FOLLOWERS

Tuesday 5 January 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMBUANGAN KERJA PEGAWAI KASTAM !


[1995] 3 MLJ 495
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia v Noordin bin Hassan
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
J–01–1–95

Judges MAHADEV SHANKAR JCA
VC GEORGE JCA
ABDUL MALEK J

Date 31 JULY 1995

Citation [1995] 3 MLJ 495


Catchwords:

Administrative Law — Remedies — Certiorari — Decision of Public Services Commission — Dismissal of customs officer — Officer alleged he was given one day’s notice to attend inquiry — Application for adjournment refused — Whether refusal unreasonable — Whether a ground to quash decision to dismiss — Whether refusal sufficiently proved

Public Servants — Dismissal — Customs officer — Officer alleged he was given one day’s notice to attend inquiry — Application for adjournment refused — Whether refusal unreasonable — Whether a ground to quash decision to dismiss — Whether officer innocent because he was not jointly charged with third party who had pleaded guilty to offence

Evidence — Adverse inference — Failure to produce material evidence — Customs officer dismissed from service — Officer alleged he was given one day’s notice to attend inquiry — Officer alleged Public Services Commission unreasonably refused to grant adjournment — Public Services Commission denied request for adjournment was made — Officer did not produce relevant material to support allegation — Whether adverse inference should be drawn against officer — Evidence Act 1950 s 114(g)

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang, yang merupakan seorang pegawai kastam, telah dipecat oleh perayu atas alasan bahawa beliau telah menyeludup barangan yang tertentu dari Singapura semasa beliau bertugas, dan telah menyerahkan barangan tersebut kepada seorang bernama Wong Hong Hua pada 12 Oktober 1989 di Johor Bahru. Sebelum memecat penentang, perayu telah meminta penentang menunjukkan sebab kenapa beliau tidak harus dipecat.

Penentang telah menulis sepucuk surat, di mana beliau telah menafikan tuduhan yang dibuat itu, dan mendesak supaya suatu siasatan diadakan untuk membolehkannya memeriksa balas saksi yang memudaratkannya, dan memanggil saksi yang dapat membelanya. Penentang juga mengata, antara lain, bahawa Wong Hong Hua telahpun mengaku salah atas kesalahan menyertai dalam membawa masuk barangan yang belum dicukai dengan disedarinya, dan ini menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

Selepas itu, penentang telah diberitahu oleh seorang bernama Puan Habsah bte Hj Harun melalui sepucuk surat bahawa suatu jawatankuasa siasatan telah dibentuk untuk memeriksa saksi dan menyiasat perkara itu selanjutnya pada 17 November 1993. Penentang mendakwa bahawa beliau telah menerima surat itu hanya pada 16 November 1993, dan walaupun beliau telah meminta suatu penangguhan daripada Timbalan Pengarah Kastam, iaitu Puan Zaleha bte Hamzah, permintaan tersebut telah ditolak dengan tidak munasabahnya.

Walau bagaimanapun, penentang tidak menjelaskan kenapa beliau tidak mengembalikan pengakuan penerimaan surat itu kepada perayu. Pada 8 Februari 1994, penentang telah menerima sepucuk surat daripada perayu yang menyatakan bahawa ia telah membuat keputusan untuk memecatnya selepas pertimbangan yang teliti telah dibuat. Penentang telah membuat suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan tersebut, atas alasan bahawa penolakan penangguhan secara tidak munasabah itu telah menjadikan pemecatan tersebut tidak sah, dan bahawa keputusan perayu dicapai berdasarkan bahan yang terkandung di dalam surat tunjuk sebab.

Walau bagaimanapun, penentang tidak dapat mengemukakan sebarang keterangan untuk mematahkan penafian Puan Zaleha bte Hamzah bahawa permintaan tersebut untuk suatu penangguhan telahpun dibuat kepadanya. Hakim perbicaraan telah membatalkan keputusan perayu atas alasan bahawa keengganannya untuk memberikan penangguhan kepada penentang adalah tidak munasabah, dan memutuskan bahawa penentang adalah tidak bersalah, kerana beliau tidak dituduh dengan Wong Hua Hong secara bersama. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan rayuan itu:

(1) Pemberian penangguhan selalunya merupakan suatu perkara budi bicara, dan sama ada suatu penolakan adalah begitu tidak munasabah sehingga ia menjadikan tidak sah suatu keputusan yang dicapai adalah suatu perkara yang harus dipertimbangkan dengan mengambil kira seluruh keadaan.

(2) Adalah merupakan kewajipan orang yang memohon untuk perintah certiorari untuk menunjukkan bahawa beliau bersuci hati dalam mengemukakan bahan yang beliau ingin meminta mahkamah bergantung pada. Di dalam keadaan di mana penentang amat bergantung kepada keengganan untuk memberikan penangguhan yang dikatakan itu, kegagalan untuk mengemukakan keterangan material yang berkenaan akan menyebabkan s 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai, dan inferens yang bertentangan harus dibuat terhadap penentang.

(3) Sesungguhnya, kesimpulan yang wajar ialah bahawa penentang tidak meminta untuk suatu penangguhan. Jika beliau telah berbuat demikian, beliau tentu akan mengemukakan secara menyeluruh pada peluang yang terawal bila dan daripada siapa beliau dan peguamnya telah meminta untuk suatu penangguhan dan di dalam keadaan apa permintaan mereka telah ditolak. Penentang juga gagal menerangkan kenapa beliau tidak mengembalikan pengakuan penerimaan surat kepada perayu.

(4) Jika peguam penentang telah membuat suatu permintaan untuk penangguhan, ia pastinya dibuat di siasatan jawatankuasa. Dengan itu, rekod siasatan itulah yang harus merupakan subjek certiorari, dan maka adalah kewajipan penentang untuk mengemukakan rekod siasatan atau menerangkan ketiadaannya kepada mahkamah. Walau bagaimanapun, penentang gagal berbuat demikian. Jikapun siasatan tidak dijalankan, sepatutnya terdapat keterangan positif yang menunjukkan sedemikian.

(5) Keputusan hakim perbicaraan bahawa kegagalan untuk mempertuduhkan penentang bersama dengan Wong Hong Hua telah menunjukkan bahawa penentang adalah tidak bersalah adalah tidak berjustifikasi. Lagipun, hakim perbicaraan bergantung hanya pada surat tunjuk sebab dan balasan penentang dalam membuat kesimpulannya itu.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca , kakitangan awam dan pelajar semua. Tq ..

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR