FOLLOWERS

Saturday 30 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DADAH / JUSTICE DELAY IS JUSTICE ‘DENIED !


[1994] 1 MLJ 382
Tan Hun Wah v Public Prosecutor and another appeal
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NOS 106 OF 1988 AND 107 OF 1988

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ

Date 15 DECEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 382


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Trafficking in dangerous drugs — Frequent adjournments — Delays in trial and providing grounds of judgment — Whether prejudice caused to appellants — Appropriate remedy — Dangerous Drugs Act ss 6 & 39B — Courts of Judicature Act 1964 s 60

Criminal Procedure — Trial — Trafficking in dangerous drugs — Onus of proof — Onus on prosecution to prove beyond reasonable doubt — Onus placed on defence to clear judge’s doubt — Whether fatal

Evidence — Burden of proof — Trafficking in dangerous drugs — Failure of prosecution to call witness — Whether onus on defence to clear doubts created in judge’s mind

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah dituduh bersesama atas kesalahan mengedar candu mentah yang dikatakan telah berlaku pada 8 Februari 1984. Pembelaan kedua-dua perayu adalah bahawa mereka cuma merupakan pembawa tanpa pengetahuan tentang dadah itu. Mereka menafikan bahawa mereka telah mengedar dadah dan menyalahkan seorang yang bernama Akuaili Singh, yang telah ditangkap pada 8 Februari 1984 tetapi sejak itu telah menghilangkan diri. Dari tarikh mereka ditangkap pada tahun 1984, perayu telah terus ditahan sehingga 30 Oktober 1988 apabila mereka didapati bersalah, disabit dan dihukum mati di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta itu’).

Perbicaraan itu telah mengambil masa hampir sembilan bulan enam hari, oleh kerana beberapa tangguhan kes itu. Juga terdapat kelengahan hampir tiga tahun tiga bulan sebelum alasan penghakiman hakim perbicaraan kes itu dibekalkan pada Februari 1992. Dalam alasan penghakimannya, hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan kegagalan pihak pendakwa untuk memanggil Akuaili Singh sebagai seorang saksi atau menawarnya kepada pihak pembelaan. Perayu telah membuat rayuan.

Isu utama untuk diputuskan adalah sama ada kelengahan dalam perbicaraan dan dalam pembekalan alasan penghakiman telah memudaratkan perayu, dan jika ya, apakah remedi yang sesuai yang patut diperintahkan oleh mahkamah untuk membetulkan atau meringankan kemudaratan atau ketidakadilan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Peraturan am bahawa ‘keadilan dilengahkan adalah keadilan dinafikan’ (‘justice delayed is justice denied’) tidak bermakna bahawa setiap bentuk kelengahan seharusnya mentaksahkan keseluruhan prosiding. Bagaimanapun, prinsip perbicaraan yang adil harus terpakai dengan lebih ketat lagi di mana kelengahan keterlaluan itu disebabkan bukan oleh pihak pendakwa tetapi oleh mahkamah perbicaraan sendiri. Jika fakta sesuatu kes mewajarkannya, di mana terdapat kelengahan panjang dalam pembekalan alasan penghakiman, sesuatu mahkamah rayuan akan bersedia menerima pengataan kemudaratan atas dasar bahawa bukan sahaja terdapat kemungkinan besar tanggapan hakim perbicaraan mengenai tingkahlaku saksi akan terkabur, tetapi juga kelengahan itu akan meninggikan kemungkinan peninggalan pada pihak hakim perbicaraan untuk bertindak terhadap fakta dan isu material dalam alasan penghakimannya, yang mungkin memihak kepada perayu.

(2) Pihak pendakwa patut dipersalahkan kerana tidak memanggil Akuaili Singh sebagai seorang saksi untuk menjelaskan dirinya atau menyediakannya kepada pihak pembelaan dan kelengahan itu mestilah merupakan antara sebab yang menimbulkan peninggalan padah hakim perbicaraan untuk mempertimbangkan perkara ini. Beban yang terletak pada pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwa. Oleh itu, hakim telah membuat kesilapan di sisi undang-undang apabila meletakkan beban ke atas pihak pembelaan untuk menerangkan kelakuan Akuaili Singh berkaitan dengan tuduhan mengedar dadah itu. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa tidak ada beban yang terletak di atas pihak pembelaan untuk menerangkan sebarang keraguan yang timbul dalam fikiran hakim, dan tanpa kehadiran Akuaili Singh untuk memberi keterangan, undang-undang memperuntukkan supaya keraguan itu diputuskan memihak kepada perayu.

(3) Atas fakta kes ini, kemudaratan telah secukupnya ditunjukkan oleh nota keterangan dan alasan penghakiman akibat daripada kelengahan bukan sahaja dalam perbicaraan itu sendiri tetapi juga dalam pembekalan alasan penghakiman. Mengikut s 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, sabitan di bawah s 39B Akta itu dibatalkan dan diganti dengan sabitan di bawah s 6; dan hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukum penjara seumur hidup dengan enam sebatan rotan setiap orang di bawah s 39A Akta itu.

Obiter:

(1) Selepas tangguhan pertama, penetapan sambungan kes itu selama lima atau enam hari berturut-turut sehingga penyelesaiannya adalah lebih realistik walaupun ia mungkin melibatkan penangguhan kes lain yang telahpun disenaraikan untuk perbicaraan. Jika tangguhan tidak dapat dielakkan, ia patut merupakan tangguhan yang singkat supaya tidak memanjangkan tempoh keseluruhan perbicaraan itu. Penangguhan sine die sesuatu kes jenayah yang telah dibicara sebahagian atau penangguhan sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan tidak boleh diterima, kerana amalan seperti itu pasti akan mengakibatkan kelengahan melampau dalam pentadbiran keadilan dan menjejaskan kualiti serta kebolehpercayaan penghakiman mahkamah mengenai penilaian keterangan itu.

(2) Hujah bertulis adalah berguna terutamanya mengenai isu undang-undang, tetapi mempunyai kelemahan yang sama seperti alasan penghakiman yang dilengahkan berkenaan isu fakta. Kecuali jika benar-benar diperlukan, mahkamah patut mendesak supaya hujah lisan dibuat dalam perbicaraan jenayah, apabila keterangan masih segar dalam ingatan semua yang berkenaan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini ,memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Ia juga berkaitan dengan perbicaraan liwat DSAI yang berkaitan isu yang sama ia itu sering ditangguhkan dan dilewatkan. Fikir-fikirkanlah. Kes ini ada signifikannya dengan kes liwat DSAI tersebut . Ia juga berkaitan beban pembuktian dan standard pembuktian " melampaui keraguan menasabah ".

2. Keadilan untuk Saiful . Amin.....................................

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR