FOLLOWERS

Tuesday 26 January 2010

KING GHAZ : APA YANG PENGHUNI GUA INGATI !


Pada 25 jan 2010 Tun Ghazali Shafie telah kembali ke rahmatullah dan disemadikan di makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur.
2. Semuga Allah mencucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

3. Satu perkara tentang Tun Ghazali yang PG ingat sehingga kini ialah semasa serangan dan penahanan berpuluh tebusan ke atas Pejabat dan bangunan America Insuran ( AIA ) Kuala Lumpur pada tahun 1970an dahulu. Dalam insiden ini berpuluh orang pekerja di bangunan AIA ini telah ditawan oleh Tentera Merah Jepun ( Japan Red Army / JRA ) yang menuntut agar pemimpin dan rakan mereka yang semasa itu di penjarakan oleh pihak berkuasa Jepun agar dibebaskan.

4. Perundingan di adakan beberapa hari dan kemudiannya Tun telah mencadangkan agar semua puluhan orang tebusan dibebaskan dan sebagai ganti beliau akan bersama dengan Pengganas Tentera Merah Jepun untuk berlepas ke Libya. Tentera Merah Jepun kemudiannya bersetuju dengan cadangan Tun dan Tun bersama tidak sampai 5 orang tebusan lain dan pengganas berkenaan ( bersenjataapi otomatik lengkap ) telah berlepas ke Libya dengan menaiki kapal terbang .

5. Tun akhirnya selamat sampai ke Libya dan kemudian kembali ke Tanah Air dan diraikan sebagai wira . PBB juga memberi penghormatan di atas keberanian dan daya usaha beliau ini. Dengan lain perkataan, beliau sanggup menukarkan nyawanya demi keselamatan tebusan dan asalkan krisis ini selesai. Walau pun banyak pihak ketiga itu memberi nasihat agar Tun tidak melaksanakan niat dan tindakannya ini kerana ia satu misi dan tindakan yang amat bahaya kepada Tun. Tetapi itulah Tun. Beliau teruskan juga. Inilah keberanian dan kebijaksanaan beliau yang tiada bandingnnya. Sebab itulah beliau kekal digelar king Ghaz.

6. Semuga rohnya dirahmati. Amin.

1 comment:

  1. Tun ni bukan sebarang orang. ada sedikit sebanyak ilmu dia. sebab tu dia tak takut. khabarnya dia ni anak murid pawang nong.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR