FOLLOWERS

Saturday 9 January 2010

WANG EHSAN MINYAK KELANTAN : ????? PAS TERDESAK ?





JELI: Pemasangan sepanduk berhubung isu royalti minyak di seluruh Kelantan oleh Pas ketika ini menunjukkan perbuatan terdesak Pas untuk menutup hakikat sebenar berhubung isu terbabit. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Pas semakin tertekan apabila isu royalti minyak yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat itu terbongkar dan mula disedari kebenarannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kebetulan, semalam PG mendapat kiriman satu pandangan dari seorang pembaca blog tanpa nama berkaitan isu ini. PG paparkan pandangan beliau berkaitan isu di atas tanpa sebarang pindaan. Pandangannnya seperti berikut :

Melalui Akta Kemajuan Petroleum, PETRONAS diberikan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi,mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia selama-lamanya. Perkara ini dinyatakan di dalam subseksyen 2(1);2.

(1) Seluruh pemunyaan mengenai petroleum, dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama adadi pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletakhakkan pada suatu Perbadanan yang akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat.

Seksyen 4(2) menyebut peletakan pemunyaan, hak, kuasa, kebebasan dankeistimewaan yang disebut dalam subseksyen (1) diatas berkuatkuasa apabila disempurnakan suatu surat cara yang ditandatangani oleh setiap kerejaan negeri dan juga PETRONAS.

Antara isi kandungan surat ini adalah;Saya, ....................................................................................................... bagi pihak Kerajaan ......................................................................................................................,pada .............. hari bulan .......................................... 20.......... dengan ini memberi untuk selama-lamanya dan memindahhakkan dan meletakhakkan pada PETRONAS pemunyaan mengenai petroleum dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehpetroleum yang berada sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia.

Dengan perjanjian ini, secara automatik bidang kuasa 'Pihak Berkuasa Petroleum' seperti yang disebut didalam Akta Perlombongan Petroleum 1966 terlucut. Melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974, balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada PETRONAS, PETRONAS hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Perkara ini disebut didalam seksyen 4 yang menyatakan;4. Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Allahyarham Ayahanda YAB Dato’ Seri Najib Razak ini merupakan satu undang-undang yang tidak bertujuan untuk mendiskriminasi mana-mana pihak, pentadbir atau wilayah. Ia adalah satu undang-undang yang tinggi semangat federalismenya. Memberi hak kepada yang berhak disamping yang berada berkongsi dengan yang tiada. Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah. Begitulah cintanya Allahyarham kepada bumi tumpah darahnya.

Jelas sekali, mengikut subseksyen ini, kerajaan ne... Jelas sekali, mengikut subseksyen ini, kerajaan negeri dikenali sebagai 'Pihak Berkuasa Petroleum' hanya di kawasan persisir pantai (onshore), manakala di kawasan luar persisir (offshore), kerajaan persekutuaan mempunyai kuasa.Namun hal yg demikian tidak disenangi oleh ahli-ahli politik di Sarawak dan Sabah ketika itu. Mereka mahu hak perlombongan petrolium di kawasan luar persisir negeri, menjadi hak mereka.

Perkara ini adalah seperti yang dijelaskan oleh individu-individu yang terlibat di dalam permasalahan itu, antaranya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abas.


Maka dengan itu, Akta Kemajuan Petroleum 1974 digubal. Antara perkara utama dalam akta ini adalah pada subseksyen 8(1) yang berbunyi:

8. (1) Akta Melombong Petroleum 1966 [Akta 95], tidak terpakai bagi Perbadanan, kecuali seksyen 14. (Perbadanan yang dimaksudkan disini adalah PETRONAS)Secara automatik, segala peruntukan yang ada didalam Akta Perlombongan Petroleum adalah termansuh sama sekali kecuali pada subseksyen 14 yang berkaitan dengan Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik.Pemansuhan peruntukan-peruntukan pada Akta Perlombongan Petroleum (kecuali seksyen 14) lantas memansuhkan takrifan Pihak Berkuasa Petroleum dibawah oleh Akta Perlombongan Petroleum (subseksyen 4(3)):(3) Pihak Berkuasa Petroleum ialah—

(a) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan(b) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan Agong.

Isu ni tak kan dpt difahami kalau kita tak menyoro... Isu ni tak kan dpt difahami kalau kita tak menyorot kembali ketika sebelum akta kemajuan petroleum 1974 dibuat. Sebelum akta kemajuan petroleum ini digubal, kerajaan menggunapakai akta perlombongan petroleum 1966.

Di dalam akta ini kerajaan-kerajaan negeri di semenanjung hanya mempunyai kuasa sebagai 'Pihak Berkuasa Petroleum' dikawasan persisir pantai negeri. Ini dijelaskan pada subseksyen 4(3)(3) Pihak Berkuasa Petroleum ialah—

(a) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan (“tanah di daratan” termasuk pantai pesisir depan dan kawasanbawah laut di bawah perairan wilayah Negeri, seperti yang disebut di seksyen 1 Akta Perlombongan Petrolium 1966)

(b) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengansesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan Agong.Jelas sekali, mengikut subseksyen ini, kerajaan negeri dikenali sebagai 'Pihak Berkuasa Petroleum' hanya di kawasan persisir pantai (onshore), manakala di kawasan luar persisir (offshore), kerajaan persekutuaan mempunyai kuasa.
Tanpa Nama

Nota PG: Jadi fikirkanlah. Mereka hanya menggunakan Ku Li atas sifat kedaerahnya itu. Bukan betul pun Ku Li ni. Menteri yang hanya tahu tandatangan aje. Harap berabih duit bina pejabatnya sahaja bolehlah sehinggakan sudu dan garpu pun emas. Lihat gambar-gambar mengenai perkara ini di dalam buku tulisan Syed Hussein Al Attas si Nujum politik tu. Gambar warna lagi.

Lagi pun apa nak kecoh kecoh. Bagi bukan tak bagi. Cuma nama aje. Apalah. Semuanya berpolitik. Semua terbeliak mata bila melihat duit. Perintah le cara islam ala PAS dan carilah duit sendiri cara islam ala PAS. Katanya cara islam ala PAS betul dan bagus. Tak kan nak mengendeng duit orang aje. Tak malu ke. Belajarlah usaha cari dan jana ekonomi sendiri.

5 comments:

  1. kelantan sedang mengalami defisit 1billion,

    tambah pula dengan hutang 800 juta kepada timbertine sdn bhd,

    akhirnya kerajaan yang angkuh bakal jatuh menyembah bumi.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..HARAP2 KU LI JGN JADI KULI PD PUAK JUMUD TU. KLU KU LI MASIH NK JADI KULI MEREKA KERANA NAK MENEGAKKAN BENANG BASAH BAIK JOIN DIORANG AJE

    ReplyDelete
  3. Apa nak di herankan, duit pasang sepanduk ni pun nanti buat di gunakan hantar wali selipar, bini selipar, anak selipar & menantu selipar pergi haji pakai pakej VVIP. Mmg dasar ulamak jahat, guna Islam utk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  4. PG, benar sangat komen Siddiq, doa TGNA akan dimakbulkan, kita akan lihat kehancuran kerajaan PAS di Kelantan..........

    Ku Li sebenar sudah lupa dengan apa yang dia telah buat..............

    ReplyDelete
  5. saya setuju ngan Anon 9/1 22:24. Duit tu nanti pun bukan org lain dpt, anak menantu cucu cicit moyang monyet wali selipar gak yang dapat. Mmmg N Ajis ni mmg betul Najis lah. Tapi nak heran apa keturunan Raja Jamban@Jemban

    ReplyDelete

PETA PELAYAR