FOLLOWERS

Thursday 14 January 2010

KHALIMAH ALLAH : JAIS HANYA BERI AMARAN PADA KHALID GEREJA?


Utusan Malaysia

JAIS beri amaran kepada Khalid berhubung kalimah Allah
14/01/2010 5:34pm
Oleh ABDUL YAZID ALIAS


SHAH ALAM 14 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan larangan pengunaan kalimah Allah terhadap penganut bukan Islam di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan larangan penggunaan kalimah Allah itu telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta majlis fatwa negeri pada tahun lalu dan mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu tegas beliau, tindakan mempertikaikan keputusan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menghina dan ingkar perintah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan majlis fatwa negeri.

Menurut beliau, jika didapati bersalah mengikut enakmen itu boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kita (JAIS) nak jelaskan bahawa keputusan melarang pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bukannya soal politik tetapi ia melibatkan soal akidah dan kepentingan umat Islam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Amaran, amaran keras, amaran terakhir! Ini jelah yang boleh dibuat dan dilaksanakan oleh mereka yang diberi amanah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi menjaga kesucian islam.

2. Bila lagi nak bertindak. dah beratus kali YB Khalid Samad ini mengulanginya. IAIS masih tidor lagi ke? Mufti mengajar tak ada tauliah cepat pula JAIS menangkapnya.

3. Kepada kerajaan negeri-negeri khasnya Selangor termasuk Exco agama Dr Hassan Ali, PG harapkan beliau menggubal enakmen agama islam Selangor dengan memasukkan hukuman Amaran, amaran keras dan amaran akhir sebagai tambahan kepada hukuman-hukuman yang ada dalam enakmen tersebut terhadap semua kesalahan.

4. Ini kerana, mereka yang di amanahkan menguatkuasakan undang-undang tersebut kerap sangat dan begitu gemar memberi amaran. Cukup. Tak perlu amaran lagi. Laksanakan. Berhenti bercakap . Tindakan itu yang lebih utama.

5. Ini balik-balik amaran, amaran keras, amaran terakhir. Itu je ke yang JAIS tahu buat? Atau masih dibuai mimpi? Kes-kes khalwat cepat sangat nak bertindak. Tak ada pulak nak amaran. JAIS, JAIS!! Buat habis duit kerajaan aje. Setiap hari bermimpi di pejabat berhawa dingin.

6. Atau JAIS kehilangan telor. Cukuplah stail bekerja dan berjuang di atas permaidani merah ini wahai JAIS. . Bertindaklah. Zaman ini orang bukan bodoh. Siapa takut dengan amaran keras anda? YB Khalid takut dengan amaran anda? CPU nya dah rasak tak boleh pakai lagi. Cakap apa pun tetap dia tak faham. Tangkap aje. Dia hanya takut kehilangan jawatan MP sahaja. Denda pun tinggi kesalahan tersebut iaitu RM 3000. Lucut jawatan MPnya. Jadi tunggu apa lagi JAIS?

5 comments:

  1. JAIS bacul... Setakat sound acah-acah mcm tu.. Tgkap je la, dgn Dr Asri korang berani...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. JAIS tak der hala tuju. Buang duit rakyat jer bayar gaji dan elaun dia orang. Macam ayam jantan. Tak der telur.

    ReplyDelete
  3. tengoklah sape yang control sekarang ni...kalau JAIS buat tindakan, dah tentu PAS akan malu besar...mau menjerit Khalid LEMBU dari tingkat atas bangunan SUK supaya JAIS tak tahan mangkuk ayun ni...

    setakat amaran, sape pun boleh bagitau...tak gugur pun janggut khalid tu...makin galak adelah...

    wait & see ape yang berlaku seterusnya...adakah JAIS akan tunjuk kuasa @ sebaliknya...

    ReplyDelete
  4. bertindaklah wahai jais !!!
    dah pegang amanah tu...laksanakan...
    niat nak betul...
    kalau asik acah aje...ramailah yg berani langar hukum..
    camna islam nak terbela..

    ReplyDelete
  5. Hamba setuju dengan PG. Ambil tindakan je. Takkanlah dengan Dr. Asri sanggup dengan Khalid ni tak berani lak.

    Takut Iren Furnandes kot. Ya tak ya juga. Majlis Peguam dengan disokong Anuar Ibrahim ada lagi kat belakang.

    Tak mampu nak lawan ke. Perkara 121 (1A) kan dah ada.

    Ke takut kat Khalid Ibrahim ?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR