Dipetik dari Blog : Chedet
1. Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor remarked that everyday 500 trucks carry sand from Johor to Singapore. A friend told me that it is not 500. It is 700. That's a lot of sand.
2. I thought we had stopped selling lorry loads of our land to Singapore. But my friend explained that the sand is not sand. It is silica sand.
3. Singapore needs it to make microchips. I don't know how much sand goes into those tiny microchips. Must be a lot if they need 700 truck loads of sand a day.
4. Selling raw materials gives the least return. Better to add value by processing the raw material.
5. Cannot be that difficult to produce silica from silica sand. Glass factories do that (I think) all the time. And we do have glass factories in Malaysia. Why not produce the silicon wafers and sell them to Singapore?
6. I think someone is not telling the truth.
Penghuni Gua : Rupanya masih ada manusia pengkhianat yang menjual negara. Jual pasir terutama kepada Negara tidak mengenang budi dan negara yang tidak mempunyai perasaan dan semangat kejiranan ini adalah menjual negara namanya.
2. 700 lori sehari bukan satu jumlah yang sedikit. Apa jenis pasir pun atau dengan alasan apa sekalipun, sekiranya menjual pasir kepada negara bangsat ini ia adalah satu tindakan menjual negara. Tiada sebab lain untuk negara bangsat ini membeli pasir. Apa jenis pasir pun. Ia hanya dengan satu tujuan. Memperluaskan negaranya. Mereka hanya ingin memperluaskan negara mereka dari hanya satu titik merah agar titik ini bertambah besar dan melebar.
3. Rupanya masih ada rakyat negara ini yang menjadi pengkhianat. Berbagai alasan dan terma yang dipakai bagi menghalalkan kelulusan permit menjual pasir kepada negara bangsat ini. Kerajaan pusat telah memutuskan pasir tidak boleh dijual kepada negara bangsat ini. Tetapi pengkhianat ini menjawab ini bukan pasir tetapi pasir silica yang tidak termasuk dalam larangan kerajaan tersebut. Mata pengkhianat rakyat Malaysia ini yang sudah tentu pegawai kerajaan ( semua peringkat ) buta dan terus buta. Mereka tidak pernah belajar dari sejarah.
4. Siapalah agaknya pengkhianat ini. Pengkhianat yang meluluskan permit penjualan pasir ini ke Singapura.? Kerajaan perlu menyiasat dan menghentikan perbuatan dan kerja bodoh rakyat negara ini yang tiada semangat patriotik. Pengkhianat ini hanya memikirkan wang. Tidak cukupkah lagi kita di malukan apabila Bapa suruhanjaya Malaysia ( semua tahulah siapa yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya di Malaysia ini ) yang telah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok hanya dengan sedikit gertakan oleh pemimpin bangsat dari Singapura dahulu?
5. Cukuplah. Hentikanlah perbuatan pengkhianat ini. Serta merta. Hati kami ini masih sakit dan teramat sakit apabila Jambatan Bengkok di batalkan pembinaannya. Bertambah sakit apabila kita kehilangan sebuah lagi pulau iaitu Pedra Branca. Cukuplah kita di malukan. Lebih-lebih lagi malukan dari pengkianat yang terdiri dari rakyat sendiri. Harap DAP? Mereka hanya diam. Takkan jadi isu mengenai perkara ini jika ia melibatkan Singapura , iaitu negara sembahan mereka.
6. Cukuplah, cukup, cukup, cukuplah.
Salam bro, jual negara cara ahli politik lain caranya...Kalimah "Allah" pun boleh dijual...
ReplyDeleteMasing2 nak untung untuk besarkan tembolok....
Sejak kebelakangan ni pun banyak kes "bunker" jual diesel pada kapal2 asing....Itu lagi satu....
Aku setuju Bro! Siapa agaknya pengkhianat haramjadah ni? Siapa yang masih sayangkan SIngapura hingga ke hari ini?
ReplyDeleteKalau BN tak tangani ini jangan haraplah nak menang PRU13 nanti!
ReplyDeleteAssaalamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,
ReplyDelete[Kali ini .. cuma cerita pendek mini...]
Sebuah lori selekeh berisi tanah, padat, penuh membunting, bertutup kanvas jingga, berhenti di Tambak Johor, menuju pintu masuk Singapore. Di belakangnya ada enam tujuh buah lori lain, serupa. Seorang pegawai beruniform mendekat.
"Apa isi?"
"Tanah silika?"
"Bukan pasir?"
"Bukan. Tanah silika"
"Permit?"
"Ada, Nah..!"
"Okey, jalan!"
Dengan 'pemeriksaan' itu, lori pun lepas ke Singapore, dan yang enam tujuh lori yang di belakangnya pun ikut lepas juga, cuma lebih mudah kerana tak perlu melalui soal-jawab seperti yang tadi. Permit pun tidak diminta.
Itu pada pukul sembilan pagi. Sehingga pukul lima setengah petang, tujuh puluh lebih lori serupa itu lalu-lalang di pintu Tambak Johor ke Singapora sesuka hati, tanpa apa-apa halangan. Ada sepuluh syarikat lori yang buat kerja itu. Maknanya, tujuh puluh atau lapan puluh kali sepuluh. Phuuh...Dan sejak lori pertama lalu, hingga sekarang sudah empat lima bulan lori-lori itu keluar masuk Singapore tak henti-henti. TANPA SEBARANG HALANGAN, TANPA LAGI KEPEDULIAN dari mana-mana pihak [yang tak lagi berkuasa) berbuat apa-apa. Mereka sudah kenal logo setiap lori.
Kata seorang drebar [yang kebetulan juga seorang kawan], BUKAN empat lima bulan dia lalu-lalang bawa tanah masuk Singapore, dah BERTAHUN-TAHUN.
Subhan Allah.... Johor! Subhan Allah Malaysia!
"Macam mana boleh senang-senang aja?"
"Tanyalah Dato pulan-pulan tu. YB pulan-pulan pun tahu. Ini syarikat kongsi dia oranglah".
"Apa dah jadi dengan negeri dan negera kecil ini. Kurap-kurap sebegini sepanjang umurnya masih tak pernah sembuh habis dari sendi-sendi dan wajahnya".
"Bukan kuraplah ... KORAP!"
Kah..kah..kah
Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,
ReplyDelete...(Cerpen mini)..
Sebuah lori, selekeh, sendat membunting, bertutup kanvas jingga berhenti di Tambak Johor, menghala pintu masuk ke Singapore. Di belakangnya ada enam tujuh lori lain, serupa. Seorang pegawai beruniform mendekat.
"Apa isi?"
"Tanah silika"
"Bukan pasir?"
"Bukan. Tanah silika"
"Permit?"
"Ada...nah"..!
Tak berapa ketika kemudian, "Okay.. jalan"
Dengan 'pemeriksaan' begitu, lori sekeleh itu pun bergerak. Juga lori-lori selekeh serupa di belakangnya, cuma lebih mudah sebab tidak pula diperiksa. Jam lapan suku pagi. Sampai pukul lima setengah petang, tujuh puluh lapan puluh lori seperti itu keluar masuk Singapore. Ada sepuluh kompeni lori buat kerja angkut tanah dari Johor masuk Singapore macam itu. Ertinya, tujuh puluh lapan puluh kali dengan sepuluh. Phuuih... Lori pertama yang diperiksa itu, lima enam bulan yang lalu. Sekarang pegawai
berkuasa beruniform sudah tidak bertanya apa-apa lagi. Dah tak kuasa. Seorang daripada drebar [yang kebetulan kawan] berkata, bukan lima enam bulan, dah bertahun dia bawa lori angkut tanah silika ke Singapore.
"Macam mana mudah-mudah saja macam tu?"
"Nak tau, tanyalah Dato' si pulan si pulan. YB si pulan si pulan pun tau. Ini lori syarikat kongsi dioranglah!"
Subhan Allah, Johor! Subhan Allah, Malaysia!
"Apa nasib negeri seco'et dan negara kecil kita ini. Tak habis-habis KURAP-KURAP dari sendi-sendi dan wajahnya"
"Bukan setakat kurap-kurap aja...kurap KORAP..."
Kah...kah...kah
PG, yang sedihnya, pada tanah itu bukan sekadar ada silica, ada juga emas, timah dan sebagainya. Nampaknya khazanah negara disedut dan seludup keluar dengan begitu mudah. Adakah ada lagi masa depan yang cerah bagi anak keturunan kita kelak?
ReplyDeletetongkatmusa
SLM BRO..MMG X DI NAFIKAN ADE KUNCU2 PENGKHIANAT KT JOHOR NI. SEME NAK BOYOTKAN PERUT DGN MENGKHIANAT NEGARA. SPRM KENE LA JLNKAN SIASATAN. CARI SAPE PENYANGAK NEGARA NI. TAK KIRA DIA TU DR PIHAK MANA SEKALI PUN. NO DABEL STENDET! HARKK PTUIH!!
ReplyDeleteSalam sayang Islam Malaysia.Kalau lori yang besar berisi muatan pasir seperti dakwaan blogger dapat melepasi kawalan kastam,apa dah jadi.Pasti pihak yang suka mengambil keuntungan politik yang sempit menyalahkan kepada kerajaan pemerintah.Wahai perugas yang diamanahkan,mahasabahlah diri.Janji Allah SWT pasti ada,tunggulah.,kecuali manusia yg menjualkan agamnya dengan sedikit keuntungan didunia.
ReplyDeletesemoga isu ini dapat didedahkan dengan lebih luas agar kerja terkutuk ini dapat dihentikan...
ReplyDeletePG, mungkin melalui pasir itulah enjin kapal terbang pejuang F 5E diseludup keluar kot?
ReplyDeletetongkatmusa
Pengkhianat2 negara sepatutnya dihukum mandatori gantung sampai mati tanpa belas kasihan !! Hukuman itu sepatutnya menjadi tauladan kpd generasi seterusnya. Pengkhianatan yang dilakukan menjatuhkan maruah seluruh rakyat Malaysia yg setia dan cinta kpd negara. Soalnya adakah peruntukan spt itu? Jika tidak ada, adakah parlimen tidak ada keupayaan untuk adakan undang2 ini.
ReplyDeleteperbuatan menjual pasir bukan kerja penjual baju bundle..ini kerja orang berpengaruh..siapa yang ada pengaruh di johor?? tentu nya bukan sembarangan orangnya.saya pernah kerja di singapura, jangan kan bawa pasir bawa bekal makanan pun hampir hampir kena gigit oleh anjing pengesan polis singapura...siapa lah saya.apa pun orang yang menggadai maruah negara demi mengaut keuntungan sendiri perlu di hadap kan kemuka pengadilan tanpa mengira pangkat atau darjat...kalau kerajaan utamakan rakyat..perlu dengar keluhan rakyat
ReplyDelete