FOLLOWERS

Sunday, 24 January 2010

HINA DYMM ALMARHUM SULTAN JOHOR : BLOGGER ADUKA TERUNA INI PERLU DIAMBIL TINDAKAN KERAS !

Penghuni Gua mendengar dari Berita TV3 jam 830 malam tadi bahawa ada blogger yang telah menghina DYMM Almarhum Sultan Johor yang mangkat semalam. Setelah digeledah ruang internet , PG dapati Blogger Aduka Teruna (http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html ) telah melakukan tindakan yang keji ini. Lihat posting yang telah di snipping oleh Blogger Gerakan Anti PKR di bawah. ( Lapuran polis juga telah dibuat oleh GAP )

2. Aduka Teruna kemudiannya telah buang posting ini dan meminta maaf. KLIK



3. Pada pandangan PG, pihak berkuasa termasuk pihak polis wajib mengambil tindakan terhadap penulis biadap ini yang telah terangan menghina institusi ini. Permohonan maafnya adalah perkara berlainan. Kesalahan ini bukan satu perkara kecil kerana ia tergolong di bawah akta Hasutan kerana ia dengan niat melahirkan kebencian ke atas institusi kesultanan di Negara ini yang jelas termaktub di dalam perlembagaan.

4. Blogger ini bukan budak hingusan. Sudah dewasa dan tahu buruk baiknya. Permohonan maafnya tidak dapat mengikis perbuatan melampau ini. Beliau sepatutnya dikenakan tuduhan yang serupa dengan 2 pesalah dari Terengganu ( suami isteri ) yang telah menghina DYMM Sultan Perak pada tahun 2009 semasa kemuncak Krisis politik di Perak.

5. Kepada pihak berkuasa, jalankan tindakan tegas terhadap blogger biadap ini dengan segera di bawah Akta Hasutan atau lebih dari itu pun.

6. Dari segi adapnya pun, PG rasakan bloggers ini pun kurang didikan dalam segala segi. . Berpolitik ada batas dan sempadannya. Fikiran telah Allah berikan. Rupanya bloggers ini tidak gunakan sebaik mungkin. Mungkin itulah hasil dari tarbiah pemimpin politik yang beliau dokong yang saban hari, buka aje biji mata , terus dengan fitnah dan makian kepada orang dan sesama insan / islam . Inilah hasilnya.

7. Bukan salah ibu mengandung !!!!!!!!!!! Salah tarbiyah yang diterimanya.

4 comments:

  1. Gambar serta maklumat blogger lahanat ni aku dah letak dalam blog aku, silakan masuk...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. sudah sampai masanya..buku sudah bertemu ruas !!

    ReplyDelete
  3. Cikgu , padan dgn muka dia ... berani buat beranilah tanggung... Tengok cara dia mintak maaf , "tetap dengan egonya " . Tak sabar nak tengok muka dia di TV nanti...

    ReplyDelete
  4. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Biarlah jadi iktibar bagi semua blogger, khasnya. Pertama, meyedari bahawa 'ilmu' &
    'akal' adalah dua perkara yang dapat memberi impak berbeza, sebagaimana juga IQ dan EQ.

    2 llmu hanya maklumat. Akallah yang mencerna maklumat sehingga menghasilkan idea/ fahaman, sekaligus menggambarkan persaaan/ emosi. Bloger tentulah orang berilmu; paling tidak menguasai bahasa bermaklumat, mengetahui isu yang berkaitan, selain tahu menggunakan IT - satu pakej potensi manusia dan teknologi canggih. Namun, apa betuk idea atau fikiran yang hendak dinyatakan, itu perlukan akal, sehingga jika baik cara 'berakal'nya, baiklah fahaman/idea yang dinyatakan, dngn bahasa yang mengandung 'idea' yang baik serta 'perasaan'
    yang sesuai [beradab].

    3 Pada akhirnya, itulah cerminan keperibadian
    hasil daripada didikan.

    Wallhu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR