FOLLOWERS

Wednesday 6 January 2010

KERENAH LIM GUAN ENG : MAJLIS PEGUAM TIADA MULUT !


Dipetik dari Blog : Malaysia - Instinct. Com


Tuesday, 05 January 2010 04:08
OLEH THE TYCOON


Kali terakhir saya lalu di hadapan bangunan Majlis Peguam Malaysia di Jalan Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur, kira-kira lebih sebulan lalu. Ketika itu saya nampak tergantung kain rentang yang tertulis Justice for Teoh Beng Hock (Keadilan untuk Beng Hock) di bahagian hadapan bangunan tersebut.

Saya percaya, Majlis Peguam Malaysia yang merupakan sebuah badan yang mewakili seluruh peguam di negara ini mahukan keadilan yang sewajarnya ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Majlis Peguam memang terkenal dengan kelantangan dan keberanian mereka dalam memperjuangkan keadilan. Seingat saya, dalam sejarah perundangan di Malaysia, telah beberapa kali peguam-peguam berarak menunjuk perasaan kononnya untuk menuntut keadilan.

Antaranya berikutan krisis kehakiman yang berlaku dalam tahun 1988 dan Walk Of Justice di Putrajaya pada tahun 2008 berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan yang lain.

Hatta kes syariah berkaitan dengan hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno pun tanpa ragu-ragu Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, telah memberikan pendapatnya dalam satu wawancara yang tersiar di akhbar.

Tetapi, sehingga masa saya menulis surat ini, saya masih belum berjumpa dengan mana-mana kenyataan akhbar atau lain-lain kenyataan awam oleh Majlis Peguam mengenai pendirian mereka berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa mendiang Teoh Beng Hock telah dibunuh.

Kita semua tahu bahawa inkues berkenaan dengan tragedi itu masih dijalankan oleh Mahkamah Koroner. Tidak sepatutnya kes ini dibincangkan di luar mahkamah, memandangkan prosiding masih belum selesai. Secara prinsipnya jika ini berlaku, ia boleh di anggap sebagai subjudice dan menghina mahkamah. Ini seperti yang diputuskan oleh Hakim Spencer Wilkinson di dalam kes Pendakwa Raya lawan Penang Municipal Services Union & Ors.

Maafkan saya jika di luar pengetahuan saya Majlis Peguam telah pun menyatakan pendirian mereka berkenaan dengan kenyataan oleh Lim Guan Eng itu. Tetapi jika tidak, saya mencabar dan menggesa Majlis Peguam Malaysia agar bertindak tegas dalam mempertahankan proses keadilan dan mendidik ahli-ahli politik dan masyarakat supaya lebih menghormati institusi kehakiman yang dianggap mulia dan diamanahkan untuk menegakkan keadilan.

Penghuni Gua : Keadilan hanya untuk mereka sahaja. Keadilan berpihak. Itulah Majlis Peguam. Semua sudah tahu.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR