FOLLOWERS

Monday, 18 January 2010

LIM GUAN ENG PROMO MALAYSIA SEDERHANA? HANYA TEMBERANG !

( Inilah wajah DAP. Mereka tak pernah berubah )

17 Jan 2010



IPOH, Jan 17 – Lim Guan Eng mengetengahkan pendekatan “Malaysia Yang Sederhana” buat parti itu dan Pakatan Rakyat (PR), usaha yang Setiausaha Agung DAP itu yakin akan menarik pengundi-pengundi berpendirian sederhana untuk membawa ikatan pembangkang peringkat persekutuan tersebut menuju Putrajaya.

Selepas pencapaian dalam pilihan raya umum dua tahun lalu PR kini meletakkan Putrajaya sebagai sasaran mereka yang seterusnya.

Berucap pada Konvensyen Kebangsaan DAP di sini hari ini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa PR perlu mengambil pendekatan sederhana dan melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara sederhana dan lebih bertolak ansur, yang dikenali sebagai “Malaysia Yang Sederhana”.

“Malaysia Sederhana mengutamakan kerjasama bukannya konflik, perundingan berbanding konfrontasi dan sebuah masyarakat inklusif yang sedia berkongsi berbanding masyarakat inklusif yang berasingan.

“Kita tidak mahu (situasi) ekstrem meminggiri dengan pengumuman dan kedudukan yang menakutkan mana-mana rakyat biasa Malaysia,” kata beliau dalam ucapan pembukaan konvensyen yang dihadiri lebih 1,200 perwakilan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Malaysia sederhana? Itulah yang diucapkan oleh Lim Guan Eng di persidangan nasional ke-125 DAP di Ipoh semalam. Nampaknya seolah sama sahaja dengan Malaysian Malaysia . Lihat sahaja visi dan misi DAP di KLIK . Tak ada yang berubah. Ia untuk melunakkan telinga bangsa Melayu / islam sahaja . Sebab itu Misi dan visinya tak berubah. Mereka cakap sahaja.

2. Keserdahanaan yang dicanang oleh DAP ialah persamaan . Itu visi dan misinya. Persamaan / kesamarataan. Tak lebih dari itu. Kesederhanaan yang dituntut ialah :

.Ttiada system kouta dalam segala segi. Semuanya berdasarkan meritokrasi. Itulah perjuangan DAP sejak dahulu.

. Tiada lagi hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Serawak.

. Semua kontrak social seperti tercatit seperti tercatat dalam perlembagaan akan diubah bagi mengujudkan kesederhaaan / persamaan.

. Tiada lagi askar Melayu.

. Tiada lagi bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Cina akan menjadi Bahasa kedua . Lihat ajelah apa yang dibuat mereka di Pulau Pinang mengenai papan tanda.

. Tiada lagi biasiswa untuk bumiputra. Semuanya berdasar merit.

. Peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat akan disamakan.

3. Inilah di antara kesederhanaan yang dimaksudkan oleh DAP. Lihat sahajalah tindakan mereka terhadap apa yang PG bangkitkan di atas. Itulah perjuangan DAP sejak dahulu dan kini serta untuk selamanya. Mereka tidak akan berubah. Hanya slogan sahaja yang berubah dari Malaysian Malaysia kepada Malaysia sederhana.

4. PG amat percaya Malaysia sederhana adalah menifestasi Malaysian Malaysia. Lihat sahaja apa yang Lim Guan Eng maksudkan dengan Malaysia sederhana. “Kita tidak mahu (situasi) ekstrem meminggiri dengan pengumuman dan kedudukan yang menakutkan mana-mana rakyat biasa Malaysia”

5. Itulah keserdehanaannya. Apa yang ekstrem daan menakutkan DAP ( bukan rakyat sebenarnya ). Yang menakutkan dan ekstrem ialah hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, askar melayu, Dasar Ekonomi Baru. Semuanya seperti yang PG paparkan di atas. Itulah yang ekstrem dan menakutkan DAP sejak dahulu. Itulah perjuangannya sejak dahulu. Perjuangan mereka untuk kesamarataan. Kontrak social ( perlembagaan ) nak diubah. Tolak ansur nenak moyangnya dahulu dengan nenek moyang kita bangsa Melayu nak diubah dan dipinda. Itulah DAP. Perjuangannya tak akan berubah. Keujudanya hanya satu. Kesamarataan. Tak ada yang sama dalam dunia ini. Allah pun tak ada jadikan sesuatu itu sama. Ia ada pasangan. Lelaki dan perempuan, jantan betina, kuat lemah. Tak ada kesamarataan. Kesamarataan bukan keadilan. Keadilan ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Jika sesuatu bangsa itu berhak atas sesuatu ia wajib menerimanya. Begitulah perlembagaan dibentuk dan bagaimana kontrak social ini digubal. Ada member dan menerima dan berdasar tolak ansur. Ia bukan kesamaratan dan kesederhanaan yang di war-warkan oleh parti perkauman sempit ini.

6. Kita semua jangan tertipu dengan bahasa manis parti perkauman ini. Kata-kata Lim Guan Eng ““Malaysia Sederhana mengutamakan kerjasama bukannya konflik, perundingan berbanding konfrontasi dan sebuah masyarakat inklusif yang sedia berkongsi berbanding masyarakat inklusif yang berasingan” . Anda semua percaya ? Sebahagianyannya hanya penipuan. Siapa yang memulakan konflik? Siapa yang berdemo haram setiap hari sejak dari dahlu. DAPlah raja demo haram ini. 13 mei terjadi pun adalah puncanya dari perarakan haram DAP yang meraikan kemenangannya dalam piliharaya di Selangor dan Kuala Lumpur.

7. Lihat sahaja ayat seterusnya iaitu “ masyarakat yang sedia berkongsi” ( ? ). Bukan DAP yang berkongsi dengan kita semua orang melayu. Tetapi DAP hanya perjuangkan supaya hak kita di dalam perlembagaan wajar diubah untuk dikongsi oleh mereka. Inilah maksud Malaysia sederhana yang dislogankan oleh parti perkauman sempit ini. DAP tidak pernah berubah. Cuma mereka hanya mengubah nada percakapan.

8. Kepada Pengundi muda, berhati-hatilah dengan parti ini dan percakapan mereka. Tiada keikhlasan dalam percakapan dan tindakan mereka. Mereka hanya ubah percakapan dan slogan demi kepentingan politik. Dasarnya tetap sama. DAP tetap DAP. Nak lihat DAP lihatlah PAP di Singapura. Saling tak tumpah. Berapa ramai orang Melayu yang mengetuai jabatan di Singapura? Tak sampai 0.5 peratus. Jadi jangan kita mudah tertipu. Dua tiga ekor melayu dalam DAP sekarang ini hanyalah kuda tunggangan yang hanya ada jasad sahaja. Suara mereka pun PG sekalipun tak pernah dengar.

9. Lihatlah apa yang didesak oleh Lim Kit Siang semalam.( KLIK ) . Beliau mendesak kerajaan menggugurkan rayuan kes Kalimah Allah dan menubuhkan Majlis Perundingan antara agama. Itulah wajah DAP. Hanya untk mereja sahaja. Jadi seperti PG sebutkan di atas, Malaysia sederhana ini, hanyalah sederhana untuk membolot hak orang Melayu seperti yang dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa menggubal perlembagaan dahulu. Kontrak social inilah yang hendak disederhanakan. DAP mahukan persamaan . Itulah konsep keserdehanaan yang DAP maksudkan. Tak lebih dari itu.

10. Fikirlah generasi baru. Anda penentu hidup matinya Negara ini, bangsa Melayu dan Malaysia dan agama kita. Kalau namanya sudah DAP , perkauman sempit mereka tetap tidak akan berubah. Dengan kominispun mereka nak sederhanakan. Ketua komunis pun nak dibawa pulang dan diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Itulah DAP. DAP tetap DAP. DAP sama dengan PAP. Hati-hati dan jangan sesekali kita diperbodohkan oleh parti perkauman no 1 di Malaysia ini.

4 comments:

  1. Salam Bro...ini semua cakap-cakap utk memancing para pengundi yang cetek ilmu aje. Jgn mudah terpengaruh fikirkan sebaiknya utk kemajuan dan kemakmuran Melayu di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..TERTARIK NO. 2 PERENGGAN 5 "TIADA LAGI ASKAR MELAYU"..TAK LEH NAK BYGKAN LA..ASKAR KOMUNIS BILE2 MASE JEK LEH MUNCUL

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum

    'Malaysia sederhana' kepala hotak dia...
    Nak menipu org melayu...sedarlah wahai bangsaku..bila sibangsat ni dah dpt kuasa merana la kita!

    Hendakkah kita jadi merempat dan melarat seperti melayu singapore..?

    Kata2 manis ni semua taktik dan helah nak mencairkan org melayu lepas tu senang la cucuk lubang hidung kita..haruskah kita gadaikan tanahair ini yg mana datuk nenek kita telah berkorban harta & nyawa pertahankan dulu...tidak sekali-kali!

    Yg herannya pengikut Pas & Pkr ni terlalu bodoh sombong..mereka semua 'follow like buffalo' mengikut je kata sibangsat tu..!!!

    boleh blah la woi..!!!

    ReplyDelete
  4. Hanya melayu bangang sahaja yg bersedia menerima idea "hampeh" ni..antara yg bersedia ialah sebahagian pemimpin2 pas yg tidak tahu diuntung dan org2 melayu pkr yg mmg hipokrit yg bersedia menyerahkan apa saja untuk kembungkan tembolok masing2.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR