FOLLOWERS

Tuesday 5 January 2010

KALIMAH ALLAH 7 : HARUN DIN KATA KUFUR PADA YANG MENYOKONGNYA ! SIAPA YE ?

MStar

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Haron Din. Anda mula bersuara walaupun lambat. Sebelum ini pemimpin kerajaan teruk dihentam oleh pemimpin PAS dan melayu islam PKR kerana menentang keputusan mahkamah ini.

2. PAS pula sudah mula bersuara dan mula korner baring. Mungkin mereka telah melihat , jika menyokong keputusan mahkamah tersebut , sokongan orang melayu islam kepada parti ini akan terjejas. Dulu merekalah yang mula menyokong penggunaan kalimah ini oleh kristian. Bermula dengan TGNA, YB Khalid Samad, DSAI, Tuan Ibrahim dan ramai lagilah yang meyokong keputusan mahkamah ini. Yang tidak bersetuju dan berani bersuara dari awal hanyalah YB Taib Azimuddin MP Baling.

3. DSAI dan Shamsul AMK juga diantara orang terawal menyokong kalimah Allah digunakan oleh kristian. Bab ini jangan cakaplah. Termasuk Rodziah.

4. Jadi Haron Din telah jelaskan , mereka yang menyokong keputusan mahkamah itu akan kufur. Bukan PG yang katakan tetapi Timbalan Musyidul Am PAS juga. Bagus dan tahniah Haron Din kerena berani dan tegas dalam mengingati rakan anda sendiri dalam parti anda.

5. Siapa yang kufur? Faham sendirilah. TGNA mungkin selamat dari fatwa haron Din kerana TGNA dah korner baring semalam. TGNA mula berbelit dengan pusing sikit kenyataan iaitu boleh guna kalimah ini oleh kristian tetapi dikuatiri boleh mengelirukan umat islam.KLIK

6. Rupanya TGNA baru sedar dari mimpi dan tidor. Itulah isunya mengapa kami semua menentangnya. Ini kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat islam. TGNA baru sedar ke. Inilah isunya selain dari undang-undang dan perlembagaan yang menghalang penyeberan agama lain kepada umat islam. Juga agama lain boleh diamalkan dengan aman damai. Seperti kata Dr Shamrahayu UIA bahawa dengan membenarkan kalimah Allah ini digunakan oleh kristian maka formula aman damai ini akan terjejas. Jadi ini bersalahan dengan perlembagaan walaupun faormula aman damai ini masih belum ditafsir oleh mahkamah. Baca tulisan Dr Shamrahayu tersebut di KLIK.

7. Nasib baik le TGNA. Anda cepat korner baring . Jika tidak bungkus!

8. Bab DSAI pula memang ia penyokong totok kalimah ini digunakan oleh kristian sebab nak undi dari semua paderi serta penganut agama kristian. Dia ni jangan cakap lah. Semua boleh. Lihat klip vedeo di bawah.



9. Kepada pengundi muda : Jelas dan anda fikirlah sendiri contoh dan tindak tanduk pemimpin PAS dan PKR ini. Inikah contoh pemimpin yang akan mentadbir negara dan menjaga amanah Allah? Pada PG, maaflah. Perangai dan kelakuan mereka ini tetap tak berubah. Agama sentiasa dipolitikkan . Sebab itu cakap dan tindakan mereka sering berubah. Janji mereka untung dari segi politik. Agama pun sanggup dilacurkan asalkan mendapat keuntungan politik.

10. Kini pemimpin PAS, Harakah, blogger PAS dan PKR mula nak memusing fakta dalam isu ini setalah merasakan mereka membuat silap dan merugikan mereka. Kini mereka mula memusing fakta dengan mengatakan pemimpin kerajaan lambat merayu, UMNO perkauman kerana menentang penggunaan kalimah ini , silap UMNO, UMNO beri muka dan berbagai lagilah tuduhannya . Lihatlah Harakah. Peguamnnya pun memusing-musing tulisanya . Sekali tengok sokong. Sekali tidak. Bercakap atas pagar.

11. Jadi fikirlah undi anda harus diberi kepada parti dan pemimpin ini atau ke mana. Layakkah mereka menjaga amanah kita dan amanah Allah? Jauh panggang dari api. Akhir kata : PG ingatkan semula, Dr Haron Din dah keluarkan hukum kufur kepada mereka yang menyokongnya. Bertaubatlah sebelum terlambat. Fikirlah sendiri siapa yang kufur. Perkataan yang sering mereka gunakan termakan oleh mereka semula.

12. Ini semua bala yang telah Allah turunkan kepada PAS dan PKR kerana kerana mendoakan kecelakaan pada pemimpin kerajaan dan kami semua. Allah bayar tunai. Atas dunia pun dah Allah tunaikan. Itupun jika kita masih mahu berfikir ke arah itu.


PAS hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. KLIK. PAS menentang sebarang tindakan provokatif dan agresif. Itu kata muluk PAS le. Lihat le apa yang telah PAS buat selama ini. Demo haram sana sini dan memaki hamun orang sebaik buka mata. Dalam isu ini pun baru sekarang terhegeh-hegeh nak bersuara bila rasa rugi dan akan hilang sokongan pengundi melayu islam.Dulu senyap membisu. Mungkin juga takut fatwa kufur ustat Dato Harun Din kot. Fikirlah. Itu pun berlapik-lapik kenyataan pendirian PAS. Biasalah. Pelacur politik.

14. Lihat juga Agenda Daily mengenai kenyataan Dr Haron Din. KLIK

4 comments:

  1. PAS mesti bertaubat...
    jangan agama dibuat cagaran untuk kepentingan politik...
    lupuskan pemimpin2 yg suka menjurus kepada kehancuran islam dan melayu...
    PAS mesti berubah...tinggalkan pkr dan dap !!!

    ReplyDelete
  2. Salam PG, TGNA sudah sedar bagaimana pemutaran Anwar mempengaruhi kepala dia..... sudah banyak perkara yang Allah SWT beri pertanda dengan apa sahaja yang pernah dia lontarkan pada UMNO, pemimpin dan penyokong....... maruah TGNA sebagai seorang Tok Guru, Ulama runtuh satu persatu hasil doa dia sendiri......

    Orang Melayu Islam semakin hari semakin sedar akan permaian agama Islam oelh PAS & Melayu PKR, insyaAllah oarng-orang Melayu akan bersatu menentang kemungkaran PAS & PKR.....

    ReplyDelete
  3. KUFUR adalah perkataan yang rasanya tepat sekali.
    http://www.ismail.com.my/Allahformuslim.htm

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..MALU LA NAK PANGGIL MELAYU ISLAM PKR ATAU PAS SETELAH DIORANG MENCEMAR KESUCIAN ISLAM TU SENDIRI! TAK LAYAK PANGGIL MEREKA TU MELAYU ISLAM TP MELAYU SELAM!!..HARKK PTUIHH!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR