FOLLOWERS

Friday 15 January 2010

SISTEM KEADILAN JENAYAH : JAMINAN !


[1995] 1 MLJ 835
Ketua Pengarah Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia v Atlantic Scope (M) Sdn Bhd
Case Details:
Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
W–01–2–94
Judges GOPAL SRI RAM JCA
VC GEORGE JCA
ABU MANSOR JCA

Date 12 FEBRUARY 1995

Citation [1995] 1 MLJ 835

Catchwords:

Customs and Excise — Forfeiture — Security deposit — Seizure of prohibited goods imported without licence — Deposit paid for release of goods — Offence compounded and importer not charged — Whether deposit can be forfeited — Whether forfeiture confined only to goods and proceeds of sale — Customs Act 1967 ss 115(1), 128(1) & 131(3)

Bahasa Malaysia Summary:

Responden telah memohon untuk suatu perintah bagi pemulangan jaminan sebanyak RM1,158,224.80 yang telah dibayar olehnya kepada perayu untuk memperolehi pelepasan 1,840 karton rokok yang telah diimport oleh responden tanpa lesen dan yang telah disita oleh perayu di bawah s 114(1) Akta Kastam 1967 (‘Akta itu’).

Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan itu dengan perintah bahawa jumlah itu dipulangkan selepas ditolak jumlah RM5,000 yang kena dibayar kepada perayu sebagai fee kompaun untuk kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh responden di bawah s 135(1)(a). [Lihat [1994] 3 MLJ 669.] Perayu telah membuat rayuan terhadap perintah itu dengan menegaskan bahawa hakim perbicaraan telah silap kerana tidak memberi kesan kepada ss 128(1) dan 131(3) Akta itu dengan memerintahkan perlucuthakan jaminan itu. Perayu berhujah bahawa ia diberi kuasa untuk melucuthak jaminan itu di bawah s 128(1) Akta itu kerana barangan itu telahpun dilepaskan.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak rayuan itu:

(1) Jaminan itu diminta diberikan di bawah s 115(b) Akta itu sekiranya mahkamah membuat perintah untuk perlucuthakan jumlah tersebut di bawah s 127(1A) atau s 128(4). Oleh itu, hakim tidak mungkin bertindak di bawah s 131(3) untuk memerintahkan perlucuthakan di bawah s 127(1A) ataupun s 128(4). Lagipun, oleh kerana suatu pendakwaan responden tidak dilakukan, itu bererti bahawa suatu perintah di bawah s 127(1A) Akta itu untuk perlucuthakan jaminan itu tidak boleh dibuat.

(2) Seksyen 128(1) juga tidak terpakai kerana perlucuthakan itu mesti dihadkan kepada barangan yang disita dan hasil jualannya di bawah s 115(c) dan tidak termasuk jaminan yang diberikan di bawah s 115(b). Lebih-lebih lagi, kesan s 128(1) yang menyifatkan barangan yang disita itu dan hasil jualan mereka sebagai dilucuthak pada akhir satu bulan kalendar, dihilangkan oleh perkataan di dalams 128(1)(c), melainkan ‘barangan tersebut dipulangkan’ di bawah s 115(a) atau (b). Oleh kerana barangan itu telah dipulangkan kepada responden, jaminan itu tidak boleh dilucuthak.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar semua. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR