FOLLOWERS

Monday 11 January 2010

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES YB WEE CHOO KEONG / KUASA HAKIM PILIHARAYA !


[1996] 3 MLJ 41
Wee Choo Keong v Lee Chong Meng & Anor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
W–01–149 OF 1995

Judges SITI NORMA YAAKOB JCA
ABU MANSOR JCA
ABDUL MALEK AHMAD JCA

Date 29 FEBRUARY 1996

Citation [1996] 3 MLJ 41


Catchwords:

Administrative Law — Remedies — Certiorari — Appellant won seat in Parliamentary constituency — Appellant was fined RM7,000 by Supreme Court for contempt of evading service of injunction in civil suit before nomination day — Opposing contender filed election petition to challenge election — Election court disqualified appellant pursuant to art 48 of Federal Constitution — Declared opposing contender as Member of Parliament — Appellant applied for leave to apply for certiorari pursuant to O 53 of Rules of the High Court 1980 — Appellant applied to refer to Federal Court question of law, ie whether art 118 of Federal Constitution precluded certiorari against decision of election judge — Applications refused by trial judge — Whether trial judge had erred in law — Federal Constitution arts 48 & 118 — Rules of the High Court 1980 O 53

Civil Procedure — Application to refer question of law to Federal Court — General principle — Whether judge was correct in refusing to refer

Civil Procedure — Appeal — Election judge — Whether any right of appeal against decision of election judge — Election Offences Act 1954 s 36

Administrative Law — Exercise of judicial function — Judicial review — Whether judicial review lies against decisions of election judge

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu dan penentang pertama merupakan petanding untuk kerusi Parlimen bagi bahagian pilihanraya Bukit Bintang dalam pilihanraya umum tahun 1995. Sebelum hari pencalonan, perayu telah didenda RM7,000 oleh Mahkamah Agung (pada masa itu) untuk penghinaan mahkamah akibat pengelakan penyampaian injunksi dalam suatu guaman sivil (lihat [1995] 3 MLJ 549 ). Namun demikian, perayu tidak ditolak oleh pegawai pilihanraya pada hari pencalonan, dan beliau terus memenangi kerusi Parlimen bagi bahagian pilihanraya Bukit Bintang pada 25 April 1995.

Penentang pertama, yang merupakan calon yang kalah, memfailkan satu petisyen pilihanraya untuk mencabar pilihanraya tersebut menurut perkara 118 Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan’). Penentang pertama berhujah bahawa perayu tidak layak sebagai seorang ahli Parlimen sebab penghinaan mahkamah akibat pengelakan penyampaian adalah suatu kesalahan jenayah, dan menurut perkara 48(1)(e) Perlembagaan, seseorang tidak layak ‘jika ia telah disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan’.

Hakim pilihanraya bersetuju dengan penentang pertama, dan terus menyingkir perayu, dan mengisytiharkan penentang pertama sebagai ahli Parlimen yang telah dilantik secara betul untuk bahagian pilihanraya tersebut (‘keputusan hakim pilihanraya’). Oleh kerana perayu dilarang daripada membuat rayuan terhadap keputusan hakim pilihanraya menerusi s 36 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, beliau telah memfail usul pemula meminta kebenaran untuk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan itu (‘permohonan untuk kebenaran’) di bawah A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’).

Perayu berhujah bahawa hakim pilihanraya telah melakukan kesilapan undang-undang dalam tafsirannya atas perkara 48(1)(e) Perlembagaan dan dalam perisytiharan penentang pertama sebagai ahli Parlimen yang dilantik untuk bahagian pilihanraya Bukit Bintang. Perayu membantah bahawa penghinaan mahkamah atas mana beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Per sekutuan bukanlah kesalahan jenayah sebab ia berhubung dengan pengelakan penyampaian perintah mahkamah yang timbul daripada prosiding yang bersifat sivil, dan tambahan pula, tiada sabitan telah direkodkan terhadap perayu.

Perayu juga telah membuat suatu permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang, iaitu ‘sama ada atau tidak peruntukan perkara 118 Perlembagaan mengecualikan certiorari daripada membatalkan keputusan seorang hakim pilihanraya’ kepada Mahkamah Persekutuan (‘permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang’), menurut s 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘AMK’). Peguam bagi perayu berhujah bahawa jawapan harus adalah negatif, sebab remedi tunggal yang diberikan oleh perkara 118 bagi mencabar sesebuah pilihanraya adalah melalui prosedur memfailkan petisyen pilihanraya, dan jika seseorang rakyat tidak dapat membuat cabaran yang lebih lanjut daripada itu, ia bermakna bahawa hakim pilihanraya akan mempunyai kuasa untuk melantik ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, hakim perbicaraan telah menolak permohonan perayu untuk kebenaran dan juga permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan:

(1) (Oleh Siti Norma Yaakob HMR) Menurut s 84 AMK, permohonan untuk merujuk berhubung dengan keadaan di mana dalam apa-apa prosiding di Mahkamah Tinggi hakim boleh, atas budi bicaranya, merujuk persoalan yang berkaitan dengan kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan melalui suatu kes khas. Sebelum membuat keputusan demikian, hakim mestilah berpuas hati bahawa persoalan perlembagaan yang dirujuk mempunyai pertalian langsung dengan perkara yang dipertikaikan di hadapannya, dan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mestilah mengakibatkan penyelesaian pertikaian di hadapannya secara cepat dan ekonomik (lihat ms 52D–F).

(2) (Oleh Siti Norma Yaakob HMR) Tiada apa yang taksa mengenai perkara 118 Perlembagaan. Ia hanya mencipta mekanisme bagi mencabar pilihanraya, dan tempat di mana cabaran boleh diumumkan. Mahkamah tidak nampak bagaimana permohonan substantif untuk kebenaran mempunyai apa-apa pertalian dengan peruntukan perkara 118. Sedangkan yang pertama berhubung dengan isu sama ada atau tidak keputusan hakim pilihanraya boleh dibatalkan oleh certiorari, yang kedua membincangkan perkara yang berbeza sama sekali, dan dengan itu tidak memerlukan penentuan terlebih dahulu atas peruntukannya. Tambahan pula, undang-undang yang berkaitan dengan pemberian atau penolakan kebenaran di bawah A 53 KMT adalah mantap dan tidak menimbulkan apa-apa kesulitan dan ia adalah dalam kompetens hakim perbicaraan untuk membuat keputusan sama ada atau tidak kebenaran sedemikian harus diberikan (lihat ms 53G–H).

(3) (Oleh Siti Norma Yaakob HMR) Perkara 118 Perlembagaan tidak mengandungi sebarang fasal penyingkiran yang dinyatakan. Apa yang perayu menghendaki Mahkamah Persekutuan menjawab adalah bahawa terdapat suatu fasal penyingkiran yang tersirat dalam perkara 118, yang tidak merupakan kes di sini. Mahkamah ini keberatan mengganggu keputusan hakim perbicaraan sebab beliau telah melaksanakan budi bicaranya dengan betul apabila beliau enggan merujuk perkara 118 kepada Mahkamah Persekutuan (lihat ms 54G–H).

(4) (Oleh Siti Norma Yaakob HMR) Kajian semula kehakiman tidak terletak terhadap mahkamah majistret, mahkamah sesyen, Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, tetapi hanya terhadap keputusan mahkamah bawahan (misalnya, Mahkamah Perusahaan) atau tribunal (misalnya, Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan). Ini adalah supaya remedi rayuan alternatif terbuka kepada mahkamah lain atau mahkamah atasan (lihat ms 55B).

(5) (Oleh Siti Norma Yaakob HMR) Apabila seseorang hakim pilihanraya membicarakan suatu petisyen pilihanraya, beliau duduk di Mahkamah Tinggi. Perintah certiorari tidak boleh membatalkan keputusan hakim pilihanraya sebab mahkamah beliau bukanlah mahkamah bawahan, tetapi adalah pada hakikatnya sebahagian daripada Mahkamah Tinggi yang melaksanakan bidang kuasa khas. Justeru itu, hakim perbicaraan adalah betul apabila beliau menolak permohonan perayu untuk kebenaran di bawah A 53 k 1(1) (lihat ms 55C–D); Ignatius Stephen Malanjun v Election Judge Sabah & Anor(Rayuan Mahkamah Agung No 03–42–89) (tidak dilaporkan) (MA) diikut.

(6) (Oleh Abdul Malek Ahmad HMR) Adalah merupakan undang-undang mantap bahawa tidak terdapat rayuan daripada keputusan seseorang hakim pilihanraya. Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 menyatakan bahawa hakim pilihanraya harus membuat keputusan di penghujung perbicaraan sesuatu petisyen pilihanraya sama ada atau tidak calon yang pemilihannya atau pengembaliannya diadu, atau orang lain dan siapa, yang telah dipilih atau dikembalikan, atau sama ada atau tidak pilihanraya itu adalah terbatal, dan harus mengesahkan penentuan sedemikian kepada jawatankuasa pilihanraya atau kepada pihak berkuasa negeri, mengikut keadaan, dan atas pemberian sijil itu penentuan sedemikian adalah muktamad (lihat ms 56I dan 57A–C); Re Perting Timor Election (No 2) [1962] MLJ 333 (MR); Tunku Abdullah v Ali Amberan [1971] 1 MLJ 25 (MP) dan Dasun Gaban v Zulkifle bin Majun & Ors [1982] 1 MLJ 315 (MP) diikut.

(7) (Oleh Abdul Malek Ahmad HMR) Sesebuah pilihanraya hanya boleh dipersoalkan melalui suatu petisyen pilihanraya, yang telah pun berlaku di sini. Jadi, apa saja keputusan hakim pilihanraya, termasuk pendapat beliau atas tafsiran perkara 118 Perlembagaan, sama ada betul atau salah, keputusan tersebut adalah kekal (lihat ms 61A–B).

(8) (Oleh Abu Mansor HMR) Adalah bukan tugas mahkamah untuk mempersoalkan kebijaksanaan Parlimen. Tugas membicarakan sebarang petisyen pilihanraya telah diberikan oleh Parlimen kepada sebuah Mahkamah Ketua Hakim dan sesiapa yang dilantiknya. Melalui s 36 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Parlimen telah menetapkan bahawa keputusan hakim adalah muktamad. Dengan pertimbangan di atas, jawapan yang akan dicapai oleh hakim adalah penolakan untuk merujuk, dan ianya adalah betul (lihat ms 62C).

(9) (Oleh Abu Mansor HMR) Kajian semula kehakiman terhadap keputusan seseorang hakim pilihanraya yang, untuk kesemua tujuan, mempunyai bidang kuasa yang setara dan bukan bidang kuasa yang inferior kepada seseorang hakim Mahkamah Tinggi, tidak wujud (lihat ms 62D–F); Ignatius Stephen Malanjum v Election Judge, Sabah & Anor [1989] 2 MLJ 433 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar serta pemimpin politik dan penyokong-penyokong parti. Selamat bertanding dalam PRU13 nanti. Dah dekat dah. Bersiaplah dengan segala silat dan tongkat sakti. Bulan dah mula gerhana. He he he he..

1 comment:

PETA PELAYAR