FOLLOWERS

Sunday, 31 January 2010

KEBEBASAN CARA DSAI DAN PR, PKR , DAP, PAS(*&^%$#$*(*&^%$#%^& ENTAH. HANYA LUAHAN KEBIMBANGAN !


Berita TV3 jam 8 : 3 pemimpin Melayu PKR dihadap ke JK Didiplin PKR kerana berbagai kesalahan. Zaharin ( bekas pengerusi PKR PP ), kerana mengkritik KM Lim Guan Eng. YB Zulkifli Kulim, ( kerana membuat repot polis terhadap Khalid Gereja berkaitan penghinaan Khalid Gereja terhadap enakmen Agama Islam Selangor. Zaid Ibrahim ( orang terbijak di Malaysia dan pejuang kebebasan terunggul di Malaysia ) kerana mendesak secara terbuka agar Zul Kulim di ambil tindakan dan disingkir dari PKR.

2. Itulah contoh keterbukaan dan kebebasan yang diperjuangkan oleh PKR dan DSAI. Cakap berdegar tentang kebebasan dan hak asasi. Bila terkena di batang hidung sendiri maka terdedah sejauh mana kebebasan dan hak asasi seseorang diperjuangkan oleh PKR. Zaid? Dua kali lima sahaja. Kritik orang pandai, tetpi bila dikritik tahu pula melenting. Lihat ajelah di dalam UMNO dulu. Cakap berapi-rapi kononnya pemimpin kerajaan tidak bebas dan takut kepada kritikan. Sekarang? Hampas. Beliau lebih teruk.

3. DSAI? Dia amat sayangkan DAP . Sesiapa yang persoalkan DAP khasnya Khalifah Lim Guan Eng , maka padahnya seperti kita tahu semua. Zaharin akan lentok di Pulau Mutiara. Kerana pentingkan sokongan Cina maka pemimpn Melayu juga akan dikorbankan . Itulah DSAI dan PKR.

4. Lihat juga Nasib Zul. Kerana perjuangkan islam juga akan menerima nasib yang sama. Itulah DSAI dan PKR.

5. Adakah parti ini dan pemimpin sebegini boleh menjaga kepentingan bangsa Melayu di masa depan? Harapkan PAS? Apa PAS boleh buat? Nak sebut nak laksanakan hudud pun tak berani. Adakah pernah anda dengar lagi sekarang di dalam Harakah dan ceramah PAS , bahawa mereka akan laksanakan hudud. Tak ada. Hudud hanya mainan dan untuk kepentingan politik PAS sahaja. Juga bolehkah PAS perjuangkan islam dan Melayu islam dengan bersekutu bersama DAP serta PKR yang serba liberal?


6. Maaflah? Kepada pengundi muda! Nilaikanlah wajah sebanar pejuang Malaysia sederhana , islam liberal dan kebebasan serta perjuangan islam dari ketiga-tiga parti dalam PR ini. Adakah akan menguntungkan kita atau bangsa Malaysia keseluruhannya. Hampas. Berdasar pada perkara dann tindakan-tindakan parti ini dan pemimpin parti-parti ini , semuanya akan menjahanamkan negara dan bangsa serta agama kita.

7. Lihatlah apa yang terjadi! Mereka ini semuanya cakap tak serupa bikin. Kebebasan hanyalah untuk mereka sahaja, Malaysia sederhana juga untuk mereka, islam dan hudud juga hanyalah tempat untuk kepentingan politik mereka sahaja. Mereka ini semua hanyalah bercakap. Pandai bercakap. Tak lebih dari itu.

8. Fikirlah pengundi muda. Tindakan PKR hari ini keatas Zul Kulim dan Zaharin , Zaid ( kalau dia kena tindakan lantak le ) , jelas, baik PKR, DAP dan PAS : hanyalah omongan kosong. PAS sendiri pun , nak laksanakan islam dan berteras islam? Ehhmmmmm. Perangai pemimpin mereka dan perbalahan sesama sendiri pemimpin mereka pun lebih teruk dari kita semua. Nak tadbir cara islam? Tak usah cakap le. jauh panggang dari api. Sekadar untuk halua telinga boleh le.

9. Kepada pengundi muda: fikirlah baik-baik. Fikir untuk masa depan anda dan keluarga anda dan generasi anda seterusnya. Memimpin negara ini bukan sekadar bercakap berdegar-degar dan kritik sana, kritik sini , siang malam tak sempat terbit matahari. Tetapi yang lebih penting ialah tindakan dan pelan jangka panjang. Fikirkanlah!!!!!!!!!!!!!

10. Satu lagi perkara yang perlu anda ingati, di mana ada DAP samada ia bergabung dab bersekutu dengan PAS ke , PKR ke atau akan datang dengan UMNO ke, selagi namanya DAP, jangan undilah parti dan pemimpin ini dan pakatan ini. Termasuk sekiranya DAP bergabung dalam BN. Jangan sesekali beri undi kepada BN. DAP tidak akan menguntungkan anda semua. Percayalah. bacalah sejarah dahulu.

11. Fikirkanlah. Fikir baik-baik. Lihat setiap hari. Apa untung nya kita dengan memberikan undi kepada pakatan ini yang ada DSAI, DAP dan agenda yang amat merugikan bangsa. Fikirkanlah.

Nota : Tak tahu nak tulis apa. Tapi rasa nak tulis. Banyak nak tulis. Jadi tulis ajelah tanpa perkara khusus tentang politik. Setidaknya itulah pandangan dan rasa hati PG. Bimbang tentang negara ini dan agama serta bangsa . Maaf kerana kali ini, entah apa-apa tulisan ini. Runsing memikirkan keadaan bangsa PG. Itulah kebimbangan PG sebagai mereka yang lebih tua. Itulah sebabnya tulisan pun jadi tak keruan. Maaf aje le. Fikirkanlah !

3 comments:

  1. Saya setuju dan sokong tuan PG. Tuan konsisten dalam mesej kepada pengundi muda. Dengan teriakan keras Zaharin pada diktator guan eng (yang mengenepikan agenda bumiputra pulau pinang), bahkan itulah yang ada dalam benak dan subconcious mind DAP, menghapuskan tiang seri melayu termasuk yang termaktub dalam perlembangaan negara. Harus benar diingat. Harus rasional. Nyahkan kuasa politik DAP dan DSAI.

    ReplyDelete
  2. Very good article bro...nanti saya linkkan..

    ReplyDelete
  3. sokong!
    jgn x sokong!
    jilat jgn x jilat!
    jgn nak salahkan cina
    lu org melayu pun bangang jgk
    sesama kaum pun nak condemn
    ape citer bro?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR