FOLLOWERS

Wednesday 27 January 2010

MAAF ADUKA : YB DR RAIS DAH KORNER BARING PULAK DAH ! LETIH ! LETIH !





KUALA LUMPUR 27 Jan. – Penulis blog Anduka Taruna yang disiasat atas dakwaan menghina institusi diraja Johor perlu melakukan permohonan maaf secara formal iaitu di hadapan hakim yang membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pertimbangan mengenai dakwaan serta permohonan maaf itu bagaimanapun tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara hakim terbabit.

“Yang perlu ditekankan di sini ialah pendakwaan akan tetap berjalan seperti biasa, orang yang didakwa itu juga boleh memohon maaf kepada institusi diraja terlibat namun ia terserah kepada kerabat-kerabat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan

Penghuni Gua : Pulak dah. Rais dah mula korner baring. Flip flop lagi. Letih, letih. Cukuplah pak-pak Menteri ini bercakap seperti ini. Tindakan tu yang perlu. Bab minta maaf pada YAA Hakim atau merayu kepada YAA Hakim tak payah cakap le. Memang sistem kehakiman begitu . Memang penjenayah atau sesiapa sahaja yang dituduh di mahkamah, sebelum dijatuhi hukuman di benar merayu atau apa sahaja.

2. Jangan nak pusing le kenyataan anda semalam. Naik menyampah kita dibuatnya. YB Menteri Ingat kami semua ni bodoh ke? Semalam lain , hari ini lain. Esok ? Lain-lain. Flip Flop, flip flop. Cukuplah. Jangan ditambah senarai panjang Menteri-menteri Flip Flop ini. Cukuplah seorang yang dah dibersarakan oleh perwakilan UMNO seorang tu.

3. PG nak YB Rais Yatim yang dahulu. Tegas, berani dan lebih pada tindakan. Bukan bercakap.Penghormatan rakyat kepada kerajaan adalah berdasar ketegasan. Bukan amaran dan pemaafan. Tindakan mahu lebih dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................

11 comments:

  1. SETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat,
    Kadang-kadang kita pun tak faham kenapa akhir-akhir ini pemimpin kita banyak yang flip-flop. M ulut mereka selalu lebih pantas dari otak mereka berfikir dan ini membuatkan rakyat tidak lagi menghormati mereka. Apa sebenarnya yang berlaku diatas sana yang kita tidak ketahui? Terima kasih ziarah blog saya dan jadi follower.

    ReplyDelete
  3. Abe Omar,

    Mungkin Rais dah fikir baik2 kot. Dia tau banyak yang dok melenting marah sebab dia nak maafkan aduka. tadak harapan la aduka nak bebas. hamik ko!

    ReplyDelete
  4. Salam:-

    Eloknya rais yatim jgn banyak cakap.Jga kementerian cukup.Banyak-banyak menteri penerangan tak sape yang boleh callenge kredibilit arwah Tok Mat.

    ReplyDelete
  5. Tukar ke tempat yang patut, Menteri kebudayaan tak sesuai dengan dia, dia bagus kat tempat lama dia je, kebudayaan tu bagi Nazri Aziz je

    ReplyDelete
  6. Hari ni cakap lain,esok cakap lain..amboi awak ingat kita orang ni tak sekolah ker? Macamana lah awak ni di ambil jadi menteri?

    ReplyDelete
  7. Salam PG, biasalah kerja pemutar sekrew....... bila dah ramai tak menyokong, maka cepat-cepatlah beralih arah.....

    ReplyDelete
  8. Maaflah, saya memang tidak bersetuju dgn kenyataan Rais berhubung kes budak taruna sekor ni.

    Saya masih bergantung harap kepada Rais yang tegas, berani dan lebih kepada tindakan dan menganggap kenyataannya yang tidak patut itu hanyalah sebagai kenyataan "tersasul".

    Dalam ramai-ramai pak menteri, Rais, bagi saya lebih berani dan vokal memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan, memberi penekanan terhadap sejarah negara dan bekerja utk perpaduan rakyat Malaysia yang berteraskan bangsa Melayu. Kalau nak banding dgn Najib/Hishamuddin sekalipun, Rais lebih berani dan tidaklah se apologetik kedua-dua sepupu tu.

    Maaflah, cuma pendapat peribadi dan juga kerana minat Rais yg lebih lantang dlm perjuangan.

    ReplyDelete
  9. 10SBH stuju! Jangan main tarik tali dgn rakyat! Salah..hukum!

    ReplyDelete
  10. Salam pembaca sekalian;

    Didalam sistem keadilan jenayah negara, penyiassatan amnya adalah kuasa polis (seksyen 3(3)Akta Polis), kuasa pendakwaan adalah hak Peguam Negara (artikel 145(3) Perlembagaan dan sekyen 376 kanun Prosedur jenayah) mahu atau tidak mendakwa. Hakim hanya "mendengar dan memutuskan" dan dalam menjatuhkan hukuman, itu kuasa budibicara hakim. Jika sabit kesalahan (beban undang-undang bahawa OKT salah adalah dibahu Pendakwa), permohonan maaf terbuka OKT adalah faktor peringan kepada hukuman. Apapun prinsip hukuman yang utama adalah kepentingan awam (public interest). Dalam hal kenyataan menghina Ketua Negeri (Sultan)mohon maaf tidak begitu membantu meringankan hukuman kerana hukumannya hendaklah berbentuk pencegahan (deterrent sentence). Jalan keluar adalah mohon keampunan (ampun Tuanku) daripada yang DiPertuan Agung. Pepatah melayu, terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata fikirlah sendiri.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    pandangan peribadi saya.

    ReplyDelete
  11. satu ayat yang paling sesuai utk ADUKA TARAK GUNA...'Tiada Maaf Bagimu'...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR