GEORGETOWN: Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG cadangkan kepada kerajaan, bagi memantapkan KPI dan NKRA maka wajar ditubuhkan segera Kaunter / Jabatan Mohon Maaf bagi kemudahan kepada blogger dan pelayar alam siber .
2. Bagi kemudahan dan keselesaan semua, dicadangkan juga , kaunter / jabatan ini dipecahkan kepada kaunter mohon maaf terhadap kesalahan menghina DYMM, kesalahan Menghina Hak istimewa Orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan kaunter mohon maaf politik. Boleh juga kaunter / jabatan mohon maaf bagi kesalahan jenayah seperti dadah, pecah rumah, curi dan sebagainya. Jika sesiapa ada idea lain boleh le letakkan komen serta cadangan bagi memantapkan penubuhan Kaunter Mohon maaf ini.
3. Dicadangkan kepada pihak kerajaan juga , kaunter / jabatan memohon maaf ini di letakkan di parlimen, satu di pejabat Peguam Negara, satu di setiap ibu Pejabat Polis daerah dan juga di Pejabat Majlis Peguam. Adalah lebih afdal juga mengikut pemikiran hamba yang bodoh ini, agar kaunter mohon maaf ini diletakkan juga di pejabat JAKIM ke atau di Jabatan Agama Islam negeri, atau di SUHAKAM serta SIS pun boleh. Atau ditubuhkan jabatan penuh. Jabatan Mohon Maaf.
4. Ketua bagi Kaunter/ Jabatan Mohon Maaf ini sewajarnya ( wajib ? ) di ketuai oleh seorang ketua jabatan bertaraf MENTERI.
5. Kepada semua pelayar : Pohon cadangan tuan-tuan dan puan-puan agar memberikan cadangan-cadangan lain bagi memantapkan KAUNTER MOHON MAAF ini dengan seberapa segera. kaunter ini perlu ditubuhkan dengan segera , kerana terlalu ramai yang akan meminta maaf dalam jangka masa terdekat. Jika lambat ini akan menyusahkan banyak pihak. Amin.
6. @#$%^&*()(*&^%$#$%^&*()&^%$##()(*&^%$#@#%^&*()(*&^%$#@!@(*&^%$#@$%^&*(*&^%$#@*(*&^%$##$*(euiop(*&^%$##$%^&*()_)(*&^%eruiert*()iut$%^&*
apa dah jadi dgn gov kita? mcm ilang karisma je.takut bebeno deme nak dakwa pesalah.lemahnya.......
ReplyDeleteapsal x nak dakwa pulak??
ReplyDeletemende serius ni ...
wtf!!!
Baik tak payah buat akta mcm tu... kecewa sgt bila ada menteri mcm tue... sebab tu ramai sangat org langgar undang-undang sesuka hati...
ReplyDeleteJangan tubuh jabatan je, tubuh sekali Kementerian Permohonan Maaf Malaysia.
ReplyDeleteKENAPAKAH KERAJAAN SEKARANG JADI SEMAKIN PENAKUT..? ADAKAH TAKUT HILANG UNDI..?
ReplyDeleteSEBENARNYA RAKYAT LAGI LAH TAK MAU SOKONG JIKA KITA MEMPUNYAI PEMIMPIN YG PENAKUT, LEMBIK & TAK TEGAS.
MACAMANA KITA NAK HARAPKAN PEMIMPIN JIKA PEMIMPIN PUN PENAKUT & LEMBIK? MEREKA NAK PIMPIN KITA KE MANA..?
NI BARU ISU ANCAMAN DLM NEGARA DAH TAKUT NAK AMBIL TINDAKAN..MACAMANA JIKA ANCAMAN DATANG DARI LUAR?
Aik? Dah jadi mcm dlm gereja ler pulak, iaitu bilik pengakuan (confession) yg selalu kita tgk dlm tivi tu. Dah buat salah, mengaku depan paderi, semua dosa terhapus. Bagus, mmg bagus DS Rais. Aku nak quote kata Tun Dr Mahathir - HALF PAST SIX (SICK).
ReplyDeleteHantu Siber
Kat kaunter minta maaf tu elok di sediakan tempat rehat , tempat urut kaki dan warung teh tarik dan roti canai sekali. Ini baru di katakan Kementerian Baru. Entah la belalang.............
ReplyDeleteKLU CMTU SEDIAKAN SEKALI KAUNTER AMARAN
ReplyDeleteheheheh..kelako...kelako...kelako...dah takde telo agaknya menteri nih...
ReplyDeleteSalam PG,
ReplyDeleteSampai bila Kerajaan harus berlembut dengan sikap-sikap kurang ajar seperti ini....... tidak harus dimaafkan, perlu diberi pengajaran sewajarnya bagi peringatan kepada yang lain...
Setuju dengan pandangan PG.....
lu apa citer beb nak kacau kijer menteri.....
ReplyDeletelu menteri ka??..
kalau bukan ..lu jangan sebok...pi dok dlm gua jer..ok?
Tak payah tubuhkan jabatan baru.Gunakan slogan baru sahaja iaitu"1 Malaysia 1 maaf ,"wakilkan Klinik 1 Malaysia untuk kendalikan slogan ini.Siapa yang sudah berkurang ajar kepada sultan/orang melayu dan lain-lain perkara,pergilah keklinik 1 malaysia untuk minta maaf.
ReplyDeleteKementerian Mohon Maaf wajar diujudkan dgn segera!
ReplyDeleteSebab banyak salahlaku akan datang bertalu2 di M'sia ini. Kerajaan dah bagi lampu hijau.
Menterinya dah tentulah YB Rais Yatim!
jahanam2...
ReplyDeletekalo macam nilah.. ramai lah berani buat kurang ajar dan ape2 yg sama waktu ngan nya...
pastu minta maaf...selesai kes
aduss... malangnya dapat menteri macam nih...
pak menteri dah beri laluan..
ReplyDeletetakut akan datang timbul ayat macam nih..
"kenapa aku x boleh dimaafkan..orang tu dulu boleh plak" "macam ni x adil"
ha..ha..dah terlanjur beri maaf pada yg dulu2 bro...
Rais Menteri pertamanya
ReplyDelete