FOLLOWERS

Sunday, 24 January 2010

PENGERUSI GERAK SERTAI PKR : CONTOH BARU SESUMPAH !






TERKINI: Mohd Nazree sahkan pada Agendadaily beliau sertai PKR dan majlis pengumuman rasmi akan dibuat di pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya petang Ahad.Beliau yang sudahpun bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan mahu meneruskan perjuangan soal integriti dan anti rasuah bersama PKR dan pakatan rakyat.

Selepas hampir tiga tahun menerajui Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunos melepaskan jawatan sebagai pengerusi Gerak berkuat kuasa serta merta pada Sabtu bagi menyertai politik. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ohhhhh. Begitu ceritanya.

2. Semuanya begitu. PG dah berpuloh tahun melihat perkara ini. Menubuh persatuan, melalak sana sini, berdemo haram sana sini hanyalah topeng untuk mempopularkan diri sendiri. Tak lebih dari itu.

3. Begitu juga dengan pengerusi GERAK ini. GERAK hanyalah pletform dan buah catur serta kuda tunggangan bagi mempopularkan diri sendiri. Tak lebih dari itu. Yang bodohnya , pengikut GERAK yang menitik peluh ke hulu ke hilir membontot pengerusi GERAK berdemo haram dan terpekik terlolong melaung sehingga keluar anak tekak.

4. Yang untungnya hanyalah penegerusinya. Pengikut berputih mata. Nama dah terkenal ( dia rasalah kot ). Lepas ini bermimpi menjadi ADUN atau MP. PRU13 semakin hampir. Maka makhluk ini pun seperti mana sesumpah politik lain , mengambil kesempatan menyertai PKR. Mungkin nak gani tempat Badrul Kelang kot .

5. Yang bodohnya pengikutnyanya. Terkulat-kulat dan putih biji matanya. Yang untung pengerusinya . Juga selepas ini, saman YAB MB Selangor kepadanya akan ditarik balik.

6. maka wal hasil balik asal. Jadi kepada pengundi muda, fikirkanlah baik-baik sebelum memberi sokongan kepada satu-satu atau seseorang. Dah puas PG menonton wayang sebegini. Sebelum ini pun Pengerusi International Tranperency pun mengambil tindakan yang serupa. Akhirnya habok pun tak ada.

7. Jangan sesekali anda semua diperbodohkan lagi oleh makhlok sebegini. Pada PG senang sahaja. Tiada siapa-siapa. Berdasar rekod dan pencapaian , baik PG menyokong apa yang ada. Kecacatan dan kekurangan kerajaan yang ada boleh diperbaiki. Bukan menjadi penyokong yang diperbodoh oleh pemimpin yang mempunyai kepentingan diri dan memberi amanah kepada seseorang atau parti yang belum pasti. Negara dan bangsa serta agama jangan diperjudikan kepada sesumpah sebegini.

8. Andalah yang rugi dan berputih mata akhirnya. Peristiwa di atas adalah contoh terbaru. Pendokong GERAKlah yang nampak bodohnya. Ditinggal pemimpin terkulat-kulat. Fikirkanlah.... Pemimpin sebegini akan memberi seribu dan berjuta alasan serat dalil untuk mengesahkan tindakan munafik mereka. Mereka semuanya adalah keturunan Brutus ( Brutus yang membunuh Julius Ceacer, beliau membunuh Ceacer kemudian barulah mencari alasan bagi menghalalkan pembunuhan yang dilakukannnya itu. ).

9. Fikirkanlah baik-baik. Jangan sesekali anda terus diperkudakan oleh sesumpah sebegini. Mereka berjuang hanya untuk tembolok mereka sendiri sahaja.

6 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Secara umum, politik didefinisikan sebagai pengaturan & pemeliharaan utusan rakyat - baik dalam negeri mahupun luar negeri [diplomatik]- berdasarkan sekumpulan peraturan yang terpancar daripada suatu pemikiran, iaitu ideologi, dalam rangka meraih [mewujudkan]kepentingan-kepentingan [maslahat] tertentu.

    2 Di dalam pandangan lslam, maslahat yang hendak diraih tidak lain adalah apa sahaja yang dihasilkan drp perilaku amar ma'ruf nahi munkar, iaitu hal-hal yang mendatangkan redha Allah; pada masa yang sama menghindari laknat [kemurkaan]-Nya dan menjauhi sumpahan umat. Untuk meraih redha Allah, maka politik yang dituntut oleh lslam hanyalah politik yang berlandaskan ideologi lslam, bukan Demokrasi, bukan Sekularisme, bukan pragmatisme. Tidak boleh mengambil ideologi yang selain daripada ideologi lslam, kerana selain ideologi lslam adalah ideologi thaghut. Ideologi thaghut sudah pasti melahirkan sistem hukum thaghut.
    [Ada peringatan tentang itu; Surah al-Maidah [5]: 50)

    4 lnilah PEMIKIRAN DASAR yang WAJIB diimani dan dperjuangkan oleh setiap ahli politik Muslim, iaitu demi menzahirkan lslam sebagai SATU-SATUNYA DEEN [SET HUKUM atau SISTEM] yg mengatur seluruh aspek kehidupan secara KAFFAH mencakup: sistem politik, ekonomi, undang-undang & uqubat, sistem bernegara & bepemerintahan, sosial, pendidikan, ketenteraan, diplomatik dsb. Inilah politik yang ada NILAI IBADAH; meraih pahala selain memperoleh redha-Nya. Bukan sebaliknya berpolitik demi memperoleh 'laba' yang menyediakan bala di dalam tempat yang azabnya terlalu berat dan tersangat pedih sebagaimna telah Dia janjikan juga.

    5 Ayuh... berpolitik hanya demi Allah...demi memperjuangkan maslahat umat, bukan manfaat sendiri serta kroni; demi kesejahteraan di dunia dan keuntungan di akhirat.... tak kira Anda UMNO, PAS atau PKR... yang penting Anda sedar Anda seorang Muslim ...yang tak lepas dari perhatian Allah dan tak BOLEH membebaskan diri dari ikatan/ ketentuan-ketentuan syara'.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Sesumpah ni patut kena campak atas jalan biar lori balak dtg gelek...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  3. Aku nak tengok ape jadi dengan kes-kes rasuah yang melibatkan kerajaan selangor dan khalid gagap tu...yang dilaporkan oleh simangkok sekor ni...dia menggunankan GERAK untuk mempopularkan diri sahaja...aduiissss...

    ReplyDelete
  4. salam,
    mana ada gerak. yg angkat diri jadi ketua ada la. ahli mana ada. yg dok melalak dan berarak tu ahli parti politik. bab tentang kerajaan memang minat sangat. tapi bab nak pertahankan agama lembab banyakkkk. tak tau nak pilih pemimpin laaa. pasai ada yg dok bergasak sesama sendiri. tak ada pendirian. bila berarak pasal agama, susah nanti x disokong oleh bangsa lain lak.... soooo yg mudah adalah menentang gomen. lagi mudah. pasai ada byk yg sokong... buat tuduhan perarakan menentang kesalahan. diri sendiri buat salah x apa.

    ReplyDelete
  5. hehehe...keberuntungan bakal menjadi menantu tuan penasihat dan puan presiden barangkali!kekosonganpun masih ada.Manalah tahu bakal menjadi menantu tersayang!!

    hehehe...yang pasti,orang kampung kata ...GILA GLEMER!!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya dia wajib masuk BN dapat gelaran murai batu PG @ pepatung ke daripada dapat gelaran sesumpah

    Adillah tu satu sebelah sana satu sebelah sini.Jangan bising2 Penghuni Gua. Penghuni Gua mana ni ,Gua Tempurung ke Gua Musang ?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR