[1995] 1 MLJ 612
Mohd Amin bin Abdullah lwn Pendakwa Raya
Case Details:
Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — PERMOHONAN
JENAYAH NO 44–45–1994
Judges SYED AHMAD IDID J
Date 14 NOVEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 612
Mohd Amin bin Abdullah lwn Pendakwa Raya
Case Details:
Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — PERMOHONAN
JENAYAH NO 44–45–1994
Judges SYED AHMAD IDID J
Date 14 NOVEMBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 612
Catchwords:
Acara Jenayah — Perbicaraan — Pertukaran majistret — Kes yang separuh didengar — Majistret ditukarkan menjadi timbalan pendakwa raya — Sama ada masih boleh meneruskan pengendalian perbicaraan — Sama ada berat sebelah atau prasangka mesti jelas — Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) s 261
Acara Jenayah — Perbicaraan — Pertukaran majistret — Kes yang separuh didengar — Pengambilan alih perbicaraan oleh majistret baru — Bila munasabah — Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) s 261
Facts:
Pemohon (tertuduh kedua) telah membuat permohonan supaya kes-kes yang dikemukakan terhadapnya dan tertuduh pertama dibicarakan semula kerana majistret yang mendengar kes mereka telah ditukar keluar. Majistret baru yang mengambil alih kes-kes itu, Puan Fadzillah Begum (‘Puan Fadzillah’) telah menolak permohonan yang dibuat oleh pemohon supaya kes-kes itu dibicarakan de novo. Berikutan daripada itu, perbicaraan telah diteruskan sehingga pihak pendakwa menutup kes dan kedua-dua tertuduh diarahkan memasukkan pembelaan mereka.
Kemudiannya, Puan Fadzillah telah ditukarkan ke Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara. Permohonan pemohon untuk perbicaraan de novo telah ditolak oleh Puan Fadzillah dan perbicaraan diteruskan sehinggalah Puan Fadzillah ditukarkan menjadi timbalan pendakwa raya di Sarawak. Pada peringkat itu, 100 orang saksi pendakwa telah memberi keterangan dan 145 ekshibit telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan. Pemohon sekali lagi memohon untuk perbicaraan de novo tetapi Puan Fadzillah telah menolak permohonan itu dan pemohon selanjutnya membuat permohonan ini ke Mahkamah Tinggi.
Teras utama hujah bagi pemohon ialah dengan perubahan dalam kedudukan Puan Fadzillah daripada majistret kepada timbalan pendakwa raya, beliau tidak lagi boleh menyambung tugas sebagai majistret. Sebaliknya, responden berhujah bahawa tertuduh pertama telah ditahan di bawah reman sejak 24 Januari 1992 lagi dan satu perbicaraan de novo akan mengakibatkan satu ketidakadilan yang serius.
Tertuduh pertama juga telah menutup kes pembelaan beliau. Responden berhujah bahawa satu perbicaraan de novo akan membazirkan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan kesemua pihak. Responden menegaskan bahawa Puan Fadzillah telah melihat tingkah laku dan mendengar keterangan kebanyakan saksi dan telah mendengar permohonan daripada pemohon dan responden untuk mencabar kebolehpercayaan enam orang saksi. Oleh itu, beliau adalah orang yang sewajarnya meneruskan perbicaraan kes-kes itu.
Jika mahkamah memerintahkan supaya Puan Fadzillah berhenti daripada mengendalikan perbicaraan itu, responden mendesak supaya majistret yang lain dibenarkan mengambil alih perbicaraan itu selaras dengan kuasa di bawah s 261 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’).
Holdings:
Diputuskan,
Diputuskan,
mencadangkan supaya Puan Fadzillah ditukar balik sebagai majistret dalam masa dua minggu untuk meneruskan perbicaraan, jika tidak, permohonan ini akan dibenarkan:
(1) Pengambilan alih perbicaraan oleh seorang majistret yang baru di bawah s 261 KAJ adalah munasabah di mana keterangan yang telah dirakamkan setakat itu adalah lebih kurang rasmi dan tidak menimbulkan kontroversi dan di mana kebolehpercayaan atau perilaku saksi-saksi penting tidak dipersoalkan.
(2) Fungsi kedua-dua jabatan kehakiman dan perundangan semestinya benar-benar berbeza. Apabila terdapat pertukaran pegawai-pegawai di antara kedua-dua jabatan itu, mahkamah berpendapat bahawa seseorang pegawai itu tidak boleh melaksanakan kedua-dua fungsi serentak.
(3) Tidak perlu terdapat tindakan berat sebelah atau prasangka yang jelas sebelum seseorang itu dilucuthak daripada bersidang di dalam kedudukan kehakiman. Adalah mencukupi jika pada pandangan orang-orang yang berfikiran wajar terdapat kemungkinan besar tindakan berat sebelah atau prasangka dilakukan.
(4) Memandangkan hujah responden, mahkamah mencadangkan supaya Puan Fadzillah ditukar balik dengan segera ke Jabatan Kehakiman sebagai majistret untuk meneruskan dan menyelesaikan perbicaraan kes-kes itu. Jika pertukaran balik itu tidak dapat diselenggarakan dalam masa dua minggu, dengan sendirinya mahkamah meluluskan permohonan ini untuk perbicaraan de novo. Jika sebaliknya, dengan sendirinya permohonan ini ditolak.
Per curiam
Majistret-majistret dan hakim-hakim mahkamah sesyen mestilah lebih peka untuk menyelesaikan kesemua kes-kes dalam mahkamah masing-masing dengan mengatur supaya semua perbicaraan dikendalikan berterusan atau paling banyak dalam dua peringkat, dan peringkat kedua hendaklah diadakan dalam tempoh tidak lebih daripada dua bulan selepas selesainya peringkat pertama.
Judgment:
Syed Ahmad Idid J:
Section #1
Syed Ahmad Idid J:
Section #1
Permohonan telah dibuat supaya suatu perintah dikeluarkan untuk kes tangkap No E82–1–92 dan E82–2–92 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dibicarakan semula (de novo). Pihak responden pula sebut dua kes tambahan, iaitu E83–83–92 dan E83–84–92.
I Fakta-fakta
Dari keterangan yang diberi adalah jelas bahawa Puan Fadzillah Begum bte Abdul Ghani mendengar lanjutan kes E82–1–92 dan E82–2–92 yang dimaksudkan selepas seorang majistret lain telah ditukar keluar. Perbicaraan di hadapan majistret pertama itu telah bermula sejak 13 April 1992 dan 34 orang saksi pendakwa telah memberi keterangan dan 77 ekshibit dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan sehingga 1 Disember 1992. Di antara saksi yang telah memberi keterangan setakat itu adalah SP4, Dr Chow Shui Tse, dari Institut Sains dan Perubatan Forensik Singapura (keterangan pakar berkenaan ujian asid dioksiribonuklei (deoxyribonucleic acid) dan Prof Dr Masatsugu Hastismoto dari Kolej Pergigian Tokyo Jepun (keterangan pakar berkenaan pita-pita video).
Apabila Puan Fadzillah Begum mengambil alih kes ini di bawah peruntukan s 261 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) (‘KAJ’), pemohon juga telah memohon (11 Januari 1993) kepada puan majistret Fadzillah Begum untuk satu perbicaraan de novo. Tertuduh pertama dan pihak pendakwa membantah dan, dengan itu, Puan Fadzillah Begum buat keputusan pada 12 Januari 1993 untuk menolak permohonan dan meneruskan perbicaraan.
Berikutan itu, perbicaraan di hadapan Puan Fadzillah Begum telah diteruskan sehingga 17 Mei 1993 apabila pendakwaan menutup kes. Pada masa itu, pendakwaan telah memanggil 72 orang saksi yang memberi keterangan dan sebanyak 90 ekshibit telah dikemukakan (oleh pendakwa dan pembela). Dalam perbicaraan itu, ekshibit-ekshibit video P6, P10, P11, P12 dan P13 telah ditunjuk dan ditonton oleh pihak-pihak yang berkenaan dan mahkamah juga telah mendengar ekshibit P22, sebuah pita kaset.
Kesemua itu diikuti oleh penghujahan panjang lebar oleh semua pihak di hadapan puan majistret dan, pada 16 Jun 1993, puan majistret membuat keputusan bahawa pihak pendakwa telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh pertama (Mary Anne) dan tertuduh kedua (Kanaperan a/l Ramadass atau pemohon hari ini) untuk kesemua 14 pertuduhan di bawah s 500 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45).
Section #2
Puan Fadzillah Begum juga mendapati keterangan pihak pendakwa berjaya membukti laporan-laporan polis yang palsu telah dibuat oleh tertuduh pertama dan pemohon bagi mencapai niat bersama mereka. Dengan demikian, majistret Puan Fadzillah Begum telah meminda dua pertuduhan yang asal terhadap tertuduh pertama dan pemohon setiap seorang kepada dua pertuduhan di bawah s 182 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan s 34 Kanun Keseksaan. Dan apabila kes disambung semula pada 1 Julai 1993, peguambela, Encik Vaithylingam, bagi pihak pemohon, telah tarik diri dari mahkamah dan Encik Karpal Singh mulai mewakilinya pada 5 Julai 1993.
Pada 1 Ogos 1993, puan majistret Fadzillah Begum ditukarkan ke Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara. YAA Hakim Besar Malaya tiada halangan untuk ‘Cik Fadzillah Begum menyambung bicara kes yang berkenaan’. Pada 3 Disember 1993, pemohon minta supaya Puan Fadzillah Begum tidak meneruskan sambung bicara kerana jawatannya yang baru itu dan, atas alasan yang sama, minta supaya kesnya dibicara de novo. Satu lagi wabak penghujahan panjang lebar telah dibuat dan Puan Fadzillah Begum menolak permohonan itu pada 4 Disember 1993.
Pada 7 Disember 1993, atas permohonan pemohon, hakim mahkamah tinggi (Abdul Aziz J) selepas mendengar bantahan awal (‘preliminary objection’) telah ambil keputusan tidak menyemak keputusan puan majistret. Kes telah sambung semula dan kedua-dua tertuduh pertama dan kedua memilih untuk memberi keterangan bersumpah dan tertuduh pertama memanggil 14 orang saksi dan tertuduh kedua (iaini pemohon di sini) telah memanggil 10 orang saksi dan masih belum menutup kes pembelaannya.
Dalam perbicaraan di mahkamah majistret, pemohon telah memohon untuk mencabar kebolehpercayaan tertuduh pertama dan saksi SB3, manakala timbalan pendakwa raya telah memohon untuk mencabar kebolehpercayaan pemohon, saksi SB13, SB17 dan SB19.
Pada 1 Julai 1994, Puan Fadzillah Begum telah ditukarkan menjadi timbalan pendakwa raya, unit pendakwaan di negeri Sarawak. Dan pada 12 Ogos 1994, pemohon memohon supaya Puan Fadzillah Begum tidak meneruskan sambung bicara kesnya dan sebaliknya kes di mahkamah majistret ini dibicara de novo. Sekali lagi dengan bantahan dari tertuduh pertama dan pihak pendakwa dan selepas mendengar penghujahan yang panjang lebar dari semua pihak, Puan Fadzillah Begum menolak permohonan itu pada 13 Ogos 1994.
Pemohon terus membuat permohonan ini kepada Mahkamah Tinggi. Fakta-fakta di atas jelas dari: (a) affidavit yang diikrarkan oleh Encik Karpal Singh; dan (b) affidavit jawapan oleh Encik Wong Kian Kheong. Kedua-dua diterima bulat-mulat oleh kerana kaunsel bagi pihak pemohon dan bagi pihak Pendakwa Raya, responden, telah mengaku apa yang disebut itu adalah benar dan mereka tidak langsung mempertikaikan kandungan tersebut.
Section #3
II Nasihat mempersembahkan usul
Apabila permohonan mula didengar, Encik Karpal Singh memberitahu beliau telah dinasihat untuk memfailkan notis usul ini dan telah membuat demikian.
III Perkara-perkara diutarakan oleh Pendakwa Raya
Terlebih dahulu, iaitu sebelum saya bincang prinsip-prinsip undang-undang mengenai permohonan ini, saya ingin utarakan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh tuan timbalan pendakwa raya, iaitu:
(a) tertuduh pertama telah ditahan di bawah reman sementara menunggu penyelesaian kes tersebut dari 24 Januari 1992 hingga 17 Januari 1994, yakni beliau telah menjalani reman selama hampir-hampir 2 tahun. Seandainya kes tersebut dibicara de novo, ini akan mengakibatkan satu ketidakadilan yang serius (‘serious injustice’) kepada tertuduh pertama kerana beliau mempunyai hak agar kes tersebut diselesaikan dengan secepat mungkin;
(b) tertuduh pertama telah menutup kes pembelaan beliau dan satu perbicaraan de novopada tahap prosiding yang lewat ini adalah bercanggah dengan keadilan dan kepentingan tertuduh pertama;
(c) perbicaraan de novokes tersebut akan membazirkan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan semua pihak kerana sebab-sebab yang berikut:
(c) perbicaraan de novokes tersebut akan membazirkan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan semua pihak kerana sebab-sebab yang berikut:
(i) kesemua pihak telah memanggil seramai 100 orang saksi pendakwa dan pembela;
(ii) sebanyak 145 ekshibit telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan;
(iii) dua orang saksi, SP4 dan SP7, adalah saksi-saksi pakar dari luar negeri (sila lihat perenggan 17 dan 18 afidavit jawapan);
(iv) adalah difahamkan bahawa saksi-saksi pendakwa, SP14 (Dr Lee Way Seah), SP21 (Dr Norain Karim) dan SP22 (penolong penguasa polis, Sun Teoh Tia), telah berlepas ke England untuk pengajian lanjutan;
(v) juga difahamkan saksi pendakwa, SP24 (Dr Zaw Win), telah balik ke negara asal beliau di Myanmar selepas tamat kontrak perkhidmatan beliau di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur; dan
(vi) selain daripada saksi-saksi pendakwa, SP4, SP7, SP14, SP21, SP22 dan SP24 yang berada di luar negeri, terdapat seramai 69 orang saksi pendakwa dan pembela yang tinggal dan/atau bekerja di luar Kuala Lumpur; dan
(ii) sebanyak 145 ekshibit telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan;
(iii) dua orang saksi, SP4 dan SP7, adalah saksi-saksi pakar dari luar negeri (sila lihat perenggan 17 dan 18 afidavit jawapan);
(iv) adalah difahamkan bahawa saksi-saksi pendakwa, SP14 (Dr Lee Way Seah), SP21 (Dr Norain Karim) dan SP22 (penolong penguasa polis, Sun Teoh Tia), telah berlepas ke England untuk pengajian lanjutan;
(v) juga difahamkan saksi pendakwa, SP24 (Dr Zaw Win), telah balik ke negara asal beliau di Myanmar selepas tamat kontrak perkhidmatan beliau di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur; dan
(vi) selain daripada saksi-saksi pendakwa, SP4, SP7, SP14, SP21, SP22 dan SP24 yang berada di luar negeri, terdapat seramai 69 orang saksi pendakwa dan pembela yang tinggal dan/atau bekerja di luar Kuala Lumpur; dan
(d) adalah dihujah dengan sekeras-kerasnya bahawa Puan Fadzillah Begum diberi peluang meneruskan perbicaraan kes tersebut kerana beliau:
(i) telah melihat tingkah laku (‘demeanour’) dan mendengar keterangan kebanyakan saksi pendakwa dan kesemua saksi pembela sehingga kini; dan
(ii) juga telah mendengar permohonan daripada pemohon dan pihak pendakwa untuk mencabar kebolehpercayaan enam orang saksi (sila lihat perenggan 44 afidavit jawapan).
(i) telah melihat tingkah laku (‘demeanour’) dan mendengar keterangan kebanyakan saksi pendakwa dan kesemua saksi pembela sehingga kini; dan
(ii) juga telah mendengar permohonan daripada pemohon dan pihak pendakwa untuk mencabar kebolehpercayaan enam orang saksi (sila lihat perenggan 44 afidavit jawapan).
Dengan itu, tuan timbalan pendakwa raya berpendapat bahawa Puan Fadzillah Begum merupakan orang yang paling baik untuk meneruskan perbicaraan kes tersebut.
Section #4
IV Isu-isu berbangkit
(a) Isu pertama
(i) Adakah keadaan terdapat apabila seorang majistret ditukar dan kes didengar berterusan oleh seorang majistret lain itu sesuai? Perkara ini muncul apabila majistret awal telah mendengar kes di mahkamah rendah mulai 13 April 1992 sehingga 1 Disember 1992 pada mana majistret itu ditukarkan ke Biro Bantuan Guaman dan Puan Fadzillah Begum ambil alih. Kes yang saya fikirkan relevan ialah PP v Kulasingam [1974] 2 MLJ 26 di mana majistret yang bijaksana yang pada awalnya mendengar kes ini telah ditukarkan sebagai timbalan pendakwa raya. Beliau telah mendengar kes pendakwaan dan telah memanggil pembelaan dan seorang saksi pembela telah memberi keterangan. Selepas itu, majistret yang sama memerintahkan supaya kes didengar de novo. Bila kes itu timbul di hadapan majistret, timbalan pendakwa raya mencadangkan agar kes disambung di bawah s 261 KAJ. Peguambela membantah dan seterusnya memohon satu perintah larangan terhadap majistret yang bijaksana itu. Kes ini didengar di Mahkamah Tinggi di dalam semakan di mana dapati:
(i) Held: In view of the large number of witnesses already heard and the large number of exhibits already tendered, a rehearing would cause unnecessary hardship and unreasonable expenditure in this case and therefore the court would order that the case be continued under the provisions of s 261 of the Criminal Procedure Code.
(ii) Saya juga diberitahu ada dua kes lagi di mana YA Zaleha Zahari PK telah membuat keputusan yang sama. Majistret/hakim mahkamah sesyen yang ditukar boleh digantikan dengan seorang majistret/hakim mahkamah sesyen yang lain yang ambil tempatnya supaya kes itu diteruskan.
(iii) Ajaib Singh H dalam Oh Keng Seng v PP [1976] 1 MLJ 143 di ms 144 telah berpendapat bahawa:
(iii) The provision in s 261 of the Criminal Procedure Code which empowers the succeeding magistrate or president to act on the evidence recorded by his predecessor is no doubt intended to save time and money and to expedite the disposal of part-heard criminal cases.
(iv) Dalam kes Khageswar Satapathy v Govinda Chandra Navak & Ors(1973) Cr LJ 739 di Mahkamah Tinggi Orissa adalah terdapat:
(iv) The succeeding magistrate can decide the case on the evidence duly recorded by another magistrate who was then in seisin over the matter. This section applies where the second magistrate is succeeded by a third magistrate and the third magistrate can act on the evidence recorded by his two predecessors.
(v) Timbalan pendakwa raya yang bijaksana telah mendesak iaitu jikalau saya perintahkan Puan Fadzillah Begum patut berhenti daripada membicarakan tertuduh di mahkamah majistret, ketika itu majistret yang lain dibenarkan mengambil alih perbicaraan itu selaras dengan kuasa di bawah s 261 KAJ. Saya berpendapat bahawa situasi begini adalah munasabah di mana keterangan yang setakat dirakamkan adalah lebih kurang rasmi atau keseluruhan yang tidak menimbulkan kontroversi dan di mana kebolehpercayaan atas perilaku saksi-saksi penting tidak dipersoalkan. (It is acceptable for a succeeding magistrate to continue the trial under s 261 of the Criminal Procedure Code if the evidence so far recorded has been non-contentious, or of a routine nature.)
(b) Isu kedua
Mungkin dengan adanya situasi yang kian serupa, Encik Wong Kian Kheong, timbalan pendakwa raya, telah berhujah bahawa permohonan oleh Kanaperan a/1 Ramadas ini tidak mematuhi kehendak undang-undang prosedur dan beliau mengemukakan alasan-alasan berikut:
(i) pemohon mempunyai hak merayu di bawah s 307(1) KAJ selepas berakhirnya perbicaraan kes tersebut dan beliau tidak sewajarnya memohon untuk penyemakan semasa kes tersebut masih dibicarakan;
(ii) afidavit yang menyokong permohonan ini tidak menepati s 424(1) KAJ oleh kerana diangkat sumpah hadapan pesuruhjaya sumpah dan bukan majistret atau pendaftar; dan
(iii) tertuduh pertama mempunyai hak dan kepentingan dalam kes tersebut dan beliau sewajarnya juga dijadikan (tetapi tidak dijadikan) responden dalam permohonan ini, dan, dengan itu, tuan timbalan pendakwa raya berpendapat elok jika Puan Fadzillah Begum tidak dilucut kelayakan (is not disqualified) sebagai majistret untuk mendengar kes tersebut.
Section #5
Saya putuskan bahawa saya akan ambil kira perkara-perkara itu dalam perbincangan permohonan ini. Ini adalah disebabkan bahawa situasi kes yang dipohon sekarang adalah berlainan dari kes PP v Kulasingam yang telah dibincangkan di atas.
(c) Isu ketiga
Dengan pertukaran Puan Fadzillah Begum dari mahkamah ke jawatan timbalan pendakwa raya, adakah itu satu kuasa penggerak supaya beliau diberhentikan mendengar kes-kes yang dimaksudkan?
Ada dua pendapat yang bercanggah dan saya turunkan kedua-dua untuk direnong oleh semua pihak:
(i) Oh Keng Seng v PP [1976] 1 MLJ 143:
(i) In this case the applicant (accused under s 4(1)(b) of the Sedition Act 1948) applied for an order that the former president of the sessions court who had been transferred to the Attorney-General’s chambers be precluded from continuing the hearing of a part-heard case.
(i) Adalah didapati bahawa:
(i) Upon his transfer as deputy public prosecutor, the president of the sessions court had relinquished his powers and thereby ceased to exercise any jurisdiction in the trial of the applicant.
(ii) Dalam PP v Goh Chooi Guan [1978] 2 MLJ 169:
(ii) The senior federal counsel attached to the Royal Customs and Excise Department, Kuala Lumpur, applied to the court to exercise its revisionary jurisdiction under s 35 of the Courts of Judicature Act 1964.
(i) In this case the applicant (accused under s 4(1)(b) of the Sedition Act 1948) applied for an order that the former president of the sessions court who had been transferred to the Attorney-General’s chambers be precluded from continuing the hearing of a part-heard case.
(i) Adalah didapati bahawa:
(i) Upon his transfer as deputy public prosecutor, the president of the sessions court had relinquished his powers and thereby ceased to exercise any jurisdiction in the trial of the applicant.
(ii) Dalam PP v Goh Chooi Guan [1978] 2 MLJ 169:
(ii) The senior federal counsel attached to the Royal Customs and Excise Department, Kuala Lumpur, applied to the court to exercise its revisionary jurisdiction under s 35 of the Courts of Judicature Act 1964.
Kes itu memutuskan bahawa pangkat penasihat kanan persekutuan adalah berlainan dari pangkat timbalan pendakwa raya. Berikutan itu, ‘There should therefore be no likelihood of offending the principles if he were to continue the part-heard case. Nevertheless, that power ought to be rarely exercised and only in exceptional cases’.
Section #6
Fungsi kedua-dua jabatan (kehakiman lawan perundangan) semestinya benar-benar berbeza. Encik Wong Kian Kheong menghujah begitu panjang dengan menerangkan gabungan kedua-dua jabatan itu dan memulakan daripada Reid Commission sehinggalah perkara Perlembagaan Persekutuan dirumuskan. Dengan hormatnya, saya tidak dapat bersetuju dengan hujah beliau bahawa oleh sebab terdapatnya pertukaran pegawai-pegawai di antara kedua jabatan maka oleh itu seseorang boleh melaksanakan kedua-dua fungsi serentak.
Mahkamah pada masa lampau juga memutuskan bahawa adalah tidak perlu bagi timbalan pendakwa raya yang tugas-tugasnya adalah bertentangan daripada presiden atau majistret dan yang mempunyai peluang secara langsung terhadap kertas-kertas penyiasatan kes-kes jenayah, untuk terus sambung perbicaraan yang telah separuh didengar oleh beliau.
V Pendapat tambahan
Kedua-dua orang hakim itu juga membincang mengenai ‘public interest’. Dalam kes PP v Goh Chooi Guan, ada dikatakan bahawa ‘a different question as regards public interest has to be considered in relation to the overriding principle that justice must not only be done but must manifestly and undoubtedly be seen to be done’.
Adalah dikatakan bahawa seseorang itu lucut hak daripada bersidang di dalam kuasa kehakiman dengan alasan berat sebelah dan menyokong sebelah pihak atau prasangka terhadap satu pihak atau yang melanggar peraturan-peraturan keadilan asasi. Tidak perlu adanya benar-benar berat sebelah atau prasangka yang jelas tetapi ia adalah mencukupi jika pada pandangan orang-orang yang berfikiran wajar ada besar kemungkinan dalam keadaan-keadaan ini, walaupun beliau itu amat adil. Ianya bukanlah di fikiran presiden (atau hakim mahkamah sesyen) atau majistret yang perlu dikaji dan sama ada beliau menyokong sesuatu pihak sehingga menjejaskan pihak lain tetapi yang agak berkesan kepada orang ramai umumnya (mengikut kata-kata Lord Denning MR dalam Metropolitan Properties Co (FGC) Ltd v Lannon [1969] 1 QB 577 di ms 599; [1968] 3 All ER 304 di ms 309–310; [1968] 3 WLR 694 di ms 707).
Section #7
Ajaib Singh H dalam kes Oh Keng Seng v PP di ms 145 telah berkata:
Justice must not only be done but must also be manifestly seen to be done. This is a cardinal principle in the administration of justice and it must override all other considerations. The judiciary in our country is independent of the executive and the honesty and integrity of the officers who preside over the courts are of a high order. Let us not on any occasion therefore dispense justice in a manner which may undermine public confidence in the judiciary.
VI Alasan pemohon
Teras utama Encik Karpal Singh di dalam permohonan ini ialah perubahan pada kedudukan Puan Fadzillah Begum daripada majistret kepada timbalan pendakwa raya dan itu menjadikan beliau tidak dapat dipertahankan bagi beliau menyambung tugas sebagai majistret. Walaupun Hashim Yeop Sani H di dalam PP v Kulasingam telah membenarkan perbicaraan disambung di bawah s 261 KAJ, adalah diperhatikan bahawa itu merupakan tujuan utama keadaan bahawa tidak semestinya mempunyai salah laksana keadilan yang munasabah. Dan kedua-dua Syed Agil H dan Ajaib Singh H sependapat dalam kes PP v Goh Chooi Guan dan dalam kes Oh Keng Seng v PP masing-masing.
VII Penutup
Dari segala prinsip-prinsip dan fakta-fakta yang diutarakan, maka didapati keadaan kes-kes yang dimaksudkan oleh permohonan ini adalah luar biasa dan jauh dari kes-kes yang sebelum ini disebut. Oleh sebab demikian, maka saya turunkan pendapat-pendapat dan kata-kata para hakim dari kes-kes lampau supaya warna dan corak perbincangan yang berlainan dapat dikesan dan difahami.
Section #8
Mari kita banding: dalam kes Kulasingam, perbicaraan telah diteruskan setakat-setakat (‘protracted’) dan selepas 27 orang saksi pendakwa telah mengemukakan 98 ekshibit-ekshibit pembelaan dipanggil dan seorang saksi pembela memberi keterangan, walhal dalam kes Oh Keng Seng, perbicaraan berlangsung enam hari selepas tempoh lebih kurang satu tahun dua bulan. Sejumlah 12 orang saksi pendakwa telah memberi keterangan dan sedang diteruskan dengan saksi ketigabelas dan tidak banyak ekshibit-ekshibit yang dikemukakan. Dalam kedua-dua kes itu cuma seorang majistret/hakim mahkamah sesyen sahaja yang ditukarkan, bukan untuk kali kedua sepertimana mungkin berlaku dalam kes-kes yang dimaksudkan oleh permohonan hari ini.
Perbicaraan kes-kes dimaksudkan oleh permohonan ini nampaknya berpanjangan dan berlarutan. Keadaan mestilah memihak kepada kepentingan pendakwaan tidak kurang juga kepada pembela, iaitu perbicaraan kes-kes jenayah hendaklah didengar dan diputuskan secepat mungkin.
Saya rasa dalam kes ini pihak pendakwa dan peguam bagi pihak pembelaan sebolehnya berusaha dengan lebih gigih untuk mengatur satu perbicaraan yang dapat diselesaikan dengan secepatnya serta diikuti dengan keputusannya yang awal. ‘Although the administration of justice must not be rushed, it must be speedy.’ Jika amalan tersebut telah dipraktikkan maka sudah tentu masalah yang diutarakan di sini hari ini sepatutnya tidak timbul.
Di samping itu, saya ingin menambah iaitu majistret-majistret dan hakim mahkamah sesyen mestilah lebih peka untuk menyelesaikan kesemua kes-kes dalam mahkamah masing-masing dan mempunyai ‘kemahiran dalam pengurusan’ untuk mengatur supaya semua perbicaraan dikendalikan sekali gus iaitu berterusan atau paling tinggi dalam dua peringkat dan selesai dan peringkat kedua hendaklah diadakan dalam tempoh tidak lebih dari dua bulan selepas selesai peringkat pertama.
Ada pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Hakim Besar Malaya dan ketua pendaftar yang menerangkan tentang pentadbiran mahkamah dalam mempercepatkan perbicaraan dan menyelesaikannya tetapi sekali lagi mahkamah-mahkamah rendah nampaknya tidak begitu peduli kepada dorongan-dorongan yang bernas itu.
Section #9
VIII Keputusan
Selepas membincang dan menimba buah fikiran yang pantas dari fakta-fakta dalam kes-kes tersebut, perkara-perkara yang diutarakan oleh timbalan pendakwa raya dan kaunsel pemohon, isu-isu, pendapat tambahan mengenai ‘public interest’ dan prinsip-prinsip undang-undang, maka saya terlebih dahulu menyebelahi kepada kehendak untuk menyelamat perbicaraan (I am inclined towards saving the trial of the cases). Saya berpendapat ianya prioriti utama dan berkehendak kerjasama semua pihak atas harapan maka tujuan yang sama juga menjadi tujuan pemohon. Saya sedang ingat kepada keadaan tertuduh pertama. Sila lihat perenggan III(a) dan (c) di atas. Sila lihat permohonan yang sebut ‘perintah yang difikirkan wajar dan berpatutan oleh mahkamah’. Saya percaya dengan nasihat yang begitu matang dari peguamnya maka tujuan ini akan tercapai dengan hati terbuka.
Maka dengan ini saya:
(a) mencadangkan supaya Puan Fadzillah Begum ditukar balik dengan segera ke Jabatan Kehakiman sebagai majistret untuk meneruskan perbicaraan kes-kes yang dimaksudkan dalam permohonan ini dan, dengan spontan, beliau akan membuat segala persiapan berekoran yang sesuai supaya kes-kes diselesaikan dengan teratur, adil dan saksama dalam jangka masa secepat mungkin iaitu tidak lebih dari tiga bulan. Sila lihat perenggan III(d) di atas.
(b) Jika pertukaran balik itu tidak boleh atau tidak dapat diselenggarakan atas apa jua sebab dalam masa dua minggu, iaitu jika Puan Fadzillah Begum tidak kembali bertugas sebagai majistret sebelum 30 November 1994, maka pada 1 Disember 1994, dengan sendirinya mahkamah ini mengesahkan permohonan usul ini diluluskan. Seterusnya perbicaraan kes-kes tersebut di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur akan dimulai de novo dijalankan oleh seorang majistret yang ambil alih mahkamah itu (the succeeding magistrate will commence the trial ab initio).
Saya tidak dapat perintah seperti apa terdapat dalam Marzuki bin Mokhtar v PP [1981] 2 MLJ 155 atau Khageswar Satapathy v Govinda Chandra Navak & Ors (1973) Cr LJ 739 (sila lihat perenggan IV isu pertama (iv) di atas) dan dari kes-kes sampingan oleh kerana terlalu ramai saksi telah memberi keterangan dan Puan Fadzillah Begum telah dengan sendirinya menonton video dan dengar bukti-bukti lain dari mana seorang majistret baru tidak akan tahu atau faham atau ‘berasa’ apa telah berlalu (‘the succeeding magistrate cannot assess the value of the evidence recorded, heard or seen by his predecessor’).
Lihat Mohamed Idris bin Hj Mohamed Said v R [1949] MLJ 31 di mana Murray-Aynsley CJ merujuk kepada s 254 Kanun Acara Jenayah Negeri-Negeri Selat yang ‘pari materia’ dengan s 261 KAJ sekarang. Lihat juga Teay Wah Cheong v PP [1964] MLJ 21 oleh Hashim H. Sebaliknya, jika Puan Fadzillah Begum dapat menjadi majistret semula pada atau sebelum daripada 30 November 1994, beliau akan teruskan perbicaraan kes-kes tersebut dan dengan sendirinya permohonan usul ditolak.
Diperintahkan sewajarnya.
Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan dan alasan penghakiman yang dipaparkan. Tq
PG, dengan artikel sebegini yang sering tuan paparkan, terus terang kawan nyatakan sedikit sebanyak kawan dapat memahami proses mahkamah.... satu pendedahan yang baik... TK
ReplyDeleteSalam PG,
ReplyDeleteWalaupun Mc tak paham berkenaan dengan mahkamah ni. tapi sedikit sebanyak dapat membantu Mc belajar dari posting PG kali ini.