Nota : Di bawah ini di paparkan jawapan yang diberikan oleh Dr Shamrahayu A. Aziz UIAM kepada komen dan persoalan yang dilontarkan oleh Abu Faiq yang dihantar di blog PG atas tulisan PG bertajuk : KALIMAH ALLAH : PANDANGAN DR SHAMRAHAYU A. AZIZ , PEN PENSYARAH KULLIYYAH UNDANG-UNDANG , UIAM ! di KLIK:
Abu Faiq said...
Assalaamu 'alaikum PG & semua yang melayari blog ini,1 Di blog ini selang beberapa pos yang lalu, saya ada memberi pendapat tentang kontrak sosial. Adapun yang disebut 'unwriten law' oleh Dr Shamrahayu itu tidak lain tentulah secebis daripada intipati kontrak sosial tersebut; iaitu suatu muafakat tanpa tinta, ikatan maya/ilusi, yang wujud hanya di dalam bentuk semangat, yang apabila dibawa ke mahkamah undang-undang tidak dapat dihujahkan dengan bukti nyata, sedangkan mahkamah berdiri di atas pemaknaan/pengertian undang-undang yang hujahnya jelas [tercatat] sahaja.
Kontrak sosial hanya suatu idea/benda mujarad; yang tidak 'dipandang' di mahkamah undang-undang jika ada suatu pihak yang mahu menafi atau mempertikaikannya dapat membawa hujah/pembuktian yang lebih kristal. Ertinya, kontrak sosial HANYA LAKU apabila collective consciousness tentangnya masih mahu dipegang. Sesiapa saja yang mahu membuang atau mahu mengingkarinya, kontrak sosial pun TIDAK LAKU lagi, dan dia boleh saja mencabarnya, lalu terlepas dari apa-apa juga hukuman [fizikal], kerana kontrak sosial tidak mengikut-sertakan uqubat [hukuman/sanction] kepada pelanggarnya.
2 Apa maknaya ini? Maknanya: Ada black hole besar di di celah-celah undang-undang/[perlembagaan], yang kalau lubang itu terbuka atau dibuka, maka jadilah seperti apa yang sedang terjadi sekarang. Sekarang baru isu ini...pada waktu lain ....? [Bijak bukan Lord Reid? Betapa jauh pandangan ke hadapannya; tidak sunyi supaya terpusakakan jua krisis dan konflik perundang-undangan di tanah bekas jajahan!]
3 Sebab itu, seorang professor undang-undang ada menyatakan bahawa sultan pun tidak boleh menyanggah keputusan mahkamah di dalam isu khusus ini. Kenapa? Sebab hujah undang-uudang tidak berupaya membentengi sangahan dan hujah mereka.
4 Sebab itu di dalam al-Quran-Nya Dia mempertegas: " Hak membuat hukum itu hanya bagi Allah. Dia menerangkan yang sebenar-benarnya dan Dia Pemberi keputusan yang terbaik" (al-Quran [6]: 57).
5 Alangkah lemahnya makhluk [manusia] yang mahu masih diberi mandat untuk mencipta undang-undang; suatu penetangan terhadap fitrah!
Lalu, hendak ke mana kita, doc?
Pandangan Abu Faiz di jawab oleh Dr Shamrahayu A. Aziz, UITM seperti berikut :
Shamrahayu A. Aziz said...
Salam tuan,terlanjur saya berziarah ke blog tuan dan membaca komen dan soalan saudara Abu Faiq, izinkan saya membuat sedikit ulasan...bukan niat untuk menyangkal, tetapi untuk perbincangan lebih terperinci. Mungkin dek kerana ruangan berita tersebut tidak memungkinkan saya bercerita lebih panjang mengenai pendapat saya tersebut. Persoalan yang saudara Abu Faiq unjurkan, ke mana kita doc.
Apa yang saya maksudkan "unwritten rules" bukanlah semata-mata kontrak sosial, walaupun saya setuju yang kontrak sosial adalah sebahagian daripadanya.dan seratus peratus setuju dengan pendapt saudara Abu Faiq. Selaind aripada kontrak sosial, apa yang saya maksudkan ialah, unwritten rules dalam tafsiran perlembagaan, perlembagaan hendaklah dilihat di dalam keseluruhan kerangkanya. ia tidak harus dilihat dalam konteks yang sempit dan pedantic. dalam kata lain, perlembagaan harus dilihat secara holistic, bukan hanya dengan melihat kepada beberapa cebisan peruntukan sahaja.
Rule of interpretation yang biasa dipakai untuk mentafsir undang-undang biasa mungkin tidak memadai untuk digunakan dalam mentafsir perlembagaan. Dalam isu berkaitan kalimah Allah, the unwritten rules dalam mentafsir perlembagaan termasuklah dengan melihat kepada kedudukan Islam dan orang-orang Islam dalam perlembagaan. melihat kepada kuasa raja sebagai ketua agama dan juga sumpah jawatan yang di-pertuan agong untuk memelihara kedudukan bukan sahaja perlembagaan, tetapi juga agama Islam.
(Petikan sumpah jawatan YdPA....Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam). Oleh yang demikian, ke mana kita seterusnya ialah memberi ruang kepada Ketua Agama untuk mengemudi hala tuju kedudukan Islam...Wallahu a'lam.
DR SHAMRAHAYU A. AZIZ ,
PEN PENSYARAH KULLIYYAH UNDANG-UNDANG,
No comments:
Post a Comment