FOLLOWERS

Wednesday, 20 January 2010

RIADAH KUDA DI KRUBONG !


Pada petang tadi jam 4 petang sehingga jam 6 petang PG dan seorang anak menunggang kuda dari Ayer Keroh ke Krubong. Adalah dalam 12 km pergi balik. Ada juga lah sepanjang jalan penghuni-penghuni taman minta PG dan anak berhenti kerana mereka ingin memegang dan merayu nak menaiki kuda.

2. Rasa kesian juga. Putih mata kanak-kanak yang melihatnya. Maka PG berilah 2 pusingan seorang depan rumah mereka di Taman Tasek Utama. Adalah dalam 30 minit. Bagus juga. Bolehlah kuda tu ambil nafas sekejap. Sebab keluar aje kandang kuda, PG dan anak terus memecut. Jadi dengan kanak-kanak menaikinya dengan dipegang oleh PG maka kuda tu adalah masa berehat.
3. Suka kanak-kanak di Taman tersebut. Dapat juga kawan-kawan baru.

3 comments:

  1. PG, murah tak riadah kuda kat Melaka? Saya belajar menunggang di UPM, tapi sebab masa terhad terpaksa dihentikan. Di UPM, saya bayar RM300 untuk 10 sesi dan sesi saya pada hari bekerja. Kalau boleh nak sesi pada hjujung minggu.

    ReplyDelete
  2. saya biasa tunggang di upm. treknya amat baik. di melaka tak silap saya begitu juga bayarannya. cuba bincang dengan tuanpunya kuda di sebelah taman buaya. saya tunggang kuda sendiri sahaja. boleh diatur pada hujung minggu. boleh juga menunggang dengan saya kalau hujung minggu. datang le ke melaka. biasanya saya naik pun hujung minggu. cuma sekarang cuti panjang.

    ReplyDelete
  3. telepon tuan kuda : ismail 0197607260. bincanglah dengn beliau harga latihan tu,. kalau dah pandai boleh naik dengan saya .

    ReplyDelete

PETA PELAYAR