FOLLOWERS

Tuesday, 26 January 2010

BLOGGER SUBVERSIF: KOMEN AWANG SELAMAT !




PENULIS blog di Malaysia sudah sampai ke tahap melampau. Mereka merasakan kuasa blog yang ada di tangan mereka terlalu bebas dan berhak menulis apa saja mengikut perasaan.Itulah yang berlaku apabila seorang penulis blog yang menggunakan nama Anduka Taruna didakwa menghina Almarhum Sultan Johor yang mangkat kelmarin.

Persoalannya apakah penulis blog itu merasakan dia sudah kebal? Boleh memaki-hamun orang lain, boleh memfitnah, boleh mengaib orang dan boleh mencetuskan perasaan benci terhadap kaum lain.

Sudah banyak kali Awang menulis mengenai isu ini. Tapi nampaknya kerajaan masih mahu berlembut dengan penulis-penulis blog dan portal berita seumpama itu. Awang sebenarnya teruja dengan pendekatan kerajaan itu, kerana di negara-negara lain termasuk di Barat sekalipun, blog-blog yang mengancam akan disekat dan dilarang penyiarannya.

Walaupun Dr. Rais Yatim berkata, tindakan akan diambil terhadap penulis blog itu, bagi Awang ia masih dianggap terlalu berlembut.Pihak polis serta pihak berkuasa jenayah siber harus diberi kuasa penuh untuk bertindak menutup laman blog seumpama itu atau menahan penulis yang tidak bertanggungjawab untuk diadili.

Awang - Tidak subversif.

Penghuni Gua : Asyik amaran, amaran, amaran, akan ambil tindakan, akan ambil tindakan. Itu jelah dari dulu. Pedih dan sakit hati kita dibuatnya. Kepada kerajaan, hantar isyarat yang betul kepada semua pihak ini agar kepala mereka ini tidak bertambah besar atau terlalu besar. Saiz kepala yang dimiliki oleh blogger dan semua rakyat Malaysia ini sudah cukup besar dan dikira lebih dari memadai. Cukuplah. Hentikannya dari terus membesar..

3 comments:

  1. Susah lah asyik dok main amaran! amaran! amaran! saja ni.

    Ada juga tindakan yang di ambil, si Tasyrik tu (yg namapak sgt budak tu bergurau selamba) dan penduduk Shah Alam isu kepala lembu (hmmm... macam tindakan apologist saja KDN ni?) dan satu dua kes hina Sultan Perak (macam lepas batuk kat tangga)

    Bandingkan semuanya ini dgn kes haramjadah nambabiwee, sjsandstream, komen-komen malaysia kini yang dok melalak sejak berzaman dulu lagi. Apa menteri amaran buat? Pilih bulu? Apologetic?

    ReplyDelete
  2. Assalaamu 'alaukum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Sistem kita barangkali sudah sampai ke tahap stagnansi; paling tidak di bahagian-bahagain tertentu yang sudah memerlukan reservicing, atau barangkali langsung overhaul terus...

    2 Sudah-sudahnya, semuanya cuma habis pada memarahi cermin yang memantulkan imej wajah hodoh.... walhal, itulah kenyataannya...?

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. diorg ni menulis tak pakai akal... Allah bg akal tp x nak guna... pastu merana la dlm lokap...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR