FOLLOWERS

Wednesday 20 January 2010

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES RASUAH / BAHASA PEMBERITAHUAN KESALAHAN !


[1996] 3 MLJ 281
Morgan a/l Perumal v Ketua Inspektor Hussein bin Abdul Majid & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — MISCELLANEOUS CRIMINAL
APPLICATION NO 44–5–1996

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 8 JUNE 1996

Citation [1996] 3 MLJ 281



Catchwords:
Criminal Procedure — Arrest — Whether person arrested informed of grounds of arrest — Whether interpretation of grounds of arrest adequate — Federal Constitution art 5(3)

Criminal Procedure — Arrest — Allegation of wrongful detention — Whether detaining authority has to justify detention — Whether justification made out

Criminal Procedure — Arrest — Detention under Emergency (Public Order and Prevention of Crime)Ordinance 1969 — Detention for 24 hours or more — Whether necessary to serve documents authorizing detention on detainee — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s3(3)(a), (b) & (c)

Criminal Procedure — Habeas Corpus — Detention under Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Manner and conditions of detention — Denial of access to counsel — Whether valid grounds for habeas corpus

Evidence — Corroboration — Prior consistent statement — ‘Arrest report’ — Whether amounts to corroboration — Whether admissible to show consistency — Evidence Act 1950 s 157

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 13 Januari 1996 pada pukul 2.40 pagi, Ketua Inspektor Hussein bin Abdul Majid (‘Ketua Inspektor Hussein’) mengetuai satu pasukan polis ke kawasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan menangkap pemohon, yang berada di situ pada masa material, di bawah s 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan Darurat’). Dengan tidak berlengah, Ketua Inspektor Hussein menerangkan di dalam Bahasa Malaysia sebab-sebab tangkapan kepada pemohon melalui seorang perantara, Detektif Lans Korporal Murugiah (‘Detektif Murugiah’), yang kemudiannya menerangkan di dalam Bahasa Tamil kepada pemohon.

Pemohon mendakwa bahawa beliau telah ditahan secara tidak sah di sisi undang-undang atau secara tidak wajar. Pemohon mengatakan bahawa pihak polis tidak memberitahu beliau sebab-sebab beliau ditangkap dan bahawa beliau dinafikan hak akses kepada peguam. Pemohon juga membuat dakwaan yang serius terhadap Detektif Murugiah. Beliau mendakwa bahawa Detektif Murugiah menyeksa dan mencederakannya semasa dalam tahanan. Pemohon berkesempatan untuk membuat aduan mengenai salah laku itu kepada seorang Ponnamah a/p Sumdarum (‘Ponnamah’) dan seorang Sellam a/p Ramasamy (‘Sellam’) yang masing-masing mengesahkan afidavit menyokong keterangan pemohon.

Pemohon selanjutnya menegaskan bahawa apa-apa dokumen yang menunjukkan beliau akan ditahan lebih daripada 24 jam seperti yang dinyatakan di dalam s 3(3)(a), dan juga dokumen yang memberikan kebenaran menahannya lebih daripada 48 jam seperti yang dinyatakan di dalam s 3(3)(b) Ordinan Darurat, tidak disampaikan kepada beliau. Laporan keadaan-keadaan tangkapan dan penahanan juga tidak disampaikan kepada pemohon seperti yang dinyatakan dalam s 3(3)(c). Pemohon membuat permohonan untuk habeas corpus.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan:

(1) Adalah tidak perlu bagi Detektif Murugiah untuk menggunakan Bahasa Tamil akademik, klasik atau profesional dalam menterjemahkan sebab-sebab tangkapan kepada pemohon; bahasa percakapan atau percakapan biasa bahasa Tamil adalah memadai (lihat ms 287D); Jayaraman & Ors v PP [1982] 2 MLJ 273 diikut.

(2) Dakwaan serangan seperti yang dikemukakan oleh Ponnamah dan Sellam adalah tidak bernilai, kerana ianya boleh dikatakan sebagai dengar cakap dan oleh itu, tidak boleh diterima (lihat ms 287G); Teoh Yook Huwah v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Ors [1993] 1 MLJ 12 diikut.

(3) Dakwaan pemohon berkenaan dengan cara-cara dan keadaan-keadaan penahanan yang dilaluinya bukan perkara-perkara dalam rangkuman kes-kes di mana habeas corpus biasanya dikeluarkan. Dalam apa-apa keadaan pun, mahkamah mempercayai penafian Detektif Murugiah terhadap dakwaan tersebut. (lihat ms 289E–I); Lau Lek Eng & Ors v Minister for Home Affairs, Singapore & Anor [1972] 2 MLJ 4, Theresa Lim Chin Chin & Ors v Inspector General of Police [1988] 1 MLJ 293 (SC) dan Teoh Yook Huwah v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri[1993] 1 MLJ 12 diikut.

(4) Seksyen 3(3)(a),(b) dan (c) Ordinan Darurat tidak menghendaki penyampaian dokumen-dokumen yang membenarkan penahanan ke atas pemohon. Itu adalah satu perkara undang-undang; dan pemohon tidak mempunyai hak penyampaian dokumen-dokumen tersebut, sama ada tersirat atau sebaliknya. Dalam mentafsirkan suatu statut, seseorang hendaklah melihat kepada maksud Parlimen, dan maksud itu boleh dilihat dengan meneliti perkataan-perkataan yang digunakan dalam statut.

Seorang pentafsir kehakiman perlu bertanya sama ada badan perundangan bermaksud, atau mungkin telah memikirkan bahawa orang yang ditahan disampaikan dengan dokumen-dokumen tersebut. Melihat daripada perspektif ini, dan setelah mengambil kira perkataan-perkataan yang digunakan, tidak ada kehendak undang-undang untuk menyampaikan dokumen-dokumen tersebut kepada pemohon (lihat ms 290C–I); Farrell & Anor v Alexander [1976] 2 All ER 721 dan Hatton v Beaumont [1977] 2 NSWLR 211 diikut.

(5) Adalah terpulang kepada pihak berkuasa yang membuat penahanan untuk menjustifikasikan penahanan pemohon. Justifikasi bagi penahanan itu boleh didapati daripada perintah penahanan itu sendiri. Pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menahan pemohon dan dalam menjalankan kuasa itu, undang-undang telah dipatuhi dengan sempurna, dan oleh itu penahanan itu adalah sah (lihat ms 291E–H); Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1969] 2 MLJ 129 dan Sukumaran s/o Sundram v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia & Anor and other applications [1995] 2 MLJ 247 diikut.

(6) Terdapat bukti-bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa Ketua Inspektor Hussein, melalui Detektif Murugiah, telah menyampaikan sebab-sebab tangkapan kepada pemohon dan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Inspektor Hussein, menunjukkan dengan jelas bahawa pemohon sebenarnya telah diberitahu dan mengetahui sebab-sebab tangkapan. Walaupun laporan polis itu bukan, dan tidak boleh dikatakan adalah, laporan penerangan pertama, tetapi sebagai ‘laporan tangkapan’, ia boleh diambil kira oleh mahkamah untuk tujuan menunjukkan konsistensi. Laporan polis yang dibuat 20 minit selepas pemohon ditangkap — dan disahkan dengan afidavit oleh Ketua Inspektor Hussein dan Detektif Murugiah — memberikan anggapan konsistensi yang kukuh, dengan itu menjadikan versi bahawa pemohon telah diberi penerangan tentang sebab-sebab tangkapan sebagai ‘barangkali’ dan ‘agak selamat untuk diambil tindakan’ (lihat ms 293C–D and 294G–H); Liew Wah Ming v PP [1963] MLJ 82, Ah Mee v PP [1967] 1 MLJ 220, Karthiyayani & Anor v Lee Leong Sin & Anor [1975] 1 MLJ 119 dan PP v Lee Ah Ha [1989] 1 MLJ 120 diikut.

(7) Aduan dari orang yang ditahan bahawa semasa beliau ditahan beliau tidak diberi hak akses kepada peguam, bertentangan dengan perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan, bukan satu alasan bagi membolehkan habeas corpus (lihat ms 296F); Yit Hon Kit v Minister of Home Affairs, Malaysia & Anor [1988] 2 MLJ 638 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR