26 jan 2010
Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG melihat dengan dekat juga kisah percintaan dan keruntuhan percintaan artis Fahrin+ Linda Onn + Scha ini. Bercinta kemudian putus. Bercinta lagi. Putus.
2. Biasalah Fahrin. Apa perlunya keluar air mata dan nak saman menyaman ini. Ini semuanya hanya berkisah dan bertitik tolak dari kisah percintaan. Ia melibatkan emosi. Bukan luak pun tubuh kita.
3. Sebagai lelaki kita mesti lebih tabah. Alahai. Bab cinta aje. Tak perlu menangis dan nak saman menyaman bekas kekasih. Kamu pernah menyintai 2 wanita ini. Itu aje sudah cukup alasan untuk tidak menangis dan saman menyaman.
4. Lelaki perlu lebih mantap dalam segala segi. Apa nak emosi sangat. Anda kelihatan " mancho". Jadi baiarlah "mancho " kesemuanya. Relak Fahrin. Relak.
5. Cari aje cinta baru. Perempuan ini biasalah Fahrin. Mereka emosi sikit. Sebenarnya 2 wanita itu masih ada perasaan sayang terhadap anda. Sebab itu mereka masih sok sek sok sek. Ini fitrah wanita. Jiwa mereka lebih halus dari kita. Itu memang Allah telah fitrahkan kepada mereka yang mana sifat ini penting bagi wanita yang bakal jadi ibu. Mereka lebih dekat dengan anak-anak nanti. jadi tak perlu ambil hati dan nak saman kerana sok sek sok sek tersebut. Jangka panjang , saman menyaman ini akan menjejaskan karier anda juga terutama sebagai duta beberapa produk.
6. Jadi sebagai orang tua, PG nasihatkan, relak aje Fahrin. Buat biasa aje. Cinta itu kehidupan. Jadi adalah kerenahnya. Dalam percintaan dan perkahwinan pun satu perkataan sahaja yang mengekalkannya. Perkataan tersebut ialah " KEPERCAYAAN '. Macam kita percaya kepada Allah, percaya kepada Nabi Mohamad S.A.W. Bukan kita perbah melihat Allah dan Nabi kita secara fizikal. Tetapi atas kepercayaan, kita terus teguh dengan agama kita.
7. Jadi kepada Fahrin : Relak. Cari aje penganti. Jadilah lelaki.Nak ringan-ringan sikit hari ini. Melihat badut-badut politik ini menyampah juga dibuatnya.
No comments:
Post a Comment