FOLLOWERS

Sunday, 3 January 2010

KALIMAH ALLAH 5 : DAH NAMPAK RUGI BARULAH NAK BERSUARA ! SUDAHLAH !




PETALING JAYA: PAS mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat.

"Dalam isu ini saya fikir YB (Yang Berhormat) Khalid perlu lebih berhati-hati. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lihat mulut si munafik parti dan pemimpin parti ini. Apabila dah nampak rugi apabila menyokong kalimah Allah di guna oleh Kristian barulah pemimpin dan parti ini nak bersuara menentangnya.


2. PG harapkan juga , Tuan Ibrahim nasihatkan juga TGNA agar membetulkan kenyataanya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian mulanya. Mengapa sekarang baru nak berkokok. Dari awal senyap sunyi dan menuduh kerajaan dan blog-blog seperti blog PG sebagai sesat dan tidak islam apabila kami yang mula menentangnya?

3. Sekarang si munafik ini telah mula korner baring. Jika melawan arus ( melihat ramai orang islam menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian ) barulah parti dan pemimpin ini terhegeh-hegeh nak bersuara dan meminta YB Khalid diam. Minta juga TGNA diam. PG lihat yang konsisten dalam PAS dan kesaorangan sejak awal isu ini , hanyalah YB Tabi Azamuddin ( MP Baling ). Beliau tidak bermulut pelacur dalam isu ini. Beliau dari awal bercakap tidak setuju kalimah ini digunakan oleh penganut Kristian di parlimen.

4. Yang lain samada menyokong dan setengahnya kemetot dan bisu. Sekarang barulah nak berkokok. Pemimpin islam berperangai demikian?


5. Sudahlah. Bertambah meluat PG melihat telatah mereka ini. Adakah PAS puas hati sekarang. Juga adakah pemimpin melayu islam dalam PKR puashati sekarang dengan keputusan mahkamah yang menyebelahi gereja kristian ini.

6. Inilah sumbangan terbesar PAS dan PKR dengan islam liberalnya. Inilah hasil yang anda telah bawa dan dambakan. Kesanya sudah nampak dan jelas. Kepada pengundi muda! Fikirlah jika anda masih mengundi mereka ini. Parti inilah yang membesarkan kepala sebahagian mereka ini. Berita TV3 jam 8 malam tadi pun , TGNA masih menyokong keputusan mahkamah tersebut. Kepada Tuan Ibrahim, baik nasihatkan TGNA tu lebih afdal.

7. Itu pun parti dan pemimpin ini masih belum sedar dan terus melacurkan hak orang melayu islam. Pemimpin dan parti ini pula telah menawarkan diri untuk meminda undang-undang tubuh Kelantan bagi membenarkan orang bukan melayu islam menjadi MB. Perkara asas pembentukan dan keujudan negeri Kelantan pula nak digadaikan . KLIK.

8. Apa ni ?

10 comments:

  1. KEHKEHKEH..... betuii tu, sokong PG.

    ReplyDelete
  2. AMSTERDAM - A Roman Catholic Bishop in the Netherlands has proposed people of all faiths refer to God as Allah...

    selanjutnya di http://paklebai.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,
    Di bawah adalah petikan pandangan saya yang disiarkan dalam rencana Utusan malaysia pada 04.02.2009 untuk dikongsi bersama pembaca blog Tuan.

    "....Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.

    Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai".

    "Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

    Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.

    Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.

    Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.

    Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti. Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya?

    Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya. Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.

    Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.

    Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri. Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

    Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.

    Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama.

    Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini.

    Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat."

    ReplyDelete
  4. salam.....ALLAHHUAKBAR!ALLAHHUAKBAR!ALLAHHUAKBAR! Tiada yang lain sekutu denganNYA...Kepada rakan2 bukan Islam tolonglah fahami dan hargai asas2 pembentukan perlembagaan negara. bagaimana orang melayu murah hati setuju serah 1juta kewarganegaraan buat bukan melayu....untuk itu kami orang melayu/islam memang boleh bagi TAPI bukan untuk yg satu ini 'ALLAH'. Ia adalah hak milik ekslusif orang islam di negara ini...

    ReplyDelete
  5. Hakim babi dah buat keputusan secara tak rasional...disokong pula oleh melayu Islam yang tak reti bahasa. janganlah kita undi melayu macam ni, sbb tak layak jadi pemimpin. Sekarang kita nampak puak kristian cuba main jarum terhadap Islam tapi kita masih lagi bodoh...patutnya jgn beri muka. lain kali jgn harapkan PAS dan PKR nak bantu utk beri air walaupun setitik ketika haus...nak kasi mampus adalah.

    ReplyDelete
  6. jangan haraplah PAS boleh pertahankan islam...
    harapan agar saudara islam kita semua...jauhi parti pas..
    dah terang dan nyata kesesatannya

    ReplyDelete
  7. Sudah laa PAS... awak tak mampu mempertahan kan Kalimah ALLAH. Cakap je lebih, hampas pu n tak de. Puas kan nafsu shahwat boleh lah harapkan orang2 PAS ni. Nak bela satu kalimah pun tak berani. Dah laa. baik kau orang duduk rumah diam2..jaga bini2 kau orang lagi baik.

    PARTI AJARAN SESAT !

    ReplyDelete
  8. tak berani nak nasihat bapak saudara dia tu...kena sergah terus lari sampai pahang...

    ReplyDelete
  9. Walau apa pun yang PAS nak kata selepas ini; mereka kena ingat genpita menggegarkan ini adalah hasil dari sumbangan dari kata kata mereka dahulu.
    Taubatlah.

    ReplyDelete
  10. SALAM PG.SEJAHAT JAHAT MANUSIA ADALAH SEBAIK BAIK JIN. PG JANGANLAH MELAMPAU SANGAT MENGUTUK SESAMA ISLAM .TAK ELOK PADA DIPANDANG BANGSA ASING. SEJAHAT-JAHAT PAS DIA TIDAK BERNIAGA ARAK DI KELANTAN TGNA TU MASIH LAGI ISLAM BELUM KAFIR LAGI. JANGANLAH KUTUK DIA SANGAT TAKUT DAULAT NANTI KERANA DIA SEMBAHYANG TAK TINGGAL. MASALAH MAHKAMAH TU HAL LAIN. CUBA BERI PANDANGAN YANG NEUTRAL DAN MEMBINA ,JANGAN IKUT PERASAAN SERTA MENHGINA SESAMA BANGSA DAN AGAMA MUNGKIN TGNA DAH TUA DAN TERLALU DIASAK UNTUK MENEGAKKAN ISLAM. PG JANGANLAH TERLALU EMOSI SEHINGGA SAMA SEPERTI MEREKA YANG TAK BERAGAMA MENCARI KESILAPAN MANUSIA LAIN. PG KENA INGAT HIDUP TAK LAMA DAN AKAN KEMBALI KE ALLAH JUGA JANGAN TERLALU FIKIRKAN DUNIA KERANA MEKSIAT KINI TERLALU BERLELUASA BAIK DALAM MANA PARTI JUA. SALAM DAN MOHON KEMAAFAN JIKA TERSILAP BAHASA. HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA BUKAN TULISAN ATAU TAMPALAN PERKATAANNYA. KITA BUKAN MENYEMBAH PERKATAAN TAPI ZATNYA. WAULLAHUALAMBISAWAB.POC..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR