FOLLOWERS

Tuesday, 12 January 2010

KALIMAH ALLAH : TITAH DYMM SULTAN SELANGOR ! MANA DR HASSAN ?



Allah untuk Islam – Sultan
Oleh ABDUL YAZID ALIAS


SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.
Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.
“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).

“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya. Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.

Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.

Penghuni Gua : Syukor. DYMM Tuanku mula bertitah. Daulat Tuanku.

2. Mana pulak perginya YB Dr Hassan Ali , Exco agama Selangor. Tak bersuara pun. Ada tak apa, tak ada lagi baik. DYMM Tuanku tengok mukanya pun naik menyampah. Tengok muka pemimpin PAS lagi DYMM Tuanku menyampah. Apalagi memandang Khalid si gereja tu. DYMM Tuanku terus meluat.

3. Letak aje jawatan anda sebagai Exco agama. Ada pun tak berfungsi. Tak malu ke , makan gaji buta? Dah DYMM Tuan sebagai Ketua Agama islam negeri dah menyampah nak memandang muka anda, berundur le. Bagi le orang lain.

4. PG mengharapkan Majlis Raja-Raja juga wajib menetapkan pendirian bagi meredakan keadaan disebalik isu ini.


Nota : Agama lain boleh dengan bebas mengamalkan agama dan amalan mereka hanya dengan aman damai. Hanya dengan aman damai. Perlembagaan tuliskan AMAN DAMAI, AMAN DAMAI, AMAN DAMAI. Bukan sebaliknya.

Jadi kepada Tan Sri Pakiam, ingat seperti kata Dr Shamrahayu: boleh diamalkan dengan aman damai dan bukan sebaliknya. Walaupun formula aman damai belum ditafsir oleh mahkamah, tetapi yang tersirat dari perkataan aman damai perlu diambil kira. Pihak Peguam Negara juga boleh menguji formula aman damai ini semasa rayuan nanti. Mana tahu jikalau YAA Hakim terlepas pandang tentang aman damai.

Tak salah mencubanya. Biar jelas.

5 comments:

  1. Khalid Samad mesti letak jawatan. Sultan telah bertitah. Allah hanya untuk orang Islam.

    Muka tak malu si Khalid Samad ini. Si pencacai ni selalu suka pergi surau surau dan masjid masjid menjaja hal kalimah Allah bolih digunakan olih orang bukan Islam..

    Hah..apalagi Khalid Samad nak..Sultan dah terang terang nyatakan bahawa Allah hanya untuk orang Islam.

    Letak jawatan sekarang ooiii.. Khalid geraja.. ko nak menderhaka pada Sultan ke ???

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..DGR KATE SI TERESA 'COCK SUCKING' NAK HALAU MELAYU. BERMAKNA NAK HALAU RAJA2 JUGAK SBB RAJA KITA RAJA MELAYU. KLU DIA BRANI SGT CUBA LA HALAU. NAK TENGOK GAK PAS BERANI TAK BALING KAPAK TERBANG KT KOMUNIS NI? KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Jadi
    Haram jadah betul si Khairy.
    Dulu jual negeri
    Terdedah sekongkol dgn Anwar BABI

    Tak yah Setiakawan nak nafi
    Utusan dah lapor maklumat SB
    GAP bukti RPK dilindung Kali
    Ajen Singapura dan pelindung Khairy

    Sesiapa yang bersama dengan Khairy adalah pembelot agama, bangsa, dan tanahair!!!!!!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah Tuanku Sultan sudah bertitah untuk redakan hal ini.

    syukur

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan,
    Pandangan saya di Malaymail semalam, 12th Jan 2010 untuk dikongsi.

    "However, Prof Shamrahayu Abdul Aziz, a constitutional law lecturer at the International Islamic University Malaysia, said although the Ruler did not have the power to overrule the court’s decision, it did not mean that his opinion should not be considered.

    "In Malaysia, the Agong is not just the head of Islam but is also a symbol of unity.

    "If the Ruler says the word 'allah' should be confined to just Muslims, then it should be regarded so by the courts out of respect."

    She opined that the best way to solve this problem may not be through the court system but via negotiations.

    "We now know that it is possible for a court ruling to do more harm than good. The court has made something contradictory to what was generally accepted by the masses before.

    "We now realise that there are 'unwritten rules' to the constitution. We also know now that there are things we should not go to court for."

    Shamrahayu said she is not instigating the public to disrespect the court’s decision but if the Herald issue cannot be resolved via a court ruling based on the constitution, and the King’s advice does not hold the force of law, then what's left as a possibility to resolve this stalemate is the spirit of the Malaysian people themselves.

    "I believe only Malaysians can solve this unique problem. We have to be tolerant and negotiate among ourselves to bring back the 'peace and harmony formula' we once enjoyed."

    ReplyDelete

PETA PELAYAR