6 Jan 2009
Hassan Ali Menentang Keputusan Parti :
Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan Ali
SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.
Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.
“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.
“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya. -SH
Penghuni Gua : Lihat! PAS makin keliru dan mengelirukan. Inikah parti yang akan perjuangkan islam dan negara? Maaf lah , pada pandangan PG tak layak langsung. Nak laksana hudud ? Jangan cakaplah! Nak satu suara dan sependapat dalam isu kalimah Allah pun lintang pukang dan tiada pendirian.
2. Fikirkanlah semua pengundi muda. Rosak agama dan negera jika amanah diberi kepada semua mereka ini. Fikirlah. Siapa yang kufur dan siapa yang tidak kufur dalam PAS? Baik kita ikut cara kita. Konsisten dan bukan lalang. Pada meeka ini agama boleh dijual beli. TGNA sokong kemudian korner baring, Mahfuz sokong, YB Khalid sokong, Taib Azamuddin menentang, Dr Haron Din menentang, TGHH dan gengnya menyokong tetapi berlapik ( cari makan) dan seperti biasalah. Semunya lidah bercabang dan munafik. Perkara tidak betul selalunya Allah tunjukkan terus kebenarannya. Inilah cara kebenaran yang Allah tunjukkan. Itupun jika kita rajin berfikir .
3. Biarkan mulut-mulut dan lidah-lidah bercabang pemimpin ini terus bercakap. Ini semua bala Allah kepada mereka. Allah " kalau nak tunjukkan kebesarannya , berbagai cara digunakan. Mungkin ( dan sebenarnya ) inilah satu caranya.
4. Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar..
takbir...
ReplyDeleteMembangun Bersama Islam
Salam Bro, masalahnya sekarang ni dalam PAS sendiri pun berbelah bagi tak tau nak buat apa nak tau kenapa kalau salah buka mulut nanti takut DAP murka, maklum la PAS lebih takut DAP dari Allah sendiri!
ReplyDeleteBintara Muda
ReplyDeleteBiarkankan Pas rebah dan tersungkur menyembah bumi. Inilah balasan ALLAH terhadap pemimpin dan parti meraka yang sering mencaci dan menghina pemimpin islam yang lain dan mengeluarkan fatwa ikut sedap rasa demi kepentingan politik. sesungguhmya janganlah kita percaya parti yang selalu menjual agama untuk kepentingan diri dan politik. Saudara dan saudari harus ingat walau dimana sekali pun berada andainya ALLAH mencabut nyawa kita walau didalam negara yahudi sekalipun kalau kita seorang yang soleh dan zuhud kepada ALLAH pasti balasan syurga akan diberikan ALLAH.
Salam,
ReplyDeletealah nnt Hasan kena tengking dgn Ronnie tarik balik lah tu
Salam bro....Pas tunjukkan sikap sebenar dalam isu ini...kpada yang tak setuju ana ucap tahniah sbb sedar utk jangkamasa panjang. Yang masih sokong tu adalah penjual maruah agama, maknanya kita tak boleh percaya lagi walaupun ada serban yang besar dan jubah yang labuh. Marilah jemaah semua kita pakat fikir bersama dan berdoa agar ALLAH memelihara kita semua.sedarkanlah semua yang menjual nilai diri dalam membela agama Islam
ReplyDeleteInsyallah, PAS akan berkubur tak lama lagi.
ReplyDeleteSalam PG, Allah memberi pertunjuk..... bahwa PAS benar-benar tidak mampu untuk mengwujudkan sebuah negara Islam tulin di Malaysia yang selama ini menjadi kebangaan pengikut-pengikut jumudnya......
ReplyDeleteInikah bentuk sebuah kerajaan Islam tulin yang diwar-warkan PAS ?
Memadai dengan membenarkan kalimah 'Allah' digunakan oleh gereja atau mana-mana kuil hindu dan budha ?................. jadi-jadilah menipu rakyat.....
Hassan tu pun masa sekolah dulu pelakun drama untuk kelas nya. Sampai sekarang pun bakat nya berlakun belum luntur lagi.
ReplyDeleteSALAM PG..
ReplyDeleteDATO HARUN DIN, UST NASHARUDDIN MAT ISA DAN HASSAN ALI SEPENDAPAT..
MEREKA TAK BERANI MENGADAI AGAMA HANYA UNTUK POLITIK
BERLAWANANA SIKAPNYA DENGAN NIK AJIS, HJ HADI DAN KHALID SAMAD..OBJEKTIF UTAMA ADALAH AGENDA POLITIK..
NAMPAK BENAR TAK ADA PENYATUAN SUARA DAN PENDAPAT DALAM JAMAAH PAS SEKARANG..
INI MEMPERLIHATKAN PAS DALAM KEADAAN NAZAK DI NAFAS-NAFAS AKHIR..TERPERANGKAP DALAM JERANGKAP POLITIK KEPARTIAN MAINAN MEREKA SENDIRI