Kurang 20 lori bawa silika – Ahmad Zahri
JOHOR BAHRU 20 Jan. – Kerajaan negeri Johor menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang beratus buah lori memasuki Singapura pada setiap hari bagi menghantar pasir silika ke negara jiran itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dari 1 Januari hingga semalam menunjukkan hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang daripada 20 lori pada setiap hari.
Sebagai contoh katanya, pada 2 Januari lalu, hanya lima lori yang membawa pasir silika ke Singapura manakala pada 4 dan 5 Januari, masing-masing 14 dan 11 lori.
“Semalam pula hanya lapan lori yang membawa pasir silika ke negara berkenaan. Jadi saya ingin tegaskan di sini bahawa jumlah lori yang membawa pasir silika ke Singapura adalah jauh lebih kecil daripada yang didakwa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.....................................................................................................
Ahmad Zahri berkata, Johor sentiasa mematuhi ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan pada 30 Ogos 1997 yang mengenakan larangan eksport pasir.
“Kerajaan negeri melalui mesyuaratnya pada 3 Januari 2000 telah bersetuju untuk menguatkuasakan larangan eksport pasir yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan.
“Pada 24 April 2002, kerajaan negeri juga telah menguatkuasakan larangan eksport bahan batuan (batu pejal) berukuran 9 inci ke atas,” katanya.Beliau berkata, pasir silika ditakrifkan sebagai pasir yang mengandungi 95 peratus minimum silika seperti yang ditentukan secara analisis standard.
Ahmad Zahri berkata, pada masa ini hanya terdapat sembilan syarikat yang diberi permit untuk mengeksport pasir silika ke Singapura dan mereka dibenarkan mengeksport tidak lebih daripada 50 peratus hasil pengeluaran keseluruhan.
“Sekiranya jumlah eksport sesebuah syarikat itu telah mencapai jumlah maksimum bagi satu bulan, mereka tidak akan dibenarkan mengeksport pasir silika itu lagi dan terpaksa menunggu bulan berikutnya,” katanya.
Penghuni Gua : Siapa yang menipu? Tun Mahathir, YB Menteri Shaziman, atau Exco Tanah Johor ?
2. Pada PG senang sahaja. Tun tidak menipu, Tun bercakap berdasarkan fakta. Shahziman pun bercakap benar. Dia juga tidak menipu cuma dia ditipu oleh pegawainya. Yang menipu ialah Exco Johor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil . Exco ini juga kalau tak menipu mungkin dia juga ditipu oleh Pegawai Daerah atau Tanah Negeri. Juga jika turun ke bawah lagi ialah pegawai yang membuat pemantaun bagi pengeluaran pasir ini yang menipu dan bersubahat dengan pengusaha pasir .
3. Mengapa PG kata ada penipuan dalam angka pengeluaran ini. Senang sahaja. Exco ini katakan hanya 20 buah lori sehari pasir silika dibawa keluar . Syarikat yang diberi permit ialah 9 buah. Logik ke? Setiap syarikat hanya mengangkut 3 lori ( tak sampai pun ) pasir sehari untuk dibawa ke Singapura. Logik ke?. Mana untungnya kepada setiap syarikat ini dengan hanya 3 lori sehari. Nak bayar gaji pemandu pun tak lepas. Mana nak bayar minyak, cukai tanah, cukai kastam, pekerja pembawa mesin penyodok tanah dan sebagainya.
4. Kepada Exco ini, belajarlah metematik dan ilmu ekonomi sedikit. Jangan anda sebagai exco mudah diperbodohkan oleh orang bawahan. Nampak sangat kita sebagai pemimpin bodoh dan diperbodohkan.
5. Kalau anda sendiri ada kepentingan pun , sebelum mengeluarkan kenyataan , periksa dahulu kenyataan tersebut. Tak le nampak anda juga mempunyai kepentingan dalam penjualan pasir ke Singapura ini.
6. SPRM : Siasat kenyataan exco ini. Ada yang tak kena dengan data yang dberi ini. Metematik mudah sahaja. Tak perlu belajar tinggi pun...................Mereka ingat kami ini rakyat tahun 1914 ke yang mudah percaya kepada kata-kata pemimpin?
7. Kami tak sedungu itu YB. Tak seperti anda. Tun Mahathir pun terlalu jauh tahap kecerdikan dari anda. Beliau tidak akan berkata dan mendedahkannya jika perkara itu tidak benar. Kamu siapa?,,,,,,,,,,,,
SLM BRO..MAMAT TU DH MCM PEMBANGKANG JEK..BKN TAK PANDAI ILMU HISAB (MATEMATIK) JEK TP ILMU HISAB DUIT KOT. INI DAH KIRA NAK SABOTAJ HARTA NEGARA. SPRM HARUS SIASAT
ReplyDeleteSebenarnya apa yang YB Ahamad Zahri cakap tu adalah berdasarkan fakta dan rekod sedia ada dari Pejabat Tanah dan Galian dan selepas mendapat taklimat terperinci dan bukan andaian, dengar cakap orang atau anggaran. Sebenarnya, walaupun ada 9 syarikat yang diberi permit mengeksport pasir, mereka juga ada kuota dan tidak dibenarkan mengeksport sesuka hati, tak kira la dia untung ke rugi, sebab itu adalah peraturannya. Cuba tanya dulu dari PTG akan semua proses yang perlu dilalui dan pemantauan yang dibuat. Kalau tak nak percaya, turun la sendiri dan tengok sendiri kat Tambak.
ReplyDeleteanoy :
ReplyDeletePG PUN DAPAT MAKLUMAT MEMANG BENAR 700 LORI ATAU LEBIH SEPERTI PENDEDAHAN TUN. LORI TERSEBUT TIDAK KELUAR KE TAMBAK. TETAPI LORI TERUS KE SATU TEMPAT DAN DIHANTAR KE TONGKANG YANG SEDIA MENUNGGU DAN KEMUDIAN DIHANTAR MELALUI LAUT. BIASALAH. LIHAT AJELAH BUKIT DI MANA PASIR SILIKA DI LOMBONG TU, PG DAH PERGI LAHAT SATU, 2 TAHUN LEPAS. DAH SEPARUH BUKIT HABIS. TAKKAN KALAU 3 LORI SEHARI, BUKIT SEBESAR ITU HILANG SEPARUH BAHANNYA.
Eden raso ekau kono belajo ilmu guno fakta dan menyatakan sumber eh. Ekau pulo sapo nak melabelkan orang sebagai penipu sedangkan ekau tidak bersandarkan pado sebarang fakta yang sah. Ikut sodap ekau ajo.
ReplyDeleteEkau menyokong kepada kenyataan Tun Mahathir semato-mato kerana penilaian ekau bahawo beliau seorang yang bijak. Ahmad Zahri menjawab merujuk kepada fakta. Ekau baco laie kenyataan pihak kastam, pun berdasarkan fakta.
Ekau ni dah kenapo? Eden bukan menyebelahi mano-mano pihak. Tapi eden raso, ekau ni buek fitnah ajo. Ekau pun bukan kojo pejabat tanah dan galian, kastam atau agensi penguatkuasaan maritim.
Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,
ReplyDelete1 Oleh kerana ini melibatkan pengurusan ['politik' makna umumnya 'mengurus'], mari kita muhasabah kerja politik ini - mengurus negeri atau negara, iaitu pengatur urusan hidup rakyat - dari perspektif iqidah kita, lslam; yang disandarkan kepada bagaimana Nabi SAW berpolitik. [Bukankah Nabi itu ikutan yang wajib dijadikan contoh teladan kita. Firman Allah, [maksudnya],"...sesunggunya adalah pada diri Muhamamd itu suri teladan yang terbaik [bagi kamu sekalian...]"
2 Politik, mengikut definisi syari'i-nya ...[orang lslam kan? ... jadi, kenalah kaitkan segala amalnya dengan ketetapan-ketetapan hukum lslam, iaitu hukum syara']... adalah amal, melakukan tugas mengurus umat dengan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah...[sekali lagi; dengan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah, BUKAN perintah-perintah dan larangan-larangan hukum yang selain itu ... selain hukum Allah dah tentu hukum thaghut ].
3 Kerana itu, seorang politikus lslam - kalau dia memakai definisi ini - dia sedang melakukan kerja paling mulia, iaitu amar ma'ruf nahi munkar. Ertinya, kerjanya di sisi agama ada nilai ibadah, dapat pahala... selain nilai material [dapat gaji], nilai kemanusiaan [tolong orang], dan nilai moral [buat kerja baik]. Namum, kalau dia belot terhadap definisi syara' itu, dia sedang bermaksiat terhadap Allah....amalnmya cuma ada nilai kemanusiaan, nilai material, dan nilai moral. Tak ada nilai ibadah... sia-sia sahaja di sisi syara'... apatah lagi dapat dosa pula, [khianat terhadap syara' 'kan dapat dosa]. Mudah... dan jelas, kan?
4 Kerana itu, setiap orang lslam wajib menjadi ahli politik, dlam erti kata dia mesti melakukan kewajipan amar ma'ruf nahi munkar, iaitu apa sahaja rupa bentuk amalan yang dapat menzahirkan syiar 'kemuliaan' dan 'ketinggian' lslam, termasuk aktiviti politik yang dimaksudkan ini. Akhirnya, semuanya menjadi dakwah; dakwah bil hal. Tapi kalau sebaliknya, jadi 'dakyah' bil hal pula [memburukkan imej lslam]... dia dapat dosa, kita pula tumpang malu.
5 Politik, sebagaimana amalan-amalan lain, tidak pernah terlepas dari 'perhatian' Allah, tidak pernah terkecuali dari pertimbangan-pertimbangan halal-haram, dosa-pahala, benar-bathil, syurga dan neraka. Begitulah bagi umat lslam. Umat lain, lainlah definisi dan penilaian mereka. Tak 'kan kita yang memegang agama paling suci ini nak guna definisi mereka. Kalau begitu, jadilah apa yang sedang berleluasa sekarang : politik jadi pintu
gerbang masuknya rasuah melimpah-ruah; menjadi lebuh raya pengumpulan harta secara tidak sah; peruntukan mengecut atau hilang; kuasa jadi sarana merompak harta negara dan merampas hak rakyat; keadilan sangat sukar diperoleh kerana mesti dibayar dengan mahal, merompak kuasa melalui cak keting & cantas-mencatas untuk merompak takhta, dsb. Bahkan, bukanklah ada politik yang mensekongkol dan mengkompromikan pemikiran & ideilogi lslam dengan pemikiran & ideologi kufur? Belum lagi pertelagahan sesama umat lslam kerana fahaman politik yang songsang-simpang-siur.
Yang pasti, semua ini hanya dapat dibersihkan dengan tegaknya Daulah Khilafah.
Wallahu a'lam.
APOKONO,
ReplyDeleteDUA TIGA HARI LAGI TAHU LAH APA KISAHNYA. SPRM ADA JAWAPANNYA.
KELUAR 10 LORI PADA BUKU REGISTER TULIS 5 LORI. ITU SATU AJE DIANTARA BUKTI YANG SPRM DAPAT. LIHAT LE 2 KE 3 HARI LAGI. SABAR. TAK PERCAYA , PERCAYALAH.
Jika mengexport pasir kenegara jiran telah tidak dibenarkan sejak zaman Tun dahulu, mengapa pula masih ada lagi lori atau pun tongkang masih membawa pasir ke negara jiran ?. Silica itu adalah pasir juga.
ReplyDeleteSalam PG,
ReplyDeletedalam pasir itu bukan ada silica saja, kot ada juga injin sukhoi TUDM.
tongkatmusa
Salam bro,'
ReplyDeleteSentiasa ada konspirasi dalam politik dan pentadbiran negara kita. Rasuah tidak langsung dapat dihapuskan bahkan bertambah parah. Isteri orang atasan juga ada terlibat dengan meluluskan sesuatu projek jutaan ringgit. Rakyat sentiasa tertipu dengan sendiwara mereka. Politik bagi mereka hanyalah persaingan merebut kuasa dan menguasai kewangan negara yang boleh dimiliksendirikan.
assalamualaikum...aku bru je blk dr menara ansar,ade urusan kerje td...aku tngk kt kastam tu bnyk lori,kol 11pg..aku saje je usha2 lori pasir,yg da beratur nk gi singapore je da berbelas lori...aku jalan blk,tngk jln mghala tambak tu da jem dgn lori pasir..pecite,xkan dreber tu jalan2 je,mnunggu hari besok...dr jalan2 baik die turas pasir tu,kot2 ade emas ke
ReplyDelete-el haj -