FOLLOWERS

Thursday 28 January 2010

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KAWAD CAM / KETERANGAN RAKAN SEJENAYAH !


[1994] 2 MLJ 290
Public Prosecutor v Sarjeet Singh & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL APPEAL NO 51–241–92(90)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 26 FEBRUARY 1994

Citation [1994] 2 MLJ 290



Catchwords:

Evidence — Identification parade — No identification parade held — Accused unknown to complainant — Whether identification parade necessary — Effect of failure to hold identification parade

Evidence — Accomplice — Corroboration — Conviction based on uncorroborated testimony of accomplice — Whether illegal — Approach taken by the courts — Evidence Act 1950 s 133

Evidence — Accomplice — Corroboration — Accomplice giving evidence for the prosecution — Whether corroboration necessary for every factor of prosecution case — Whether corroboration only necessary for material parts of accomplice’s evidence

Evidence — Accomplice — Credibility — Considerations to be taken into account
Evidence — Accomplice — Corroboration — Whether necessary where evidence was unreliable

Bahasa Malaysia Summary:

Responden telah dituduh bersesama di Mahkamah Majistret, Taiping atas tuduhan merompak seorang pemandu teksi, bersama seorang rakan sejenayah lain yang bernama Mustafa bin Ali (‘Mustafa’). Mustafa telah terlebih dahulu membuat akuan bersalah, disabit dan kemudiannya memberi keterangan bagi pihak pendakwa. Majistret berpendapat bahawa Mustafa merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan membebaskan responden. Pihak pendakwa telah membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tidak terdapat bukti bahawa pemandu teksi itu kenal responden sebelum rompakan itu dan pemandu teksi itu tidak pada sebarang masa mengecam responden dan Mustafa sebagai orang yang melakukan kesalahan itu. Di mana orang yang dituduh tidak sebelum itu dikenali oleh saksi-saksi, adalah perlu mengadakan suatu perbarisan cam. Oleh itu, pihak polis seharusnya mengadakan suatu perbarisan cam untuk membolehkan pemandu teksi itu mengecam perompaknya. Kegagalan untuk membuat demikian menimbulkan syak bahawa pemandu teksi itu tidak mungkin mengecam responden dan Mustafa. Ketiadaan suatu perbarisan cam, walaupun ianya tidak menjadikan perbicaraan itu tidak sah, adalah suatu ciri yang sangat penting apabila mempertimbangkan kebolehpercayaan saksi-saksi mengenai perkara pengecaman.

(2) Mustafa telah mengaku bahawa beliau telah bercakap bohong atas sumpah dan adalah betul untuk majistret memutuskan bahawa beliau merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai.

(3) Sebagai seorang rakan sejenayah, mahkamah berhak menganggap bahawa Mustafa tidak boleh dipercayai kecuali jika beliau disokong dalam perkara yang penting. Walaupun s 133 Akta Keterangan 1950 menetapkan bahawa suatu sabitan tidak menjadi tidak sah hanya kerana ia berdasarkan testimoni seorang rakan sejenayah yang tidak disokong, mahkamah secara konsisten telah memutuskan bahawa alasan keputusan itu mesti menunjukkan kesedaran mengenai bahaya yang terlibat apabila membuat suatu sabitan sedemikian.

(4) Sokongan keterangan seorang rakan sejenayah tidak semestinya bermakna sokongan bebas mengenai setiap faktor kes itu terhadap tertuduh. Adalah mencukupi jika sokongan itu menyokong suatu bahagian material di dalam cerita rakan sejenayah itu yang mengaitkan tertuduh dengan kesalahan yang dituduh itu dan menolong mengesahkan identiti tertuduh.

(5) Kebolehpercayaan seorang rakan sejenayah mesti dihakimi secara berasingan, sama seperti saksi yang lain, dengan menggunakan pertimbangan yang sama tetapi dengan faktor tambahan iaitu bahawa beliau merupakan seorang rakan sejenayah. Mahkamah mesti membuat penilaian mengenai keadaan itu dan mempertimbangkan siapa dan apa saksi itu, tingkahlakunya, perawakan, jenis, kualiti dan isi keterangannya secara tersendiri dan berkaitan dengan kesemua keadaan kes itu. Walaupun Mustafa merupakan seorang rakan sejenayah, beliau masih merupakan saksi yang kompeten dan dengan demikian, keterangannya mesti dipertimbangkan dan diperiksa dan tidak diketepikan begitu sahaja tanpa dihakimi dan dipertimbangkan.

(6) Majistret telah mempertimbangkan keterangan Mustafa secara keseluruhannya dan membuat kesimpulan bahawa beliau merupakan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai, dan di dalam kes sedemikian, soalan mengenai sokongan keterangannya tidak timbul. Mahkamah tidak boleh menyalahkan pendekatan yang diambil dan dengan demikian rayuan itu ditolak.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberikan menafaat kepada semua pembaca dan pelajar dalam memahami Sistem Keadilan Jenayah negara. Tq

1 comment:

  1. Assalammualaikum,kalau nak buat identity verification untuk pemanggil telefon macam mana pula?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR