FOLLOWERS

Friday 22 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN J/RAYA / KEHILANGAN SARAAN !


[1996] 4 MLJ 7
Muhamad bin Hashim v Teow Teik Chai & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CIVIL APPEAL NO
12–159–1994

Judges JEFFREY TAN JC

Date 13 NOVEMBER 1995

Citation [1996] 4 MLJ 7


Catchwords:

Civil Law Act — Damages — Fatal accident — Dependency claim — Whether claimant must depend on financial support lost — Quantification of loss of support — Whether amount of support must be for the direct benefit of claimant — Whether multiplier in s 7(3)(iv)(d) of the Civil Law Act 1956 is fixed — Civil Law Act 1956 s 7(3)

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Dependency claim — Whether claimant must depend on financial support lost — Whether amount of support must be for the direct benefit of claimant — Whether court can consider contingencies in choosing multiplier — Civil Law Act 1956 s 7(3)

Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah rayuan oleh perayu melawan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth dalam tindakan yang dibawa oleh perayu berikutan daripada kematian anak lelakinya (‘si mati itu’) dalam kemalangan motor. Tuntutan perayu adalah tuntutan tanggungan di bawah s 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’). Hakim perbicaraan mendapati penentang 100% bertanggungjawab untuk kemalangan itu tetapi menolak tuntutan tanggungan itu, memutuskan bahawa kehilangan wang yang diberi oleh si mati kepada perayu bukanlah kehilangan yang boleh dituntut di bawah s 7 Akta itu.

Hakim perbicaraan bergantung kepada keterangan perayu bahawa RM700 yang diberikan setiap bulan oleh si mati kepada perayu adalah untuk perbelanjaan keluarga. Perayu mengaku bahawa beliau sendiri mendapat pendapatan bulanan sebanyak RM500, bahawa beliau tidak bergantung pada pendapatan si mati dan bahawa beliau membuat tuntutan tanggungan itu untuk keluarganya dan anak-anaknya. Perayu, bagaimanapun, menyatakan bahawa RM700 itu penting kepadanya kerana tanpa wang itu, dia tidak dapat menepati tanggungjawabnya kepada keluarga. Persoalan untuk ditentukan oleh mahkamah dalam rayuan ini ialah sama ada, untuk berjaya dalam tuntutannya, adalah perlu untuk perayu bergantung kepada kehilangan saraan kewangan itu untuk saraan hariannya supaya termasuk di bawah lingkungan ‘kehilangan saraan’ di bawah s 7(3) Akta itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Untuk berjaya dalam tuntutan kehilangan saraan itu, perayu mesti membuktikan bahawa kehilangan kewangan itu adalah dialami olehnya sebagai seorang tanggungan di bawah s 7(2) Akta itu (lihat ms 13F–G; Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng [1994] 3 MLJ 233 diikut).

(2) Perayu mestilah merupakan benefisiari langsung saraan kewangan itu dan ujiannya adalah manfaat terus, dan bukan secara vikarius, kepada perayu. Walau bagaimanapun, perayu tidak perlu membuktikan bahawa dia bergantung kepada saraan kewangan itu. Bukti keadaan yang memerlukan, dan oleh itu kemungkinan lebih besar bahawa perayu bergantung kepada si mati, namun demikian akan membawa kepada kepercayaan yang lebih berkenaan tuntutan untuk saraan yang hilang (lihat ms 14C–E; Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng [1994] 3 MLJ 233 diikut).

(3) Maka, keputusan yang dibuat oleh hakim perbicaraan bahawa ‘kehilangan saraan’ tidak dibuktikan kerana perayu tidak bergantung kepada si mati, tidak boleh disokong. RM700 yang diberikan oleh si mati kepada perayu adalah untuk perbelanjaan keluarga dan perayu sebagai seorang ahli keluarga itu tentunya telah mendapat sedikit manfaat langsung. Memandangkan bahawa si mati berumur 21 tahun dan bujang, dan mendapat gaji tidak kurang daripada RM565 sebulan, taksiran sementara oleh mahkamah perbicaraan sebanyak RM250 sebulan di atas pengganda lapan tahun untuk kehilangan saraan yang dialami oleh perayu adalah munasabah (lihat ms 14I–15A).

Per curiam:

Pengganda 16 tahun dalam s 7(3)(iv)(d) Akta itu bukan tegas ataupun tegar. Mahkamah boleh mengambil kira kontingensi seperti kemungkinan perkahwinan seorang anak yang bujang di masa hadapan (lihat ms 11H; Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng [1994] 3 MLJ 233 ; Marappan & Anor v Siti Rahmah bte Ibrahim [1990] 1 MLJ 99 dibeza).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar serta kepada pihak-pihak yang ahli keluarga terlibat dengan kemalangan. Ia berkaitan dengan hak tanggungan dan kehilangan saraan . Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR