FOLLOWERS

Saturday 16 January 2010

MALAYAN LAW JOUNAL : KES RASUAH PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN / RAKAN SEJENAYAH / SAKSI / BUKTI !


[1995] 1 MLJ 692
Abd Khalid bin Abd Hamid v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
42–46–91

Judges ZALEHA ZAHARI JC

Date 19 OCTOBER 1994

Citation [1995] 1 MLJ 692


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Close of prosecution case — Duty of court — Maximum evaluation test — Whether prima facie case established — Whether all ingredients of offence proved — Whether mens rea established — Prevention of Corruption Act 1961 s 3(a)(ii)

Criminal Law — Prevention of Corruption Act (Malaysia) — Section 3(a)ii — Illegal gratification — Prosecution to establish prima facie case — Whether essential to prove that officer has ability to perform act represented

Criminal Procedure — Prosecution witnesses — Co-accused gave evidence implicating appellant — Whether co-accused an accomplice — Whether corroboration needed

Evidence — Circumstantial evidence — Securing conviction on — Whether evidence of accused’s name in address book of principal offender could be taken into account — Subsequent identification of accused by principal offender — Whether sufficient to link accused with offence — Whether sufficient to prove mens rea

Evidence — Corroboration — Co-accused giving evidence on own behalf — Evidence incriminating accused — Whether corroboration required — Whether co-accused regarded as accomplice

Evidence — Similar facts — Evidence of association — Whether admissible to rebut possible defence of innocent association — Whether probative value outweighs prejudicial value

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu merupakan seorang pegawai awam yang berkhidmat di Kementerian Kewangan Malaysia. Pihak pendakwa mengatakan bahawa perayu telah bersubahat dengan seorang kerani yang bekerja di Jabatan Hasil Dalam Negeri bernama Paramadas, untuk meminta dan menerima secara rasuah suapan sejumlah RM1,300 daripada tuan punya Evergreen Horticulture Nursery and Trading Co (‘Evergreen’), sebagai balasan untuk perayu mempercepatkan pengeluaran surat kelulusan pendaftaran (‘surat kelulusan itu’) Evergreen dengan Kementerian Kewangan sebagai salah satu daripada kontraktornya bercanggahan dengan s 3(a)(ii) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (‘Akta itu’), dibaca dengan s 109 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45).

Perayu telah menerima hukuman pemenjaraan selama sepuluh bulan dan denda RM7,000 atau pemenjaraan selama enam bulan jika ingkar membayar denda oleh mahkamah sesyen. Perayu telah membuat rayuan terhadap sabitan serta hukumannya. Paramadas, iaitu tertuduh kedua, telah disabitkan atas suatu tuduhan di bawah s 3(a)(ii) Akta itu, tetapi tidak membuat rayuan.

Perayu mengemukakan alasan-alasan, antara lain, bahawa:

(i) adalah sangat perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa Paramadas adalah berkeupayaan memperolehi surat kelulusan itu;

(ii) sungguhpun wang perangkap dijumpai bersama-sama dengan Paramadas apabila dia ditangkap, tidak terdapat keterangan langsung yang menunjukkan bahawa perayu telah menerima wang tersebut;

(iii) tidak terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan mens rea pada pihak perayu;

(iv) hakim mahkamah sesyen silap dalam penerimaan dua lagi surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan kepada Ferrovic Corp (M) Sdn Bhd dan Pengurus Mulpha Trading Sdn Bhd, yang setarikh dengan surat kelulusan itu, yang juga ditandatangani oleh perayu bagi pihak pegawai yang sama, dan juga dijumpai pada Paramadas, sebagai memudaratkan perayu dan dengan itu melanggar rukun keserupaan fakta; dan (v) mahkamah silap dalam penerimaan suatu kenyataan Paramadas yang butiran materialnya tidak disokong.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu dan mengesahkan hukuman yang dijatuhkan:

(1) Selepas membuktikan bahawa Paramadas ialah seorang ‘pegawai awam’ mengikut maksud Akta itu and bahawa suapan yang diminta itu telahpun dibayar and diterima oleh Paramadas, adalah tidak perlu untuk pihak pendakwa membuktikan bahawa Paramadas berkeupayaan melakukan perbuatan yang telah direpresentasikan olehnya kepada Evergreen.

(2) Walaupun nampaknya tidak ada keterangan langsung yang membabitkan perayu, tetapi terdapat cukup keterangan ikut keadaan yang mengaitkan perayu dengan Paramadas serta jenayah tersebut. Hakim mahkamah sesyen adalah betul untuk mempertimbangkan bahawa nama perayu terdapat dalam buku alamat Paramadas, pengecaman Paramadas kemudiannya bahawa perayu ialah orang yang bernama ‘Khalid’ dalam buku alamatnya, bantuan positif yang diberikan oleh perayu dalam penyediaan surat kelulusan itu dan penjumpaan surat kelulusan yang lain pada Paramadas.

(3) Tujuan mengemukakan keterangan keserupaan fakta adalah berjustifikasi dalam kes ini kerana surat kelulusan yang lain adalah relevan dan probatif bagi menunjukkan sistem, dan adalah perlu untuk mematahkan pembelaan pengaitan ikhlas yang mungkin ditimbulkan dan juga pengecaman. Ekshibit tersebut boleh diterima sebagai keterangan kerana nilai probatif mereka melebihi nilai kemudaratan.

(4) Bagi isu mens rea, oleh kerana tidak terdapat keterangan langsung dalam kes ini, kekuatan kesemua keterangan ikut keadaan apabila digabungkan hendaklah diambilkira. Mahkamah berpuas hati bahawa pelbagai keadaan itu menunjuk kepada kesalahan perayu.

(5) Apabila seorang tertuduh bersama memberi keterangan bagi pihaknya sendiri yang membabitkan tertuduh bersama yang satu lagi, tertuduh yang memberikan keterangan tersebut tidak akan dianggap sebagai rakan sejenayah. Oleh yang demikian, sokongan terhadap keterangan Paramadas tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, rukun ini hanyalah berkaitan dengan saksi–saksi pihak pendakwa sahaja.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar serta semua kakitangan Awam. Rasuah adalah musuh segalanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR