FOLLOWERS

Tuesday 19 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES RASUAH / KELEMAHAN PENGHAKIMAN / KETERANGAN SAKSI !


[1996] 4 MLJ 85
Adzhaar bin Ahmad & Anor v Public Prosecutor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (KANGAR) — CRIMINAL APPEAL NO 42–03–95
Judges ALAUDDIN J
Date 27 JANUARY 1996
Citation [1996] 4 MLJ 85


Catchwords:

Evidence — Corroboration — Trap witness — Failure to corroborate evidence of trap witness — Whether judge adequately identified and evaluated corroborative evidence — Whether judge warned himself of danger of convicting on uncorroborated evidence of trap witness

Criminal Law — Prevention of Corruption Act 1961 — s 4(a) — Illegal gratification — Acquittal on soliciting charge but conviction on accepting charge — Whether evidence of soliciting charge wrongly considered in convicting on accepting charge — Whether prosecution led two sets of contradictory evidence which meant that the evidence was unreliable — Whether defence rebutted presumption in s 14 — Prevention of Corruption Act 1961 ss 4(a) & 14

Criminal Procedure — Judgment — Contents of — Whether a speaking judgment — Failure to discuss evidence and state reasons for findings — Whether failure to do so means that the judge had failed to consider the weight of evidence and probabilities of the case — Whether trial judge had applied his mind to the evidence produced — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 308

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu di sini disabitkan oleh hakim sesyen di atas pertuduhan di bawah s 4(a) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (‘Akta itu’) iaitu penerimaan sogokan berjumlah RM2,000 (‘pertuduhan penerimaan’), tetapi dibebaskan daripada pertuduhan kedua di bawah s 3(a)(ii) Akta itu iaitu pujukan-rayu meminta sogokan (‘pertuduhan pujuk-rayu’). Mereka merayu terhadap sabitan di atas alasan-alasan berikut:

(i) bahawa hakim perbicaraan salah apabila beliau gagal memberi perhatian sama ada terdapat sokongan kepada keterangan yang diberi oleh PW6, yang beliau dapati adalah seorang ‘saksi perangkap’, sebelum menerima keterangannya;

(ii) bahawa hakim itu tersalah arah dirinya kerana, selepas tidak mempercayai keterangan PW7 dan kebolehpercayaannya berkenaan dengan pertuduhan pujuk-rayu itu, beliau terus memberi perhatian kepada beberapa kejadian yang berkaitan dengan pertuduhan penerimaan dan oleh itu telah mengambil kira keterangan yang tidak boleh diterima dan memudaratkan;

(iii) bahawa pendakwaan telah mengemukakan dua set keterangan yang bercanggahan di antara satu sama lain, yang telah tidak dipertimbangkan oleh hakim; dan

(iv) bahawa penghakiman oleh hakim sesyen bukan satu penghakiman yang beralasan dan berprinsip dan gagal untuk menilai dengan secukupnya keterangan pembelaan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan dan mengetepikan sabitan dan hukuman tanpa perbicaraan semula:

(1) Walaupun hakim mengetahui bahawa sokongan diperlukan untuk keterangan PW6, di dalam penghakimannya tidak dikenal pasti dan dinilai mana-mana keterangan sokongan. Keterangan PW7, yang merupakan satu-satunya keterangan yang mungkin dapat menyokong keterangan PW6, telah ditolak oleh hakim itu. Keterangan sokongan mestilah testimoni yang bebas dan boleh dipercayai yang menyentuh isu yang penting yang membabitkan tertuduh. Selain daripada kegagalan mengenal pasti dan menilai keterangan sokongan, hakim juga gagal memberikan amaran yang secukupnya kepada dirinya mengenai bahaya menyabit di atas keterangan saksi perangkap yang tidak disokong (lihat ms 90G–I, 91A–B, D–E; Dowse v A-G [1961] MLJ 249, Mohamed Mokhtar v PP [1972] 1 MLJ 122, Mohamed Taufik v PP [1975] 1 MLJ 36 dan Chong Oi Choo v PP [1986] 2 CLJ 232 diikut).

(2) Hakim telah tersalah arah dirinya secara serius semasa beliau menerima keterangan di bawah pertuduhan pujuk-rayu untuk menyabit perayu di atas pertuduhan penerimaan (lihat ms 92G; Khoo Cheng Huat v PP [1991] 1 MLJ 43 diikut).

(3) Dengan pengemukaan diari poket itu, pendakwaan telah membawa dua set keterangan yang bercanggahan. Demikian, keterangan ini tidak boleh dipercayai dan mahkamah tidak mempunyai keterangan yang boleh mengasaskan sabitan itu. Dengan itu, melalui pengemukakan keterangan oleh pendakwaan, perayu telah berjaya mematahkan anggapan di bawah s 14 Akta itu. Jika hakim telah mengambil kira dan menilai keterangan ini beliau akan tentunya mencapai keputusan bahawa anggapan itu telah dipatahkan (lihat ms 93C–E, 94A–C; PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 322 diikut).

(4) Penghakiman hakim sesyen adalah tak memadai dan jauh dari penghakiman yang berprinsip. Beliau gagal membincangkan keterangan dan kemungkinan yang timbul daripada keadaan kes itu. Beliau gagal menyatakan sebab-sebab keputusannya dan adakalanya beliau tidak membuat keputusan fakta mengenai keterangan saksi-saksi. Beliau telah, dalam penghakimannya, gagal untuk menunjukkan bahawa beliau telah memikirkan mengenai keterangan yang diberi (lihat ms 94G).

(5) Mahkamah penghakiman berada di bawah kewajipan statutori mengikut s 308 Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) untuk menghantar kepada mahkamah rayuan alasan keputusan yang menyampaikan penghakiman yang berdasarkan logik di atas fakta dan undang-undang, bukan hanya kesimpulan yang dicapai. Ketiadaan sebab-sebab menunjukkan kemungkinan bahawa pertimbangan yang penting seperti kekuatan keterangan dan kebarangkalian kes mungkin tidak mempengaruhi proses mental hakim dalam mencapai keputusan muktamad.

Jika hakim telah dengan betulnya dan secukupnya menumpukan perhatian kepada keterangan pembelaan secara keseluruhannya, beliau sudah semestinya mendapati bahawa pembelaan telah membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa. Hakim sesyen terikat untuk melihat keseluruhan keterangan secara objektif dan dari semua segi tetapi beliau telah gagal membuat demikian. Kegagalan oleh hakim perbicaraan untuk mengarah dirinya dengan betul mesti disifatkan sama seperti kegagalan untuk mengarah juri dengan betul (lihat ms 94H–I, 95H; Balasingam v PP [1959] MLJ 193; Vijayaratnam v PP [1962] MLJ 106 dan Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 diikut).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR