemikian? Apa jasa anda kepada negara ini hingga boleh bercakap sedemikian? Apa yang anda boleh berikan kepada Bumiputra sebagai tukar ganti kepada pemberian taraf bumiputra nanti?


5. Setakat ini Bumiputra hanya memberi. Tiada yang menerimanya seepas merdeka. Bumiputra hanya mengalah dan beransur setiap kali ada tuntutan baru dari tuntutan bodoh kumpulan-kumpulan seperti anda. Kumpulan seperti anda hanya menolak sahaja. Tiada ansurnya.
6. Sejauh mana mindurnya masyarakat India di Malaysia yang berada di negara ini berbanding dengan masyarakat bumiputra di Sabah dan Serawak. Sabah dan Serawak , bumiputra di sana jauh lebih mundur dan ketinggalan dari segenap aspek berbanding dengan kaum India di Semenanjung. Adakah mereka seperti anda.?


7. Anda semua setiap hari memekik dan memaki hamun kerajaan dan menuntut berbagai perkara bodoh yang hanya untuk kepentingan anda tanpa mengira kepentingan kaum lain khususnya bumiputra termasuk Sabah dan Serawak.


8. Anda merasakan layanan kepada kaum india tidak adil oleh karajaan. Sekolah-sekolah india ketinggalan dari berbagai segi. Pernah anda semua lihat di sabah dan Serawak keadaan sekolah dan kemudahan asas di sana yang beribu kali ganda teruk dari yang ada di sekolah india di semenanjung ini ?

9. Jadi kepada pemimpin Hindraf, anda perlu melihat lebih luas isu ini. Jangan berfikir terlalu bodoh tanpa melihat kedaaan sekeliling. Ingat kata-kata Tun Sanbanthan di Parlimen sejurus selepas negara mencapai kemerdekaan .

10. Katanya " Kaum pendatang iaitu Cina dan India haruslah berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan. Ini kerana tiada kerajaan lain di dalam dunia ini yang akan memberikan kerakyatan begitu mudah dan dalam jumlah yang amat besar. India tidak akan melakukan sedemikian, Negara Cina juga tidak akan melakukan sedemikian. Jika di Thailand, jika hendak mendapatkan kerakyatan, anda misti terlebih dahulu di asamilasikan dan menerima semuanya mengenai Thailand. Begitu juga di Indonesia, India dan cina tidak akan diterima di sana " .

11. Jadi kepada Hindraf: cukup dan jangan jadi bodoh dan menambahkan kebodohan anda lagi. Kesabaran kami juga ada hadnya.

12. Lihat di Negara India di mana anda sentiasa mengadu hal dan memburukkan Malaysia di sana. PG rasa jika anda hidup di Negara India, paling tinggi pun anda akan menjadi kucing kurap dan tinggal dibawah jambatan sahaja. itupun sudah kira bernasib baik.


13. Hiduplah di Malaysia dalam keadaan harmoni. kami semua tidak pernah mempertikai dan menggangu pun anda semua. Kita semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang sempurna. Kami juga Bumiputra jika nak tunjukkan tidak puashati, berbagai perkara kami akan tuntut dan lakukan. banyak sekali kami tidak puashati kerana hak kami di rampas. Tetapi kami hidup di alam nyata dan menerima realiti.

14. Tiada yang sempurna. Dan semua pihak misti bertolak ansur. Tuntutan boleh dibuat dan boleh dengan cara lain. Bukan dengan memaki hamun dan menunjuk perasaan dan kekerasan serta menuntut perkara yang telah termeterai jelas dalam perlembagaan. patuhinya.

Wednesday, 20 May 2009

HINDRAF : RENCANA UTUSAN MALAYSIA


20 MEI 2009

1. KATA dua kepada kerajaan? Bunyinya memang lucu, apatah lagi jika amaran itu dibuat oleh sebuah pertubuhan haram. Namun itulah lagak Hindraf ketika ini. Semakin dibiarkan, ia semakin besar kepala. Malah ia merasakan semakin mendapat sokongan.

2. Ketika pelbagai pihak memerah otak untuk mencari jalan menyemarakkan kembali perpaduan antara kaum, pertubuhan itu sekali lagi cuba tampil sebagai perosak.

3. Hindraf merasakan mereka hebat. Padahal mereka sebenarnya "entah siapa-siapa". Ia diketahui umum sebagai pertubuhan haram yang cuba menjadi 'wira' kepada penduduk India. Namun percaturan mereka ternyata silap kerana 'memperjuangkan' elemen yang boleh mencetuskan keresahan kaum.

4. Kata dua yang diberikan kepada kerajaan untuk menarik balik arahan kepada P. Uthayakumar menunjukkan keangkuhan pertubuhan itu. "Amaran" tersebut membuktikan Hindraf merasakan mereka hebat.

5. Namun sejauh mana 'kehebatan' mereka? Adakah mereka mampu mengatasi undangundang? Adakah kerajaan akan membiarkan mereka merosakkan keharmonian negara?

6. Jawapannya sudah pasti tidak! Majoriti rakyat juga menolak pertubuhan itu. Termasuklah juga majoriti kaum India yang cuba 'diwakili' oleh Hindraf. Lagi-lagi Hindraf! Rakyat sudah bosan dengan kerenahnya.

7. Dan kelmarin, ungkapan "siapa dia nak bagi-bagi amaran?" yang dilontarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memang amat tepat untuk pertubuhan itu. Sesuai dengan ungkapan tersebut, kerajaan dan pihak polis mesti bertindak tegas dan pantas. Pengaruh Hindraf - sekiranya ada - perlu dibendung segera.

8. Mesej lebih jelas perlu diberikan kepada golongan yang tidak tahu "berterima kasih" itu.
Namun yang paling penting, jangan sesekali mengikut rentak pertubuhan itu. Usah dilayan kerenah mereka.

9. Jangan lagi guna pendekatan berlembut. Usah lagi beri amaran. Ia sudah acap kali dilakukan. Namun amaran-amaran itu tidak pernah berbekas di hati para pemimpin dan ahli pergerakan haram tersebut.

10. Jadi, kini adalah masa untuk bertindak. Jika mereka melanggar peraturan, kenakan tindakan tegas. Jangan lagi wujud elemen tolak-ansur. Masa untuk itu rasanya sudah berakhir. Apa lagi kompromi yang boleh ditawarkan kepada golongan yang sanggup memberi kata dua kepada kerajaan?

11. Sampai bila kerajaan perlu melayan desakan yang diiringi ugutan? Seandainya semua desakan perlu dilayan, bilakah agenda untuk rakyat majoriti boleh dijayakan?

12. Sudah tiba masanya untuk memberi pengajaran kepada Hindraf. Hentikan kerenah buruk mereka.

13. Jika tahanan ISA adalah jawapannya. Lakukan sahaja. Jangan dikira bantahan mereka yang tidak mahukan ISA. Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan.

14. Sekiranya negara huru-hara, kerajaan dan pihak polis yang bakal dipersalahkan. Maka, sebelum "nasi menjadi bubur", bertindaklah segera. Jangan tunduk kepada Hindraf.

Penghuni Gua : Sebagai mana komunis berjaya di benteras di negara ini, begitulah juga tindakan yang wajar dan wajib di ambil terhadap hindraf. Bagaimana kita mengambil tindakan kepada Al- Maunah, Al- Arqam, Jamaah Islamiah ( JI ) , kumpulan ajaran sesat yang menyerang balai polis Muar itulah yang sepatutnya pihak kerajaan bertindak.
2. Jangan lagi asyik memberikan amaran kepada pertubuhan haram ini. Ambil contoh bagaimana Sri Lanka mengambil tindakan kepada LTTE.
3. Bagaimana Indonesia mengambil tindakan kepada JI.
4. Jadi tindakan amaran, demi amaran yang diberi oleh kerajaan selama ini adalah satu tindakan yang sia-sia dan memuakkan rakyat.
5. Sekarang adalah masa untuk bertindak bukan masa untuk beramaran dan berunding. Tiada sebarang perundingan perlu dilakukan dengan pertubuhan haram ini. Kita semua lihat sejauh mana perang yang cuba dilakukan oleh mereka.
6. Kerajaan perlu sesekali menari mengikut rentak tarian mereka. Dengan menari mengikut rentak pertubuhan ini : jika sekiranya tindakan lanjut perlu diambil , maka tarian pihak berkuasa tidak lagi sumbang seperti sebelumnya.

Sunday, 17 May 2009

Menilai Uthayakumar : Awang Selamat

Utusan Malaysia

Awang tidak terkejut dengan reaksi pemimpin pertubuhan haram Hindraf, P. Uthayakumar selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini.

Menurut Uthayakumar, beliau tidak akan berterima kasih kepada kerajaan kerana bertindak membebaskannya (lebih awal daripada tempoh sepatutnya iaitu dua tahun). Beliau mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan penahanannya itu dibuat tidak mengikut undang-undang.

Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak mengharapkan penghargaan dan ucapan terima kasih daripada tahanan ISA yang dibebaskan, ramai juga tidak terfikir orang seperti Uthayakumar akan berbuat demikian.

Beliau juga sengaja membiarkan rambut dan janggutnya panjang sebagai protes terhadap ISA. Awang hanya senyum. Biarlah apa sahaja reaksi dan protes yang mahu ditunjukkan, rakyat boleh menilai dengan baik.

Tetapi Awang juga ada reaksi tersendiri. Pertama, Awang sedikitpun tidak teruja dengan pembebasannya. Kedua, Awang percaya ramai yang tidak akan lupa mudarat yang telah Hindraf lakukan. Beberapa siri perhimpunan haram yang mereka anjurkan ternyata ganas termasuk memukul anggota polis yang menjalankan tugas. Peniaga terpaksa menutup kedai, pemandu teksi ketakutan dan aktiviti pelancongan di ibu negara terjejas teruk.

Lebih daripada itu, kempen dan fitnah yang dilemparkan termasuk di luar negara, adalah keterlaluan. Siapa yang menuduh kerajaan melakukan penghapusan etnik dan bermacam lagi yang tidak boleh diterima dek akal? Siapa sebenarnya yang mengamalkan semangat perkauman melampau kalau bukan Hindraf, nyaris mencetuskan tindak balas orang Melayu (yang dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum), seandainya kerajaan tidak bertindak cepat menahan mereka di bawah ISA.

Malah ada fakta yang dijaja ke serata dunia oleh Hindraf kononnya kaum India paling miskin di negara ini juga didapati tidak benar. Berdasarkan kajian UNDP, yang paling miskin dan bilangan miskin teramai, adalah daripada kalangan orang Melayu. Sepatutnya orang Melayu yang banyak beralah dan kompromi kepada kaum lain, lebih berhak untuk merusuh.
Bayangkan sampai hari ini setelah lebih 50 tahun merdeka, Melayu adalah kaum majoriti tetapi ada kaum minoriti yang menguasai kekayaan negara. Orang Melayu jugalah yang paling ramai ditahan ISA sejak dulu lagi tetapi tidakpun dijadikan isu perkauman.

Maka dalam isu Hindraf ini, selagi para pemimpinnya tidak meminta maaf terhadap apa yang telah dilakukan, jangan harap Awang dan ramai lagi rakyat Malaysia akan mengubah pendirian dan persepsi terhadap pertubuhan haram itu. Haram tetap haram.

Anehnya MIC, parti komponen BN menawarkan diri untuk bekerjasama dengan Hindraf, yang boleh mengundang pelbagai tafsiran.

Apa pun, semoga Hindraf mendapat pengajaran bernilai daripada tindakan pihak berkuasa. Janganlah lagi mengambil mudah dan menyalahgunakan demokrasi untuk kepentingan sendiri. Bumi Malaysia ini bertuah untuk semua kaum termasuk golongan minoriti. Tetapi jika merasakan sebaliknya, sesiapa sahaja bebas untuk berhijrah ke negara lain yang difikirkan lebih baik. Tepuk dada, tanya selera.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


Penghuni Gua : Kumpulan tak sedar di untung. Mana pejuang kepada penjenayah ini yang setakat ini tidak pernah bersuara ke atas kecederaan parah seorang pegawai polis di kepala dan kemudian kes / tuduhan ditarik semula ke atas beberapa penyokong Hindraf yang melakukannya ?

2. Mana suara SUHAKAM yang begitu beriya berjuang untuk kebebasan Hak Asasi di Malaysia ? Mana Subramaniam yang menjaja dan membuat enquiry awam kerana di katakan polis melakukan keganasan. Adakah SUHAKAM juga racist? Mana majlis Peguam, mana NGOs yang berapi-rapi memperjuangkan hak asasi ini. Sepatah tak berbunyi.

3. Sampai hari ini, PG rasa nak muntah hijau bila melihat pertubuhan dan pemimpin hak asasi ini samada melihatnya atau membaca komen atau tulisan mereka.
4. Memang , sambil menulis ini pun , masih rasa nak muntah. Pernah sekali SUHAKAM/ Subramaniam atau T. Murugiah ( Ketau penyerbu bilik mayat / dah dipecat dari PPP ) ini melawat dan bertanya khabar tentang pegawai polis ini.

5. Pernahkah mereka datang dan berkata " Hello " kepada pegawai polis ini.

6. Tak ada. Suara syaitan dari mulut pertubuhan ini tidak ada langsung berbunyi. Sebabnya ? RACIST.

Monday, 11 May 2009

PENGKHIANAT NEGARA INGIN KEMBALI KE MALAYSIA


Malaysiakini

Selepas abangnya P Uthayakumar dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengerusi Hindraf bercadang pulang ke Malaysia "tanpa mengira dapat atau tidak" keizinan kerajaan.P Waytha Moorthy, yang melarikan diri ke United Kingdom sejak penangkapan abangnya, kini tiada lagi passport setelah ditarik oleh Malaysia.

"Sekarang rakan-rakan seperjuangan saya telah dibebaskan, saya memutuskan akan kembali ke malaysia bagi meneruskan dan memenuhi matlamat asal Hindraf walaupun terpaksa ditahan bawah ISA atau undang-undang lain yang menindas," katanya.

Penghuni Gua : Pengkhianat ini dah ingin kembaali ke Malaysia. Mengapa ingin kembali setelah mengatakan bahawa Malaysia membunuh secara bersiri rakyat Malaysia keturunan India di negara ini. Seluroh dunia beliau menjaja dan memburukkan negara. Kerananya juga berapa ramai polis yang cedera dan peniaga menanggung rugi akibat dari tunjuk perasaan yang dianjurkannya di KL. Berapa banyak kenderaan harta benda yang rosak akibat dari hasutan beliau.

Sepatutnya beliau tinggallah di negara yang dirasakan lebih baik dari Malaysia. Lihatlah bagaimana layanan negara yang disanjung oleh beliau melayaninya.


Akhirnya Malaysia juga yang terbaik. Mereka akan menjilat balik ludah dan muntahnya. Sudah banyak yang PG lihat orang yang jenis ini. Contohnya penggerak di belakang tabir Hishamuddin Rais. Habis dunia di jelajahnya sejak tahun 70an . Akhirnya terkinja-kinja balik ke Malaysia dan sekarang menjadi penggerak belakang tabir untuk menganjurkan tunjuk perasaan. Bila di tangkap , katanya ia bertugas sebagai wartawan. Masih bersikap baling batu sembunyi tangan. Mereka ini akan gunakan rakyat yang bodoh dan berfikiran sempit untuk berdemo bagi kepentingan mereka.


Begitu jugalah pemimpin Hindraf ini.


Kepada kerajaan, kuatkuasakan ISA ke atas pegkhianat ini tanpa teragak-agak. Jika beliau pulang tentukan tindakan di bawah ISA diambil keatasnya. Banyak sudah kerosakan yang telah dilakukan olehnya.

Jangan memilih bulu dan takut untuk bertindak.

Pandangan Prof Dr Abd Rani : UIAM dalam perkara ini haruslah dipandang dengan serius :



Undang2 pencegahan seperti ISA 1960 (Keselamatan Negara), Undang2 Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, POPOC (kesejahteraan dan Ketenteraman Awam) bukannya Undang2 sembarangan dan pemakaian undang-undng ini merupakan jalan terakhir dalam membendung suatu keadaan yang meruncing dan terdesak.

Pihak berkuasa hendaklah memikir semasak-masaknya sebelum menggunakkan undang2 pencegahan tersebut. Namun, sebaik digunakan terhadap mana-mana orang, janganlah pula dengan mudah mereka-mereka itu dilepaskan kerana jika mudah sangat dilepaskan, dimanakah letaknya kredibiliti undang-undang tersebut?

Ianya akan menampakkan seolah-olahnya ada elemen penyalahgunaan, penganiayaan dan ketidaktulenan dalam tangkapan dan penahanan tersebut.Kesalahan ragutpun, jika sabit, apakah pesalah itu dapat keluar penjara dalam masa setahun atau duduk didalam penjara satu hingga dua tahun atau lebih?

Kesalahan liwatpun (seksyen 377B Kanun Keseksaan) boleh dihukum sehingga 20 tahun. Apatah lagi sesuatu yang melibatkan keselamatan Negara – bolehkan dengan mudah dilepaskan?. Pada pandangan saya, pelepasan mereka-mereka itu dengan begitu mudah menampakan seolah-olahnya Kementerian sendiri kurang arif akan filosof undang-undang tersebut – wallahu `alam.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Saturday, 9 May 2009

PEMBEBASAN P. UTHAYAKUMAR DARI ISA : KITA LIHAT APA AKAN JADI


Kemungkinan Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar akan keluar dari kem Kemunting Taiping pada Ahad ini selepas pengumuman Menteri Dalam Negeri pada hari ini bersama beberapa tahanan ISA yang lain. Secara dasar , PG tak setuju langsung dengan pembebasan ini. Kerosakkan yang dilakukan oleh mereka ini masih belum pulih. Nama negara telah rosak. Kecederaan parah seorang pegawai kanan polis dan beberapa anggota polis yang lainmasih belum berbayar.

Sungguh senang membebaskan mereka. Dengan campurtangan MIC, semua yang merusoh dan mencederakan pegawai kanan polis di bebaskan tanpa sebarang tuduhan jenayah. Tak ada pun enquiry awam dibuat oleh SUHAKAM ke atau Biro Bantuan Guaman ke. Jika tidak sibok dua badan ini kehulu ke hilir mencari kesalahan polis walaupun hanya di dakwa memaki hamun dan bercakap kasar sahaja. satu dunia canang untuk dan membuat enquiry awam.

Apa yang PG nak sebutkan natijah dari pembebasan ini ialah: ia tidak akan mengubah apa-apa . Mereka ini tetap membuat kacau di masa depan. Lihatlah nanti. Juga PG nak lihat , adakah P. Uthayakumar ini terus tenat dengan kencing manisnya. Kalau semasa di Kem Kemunting, lapuran tentang kesihatannya seolah nak mati dan tu juda / dah nazak kalau dengar berita tentangnya. Jadi dengan pembebasan ini kita lihat masih sakit teruk atau tidak. Dan adakah akan keluar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kerana menurut beliau dan pengikut serta penyokong nya yang sibok mendesak pembebasannya dulu bahawa beliau perlu kan rawatan diluar negeri kerana tidak percaya dengan doktor dan rawatan perubatan di Malaysia.

Tapi PG dah boleh agak. Memang akan segar bugar lah kesihatan dan tubuhnya. Tak perginya berubat di luar negeri. Biasalah , contoh dan tauladannya ada. Lihat DSAI, masa di tahan tengkok beliau dibungkus sepanjang masa seolah tengkok nya akan patah jika tak dibungkus. Jalan dipapah oleh Azmin Ali. Pakai tongkat lagi. Kena racun arsenik lagi, di suntik HIV lagi. Alih-alih bila dibebaskan , segar bugar. Tak ada pun ke Jerman tempat pujaannya untuk mendapatkan rawatan. Tak patah pun pinggangnya , boleh menari lagi semasa pilihanraya Ijok dan Bukit Selambau.
( Aduhhhh, aduhhhh, aduhhh sakiiiitttttttnya .....)

Jadi biasalah. Bukan tak tahu mereka jenis ini. " Bawah kalu ok, atas kalu mampus le kita semua " . Anda semua pernah dengar ungkapan ini ?
( Saya sakit ? mana ada. tak sakit pun! kamu yang sakit )

Memang semuanya kerap mendengarnya.

Jadi lihatlah nanti.

Thursday, 7 May 2009

UTHAYAKUMAR HINDRAF : RAYUAN DITOLAK


Berita Harian
7 mei 2009

Mahkamah tolak rayuan Uthayakumar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak rayuan penasihat undang-undang kumpulan haram Hindraf, P Uthayakumar, supaya pertuduhan mengikut Akta Hasutan digugurkan.

Hakim Sabariah Othman membuat keputusan untuk mengekalkan pertuduhan itu selepas berpuas hati dengan segala afidavit dan hujahan yang dikemukakan.

Katanya, pihak pembelaan gagal menunjukkan bahawa surat izin yang dikeluarkan oleh Peguam Negara dibuat berdasarkan prasangka atau prejudis.

Sebaliknya, pihak pendakwaan sudah mengemukakan afidavit balasan mengikut undang-undang yang betul dan tidak wujud maksud sebaliknya.

Hakim Sabariah kemudian menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 3 Ogos ini.

Pada 11 Disember 2007, Uthayakumar, 46, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerbitkan satu surat berunsur hasutan di laman web, Police Watch Malaysia.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran manakala Uthayakumar diwakili N Surendren. - Bernama
Penghuni Gua : Padan muka pengkhianat ini.

Monday, 20 April 2009

MAHKAMAH TOLAK RAYUAN PEMIMPIN HINDRAF UTHAYAKUMAR


Berita Harian
20 apr 2009

Mahkamah tolak rayuan Uthayakumar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak rayuan Penasihat Undang-undang Hindraf, P Uthayakumar, untuk bebas dari pertuduhan di bawah Akta Hasutan dan mengekalkan pertuduhan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah, berkata hujahan peguam, N Surendran yang mewakili Uthayakumar berhubung pertuduhan itu bahawa ia sama sekali tidak berasas, hanya boleh dikemukakan semasa di peringkat pendakwaan untuk mengagalkan pendakwaan dalam membuktikan kes prima facie atau membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah. Katanya, walaupun tiada tandatangan pada artikel yang dilampirkan bersama pertuduhan itu, ia masih boleh dibicarakan.

Uthayakumar, 46, yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengemukakan rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman, menolak bantahan awal Uthayakumar terhadap kertas pertuduhan terhadapnya. Terdahulu, Surendran memberitahu anak guamnya tidak mahu hadir kerana tertekan dengan layanan pihak polis sebelum ini.

Azman, bagaimanapun, mencelah dengan menyatakan kenyataan itu tidak mempunyai sebarang bukti dan perbicaraan akan tetap diteruskan kerana Uthayakumar sendiri yang enggan hadir walaupun pusat tahanan menyatakan kesediaan mereka untuk menghantarnya.

Pada 11 Disember 2007, Uthayakumar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu surat berunsur hasutan di laman web Police Watch Malaysia. Uthayakumar didakwa menerbitkan satu surat menghasut di laman web Police Watch yang mempunyai alamat web http:// policewatchmalaysia.com iaitu sepucuk surat oleh Hindraf yang beralamat di No 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square Seremban, Negeri Sembilan. Surat bertarikh 15 November 2007 itu dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, 10 Downing Street. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Beginilah nasib pengkhianat negara. Lihat dalam kes ini. Belaiu tidak datang ke mahkamah dengan alasan menerima layanan buruk dari Pusat Tahanan Kemunting. Penghuni Gua ingin bertanya kepada beliau dan Hindraf juga, tunjukkan bagaimana layanan yang tidak baik yang dikatakan diberikan kepada Hindraf ? Makanan? Keagamaan ? Tempat tidor ? atau rawatan perubatan ?

Pusat Tahanan dan juga lokap di Malaysia ini ini serta penjara di Malaysia adalah yang terbaik jika di lihat dari perkara yang Penghuni Gua tanyakan di atas. Berbanding dengan negara asia lain pun kalau tidak dunia termasuk kalau nak dibandingkan dengan negara India.

Dari segi makanan ? Pengalaman penghuni Gua yang pernah melihatmendapati makanan yang disediakan di pusat Tahanan dan di Penjara di Malaysia ini adalah lebih baik dari makanan yang dimakan oleh orang biasa di Indonesia, Vietnam,Myamar, Laos, Thailand mahupun Filipina apatah lagi dengan negara INdia.

Jadi bersyukurlah dan jangan nak memutar belitkan perkara ini seperti mana anda putarbelitkan orang lain/Hindraf. Orang lain yang bodoh dan tidak berpendidikan mungkin percaya cakap anda tetapi bukan kami semua.

Kalau anda masuk lokap di India atau Thailand termasuk laos makanan yang dihidang hanya nasi bubur dan sayur keladi yang diambil dari paya terbiar sahaja dan juga kalau bernasib baik yang banduan menanamnya sendiri.

Sebelum anda berjaya menjadi peguam, mungkin makanan, tempat tidor, perubatan mungkin lebih buruk dari apa yang disediakan di pusat Tahanan berkenaan. Jadi jangan besar kepala . Ini pusat tahanan. Anda bukan tetamu VVIp di Pusat tahanan tersebut. Layanan tersebut adalah terbaik dan mengikut Standard United Nation. Kalau hendak layanan yang baik kelauar nanti pergilah di hotel manderin sebelah KLCC. Itu pun kena bayar.

Jadi cermin diri sendiri dahulu sebelum mengatakan kepada orang lain. Jika tidak mahu dilayan sedemikian jangan lakukan lagi perkara yang telah dibuat iaitu jangan jadi pengkhianat negara.

Tahniah kepada YAA Hakim yang bijaksana. Hapuskan anai-anai ini. Beri hukuman seberat mungkin.

PETA PELAYAR