FOLLOWERS

Sunday 31 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENAMATAN PERKIHIDMATAN ATAS ALASAN MEDICAL BOARD !


[1994] 3 MLJ 391
Syed Mahadzir bin Syed Abdullah v Ketua Polis Negara & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CIVIL SUIT NO 357 OF 1982

Judges VINCENT NG J

Date 18 JUNE 1994

Citation [1994] 3 MLJ 391


Catchwords:

Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement of police inspector on health grounds — Medical report equivocal and ambiguous — Whether compulsory retirement a nullity and void — Pensions Ordinance 1951 ss 8(2)(d) & 10(5)(c)

Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement of police inspector on health grounds — Whether principles of natural justice in dismissal cases also apply to cases of compulsory retirement on medical grounds

Administrative Law — Public servants — Employment status supported by statute — Whether court could grant declaration that termination of service was null and void or that contract of service still subsists

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, seorang inspektor polis, telah dibersarakan di bawah s 10(5)(c) Ordinan Pencen 1951 (‘Ordinan itu’) selepas suatu lembaga perubatan telah mendapati beliau menghidapi penyakit skizofrenia, iaitu suatu penyakit akal. Di dalam suatu laporan perubatan (‘laporan itu’), lembaga perubatan itu telah mengesyorkan supaya plaintif dihentikan perkhidmatannya atas dasar psikiatrik ataupun diberikan jawatan di mana beliau tidak perlu menggunakan senjata api.

Peguambela plaintif berhujah bahawa syor di dalam laporan itu taksa dan oleh itu cacat; dan terdapat suatu pelanggaran keadilan asasi kerana nasib plaintif telah dibincangkan di belakangnya dan beliau tidak diberikan peluang untuk mencabar syor itu.

Plaintif telah memohon untuk, antara lain:

(a) suatu deklarasi bahawa persaraannya sebagai seorang inspektor polis oleh defendan tidak berkesan dan bahawa beliau masih merupakan seorang anggota perkhidmatan awam; dan

(b) suatu perintah bahawa defendan membayar beliau semua tunggakan gaji, elaun dan emolumen lain yang dihutang kepadanya dari tarikh persaraan wajibnya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:

(1) Intipati dan niat sebenar laporan itu adalah bahawa plaintif dibenarkan bekerja sebagai seorang pegawai polis jika terdapat suatu jawatan di dalam jabatan itu yang tidak memerlukan pembawaan senjata api. Oleh itu, kandungan laporan itu taksa dan tidak mempunyai sebarang unsur kemuktamadan sama ada plaintif seharusnya ditamatkan perkhidmatannya di dalam angkatan polis. Oleh demikian, prinsip yang sama seperti yang terpakai di dalam undang-undang jenayah seharusnya diikut oleh defendan, iaitu syor yang lebih memihak kepada plaintif sepatutnya diterima. Oleh itu, persaraan wajib plaintif adalah suatu pembatalan dan tidak sah dan tidak mematuhi s 10 Ordinan itu.

(2) Prinsip keadilan asasi yang sama seperti yang terpakai di dalam kes pemecatan sepatutnya juga terpakai kepada kes persaraan wajib atas dasar perubatan, kerana siasatan yang membawa kepada persaraan wajib itu bersifat kuasi-kehakiman dan mesti mengikut rukun keadilan asasi. Di sini, terdapat suatu pelanggaran rukun keadilan asasi di dalam prosedur yang digunakan untuk membersarakan plaintif dan penggajiannya tidak ditamatkan secara sah.

(3) Walaupun di dalam kes majikan dan pekerja yang biasa, suatu deklarasi bahawa penamatan perkhidmatan itu adalah batal dan tidak sah ataupun bahawa kontrak perkhidmatan itu masih wujud tidak seharusnya dibuat, mahkamah mungkin membenarkan deklarasi yang dipohon itu di dalam kes penggajian atau perkhidmatan awam di mana kakitangan awam itu mempunyai suatu taraf yang disokong oleh statut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi manafaat kepada semua pembaca dan pelajar dan kakitangan awam yang menghadapi dan bakal menghadapi keadaan yang sama. Kes ini boleh menjadi panduan. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR