FOLLOWERS

Thursday 7 January 2010

KALIMAH ALLAH : NAK HARAP PAS ? LUPAKANLAH! PKR? HMMMMMM




January 7, 2010 : 07.04 AM
---> ROSLAN BIAN


Pemimpin PAS yang berbelah bagi dalam isu Kalimah Allah menuduh UMNO menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu berkenaan.

Barangkali mahu menutup malu atau mengalih isu kerana pendapat tidak sekata di kalangan mereka, PAS menunding jari kepada UMNO yang didakwa mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat'.
Begitulah akal pemikiran sesetengah pemimpin parti itu.

Mereka tidak mahu mengakui kesilapan sebaliknya menuduh orang lain yang tidak betul.

Sesungguhnya amat pelik apabila Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan mendesak UMNO yang sudah 12 penggal mentadbir Malaysia supaya meminda perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama lain terhadap umat Islam.

“Harus diingat bahawa UMNO bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad, sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera,” katanya.

Idris turut mengungkit soal UMNO suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam daripada digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam. Beliau turut mengecam UUMNO yang menurutnya bertindak meroboh serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

Idris barangkali buat-buat lupa betapa PAS selama ini kerap menuduh dan melabel UMNO dengan macam-macam bahkan paling hebat, orang UMNO tidak boleh masuk syurga. Jika selama ini UMNO dianggap jahil soal agama, PAS patut memperjuangkannya. Namun, PAS hanya memperjuangkan Islam demi cita-cita dan perjuangan parti itu.

PAS jelas menjadikan Islam sebagai alat mencapai matlamat dengan menghalalkan apa juga cara yang boleh memberi manfaat dan mempengaruhi rakyat bersama mereka. Ketua Penerangan PAS itu barangkali menyedari, penilaian PAS di mata umat Islam di negara ini semakin menurun kerana beberapa isu yang menjadi kontroversi gagal ditangani mereka.

Dari soal penjualan arak, menyokong ladang babi mega di Selangor hingga kepada isu pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan, PAS semakin tersasar daripada matlamat asal. Benarlah, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Lihat sahajalah dalam isu Kalimah Allah, ada pemimpin PAS menyokong bersyarat manakala sebahagian lagi menyifatkan tindakan redha kepada keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh menyebabkan syirik dan kekufuran.

Sejak isu ini dibangkitkan, rakyat bergama Islam lebih terarah untuk melihat bagaimana respons PAS yang sudah tidur sebantal dengan PKR serta DAP sejak PRU 12. Ada rakyat berpendapat jika UMNO atau kerajaan gagal menangani isu ini, kepada PAS mereka bergantung harap.

Memang diakui ada yang bersemangat dan gembira melihat Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib menentang keputusan mahkamah itu.

Namun, malang prasangka baik dan harapan mahu melihat PAS bersama UMNO mempertahankan hak eksklusif Islam itu terkubur dengan keputusan Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat Isnin lalu tidak membuat keputusan jelas berhubung keputusan mahkamah.
Keadaan ini menyerbabkan PAS berdepan persepsi seolah-olah mereka turut menyokong perkara itu sama seperti PKR.

Perbezaan pendapat pemimpin PAS ini mula membuka ruang umat Islam di negara ini bahawa PAS bukanlah parti yang boleh diharap dapat berjuang menegakkan syiar Islam.

Mahu atau tidak, pemimpin PAS sedar, orang ramai kini beralih arah dan memberi tumpuan keoada kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan lebih seminggu. Sebab itulah Idris muncul dengan kenyataan memburuk-burukkan UMNO yang bersama kerajaan bagi menangani isu tersebut.

Ini juga petanda PAS sudah sedar pengaruh mereka akan merosot dan dalam masa sama, UMNO dan kerajaan semakin diyakini rakyat.-6/1/2010

Penghuni Gua : PAS ? Cakap aje lebih. Hudud? Cakap boleh lah. Bab kalimah Allah pun mereka haru biru. Nak laksana hudud ala PAS? Lupakanlah...Cakap untuk politik bolehlah.!!!!!!!!!!!*&^%$#@!@#$%()(*^&$##$%^((*&^%$#

2. Nak harap PKR ( Melayu islamnya? ) ? Mereka inilah yang menjadi faktor utama yang menyebabkan sebahagian dari puak ini semakin besar kepala.

3. Fikirkanlah. Hukum mereka di dalam PRU13 nanti.

1 comment:

  1. xda komen la bro
    lu punya blog ni x laku la bro
    cari berita lain la bro yg lebih sensasi
    org kurang berminat la bro dgn blog fitnah lu ni bro!org dh blh pikir bro
    mana yg lurus mana yg bengkok
    hahaha kesian gua tgk lu bro
    melalak sorg2 jer
    kesian...kesian...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR