FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / PENGKHIANAT PASIR. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / PENGKHIANAT PASIR. Show all posts

Friday, 22 January 2010

SAH ! PASIR KITA KE SINGAPURA ! PENIPU PUN RAMAI , YANG KENA TIPU PUN RAMAI DAN .........!


( Muka-muka hebat 2010 )

Pasir kita ke Kota Singa


Oleh Mohd Zin Ali dan Suhana Roslanmailto:Roslanbhnews@bharian.com.my


SEMBILAN suspek dipercayai menjalankan kegiatan mencuri dan menyeludup pasir dibawa ke Mahkamah Putrajaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman, semalam.

Guna perairan Indonesia, Thailand elak pihak berkuasa KUALA LUMPUR: Sindiket seludup pasir dari negara ini dipercayai menjadikan perairan Indonesia dan Thailand sebagai transit sebelum ke Singapura melalui jalan laut di Selat Melaka. Taktik itu dikesan berdasarkan beberapa kes tangkapan membabitkan kapal tunda yang dibuat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini.

Menurut sumber, kapal itu yang dikesan di perairan Perak, mendakwa hendak membawa pasir berkenaan ke negeri di utara Semenanjung, tetapi melencong ke perairan Thailand atau Indonesia bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu mempunyai kaitan dengan 38 orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Selasa lalu kerana disyaki menerima sogokan serta rasuah seks berhubung kes mencuri dan menyeludup pasir di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Semalam PG ada menuliskan hal ini dan menyokong pendapat Tun Mahathir. Ada seorang yang menghantar komen dan mempertahankan statistik yang dikeluarkan oleh exco Tanah di Johor dan mengatakan data yang Tun Mahathir berikan adalah salah. Di antara komen beliau ( KLIK )ialah :

Anonymous said...

Sebenarnya apa yang YB Ahamad Zahri cakap tu adalah berdasarkan fakta dan rekod sedia ada dari Pejabat Tanah dan Galian dan selepas mendapat taklimat terperinci dan bukan andaian, dengar cakap orang atau anggaran. Sebenarnya, walaupun ada 9 syarikat yang diberi permit mengeksport pasir, mereka juga ada kuota dan tidak dibenarkan mengeksport sesuka hati, tak kira la dia untung ke rugi, sebab itu adalah peraturannya. Cuba tanya dulu dari PTG akan semua proses yang perlu dilalui dan pemantauan yang dibuat. Kalau tak nak percaya, turun la sendiri dan tengok sendiri kat Tambak.
21 January 2010 11:38

Arif Omar said...

anoy : PG PUN DAPAT MAKLUMAT MEMANG BENAR 700 LORI ATAU LEBIH SEPERTI PENDEDAHAN TUN. LORI TERSEBUT TIDAK KELUAR KE TAMBAK. TETAPI LORI TERUS KE SATU TEMPAT DAN DIHANTAR KE TONGKANG YANG SEDIA MENUNGGU DAN KEMUDIAN DIHANTAR MELALUI LAUT. BIASALAH. LIHAT AJELAH BUKIT DI MANA PASIR SILIKA DI LOMBONG TU, PG DAH PERGI LAHAT SATU, 2 TAHUN LEPAS. DAH SEPARUH BUKIT HABIS. TAKKAN KALAU 3 LORI SEHARI, BUKIT SEBESAR ITU HILANG SEPARUH BAHANNYA.
21 January 2010 11:49

apokonoehjang said...

Eden raso ekau kono belajo ilmu guno fakta dan menyatakan sumber eh. Ekau pulo sapo nak melabelkan orang sebagai penipu sedangkan ekau tidak bersandarkan pado sebarang fakta yang sah. Ikut sodap ekau ajo.Ekau menyokong kepada kenyataan Tun Mahathir semato-mato kerana penilaian ekau bahawo beliau seorang yang bijak. Ahmad Zahri menjawab merujuk kepada fakta. Ekau baco laie kenyataan pihak kastam, pun berdasarkan fakta.Ekau ni dah kenapo? Eden bukan menyebelahi mano-mano pihak. Tapi eden raso, ekau ni buek fitnah ajo. Ekau pun bukan kojo pejabat tanah dan galian, kastam atau agensi penguatkuasaan maritim.
21 January 2010 12:04

Arif Omar said...

APOKONO,DUA TIGA HARI LAGI TAHU LAH APA KISAHNYA. SPRM ADA JAWAPANNYA. KELUAR 10 LORI PADA BUKU REGISTER TULIS 5 LORI. ITU SATU AJE DIANTARA BUKTI YANG SPRM DAPAT. LIHAT LE 2 KE 3 HARI LAGI. SABAR. TAK PERCAYA , PERCAYALAH.
21 January 2010 12:11

Jika mengexport pasir kenegara jiran telah tidak dibenarkan sejak zaman Tun dahulu, mengapa pula masih ada lagi lori atau pun tongkang masih membawa pasir ke negara jiran ?. Silica itu adalah pasir juga.
21 January 2010 13:03

2. Itulah yang PG jawab semalam, PG dah pergi ke salah satu lombong pasir ini 2 tahun lepas di Johor. Kalaulah setakat 3 lori pasir sahaja setiap syarikat keluarkannya untuk dihantar ke Singapura maka dalam masa 2 tahun takkan separuh bukit tersebut di tarah. Itu aje jawapannya . Dan PG telah katakan lori-lori ini hantar pasir ke Singpura bukan melalui Kastam di pintu masuk Singapura tetapi ke sesuatu tempat disepanjang pantai Johor untuk di masukkan ke ponton / tongkang dan akan belayar terus ke Singapura.

3. Jadi inilah cara dan tektik pengkhianat ini. Juga pasir yang diangkut keluar dicatitkan bilangan yang sedikit dibandingkan dengan kiraan sebenar. Mereka yang di atas lah pelesit sebenar yang menjual negara berkenaan. Bos-bos di atas diperbodohkan sahaja termasuk pemimpin politik kerana mereka hanya berjuang di atas permaidani merah. Mereka memantau dari pejabat berhawa dingin.

4. Ramai marahkan Tun Mahathir kerana dikatakan hanya membuat andaian kasar mengenai angka. Pandangan PG mengenai Tun Mahathir ialah beliau tidak akan berkata sesuatu tanpa fakta. Jangan sesiapa cuba mencabar angka yang beliau keluarkan. Beliau pasti ada bukti dan faktanya. Pada PG pun, tangkapan oleh SPRM terhadap pengkhianat ini pun 2 hari selepas Tun Mendedahkannya. Pada PG, ia ada kaitan dengan Tun Mahathir. Mungkin Tun mendedahkan perkara ini kepada SPRM sebelum ini. Sebab itu kenyataan Tun dan tindakan SPRM adalah seiring.
5. Jadi kepada sesiapa yang cuba manyanggah dan menafikan aktiviti penjualan pasir ( negara ) ini ke Singapura dengan berbagai terma dan kaedah: lupakanlah. Setiap butir pasir yang anda jual dan dengan syarat dan kaedah mana pun serta apa nama pasir pun, ia adalah pengkhianatan kepada negara. Termasuk mereka yang menafikan isu ini.
6. Jadi dalam isu yang didedahkan oleh Tun Mahathir tersebut jelas memang berlaku penyelewengan penjualan pasir ke Singapura dengan jumlah yang besar, ramai yang menipu dari pemimpin, pegawai kerajaan, kakitangan kerajaan dan berbagai pihak lagi. Samada mereka menipu, ditipu atau mereka terlibat sama. Itulah kesimpulan yang tepat. Dengan mata kasar pun kita boleh lihat apa yang berlaku jika berada di tepi pantai bersempadan dengan Johor. Tak perlu APMM pun nak pantau. Dengan mata kasar kita pun , kita sudah boleh mentafsirkan dan kegiatan ini.
7. Tahniah SPRM. Kepada Exco berkenaan : Jangan percaya sangat dengan D.O , ADO atau ;apuran dari pegawai tanah dan galian tu. Sesekali pergi ke bawah. Kalau tak betul takkan SPRM menangkapnya. Semalam pun 3 ekor lagi pengkhianat ini ditangkap.

PETA PELAYAR