FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / GERAK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / GERAK. Show all posts

Sunday, 24 January 2010

PENGERUSI GERAK SERTAI PKR : CONTOH BARU SESUMPAH !






TERKINI: Mohd Nazree sahkan pada Agendadaily beliau sertai PKR dan majlis pengumuman rasmi akan dibuat di pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya petang Ahad.Beliau yang sudahpun bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan mahu meneruskan perjuangan soal integriti dan anti rasuah bersama PKR dan pakatan rakyat.

Selepas hampir tiga tahun menerajui Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Mohd Yunos melepaskan jawatan sebagai pengerusi Gerak berkuat kuasa serta merta pada Sabtu bagi menyertai politik. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ohhhhh. Begitu ceritanya.

2. Semuanya begitu. PG dah berpuloh tahun melihat perkara ini. Menubuh persatuan, melalak sana sini, berdemo haram sana sini hanyalah topeng untuk mempopularkan diri sendiri. Tak lebih dari itu.

3. Begitu juga dengan pengerusi GERAK ini. GERAK hanyalah pletform dan buah catur serta kuda tunggangan bagi mempopularkan diri sendiri. Tak lebih dari itu. Yang bodohnya , pengikut GERAK yang menitik peluh ke hulu ke hilir membontot pengerusi GERAK berdemo haram dan terpekik terlolong melaung sehingga keluar anak tekak.

4. Yang untungnya hanyalah penegerusinya. Pengikut berputih mata. Nama dah terkenal ( dia rasalah kot ). Lepas ini bermimpi menjadi ADUN atau MP. PRU13 semakin hampir. Maka makhluk ini pun seperti mana sesumpah politik lain , mengambil kesempatan menyertai PKR. Mungkin nak gani tempat Badrul Kelang kot .

5. Yang bodohnya pengikutnyanya. Terkulat-kulat dan putih biji matanya. Yang untung pengerusinya . Juga selepas ini, saman YAB MB Selangor kepadanya akan ditarik balik.

6. maka wal hasil balik asal. Jadi kepada pengundi muda, fikirkanlah baik-baik sebelum memberi sokongan kepada satu-satu atau seseorang. Dah puas PG menonton wayang sebegini. Sebelum ini pun Pengerusi International Tranperency pun mengambil tindakan yang serupa. Akhirnya habok pun tak ada.

7. Jangan sesekali anda semua diperbodohkan lagi oleh makhlok sebegini. Pada PG senang sahaja. Tiada siapa-siapa. Berdasar rekod dan pencapaian , baik PG menyokong apa yang ada. Kecacatan dan kekurangan kerajaan yang ada boleh diperbaiki. Bukan menjadi penyokong yang diperbodoh oleh pemimpin yang mempunyai kepentingan diri dan memberi amanah kepada seseorang atau parti yang belum pasti. Negara dan bangsa serta agama jangan diperjudikan kepada sesumpah sebegini.

8. Andalah yang rugi dan berputih mata akhirnya. Peristiwa di atas adalah contoh terbaru. Pendokong GERAKlah yang nampak bodohnya. Ditinggal pemimpin terkulat-kulat. Fikirkanlah.... Pemimpin sebegini akan memberi seribu dan berjuta alasan serat dalil untuk mengesahkan tindakan munafik mereka. Mereka semuanya adalah keturunan Brutus ( Brutus yang membunuh Julius Ceacer, beliau membunuh Ceacer kemudian barulah mencari alasan bagi menghalalkan pembunuhan yang dilakukannnya itu. ).

9. Fikirkanlah baik-baik. Jangan sesekali anda terus diperkudakan oleh sesumpah sebegini. Mereka berjuang hanya untuk tembolok mereka sendiri sahaja.

PETA PELAYAR