FOLLOWERS

Friday 22 January 2010

BAKAR SURAU : DSAI KECAM KONON-KONONNYA ?


22 jan 2010

Tindakan jadikan surau sebagai sasaran dikecam

Ringkasan kenyataan DSAI.......


1. Tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang rumah ibadat, dan yang terkini surau, sebagai tindakan pengecut dan tidak bermoral.

2.. Mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam.

3. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral.

4. Memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.

5. Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu.

6. Kesal apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Setakat kecam aje semua orang boleh kecam DSAI. Sekadar keluar air lior dan cuba dapat kredit politik.

2. Bagi menjawab kenyataan DSAI di atas , maka ini jawapan dan kesimpulannya berdasar turutan kenyataan DSAI yang telah PG ringkaskan di atas :

i. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah pengecut ? Sama aje macam anda. Asyik tangguh-tangguh aje perbicaraan liwat . Nak bersumpah pun pengecut dan mengecut. Cari talian hayat lagi di mahkamah syariah.

ii. Kecam ? Andalah diantara penyebab nya keadaan ini terjadi kerana menyokong dan menggalakkan pihak Kristian menggunkan kalimah Allah kerana memancing undi semasa PRU12. Lihat You Tube sebelum ini.

iii. Bermoral ? Serupa juga dengan anda. Juga tiada moralnya . Semuanya boleh. Asalkan ia mengenai dan menguntung serta menyedapkan anda.

iv. Provokasi ? Andalah juga yang kerap memprovokasikan sesuatu perkara dari demo haramnya, reformasinya, konspirasinya dan berbagai lagi. Juga nak hapuskan DEBnya. Jadi semua ini mereka meniru andalah DSAI ooi.

v. Tahu pun anda tentang rakyat negara ini hidup rukun damai. Tetapi andalah yang memporak perandakan kami sesama bangsa lain. Adalah sesumpah politik yang sentiasa bertukar warna dalam berbagai keadaan bagi mencapai / untuk kepentingan politik.

vi. Untuk laba? Serupa lah juga dengan anda. Semuanya mengambil kesempatan atas semua kejadian bagi mendapat laba yang sedikit iaitu utnuk kepentingan anda. Tak lebih dari itu. Mereka ( pembakar gereja dan surau ini pun ) mengambil contoh dari anda juga kot.

3. Jadi itulah jawapan bagi kenyataan DSAI di atas. Juga sebenarnya kenyataan dan kecaman DSAI di atas itu adalah untuk dirinya sendiri. Sekian , terima kaseh.

4. Jangan lupa ya , DSAI: 29 jan 2010 ini perbicaraan liwat. Jam 830 pagi di Mahkamah Jalan Duta Kula lumpur. Jemput le penyokong dan pencacai anda ramai-ramai. Lagi baik kalau suroh si Shamsul AMK tu sewakan bas dan sediakan makan minum sekali bagi yang hadir.

5. Jangan lupa ye?

1 comment:

  1. Salam PG,

    Malaysia berutung banyak tak kena gempa bumi.Jangan rakyat cari penyakit dengan goyangkan rumah ibadat.

    Kami semua mahu keamanan berkekalan,saya percaya semua bangsa/kaum mempunyai hastra yang sama.

    Tuan PG,terima banyak sudi menjengok blog ana,ada masa datang lagi,pakat tolong puak Pas tak serit2 mengutup.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR