FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / POLITIK. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / POLITIK. Show all posts

Saturday, 8 May 2010

REMAJA DITEMBAK : SURAT PEMBACA !



7 mei 10


SAYA turut bersimpati dengan keluarga remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis selepas tidak berhenti apabila cuba ditahan oleh polis minggu lepas. Sebagai ibu dan anggota keluarga yang kehilangan anak/anggota keluarga, seharusnya mereka sangat bersedih atas tragedi itu dan adalah hak mereka untuk mempersoalkan tindakan polis sehingga mengorbankan anak mereka.
Walau bagaimanapun, saya juga berpendapat pihak polis yang selama ini kita semua amanahkan untuk menjaga keamanan negara tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya apabila tragedi seperti ini berlaku.

Pada saya, mereka telah mengikut prosedur yang sepatutnya sebelum tembakan dilepaskan. Apabila ia berlaku, amat malang sekali mangsa tembakan adalah seorang remaja 15 tahun. Saya ingin memetik kata-kata seorang pegawai atasan polis yang begitu kecewa dengan masyarakat yang terlalu mudah menyalahkan pihak polis atas kejadian ini.

Bayangkan dalam situasi cemas ketika anggota polis cuba menahan dan mengejar mana-mana suspek, adakah mereka berpeluang dan mempunyai masa untuk 'bertanya' berapakah umur suspek (yang sudah terang cuba melarikan diri) sebelum tindakan lanjut boleh dilakukan?

Saya percaya kejadian sedih ini tidak akan berakhir begini sekiranya remaja dan rakannya berhenti dan menyerah diri sesudah tayar kereta mereka bocor terkena tembakan dalam usaha polis memberhentikan kereta. Benar, mereka masih muda tetapi mungkin kita lupa banyak sudah kes jenayah melibatkan remaja sekitar umur begini.

Sekiranya mangsa adalah anggota polis, siapa yang membela nasib mereka? Paling tidak pun, sudah tentu kita akan berkata; ''Oh.. itu kerja mereka dan risiko terkorban atau tercedera sudah tentu polis sudah sedia maklum.''

Beginilah nasib pihak yang menjaga keamanan dan keselamatan negara. Apabila kadar jenayah meningkat polis dituduh tidak buat kerja. Tetapi apabila pekara begini berlaku polis pula dituduh salah guna kuasa.


SHIDI
Semenyih, Selangor




SAYA begitu bersimpati kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, 15, di atas kejadian Allahyarham mati ditembak polis baru-baru ini.

Dalam kesedihan ini, saya berharap keluarga Allahyarham juga sepatutnya lebih berhati-hati apabila terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh. Secara terang-terangan keluarga Aminulrasyid telah dipergunakan oleh golongan-golongan tertentu untuk mencapai agenda-agenda mereka.
Sebagai insan seagama, saya menasihatkan keluarga Aminulrasyid supaya menerima perkara tersebut sebagai takdir Ilahi. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ternyata kejadian ini memberi seribu satu hikmah yang sangat berguna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kepada ibu bapa/penjaga, berilah perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak anda. Didiklah anak anda menghormati undang-undang. Jangan biarkan mereka melanggar undang-undang walau sekecil mana pun. Pastikan anda tahu di mana anak anda berada.
Jangan beri alasan anda tidak tahu di mana anak anda berada, dengan siapa mereka berkawan, apa mereka buat selepas waktu tengah malam. Pada hal dalam masa yang sama, anda cuba mempertahankan bahawa anda sangat mengenali anak anda.

Nasihat saya kepada masyarakat, hormatilah polis sebagai orang yang dipertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Polis juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Mereka juga punya harga diri, keluarga, anak dan isteri.

Saya yakin pihak polis dan kerajaan akan menjalankan siasatan secara telus tanpa keraguan. Pihak polis tidaklah begitu kejam untuk menembak dan membunuh orang sesuka hati. Mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman awam.

Kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik, janganlah mengangguk di air keruh, menunjuk-nunjuk mahu membantu tetapi sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Sikap sedemikian hanya akan memburukkan keadaan dan menampakkan kerakusan anda mencari publisiti.
Akhir sekali, media cetak dan elektronik buatlah laporan yang tidak mengelirukan. Media merupakan sumber utama untuk mendapat laporan, maka tanggungjawab anda juga sangat besar untuk melaporkan perkara yang sebenar.

Chokie3200
Kuala Lumpur

Penghuni Gua : Isunya ,mengapa lari dari polis. Tak melarikan dari polis , tak jadi begini. Susah sangatkah dan apa yang takut sangat kepada polis sehingga takut untuk berhenti? Itu aje isunya. Polis tahu ke atau perlu ke polis tahu berumur seseorang pemandu dalam keadaan begini untuk mengambil tindakan menembak?

2. Nyawa sendiri perlu dipertahan, harta sendiri perlu dipertahan, juga nyawa dan harta orang lain perlu dipertahan. Itu sebab polis mengambil tindakan sedemikian. Perlu kah nyawa pengguna jalanraya lain pada malam tersebut melayang dahulu dilanggar oleh remaja ini dan kemudian baru polis bertindak?

3. Ada otak fikirlah. Cuba yang dilanggar mati itu anda? Mungkin pendapat anda akan berlainan terhadap tindakan remaja ini. Emosi tolak tepi. PG percaya, polis ini akan terlepas dan tak bersalah pun. Jika dituduh pun atas dasar kepentingan awam / redakan keadaan, mahkamah akhirnya akan bebaskan anggota polis ini. Apa lagi nak tuduh di bawah sek 302. Tak ada asas langsung................................

4. Tak ke bodoh sangatnya polis dan tak ada untungnya polis atau anggota ini nak menembak orang kalau tak ada asasnya. Berapa ratus ribu penghuni Shah Alam? Mengapa remaj ini sahaja yang ditembak? Mengapa penduduk Shah Alam lain tak ditembak polis.

5. Isu ini sebenarnya mudah pun. Cuma sudah dipolitikkan dan semuanya lebih bijak dari yang lain. Isu pokok langsung dibutakan. Emosi dan kepentingan politik di utamakan. Jika DAP atau PAS PKR prihatin sangat terhadap isu ini, PG nak tanya satu aje " sudahkah mereka membela mangsa yang dilanggar oleh YB Jeffry yang kini masih terlantar di hospital dan masih koma? Sudahkah mereka ini diberi bantuan seperti seorang tentera yang di langgar kenderaan Tian Chua di Johor? Sudahkan isteri kedua Rohaizat telah dibela seperti yang di war-warkan oleh PAS semasa PRK Permatang Pasir? Sudahkan PAS memberi bantuan kepada penyokongnya seramai 4 orang yang patah dan cedera parah dan lumpuh dalam kemalangan di Rawang untuk demo ISA tempoh hari?

6. Hampas!!!!!

Wednesday, 6 January 2010

KERENAH LIM GUAN ENG : MAJLIS PEGUAM TIADA MULUT !


Dipetik dari Blog : Malaysia - Instinct. Com


Tuesday, 05 January 2010 04:08
OLEH THE TYCOON


Kali terakhir saya lalu di hadapan bangunan Majlis Peguam Malaysia di Jalan Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur, kira-kira lebih sebulan lalu. Ketika itu saya nampak tergantung kain rentang yang tertulis Justice for Teoh Beng Hock (Keadilan untuk Beng Hock) di bahagian hadapan bangunan tersebut.

Saya percaya, Majlis Peguam Malaysia yang merupakan sebuah badan yang mewakili seluruh peguam di negara ini mahukan keadilan yang sewajarnya ke atas mendiang Teoh Beng Hock.

Majlis Peguam memang terkenal dengan kelantangan dan keberanian mereka dalam memperjuangkan keadilan. Seingat saya, dalam sejarah perundangan di Malaysia, telah beberapa kali peguam-peguam berarak menunjuk perasaan kononnya untuk menuntut keadilan.

Antaranya berikutan krisis kehakiman yang berlaku dalam tahun 1988 dan Walk Of Justice di Putrajaya pada tahun 2008 berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan yang lain.

Hatta kes syariah berkaitan dengan hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno pun tanpa ragu-ragu Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, telah memberikan pendapatnya dalam satu wawancara yang tersiar di akhbar.

Tetapi, sehingga masa saya menulis surat ini, saya masih belum berjumpa dengan mana-mana kenyataan akhbar atau lain-lain kenyataan awam oleh Majlis Peguam mengenai pendirian mereka berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa mendiang Teoh Beng Hock telah dibunuh.

Kita semua tahu bahawa inkues berkenaan dengan tragedi itu masih dijalankan oleh Mahkamah Koroner. Tidak sepatutnya kes ini dibincangkan di luar mahkamah, memandangkan prosiding masih belum selesai. Secara prinsipnya jika ini berlaku, ia boleh di anggap sebagai subjudice dan menghina mahkamah. Ini seperti yang diputuskan oleh Hakim Spencer Wilkinson di dalam kes Pendakwa Raya lawan Penang Municipal Services Union & Ors.

Maafkan saya jika di luar pengetahuan saya Majlis Peguam telah pun menyatakan pendirian mereka berkenaan dengan kenyataan oleh Lim Guan Eng itu. Tetapi jika tidak, saya mencabar dan menggesa Majlis Peguam Malaysia agar bertindak tegas dalam mempertahankan proses keadilan dan mendidik ahli-ahli politik dan masyarakat supaya lebih menghormati institusi kehakiman yang dianggap mulia dan diamanahkan untuk menegakkan keadilan.

Penghuni Gua : Keadilan hanya untuk mereka sahaja. Keadilan berpihak. Itulah Majlis Peguam. Semua sudah tahu.

Sunday, 27 December 2009

TINDAKAN PADA ADUN SERI KEMBANGAN : TAHNIAH KETUA POLIS SELANGOR !




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Dato Khalid Ketua Polis Selangor. Anda dilihat lebih proaktif dalam hal ini berbanding dengan polis negeri lain.

2. PG ucapkan tahniah atas tindakan berturut-turut Ketua Polis Selangor , dalam tempoh 2 hari di mana sebelum ini belaiu telah membuat lapuran polis di atas kenyataan Lim Guan Eng bahawa SETPOL Teoh Beng Hock mati dibunuh. Hari ini satu lagi lapuran polis di atas dibuat.

3. Tahniah. Dengan tindakan polis yang proaktif ini , PG percaya dan yakin, negara akan lebih aman dari pelacur-pelacur politik yang bercakap ikut rasa dan ikut sedap mulut sahaja demi kepentingan politik mereka. Sebelum ini, pihak-pihak ini kelihatan bebas bercakap apa sahaja seolah negara ini tidak mempunyai undang-undang. Sehingga di satu pihak sehingga apa pihak mencadangkan penghapusan sistem beraja di negara ini.

4. Negara kita sudah cukup undang-undang untuk mengatasi segala kemelut akibat politik yang melampau ini termasuk fitnah memfitnah dan sehingga memburokkan badan kehakiman. Cukuplah. Diharap selepas ini , pihak piolis lebih ke depan seperti Ketua polis Selangor dalam mengambil tindakan terutama yang berkaitan akta hasutan, ISA, akta penerbitan dan berbagai lagi perkara sensitif yang dibangkitkan sebelum ini.

5. PG melihat parti-parti pembangkang kini sudah mula membuka mata di mana mereka tidak sekerap dulu lagi menganjurkan demontrasi haram setelah hampir 6 orang pemimpin mereka termasuk ADUN dan MP mereka di tuduh dan di dapati bersalah oleh mahkamah. Terbarui YB Tian Chua ( anjing pengigit polis ) yang kemungkinan akan hilang kelayakkan sebagai MP kerana didenda melebihi RM 2 k baru-bari ini.

6. Inilah mustahaknya tindakan seperti yang ketua Polis Selangor ambil. ADUN dan MP serta pemimpin politik pembangkang tidak akan berani lagi berdemo haram kerana kedudukan ini akan membawa musibah kehilangan kerusi mereka di DUN dan di Parlimen. Jika direuskan demo haram maka hasrat mereka memerintah dan mengambil alih kerajaan akan terbantut.

7. Dalam 2 bulan ini , kita lihat tiada lagi demo haram. Mereka ini sebenarnya besar kepala disebabkan merasakan pihak polis tidak bertindak atau kelihatan lambat bertindak. Jadi tindakan Ketua Polis Selangor ini wajar dicontohi agar MP dan ADUn ini akan hilang kerusi mereka. Biar mereka tahu kedudukan tinggi rendahnya mereka.

8. Teruskan Dato Khalid Abu Bakar. tahniah. Jangan biarkan kepala pihak ini semakin membesar dan terus membesar. Undang-undang sudah lengkap semuanya. Penguatkuasaan yang mustahak. Beri isyarat yang betul kepada mereka bahawa pihak polis sentiasa berada di depan dalam keadaan apa pun sejak merdeka lagi. Inilah pasukan yang mengekalkan ketuanan Melayu di bumi Malaysia ini.

9. Tahniah. Teruskan Dato Khalid Abu Bakar. Tindakan anda amat disokong oleh rakyat terbanyak. Jangan benarkan lagi mereka ini membesarkan kepala. Biar Polis yang besar kepala , bukan mereka yang besar kepala.

Friday, 11 December 2009

MANGSA JENAYAH RAYU : MANA SHAHRIZAT DAN LAIN-LAIN ?



Polis diminta bantu
Oleh HAMIMAH


IPOH 10 Dis. – Pihak polis diminta membantu tiga beranak yang cedera parah dan kini terlantar di hospital, selepas dilanggar oleh seorang penjenayah yang dikejar polis di Jalan Chemor di sini petang kelmarin.

Setiausaha MIC Perak, Datuk R. Ganesan berkata, ketiga-tiga mangsa termasuk seorang ibu tunggal merupakan orang miskin dan tidak mampu untuk menjelaskan bil perubatan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : R Ganesan S/U MIC Perak merayu polis berikan bantuan. Hairan. PDRM ini badan kebaajikan ke.? Tahu ke Ganesan ini di mana tempat untuk merayu?

2. bab bantuan ini, tak habis dana yang kerajaan sediakan. Berlambak-lambak. Cuma dari menteri dan pegawai kerajaan khususnya pegawai kebajikan semuanya tidor dan makan duit haram sahaja.

3. Mana Dato Shahrizat si rambut merah tu? Masih menteri lagi ke dia ni? Atau kerana PM tak sebut dan PM tak ziarah mangsa ini, maka beliau dan kakitangan nya masih dibuai mimpi? Atau masih kerja ikut stail pemadam kebakaran?

4. Kalaulah PM melawat mangsa ini, PG rasalah, tak sampai sesaat berbondong-bondonglah Sharizat dan kawan-kawannya datang, dan siap dengan buah tangannnya. Shahrizat pula akan siap bentangkan cadangan akan buat dan pinda undang-undang dan peraturan baru mengenai bantuan kepada mangsa penjenayah ini.

5. Juga mana SUHAKAM dan Majlis Peguam iaitu ibu dan bapa kepada penjenayah ini. Tak melawat ke ? Senyap aje.

6. PDRM mana boleh lebih-lebih. Lepas waktu pejabat jam 5 dah tak boleh kerja untuk menyiasat. Nanti melanggar hak asasi manusia. PG ingat le, baik Ganesan pergi jumpa dengan Karpal Singh, Suhakam ( Subraminiam ) dan Majlis Peguam. Mereka ini semua boleh beri bantuan. Merekakan pejuang tegar hak asasi manusia di Malaysia.

7. Kepada Sharizat dan pegawai kebajikan: Bangunlah dari tidor dan jangann sesekali berjuang di atas permaidani merah. Itu yang rakyat menyampah dan meluat tu. Atau masih anda semua masih di salon untuk mengecat rambut?

8. Melepasi KPI ke Menteri ini? PG berpendapat sejak dulu lagi , beliau tak pernah lulus KPI nya.

Sunday, 15 November 2009

YB AZMI KHALID ARAH POLIS TEMBAK AMARAN DAN TEMBAK KAKI PENJENAYAH SAHAJA ! BIAR BETUL !

Berita Harian

16 nov 2009

Lelaki mengamuk mati ditembak



KANGAR: Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji, dekat sini, hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa, berkata dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu. Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.

.............................................. Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya. "Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya. - Bernama

Penghuni Gua : Dalam hal keselamatan, PG minta Azmi Khalid jangan cuba bermain politik dan cuba naik mencari populariti. Cukuplah pembangkang melakukan banyak perkara bodoh sebegini.

2. Azmi perktikai tindakan polis menembak mati lelaki berkenaan. Persoalnya, mengapa polis tidak menembak amaran dan tidak menembak kaki sahaja. Mengapa menembak bahagaian yang boleh menyebabkan kematiannya ( mungkin kepala atau dada ).

3. Azmi Khalid ini tahu apa kehendak undang-undang ke? Dalam undang-undang tiada pun tercatat polis atau sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan dirinya atau diri orang lain atau hartanya atau harta orang lain perlu memberikan tembakan amaran. Tiada langsung. Selagi nyawa dan diri sendiri dan hartanya terancam , maka hak pertahanan persendirian sek 99 dan sek 100 Kanun keseksaan tetap berjalan dan sah sehingga mendatangkan kematian.

4. Juga tiada dalam mana-mana undang-undang, perlunya polis menembak kaki ke atau ditangan. hak pertahanan diri dan harta tidak menyatakan demikian.

5. Uniform polis dan amaran lisan polis sudah cukup sebagai amaran kepada semua mereka yang melakukan kesalahan untuk tidak melakukan jenayah tersebut. Dalam kes di atas, tiada apa yang salah kalau dibaca berita tersebut. Pihak polis sepanjang masa telah memberi amaran sepanjang masa sebelum penjenayah tersebut ditembak setelah menyerang polis.

6. Dalam hal ini, atas sebab yang menasabah dalam keadaan pada masa tersebut dan atas pertimbangan yang menasabah pada masa tersebut , pihak polis telah dengan betul dalam menembak lelaki berkenaan. Ini kerana ia bersenjata dan serangannya pada penilaian anggota polis berkenaan dengan menasabah boleh mendatangkan kematian kepada anggota polis ini atau pada orang lain.

7. Jadi mengapa Azmi begitu dangkal sekali sehingga cuba mengajar polis agar melepaskan tembakan amaran dan menembak kaki atau memilih kawasan tubuh yang tidak mendatangkan kematian?

8. PG malas nak bincangkan lebih lanjut aksi-aksi dangkal dan tidak cerdik YB-YB begini samada pembangkang atau kerajaan yang kerap menjadikan polis sebagai kambing hitam dan cuba menjadi polis, mereka lah juga akan jadi hakim, mereka juga yang mahu menjadi pegawai penjara. YB jadi lah YB. Jangan cuba mengajar polis hal-hal sebegini. Nam[ak bodohlah kita sebagai YB. Nak cari nama pun carilah cara lain. Banyak lagi isu di Perlis yang belum selesai. Atau dicadangkan YB Azmi ini masuk aje PDRM jadi polis. Kemudian buat operasi menangkap penjenayah seperti cara yang YB cadangkan tersebut. Kita lihat apa akibatnya.................Nak?

9. Jadi sebagai rujukan, PG paparkan kes seorang anggota polis yang telah menembak mati seorang doktor ( bukan islam ) yang berada dalam gelap ( berkhalwat ) dengan seorang jururawat di dalam gelap ( malam ) di kawasan Sg Besi beberapa tahun dahulu. Kes ini menjadi penanda aras kepada semua pihak penguatkuasa dan penjelasan mahkamah tentang hak pertahanan persendirian oleh semua rakyat Malaysia. Kita masih terikat dengannya. Undang-undang , tetap undang-undang. Kalau nak raih keuntungan politik pun tak perlulah beri kenyataan secara terbuka. Suroh keluarga magsa buat repot dan buta tindakan saman di mahkamah. Saluran ada. Jangan menjadi juara kepada politik murahan.

10. Dalam kes ini, Mahkamah menegaskan anggota ini iaitu Tony Beliang adalah betul Tiada perlu tindakan amaran. Uniform yang dipakai itu pun sudah merupakan satu amaran. Lihat kes yang dipaparkan di bawah :

Tony Ak Beliang v Pendakwa Raya

RAYUAN JENAYAH NO 42A-49-2000

HIGH COURT (KUALA LUMPUR)2002 MLJU LEXIS 1127; [2002] 578 MLJU 1

DECIDED-DATE: 1 November 2002


1. CATCHWORDS:[*1]

Criminal Procedure - Appeal - Conviction and sentence, against - Accused police officer convicted for causing death - Private defence - Findings of fact by sessions court judge - Sessions court judge relied heavily on testimony of pathologist to support his finding that accused was not in danger at the time when he fired shots at deceased's car - Whether sessions court judge ought to accept testimony of accused's patrol partner that car was speeding towards accused's direction - Whether sessions court judge's failure to consider evidence of both the pathologist and patrol partner resulted in him making an erroneous finding of fact - Whether appellate court should interfere -2.

Criminal Procedure - Defence - Private defence, right of - Accused police officer convicted for causing death - Deceased drove car towards direction of accused - Accused fired shots in the direction of car - Whether it was necessary for accused to retreat or seek refuge before exercising his right of private defence when faced with apprehension of danger to his body - Whether accused had successfully proven private defence -COUNSEL:Mohamed Haniff Bin Khatri Abdulla with Cheow Wee (Haniff & Rajendran), Ahmad Bin Bache [*2] (Timbalan Pendakwa Raya)JUDGES: Augustine Paul J3.

JUDGMENTS:

ALASAN PENGHAKIMANDalam kes ini Tertuduh menghadapi pertuduhan seperti berikut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur:Bahawa kamu pada 29hb Sept. 1999 jam lebih kurang 10.00 malam di kawasan lapang Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan, di dalam Daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyebabkan kematian Tai Eng Teck, KPT 700624-04-5053 iaitu dengan mendatangkan bencara tubuh yang mungkin menyebabkan kematian Tai Eng Teck itu dan dengan yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.4. Setelah pertuduhan dibaca dan diterangkan Tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah. Pihak pendakwaan telah memanggil 12 orang saksi bagi membuktikan kesnya. Kes pihak pendakwaan diteraskan kepada keterangan-keterangan ahli kimia Khoo Ah Kow (SP7); rakan rondaan Tertuduh L/Kpl Abdul Moin b Idris (SP8); ahli pathologis Dr Sharom b Abd Wahid (SP9); teman simati Suhana bt Mod Nor (SP10); dan pegawai penyiasat ASP Wan Kok Chai (SP12).


5. Di akhir kes pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan Tertuduh telah [*3] dipanggil membela diri. Tertuduh memilih untuk memberi keterangan atas sumpah. Di samping itu tiga orang saksi lain dipanggil oleh Tertuduh. Di kesudahan kes, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati Tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara. Terkilan dengan keputusan tersebut Tertuduh merayu ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman.


6. Fakta kes secara ikhtisarnya adalah seperti berikut; Tertuduh adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur. SP8 dalam keterangannya menyatakan beliau keluar bertugas bersama Tertuduh selepas taklimat tugasan dengan menaiki motosikal masing-masing. Mereka berdua pada mulanya membuat rondaan di kawasan Bandar Tun Razak dan Desa Tun Razak. Lebih kurang jam 10.00 malam mereka menuju ke stesen LRT Bandar Tasek Selatan. Semasa membuat tinjauan di situ mereka ternampak sebuah kereta diletak di hujung tempat letak kereta yang sunyi dan gelap.


7. Kereta tersebut kemudiannya dicamkan memakai nombor pendaftaran JCJ 8336. SP8 merasa curiga dan mengajak Tertuduh membuat pemeriksaan lebih dekat terhadap kereta tersebut. Setibanya mereka dekat dengan kereta itu masing-masing telah turun dari motosikal. [*4] SP8 melihat cermin kereta tersebut berkabus. Oleh itu isi kereta tidak kelihatan. SP8 telah mengetuk pintu hadapan sebelah penumpang kereta itu. Semasa itu Tertuduh berada di belakang SP8. Pintu dan cermin kereta tidak dibuka. SP8 kemudiannya telah mengetuk cermin hadapan kereta dan menyuluh ke bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh yang dibawa.


8. Oleh kerana cermin hadapan juga berkabus SP8 sekali lagi gagal melihat isi kereta. Namun begitu SP8 perasan ada pergerakan dalam kereta dan nampak bayangan manusia tetapi tidak dapat dipastikan jumlah orang yang berada di dalam kereta. Semasa SP8 telah memperkenalkan diri dan meminta pintu kereta dibuka dia telah terdengar bunyi enjin kereta serta penyaman udara kereta dihidupkan.

Pemandu kereta terus mengundurkan kereta tersebut. Selepas bergerak sedikit enjin kereta telah mati tetapi kemudiannya telah dihidupkan semula. Kereta tersebut terus mengundur dengan laju. SP8 kemudian menambah:9. 'Selepas itu kereta itu bergerak ke hadapan dan menghala ke arah saya dan OKT. 2 kaki sebelum sampai kereta ini membelok ke kiri. Semasa belok ke kiri kereta itu terus terbabas di lereng bukit.'10. Menurut SP8 Tertuduh telah berlari [*5] ke arah kereta. Kereta berkenaan telah sekali lagi mengundur. SP8 telah melihat Tertuduh berada di hadapan kereta dalam keadaan mengacukan revolvernya. SP8 mengarahkan Tertuduh agar tidak mengacu senjatanya dan melepaskan tembakan. SP8 menganggarkan Tertuduh berada lebih kurang lima kaki daripada kereta itu. Semasa SP8 melarang Tertuduh daripada mengacukan revolvernya dan tidak melepaskan tembakan kereta itu belum lagi meluru ke arah Tertuduh.


11. Ini dijelaskan oleh SP8 semasa soal balas seperti berikut:'Q: Di mana OKT berada semasa menjerit itu?A: Berdekatan X5.Q: Semasa OKT berada di X4, beliau juga angkat tangan kanan melambangkan isyarat berhenti.A: Tidak setuju.Q: Awak tidak pasti atau tidak ingat?A: Yang saya ingat dia angkat tangan dan pegang pistol di tangan kanan. Dengan angkat tangan kiri beliau memberi isyarat berhenti.Q: Adakah kereta berhenti?A: Tidak.Setuju kereta kemudian berundur ke X6. Cara undur masih secara tergesa-gesa dan dengan laju.Q: Pada masa kereta undur kali kedua, pada fikiran awak kereta masih cuba melarikan diri?A: Setuju.Q: Bila OKT berganjak ke X5, secara tiba-tiba kereta meluru ke arah OKT?A: Setuju.'12. Dalam menjelaskan [*6] apa yang telah berlaku kemudiannya SP8 berkata:'Saya terus berjalan ke arah kereta dan kereta tersebut meluru ke arah OKT.

Tiba-tiba saya dengar 3 das tembakan daripada arah OKT. Saya cuma dengar bunyi tembakan. Tidak nampak cahaya tembakan dan tidak nampak ke arah mana dia tembak. Tetapi bunyi tembakan datang dari arah OKT.'13. Selepas tembakan dilepaskan kereta tersebut telah terbabas di lereng bukit dan tidak dapat bergerak. SP8 pergi menghampiri kereta dan melihat cermin pintu hadapan sebelah pemandu pecah. SP8 telah mematikan enjin kereta. Daripada cermin pintu yang pecah itu SP8 telah melihat pemandu kereta berdarah di kepala. Pemandu tersebut adalah simati. SP8 kemudian melihat SP10 keluar dari kereta.

SP10 tidak mengalami apa-apa kecederaan. SP10 pada masa itu merupakan seorang jururawat pelatih. SP10 membuat pemeriksaan ke atas simati mendapati simati masih bernafas. Simati telah dihantar ke hospital dengan ditemani Tertuduh bersama SP10. Malangnya simati telah menemui ajalnya. Bedah siasat terhadap mayat simati telah dilakukan oleh SP9. Dalam keterangannya SP9 berkata:14. 'Saya berpendapat simati telah mati akibat kecederaan kepala akibat luka tembakan.

Gun [*7] shot di humerus tidak fatal. Terdapat 2 gun shot wound - iaitu satu tembak di kepala yang fatal dan satu lagi di siku kanan.Peluru yang masuk memecahkan tengkorak dan mencederakan otak dan ini boleh menyebabkan kematian. Daripada kecederaan yang dialami oleh simati, chance of survival beliau adalah kosong.'15. Dalam memberikan pendapatnya berkenaan kedudukan sipenembak sebelum tembakan dilepaskan, SP9 menyatakan:'Ada 2 kebarangkalian:(1) Si penembak memang ada di bahagian kanan tepi hadapan kereta dan melepaskan tembakan; atau(2) Dia berada di hadapan bucu kanan kereta, dan si pemandu mengilas ke kiri kereta dan tembakan dilepaskan dan mengenai simati.'16. Dalam pembelaannya

Tertuduh mengakui melepaskan tembakan yang membawa maut kepada simati dan ianya terpaksa dilakukan dalam melaksanakan hak pertahanan persendirian. Tertuduh menyatakan beliau terpaksa melepaskan tembakan kerana pada sangkaannya simati cuba melanggarnya dengan kereta semasa beliau berada di hadapan kereta simati. Tertuduh dalam keterangannya berkata:17. 'Apabila kereta berhenti seketika saya menghala dua langkah ke hadapan. Bila saya melangkah ke hadapan tiba-tiba bunyi enjin kereta kuat dan hendak langgar [*8] saya.

Pada masa itu nyawa saya betul terancam.18. Seterusnya saya terpaksa lepaskan tembakan secara spontan kerana saya yakin nyawa saya betul-betul terancam ketika itu dan saya juga ketika itu cemas dan terdesak. Seterusnya saya tidak dapat berfikir kerana masa terlalu singkat dan saya lepaskan tembakan ke arah kereta pada masa itu. Tidak ingat berapa das tembakan saya lepaskan ketika itu.


19. Pada masa itu saya tidak berniat untuk menyebabkan kematian atau mencederakan orang dalam kereta. Sekiranya saya tidak ambil tindakan sedemikian kemungkinan saya akan mati. Saya beranggapan sedemikian ketika itu.'20. C/Insp Rapolla @ Raffiullah Haji Abdul Satar (DW2) adalah Ketua Polis di mana Tertuduh berkhidmat. DW2 dalam keterangannya menyatakan bahawa anggota-anggota di bawah seliaannya termasuk Tertuduh mempunyai tugasan membuat rondaan. Terdapat dua kawasan rondaan di bawah bidangkuasa Balai Polis Sungai Besi. Pada malam 20hb September 1999 untuk shif antara pukul 7.00 hingga 11.00 malam terdapat dua kumpulan rondaan. Tertuduh bersama SP8 telah ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan satu yang mana kadar jenayah adalah lebih kritikal berbanding kawasan dua.


21. Sebelum Tertuduh dan [*9] SP8 keluar membuat rondaan satu taklimat telah diadakan oleh penyelia bertugas di balai berkenaan. Taklimat berkenaan menumpukan kepada kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan Sungai Besi dan penekanan khususnya diberikan kepada kes bunuh dan samun berkumpulan. Tujuan taklimat adalah untuk memperingatkan anggota-anggota yang keluar bertugas supaya lebih berwaspada serta sedar akan keadaan jenayah yang telah berlaku. Di dalam taklimat tersebut dimaklumkan bahawa satu pembunuhan telah berlaku di Lebuhraya Kesas berdekatan stesen LRT Bandar Tasek Selatan.


22. Juga dimaklumkan tentang satu kejadian di stesen LRT Sri Petaling di mana seorang ahli pasukan polis yang membuat intipan telah cuba dilanggar dengan kereta yang dipandu oleh orang yang disyaki penjenayah. Kes-kes yang ditaklimatkan tersebut adalah kes yang belum diselesaikan dan anggota rondaan diarah mencari dan mengesan penjenayah-penjenayah terbabit. Di samping itu anggota-anggota juga beri maklum bahawa kadar kes-kes kecurian di stesen LRT terlalu tinggi.23.

Pembelaan Tertuduh merupakan pertahanan persendirian. Undang-undang berkaitan dengan hak pertahanan persendirian termaktub di dalam seksyen-seksyen 96, 97, 99, 100 dan [*10] 102 Kanun Keseksaan. Untuk memudahkan rujukan diperturunkan peruntukan-peruntukan tersebut. Ianya adalah seperti berikut:24. Seksyen 96Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan pada menjalankan hak pertahanan persendirian.Seksyen 97Tiap-tiap orang ada hak, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang terkandung dalam seksyen 99, mempertahankan -

(a) Tubuhnya sendiri, dan tubuh seseorang lain, terhadap apa-apa kesalahan mengenai tubuh manusia;(b) Hartanya sendiri atau harta seseorang lain, sama ada yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih, terhadap apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan yang termasuk di bawah takrif kesalahan mencuri, rompak, khianat, atau pencerobohan jenayah, atau yang menjadi suatu percubaan bagi melakukan kesalahan mencuri, rompak, khianat, atau pencerobohan jenayah.25.

Seksyen 99(1) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atas kuasa jawatannya, meskipun perbuatan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya. [*11]


(2) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang tidak munasabah menyebabkan ketakutan mati atau cedera parah, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang penjawat awam yang bertindak dengan suci hati atau kuasa jawatannya, meskipun arahan itu mungkin tidak diluluskan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.


(3) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.(4) Hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.Huraian 1 - Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah seorang penjawat awam yang sedemikian.


29. Huraian 2 - Seseorang tidaklah terlucut hak pertahanan persendirian terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan penjawat awam, atas sifatnya sebagai penjawat awam, melainkan jika ia ketahui, atau ada sebab mempercayai [*12] bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah bertindak menurut arahan tersebut; atau pun melainkan jika orang itu menyatakan kuasa yang membolehkan ia bertindak atau pun sekiranya orang itu mempunyai kuasa bertulis, melainkan jika ia menunjukkan kuasa itu, apabila diminta.30. Seksyen 100


Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh, di bawah sekatan-sekatan yang tersebut dalam seksyen yang terakhir di atas, adalah termasuk menyebabkan dengan sengaja kematian atau apa-apa kerosakan yang lain kepada penyerang itu, jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan adalah dari mana-mana jenis yang disenaraikan di bawah ini -(a) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan bahawa kematian akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan;(b) Sesuatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakuan bahawa cedera parah akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan tersebut tidak dijalankan;(c) Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol;(d) Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii;(e) Sesuatu serangan dengan niat mencolek atau melarikan orang;(f) Sesuatu serangan dengan niat hendak mengurung seseorang dengan salah [*13] dalam keadaan yang munasabah menyebabkan ia takut bahawa ia tidak akan boleh dapat pertolongan pihak berkuasa awam bagi kelepasannya.


32. Seksyen 102Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula setelah sahaja ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu percubaan atau ugutan hendak melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan; dan hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih ada.33. Di dalam penghakimannya Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah panjang lebar membincangkan pemakaian prinsip hak pertahanan persendirian. Beliau telah memetik kes-kes Lee Thian Beng v PP (1972) 1 MLJ 248; Palmer v Queen (1971) WLR 831; PP v Ngoi Ming Seng (1981) 1 MLJ 24; dan Jai Dev v State of Punjab AIR 1963 SC 612. Juga dipetik ucapan Ong Hock Sim HMP dalam kes Lee Thian Beng v PP (1972) 1 MLJ 248 antara lain pada muka surat 252 memutuskan:34.

'Turning to the plea of private defence, s 99 of the Penal Code provides that the right of private defence in no case extends to the infliction of more harm than is necessary to inflict for the purpose of defence. Subject [*14] thereto, s 100 provides that the right of private defence extends to the voluntary causing of death or of any other harm to the assailant if the offence which occasions the exercise of the right be such an assault as may reasonably cause the apprehension that death will otherwise be the consequence of such assault. Section 102 provides that the right of private defence of the body commences as soon as a reasonable apprehension of danger to the body arises from an attempt or threat to commit the offence; and it continues as long as such apprehension of danger to the body continues.

The plea of private defence is one of the general exceptions set out in Chapter IV of the Penal code, proof of which by virtue of s 105 of the Evidence Ordinance, rests on the accused.'35. Malangnya tidak dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana satu keputusan oleh Nik Hashim PK (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes Ya bin Daud v PP (1997) 4 MLJ 322 di mana pada muka surat 326 telah diputuskan:36. 'In the case of Musa bin Yusof v PP (1953) MLJ 70 the Court of Appeal held that:'... The law in this country gives greater latitude to a person who is attacked than does the law in [*15] England.

The question in such cases is not whether there was an actual continuing danger, but whether there was a reasonable apprehension of danger. If such a condition exists, the person attacked is not obliged to retreat, but may pursue his adversary till he finds himself out of danger, and if in a conflict between them, he happens to kill, such killing is justifiable.'37. Whilst in the case of Govindran Neelambaran v State of Kerala AIR 1960 Ker 258 the following passage appears in the judgment of the Court of Appeal:


'It is not necessary nor does the law require that the accused should wait till he receives a grievous injury for the purpose of exercising his right of private defence. In considering whether the accused is entitled to exercise the right of private defence, one has to place himself in the position of the accused in the midst of circumstances in which the accused stood and then form an opinion whether under the peculiar circumstances, the accused had not the apprehension of such injuries to his body as would entitle him to exercise his right.'


38. The Supreme Court of India made the following observations in the case of Jai Dev v State of Punjab AIR 1963 SC 612: [*16]'The law of private defence does not require that the person assaulted or facing an apprehension of an assault must run away for safety'.'39. Jelas sekali seseorang yang menghadapi ancaman bahaya bencana kepada tubuh badannya tidak perlu mengundurkan diri atau mencari perlindungan terlebih dahulu sebelum hak pertahanan persendirian boleh digunakan. Malah dia diperbolehkan menggunakan segala kekerasan munasabah bagi perlindungan dirinya sehingga dirinya terkeluar daripada ancaman bahaya.40.

Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana dalam alasan penghakimannya telah mendapati Tertuduh tidak berada dalam keadaan bahaya semasa melepaskan tembakan dan jika sekalipun Tertuduh terdedah kepada ancaman bahaya kepada tubuh badan beliau seharusnya mestilah cuba mengelak terlebih dahulu sebelum bertindak mempertahankan diri. Oleh itu Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana memutuskan dalam alasan penghakimannya seperti berikut:41.

'Seterusnya saya mendapati bahawa OKT tidak mengambil sebarang tindakan untuk retreat atau mengelak dari bahaya yang datang mengancam keselamatan dan nyawa seperti yang didakwanya bila nyata beliau mempunyai segala masa dan ruang. Apa yang dibuat hanya melepaskan tembakan [*17] yang bertubi-tubi sehingga beliau tidak sedar berapa das tembakan telah dilepaskan.


42. Kedudukan OKT menjadi lebih buruk dengan fakta bahawa sebelum tembakan dilepaskan simati telah membelokkan keretanya ke kiri seperti mana boleh diinfer dari fakta bahawa cermin hadapan kereta tidak pecah dan kecederaan yang dialami oleh simati seperti dihuraikan di perenggan-perenggan di atas.'43. Dalam menyokong dapatan faktanya beliau telah menerima keterangan SP9 bahawa simati telah cuba membelok ke kiri dalam usahanya untuk mengelak dari melanggar Tertuduh.

Beliau berpendapat nyawa Tertuduh tidak pernah terancam sejurus sebelum tembakan dilepaskan. Dengan kata lain Tertuduh tidak pernah berada dalam kebimbangan yang munasabah bahawa bahaya bencana tubuh badan akan menimpanya.


44. Beliau berpendapat oleh kerana cermin depan kereta simati tidak pecah tertuduh tidak mungkin berada di hadapan kereta. Dalam membuat kesimpulan tersebut beliau telah menerima keterangan SP9 yang menyatakan daripada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati kebarangkaliannya Tertuduh berada di tepi hadapan kereta dan bukannya di hadapan kereta. Sekiranya penemuan fakta seperti yang dirumuskan oleh Hakim Mahkamah [*18] Sesyen yang bijaksana itu betul maka natijahnya pembelaan Tertuduh bahawa beliau bertindak sedemikian demi pertahanan dirinya tidak berasas dan sewajarnya ditolak.


45. Di hadapan saya peguam terpelajar bagi Tertuduh menyatakan bahawa penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak boleh diterima. Untuk menimbang hujahan pihak pembelaan adalah perlu pertama-tamanya untuk dipertimbangkan keadaan-keadaan di mana mahkamah yang mendengar rayuan boleh campur tangan terhadap penemuan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan. Adalah amalan yang mantap Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan menganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Mahkamah yang membicarakan kes kecuali dalam keadaan tertentu, umpamanya apabila ianya boleh ditunjukkan bahawa perjalanan peristiwa yang didapati oleh hakim perbicaraan tidak mungkin telah berlaku.


46. Gangguan fakta di perdengaran rayuan juga mungkin diwajarkan dalam keadaan di mana hakim perbicaraan telah gagal menilai dan menganalisis keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa secara kritikal. Umumnya Mahkamah yang mendengar sesuatu rayuan daripada Mahkamah bawahan tidak akan mencampuri penetapan fakta yang dibuat oleh Mahkamah [*19] yang mendengar kes memandangkan Mahkamah yang mendengar rayuan kehilangan manfaat melihat dan mendengar keterangan saksi-saksi bagi menilai kekukuhan keterangan mereka.

Namun begitu, jika sekiranya hakim yang mendengar kes di peringkat pertama silap dalam membuat menerima fakta, maka Mahkamah yang mendengar rayuan wajar campur tangan. Dalam kes DP Vijandran v PP (1999) 1 MLJ 385 Gopal Sri Ram HMR pada muka surat 413 berkata:46. 'It is the settled practice of this court not to interfere with concurrent findings of fact save in very rare cases. If, for instance, it could be shown that the course of events affirmed by the trial judge could not have occurred, that would be a good reason for reversing his view. See The Eurymedon (1942) 73 Lloyd LR 217; Tara Singh & Ors v PP (1949) MLJ 88 and Tengku Mahmood v PP (1974) 1 MLJ 110. So too may appellate interference be warranted where the trial judge has failed to critically assess and analyse the prosecution's evidence. See Syed Abu Bakar bin Ahmad v PP (1984) 2 MLJ 19.'47. Mokhtar Sidin H (sebagaimana beliau pada masa itu) dalam kes Dato' Yap Peng v PP (1993) 1 MLJ 337 dalam membincangkan dalam keadaan mana Mahkamah yang mendengar rayuan [*20] diwajarkan campur tangan terhadap penemuan fakta Mahkamah bawahan pada muka surat 342 berkata:48.

'Before proceeding further, it was raised by the respondent that the appellate court had no right to disturb the findings of fact by the trial court. It was contended by the respondent that the decision of the learned sessions court judge was based on findings of fact by her and as such I could not disturb the findings of fact. I agree with the learned DPP that it is trite law that an appellate court does not interfere with the findings of facts of the trial court. But there are exceptions to this rule. An appellate court is always empowered to interfere and must so interfere if the so-called findings of facts of the trial judge suffer from some serious error or the decision is against the weight of evidence. Thus in the case of Chia Han Kiat v R (1937) MLJ 261, it was held that:


'An appellate court should not rarely interfere with the conclusions arrived at by the judge or magistrate who has had the advantage of hearing the witnesses and obtaining the impression of their veracity from their demeanour. But it is the duty of an appellate court to be a judge of fact as well [*21] as of law and it would be abrogating its functions if it made a hard and fast rule never to interfere with the findings of fact, and felt bound to support a judgment which, on a review of all the evidence, it considered to be clearly wrong . (Emphasis added.)'49. Again in the case of Goh Ah San & Ors v R (1938) MLJ 95, the same principle was stated by the court as follows:'Although an appellate court is reluctant to reverse a magistrate's decision based on a finding of fact, it should set aside the orders of the lower court if it is of opinion that such decision is against the weight of evidence'.'50.

Sekarang saya akan meneliti sama ada penemuan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana itu sememangnya berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi. Beliau banyak terpengaruh dengan keterangan SP9 yang merumuskan bahawa ada kebarangkalian Tertuduh berada di bahagian kanan tepi hadapan kereta atau di hadapan bucu kanan kereta dan sipemandu mengilas steering kereta ke kiri semasa tembakan dilepaskan.


51. Keterangan SP9 itu diterima oleh beliau sebagai menyokong penemuan faktanya bahawa Tertuduh tidak berada dalam keadaan bahaya semasa melepaskan tembakan. [*22] Tetapi beliau telah tidak memberi pertimbangan kepada keterangan SP9 di mana SP9 tidak dapat membuat konklusi yang tepat tentang kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan memandang beliau gagal menemui kesan tayar kereta simati pada tempat kejadian. SP9 mengatakan:52. 'Saya ke tempat kejadian untuk cari kesan tayar untuk tunjukkan samada kereta sudah berpusing atau tidak. Tanpa kesan tayar saya tidak dapat memastikan kedudukan si penembak sebelum tembakan dilepaskan.'53.

Walaupun SP9 tidak dapat memastikan kedudukan Tertuduh semasa tembakan dilepaskan beliau tetap dengan pendiriannya dan berkata:54. 'Semasa tembakan dilepaskan kedudukan pemandu dan penembak adalah seperti yang saya terangkan pagi tadi.'55. Keterangan SP9 telah diterima bulat-bulat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Beliau tidak langsung menimbangkan keterangan SP9 yang menyatakan tanpa kesan tayar kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan tidak dapat dipastikan. Oleh itu keterangan SP9 berkenaan kedudukan Tertuduh sebelum berlaku tembakan perlu ditimbangkan dengan penuh waspada. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak merujuk kepada keterangan SP8 di mana dalam keterangannya beliau [*23] ada berkata seperti berikut:56. '

Semasa kereta berundur saya berada di belakang kereta, sementara OKT saya lihat berada di depan kereta.'57. Seterusnya SP8 menambah:'Saya terus berjalan ke arah kereta dan kereta tersebut meluru ke arah OKT.'Semasa disoal-balas oleh peguam Tertuduh SP8 telah menjawab seperti berikut:'Q: Bila OKT berganjak ke X5, secara tiba-tiba kereta meluru ke arah OKT?A: Setuju.Q: Pada masa itu lampu masih terpasang?A: Ya.58. Semestinya pemadu boleh lihat OKT ada di hadapan beliau. Cara panduan kereta daripada X6 ke X5 adalah dengan tergesagesa dan laju.Q: Cara kereta dipandu daripada X6 ke X5 dalam keadaan tidak mempedulikan keujudan OKT di hadapan.A: Setuju.Q: Bila kereta benar-benar hampir dengan OKT awak dengar tembakan?A: Benar.


59. Pada keseluruhan masa, cara kereta dipandu tidak mengendahkan keselamatan saya dan OKT.'60.Sekiranya keterangan-keterangan yang dipetik di atas dirujuk oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana pasti beliau akan membuat penemuan fakta bahawa Tertuduh berada di hadapan kereta simati semasa Tertuduh melepaskan tembakan.61.

Dalam keadaan SP9 gagal memberi kepastian tentang kedudukan Tertuduh Mahkamah [*24] seharusnya menerima keterangan SP8 yang menyatakan Tertuduh berada di hadapan kereta simati semasa tembakan dilepaskan. Perlu diperhatikan SP8 memberi keterangan sebagai saksi yang melihat kejadian sementara keterangan SP9 pula, jika sekalipun keterangannya boleh diterima hanyalah keterangan berasaskan pendapat. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana juga berpendirian bahawa Tertuduh berada di tepi kereta simati sebelum tembakan dilepaskan memandangkan cermin hadapan kereta simati tidak pecah.


62. Beliau mungkin akan membuat rumusan yang berlainan sekiranya keterangan SP8 dipertimbangkan sewajarnya. Adalah dapat diperjelaskan kenapa cermin hadapan kereta simati tidak pecah semasa tembakan dilepaskan biarpun Tertuduh berada di hadapan kereta simati. Pada pendapat saya semasa tembakan dilepaskan oleh Tertuduh simati semestinya telah mengilas steering keretanya ke sebelah kiri. Tembakan yang dilepaskan oleh Tertuduh dan percubaan simati mengelak ke kiri berkemungkinan besar berlaku secara serentak. Keadaan ini memperjelaskan kerosakan yang berlaku pada cermin pintu hadapan sebelah pemandu kereta simati dan keterangan SP8 yang menyatakan kereta simati meluru ke arah Tertuduh.


63. Ini semua [*25] telah gagal dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Kesilapan beliau memberikan pertimbangan sewajarnya kepada keterangan kedua-dua saksi penting pihak pendakwaan ini menyebabkan beliau telah membuat penemuan fakta yang silap dan tidak didasarkan kepada keterangan saksi-saksi. Seharusnyalah campur tangan Mahkamah ini terhadap penemuan fakta beliau adalah wajar dalam keadaan sedemikian. Oleh itu dengan mengenepikan keterangan SP9 dan menerima keterangan SP8 berkenaan kedudukan Tertuduh sebelum tembakan dilepaskan jelas menunjukkan Tertuduh berada dalam ancaman bahaya dilanggar oleh kereta simati.


64. Ini mewajarkan Tertuduh mengambil tindakan bagi pertahanan diri. Keadaan Tertuduh ketika itu juga perlu dipertimbangkan berdasarkan latarbelakang taklimat yang diberikan kepada Tertuduh sebelum keluar membuat rondaan dan juga keengganan simati mematuhi amaran yang diberikan oleh Tertuduh dan SP8. Tembakan yang dilepaskan oleh Tertuduh hanya dibuat bilamana nyawanya benar-benar dalam bahaya dan terancam dan bukannya dibuat secara membabi buta tanpa amaran terlebih dahulu dan mengambil tindakan awalan membuat siasatan terdahulu.


65. Pada masa SP8 melarang Tertuduh dari melepaskan [*26] tembakan Tertuduh akur memandangkan ancaman bahaya kepada nyawa belum lagi timbul. Tertuduh juga mengambil langkah berhati-hati dengan mengacukan revolver ke udara terlebih dahulu dan bukannya terus melepaskan tembakan. Ini jelas dari petikan keterangan berikut:66. 'Peguam: Rujuk P6 (revolver)A: Tidak cam samada ini revolver yang telah diisu kepada saya malam itu. Bentuk dan jenisnya adalah sama.Witness demonstrates bagaimana revolver diacukan ke arah bumi dan tangannya menghala ke hadapan. Juga demonstrates bagaimana revolver diacukan ke arah langit sambil tangan kiri dihalakan tegak ke hadapan.Q: Apa tujuan mengeluarkan revolver.A: Untuk memberhentikan orang yang saya anggap sebagai penjenayah.


67. Pada masa itu saya tidak berniat untuk gunakan revolver itu. Saya cuma berniat memberi amaran supaya dia berhenti. Saya keluarkan revolver kerana saya anggap orang dalam kereta adalah penjenayah kerana pada anggapan saya dari mula lagi dia hendak langgar saya dan tidak endahkan kata-kata amaran saya berulangkali. Saya juga yakin dia adalah penjenayah yang saya harus tangkap.'68. Tembakan yang dilepaskan Tertuduh itu bukanlah dibuat serta merta apabila Tertuduh melihat [*27] kereta simati. Ianya dibuat dalam keadaan kereta simati meluru ke arah Tertuduh. Sebelum daripada itu simati juga ada memandu keretanya ke arah Tertuduh tetapi Tertuduh tidak melepaskan tembakan. Keterangan Tertuduh ini disokong oleh SP8 di mana dia ada berkata:69.

'Selepas itu pemandu start engine balik dan terus undur dalam keadaan laju dan tergesa-gesa. Selepas itu kereta bergerak ke hadapan dan menghala ke arah saya dan OKT. 2 kaki sebelum kereta sampai kepada kami, kereta ini membelok ke kiri. Semasa belok ke kiri kereta itu terus terbabas di lereng bukit.'70. Jika Tertuduh berhasrat untuk menggunakan senjatanya sewenang-wenang pastinya bila kereta simati meluru ke hadapan Tertuduh buat kali pertama tembakan telah dilepaskan. Perlu diperhatikan bila kereta simati pertama kali meluru ke arah Tertuduh dan SP8, Tertuduh tidak pun mengeluarkan revolvernya apatah lagi melepaskan tembakan. Apabila enjin kereta simati dihidupkan semula dan percubaan untuk mengundur sekali lagi dibuat barulah SP8 melihat Tertuduh mengeluarkan senjatanya.


71. Apabila kereta simati sekali lagi meluru ke arah Tertuduh, barulah tembakan dilepaskan. Ini semua menunjukkan bahawa langkah berhati-hati [*28] diambil oleh Tertuduh. Hanya bila terdedah kepada bahaya yang tidak terelak barulah tembakan dilepaskan. Dalam keadaan ini ianya munasabah Tertuduh beranggapan kereta itu cuba melanggarnya memandangkan ianya dipandu ke arah Tertuduh dalam keadaan tergesa-gesa. Dilanggar kereta yang dipandu laju ke arah seseorang pastinya boleh membawa maut atau setidak-tidaknya mengakibatkan cedera parah. Jika demikian halnya seksyen 100(a) dan (b) Kanun Keseksaan membenarkan tindakan yang boleh menyebabkan kematian demi pertahanan diri.


72. Seperti yang dirujuk sebelum daripada ini seksyen 102 Kanun Keseksaan memperuntukkan hak pertahanan diri bermula sebaik sahaja ketakutan munasabah akan bahaya kepada tubuh badan terbit dan hak tersebut berterusan selagi ketakutan yang munasabah itu ada. Dalam keadaan di mana kereta simati meluru betul-betul ke arah Tertuduh sudah semestinya terbit ketakutan yang munasabah pada dirinya akan bahaya kepada tubuh badan jika tidak diambil tindakan nekad dalam keadaan sedemikian. Selagi ketakutan masih ada adalah tidak perlu untuk Tertuduh mengelak diri daripada ancaman bahaya kepada tubuh badannya.



73. Tertuduh semestinya tidak menyangka simati akan mengelak ke sebelah [*29] kiri supaya tidak terlanggarnya. Seperti yang dikatakan terdahulu percubaan untuk mengelak ke sebelah kiri oleh simati dan tembakan yang dibuat oleh Tertuduh berlaku dalam masa yang sama. Tertuduh pada masa melepaskan tembakan beranggapan simati akan melanggarnya dan nyawanya dalam bahaya.


74. Dia tiada menduga simati akan mengelak ke sebelah kiri. Persoalannya adakah kesilapan Tertuduh dalam keadaan tersebut menghalang beliau daripada bergantung kepada hak pertahanan persendirian. Sesuatu perbuatan yang dilakukan akibat kekhilafan fakta bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang. Undang-undang memberi kemaafan jika sesuatu perbuatan yang merupakan suatu kesalahan itu dilakukan kerana kekhilafan fakta asalkan pelakunya dengan suci hati percaya dia dibenarkan oleh undang-undang melakukannya. Kedudukan undang-undang ini dikanunkan melalui seksyen 79 Kanun Keseksaan yang berbunyi seperti berikut:75.

'Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang diluluskan oleh undang-undang pada melakukannya, atau oleh seseorang yang oleh kerana silapfaham nyataan dan bukannya oleh silapfaham undang-undang dengan suci hati percaya dirinya sebagai diluluskan oleh undang-undang [*30] pada melakukannya.'76. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa seseorang yang membangkitkan kekhilafan fakta dikehendaki bertindak dengan suci hati dan seksyen 52 Kanun Keseksaan mensyaratkan suci hati melibatkan kecermatan dan perhatian.

Ketiadaan suci hati dalam ruanglingkup kedua-dua seksyen bermaksud kegopohan atau kecuaian (lihat Bux Soo Meah Chowdhry v King AIR 1938 Rang 350). Sir Hari Singh Gour dalam bukunya Penal Law of India 11 th Ed Vol 4 pada muka surat 571 menjelaskan:77. 'The question of good faith must be considered with reference to the position of the accused and the circumstances under which he acted.

Good faith requires not logical infallinility but due care and attention. The question of good faith is always a question of fact to be determined in accordance with the proved facts and circumstances of each case.'78. Seksyen 79 ini dibaca bersama dengan seksyen 105 Akta Keterangan 1950 meletakkan beban pembuktian ke atas Tertuduh untuk menunjukkan dia berhak kepada pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang (lihat PP v Teo Eng Chan & Ors (1988) 1 MLJ 156). Meskipun Tertuduh melepaskan tembakan dalam keadaan kekhilafan hak pertahanan diri tidak musnah [*31] dan tidak boleh dinafikan asalkan dia percaya dengan suci hati adalah perlu baginya menggunakan kekerasan dalam keadaan yang beliau harungi pada masa itu untuk mengelak ancaman bahaya pada tubuh badannya.


79. Semasa pemeriksaan utama Tertuduh menjelaskan:'Q: Pada masa yang sama adakah terlintas apa-apa di fikiran awak?A: Saya hanya fikirkan nyawa saya ketika itu benar-benar terancam. Saya juga fikir mungkin saya boleh mati atau cedera parah.Q: Adakah awak sedar apa yang awak perlu lakukan?A: Saya sedar apa yang saya perlu lakukan iaitu menyelamatkan nyawa saya. Saya tidak ada jalan lagi untuk selamatkan nyawa saya.'80. Keterangan SP8 bahawa beliau ada meminta Tertuduh tidak melepaskan tembakan adalah dibuat sebelum Tertuduh terdedah kepada ancaman bahaya. Ini telah dijelaskan sebelum daripada ini. Bila Tertuduh melepaskan tembakan tiada disangkanya simati akan mengelak ke sebelah kiri. Semasa melepaskan tembakan meskipun ketakutan yang dialami Tertuduh adalah terkhilaf ianya bersandarkan kesucian hatinya. Tertuduh tiada berniat untuk menyebabkan kematian atau mencederakan sesiapa.


81. Tindakan diambil kerana dia bimbangkan keselamatan dirinya. Jika tidak bertindak sedemikian [*32] Tertuduh percaya kemungkinan dia akan mati dilanggar kereta simati. Keterangan yang dikemukakan Tertuduh telah memadai untuk membawa kesnya terjatuh dalam pengertian seksyen 79 Kanun Keseksaan. Dengan itu pandangan saya adalah bahawa Tertuduh telah berjaya membuktikan satu pembelaan untuk pertahankan diri sendiri.

82. Adalah amat malang dalam keadaan kes ini suatu nyawa telah hilang apatah lagi yang mati itu merupakan seorang doktor yang perkhidmatannya amat diperlukan. Kematian simati bukan sahaja kehilangan kepada negara malahan keluarganya semestinya lebih merasai kehilangan simati. Tiada siapa menyangka simati bakal menemui ajal di tangan anggota polis yang sedaya upaya melaksanakan tugasnya.


83. Tertuduh sebagaimana tindakan anggota polis yang lain apabila mengesyaki sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang pastinya akan mengambil tindakan yang perlu. Tiada siapa dapat menafikan fakta bahawa pihak polis dalam menjalankan tugasan mereka mempertaruhkan nyawa mereka. Dalam kes ini adalah menjadi kewajipan Tertuduh menyiasat apabila terdapat sebuah kereta di suatu tempat yang sunyi yang jauh dari pandangan orang. Apabila kereta yang hendak disiasat cuba merempuhnya tidak dapat [*33] tidak Tertuduh terpaksa mengambil tindakan perlu dengan menggunakan senjata apinya. Bukan sahaja Tertuduh malahan mana-mana anggota polis yang lain pastinya akan bertindak sedemikian dalam situasi yang sama bila berhadapan dengan bahaya.


84. Pihak polis tidak seharusnya dipersalahkan jika kekerasan yang wajar dan munasabah digunakan dalam keadaan yang memerlukannya bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Mereka patut diberi sokongan dalam menegakkan pentadbiran undang-undang serta keselamatan negara. Jika setiap kali mereka menggunakan kekerasan yang wajar mereka dipersalahkan pastinya jentera keamanan negara akan terjejas. Mereka akan berselindung dari menjalankan tugasan mereka. Ini tidak boleh dibenarkan dari berlaku.Saya dengan ini membenarkan rayuan

Tertuduh dan melepas serta membebaskan Tertuduh.

Sunday, 11 October 2009

PEMIMPIN HOMESEKSUAL DI BARAT !


ISU moral seringkali melingkari seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk memimpin negara dan masyarakat. Jika moral dan latar belakang seseorang pemimpin banyak dibayangi kisah hitam dan skandal, maka masyarakat sendiri kebanyakannya akan menolak untuk menerima mereka sebagai pemimpin.

Memang benar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini apatah lagi pada zaman moden sekarang hampir kesemua kita didedahkan secara terbuka dan rambang mata tentang segala perlakuan yang tidak elok sama ada dari sudut agama mahupun budaya.

Sesungguhnya kita sangat bernasib baik kehidupan di negara ini masih lagi dibatasi dengan kepercayaan agama yang menebal apatah lagi norma-norma ketimuran masih lagi utuh di jiwa kebanyakan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

Namun di Barat kita sedia maklum tentang kehidupan dan kepercayaan mereka yang semakin terhakis dari nilai keagamaan, semuanya diakibatkan dari tuntutan cara hidup moden yang memungkinkan mereka berbuat apa saja hanya berlandaskan akal dan nafsu.

Maka kita boleh saksikan sendiri bagaimana mereka semakin menolak kepentingan agama dalam kehidupan, hilang kepercayaan kepada institusi perkahwinan dan lebih menakutkan hubungan homoseksual dibenarkan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia.

Malah lebih malang lagi ada pemimpin yang sepatutnya menunjukkan contoh baik serta terpuji kepada masyarakatnya memilih berbangga untuk memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah seorang homoseksual.

Bercerita mengenai pemimpin homoseksual satu ketika dahulu kebanyakan mereka ini tidak begitu berani mendedahkan citarasa seks luar tabii mereka. Malah satu ketika dahulu Britain pernah digegarkan dengan skandal seks homoseksual apabila Setiausaha Wales, Ron Davies menjadi menteri pertama dalam kabinet Tony Blair yang meletakkan jawatan. Dalam kejadian yang berlaku pada 1998, akhbar-akhbar melaporkan dia dirompak oleh seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya di sebuah taman di Clapham Common di selatan London.

Taman tersebut amat terkenal sebagai tempat pertemuan lelaki-lelaki homoseksual.

Davies yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun telah diberitakan sebagai biseksual dan menjadi khabar angin di Wales sejak beberapa tahun sebelum itu. Ini adalah skandal pertama melanda Kabinet Perdana Menteri, Tony Blair, sejak mengambil alih kuasa pada Mei 1997.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri dan kemudian di televisyen, Davies berkata beliau bersalah kerana tersilap pertimbangan. Cerita Davies dikatakan tidak masuk akal, bermula daripada pertemuan dengan lelaki tidak dikenali di Clapham Common dan berakhir dengan drama rompakan bersenjata serta kecurian keretanya.

Kejadian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang tidak berjawab seperti kenapa Davies bersiar seorang diri di taman dalam cuaca sejuk, basah dan berangin pada tengah malam. Malah jika benar kenapa dia perlu meletak jawatan jika hanya menjadi mangsa jenayah?

Perdebatan

Pendedahan skandal itu telah membuka ruang perdebatan mengenai peranan ahli-ahli politik homoseksual dalam kerajaan. Akhbar tabloid The Sun telah menuntut Blair mendedahkan bilangan sebenar lelaki homoseksual dalam kerajaannya dengan tajuk muka depan, "Adakah kita diperintah oleh kelompok gay Mafia?"

Akhbar itu mendakwa satu pertiga daripada anggota kabinet Blair adalah pengamal homoseksual. The Sun membuat desakan tersebut selepas Menteri Pertanian, Nick Brown terpaksa mengakui dirinya juga adalah seorang gay. Brown terpaksa mendedahkan perkara itu setelah akhbar News of the World mengancam untuk mendedahkan secara terperinci hubungan seksnya dengan seorang lelaki.

Salah seorang anggota kabinet yang turut dinamakan sebagai pengamal homoseksual ialah Setiausaha Kebudayaan, Chris Smith dan Peter Mandelson, sekutu rapat Blair yang menjawat jawatan Setiausaha Perdagangan dan Industri.

Telah terbuka rahsia sebelum Parti Buruh memenangi pilihan raya umum 1997 Mandelson mempunyai kecenderungan seks di luar tabii. Tetapi dia sentiasa cuba memisahkan kehidupan peribadinya daripada tugas sebagai ahli politik dan anggota kabinet kerajaan British.

Masalah

Menurut The Sun kerajaan Blair akan mengalami masalah rumit jika beliau tidak memberitahu perkara yang sebenar. Adakah Britain ditadbir oleh ahli politik, peguam, pembesar istana, tokoh televisyen malah pegawai polis daripada golongan mafia gay?

''Orang awam mempunyai hak untuk mengetahui berapa ramai homoseks yang menduduki jawatan tertinggi. Apa yang dibimbangkan ialah penglibatan rapat mereka dengan pemimpin lelaki dunia berdasarkan kepentingan peribadi," lapor akhbar berkenaan.

Hipokrasi seorang Gabenor New Jersey, James McGreevey yang berselindung di sebalik kebahagiaan hidup berumah tangga terbongkar apabila dia mengumumkan peletakan jawatan pada Ogos 2004.

Peristiwa yang digelar "menggugurkan bom politik" oleh akhbar Amerika Syarikat (AS) kerana McGreevey mendedahkan diri sebagai seorang gay dan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki walaupun telah berkahwin.

Ketika pengumuman yang turut disertai isterinya, Dina, lelaki yang berusia 47 tahun ketika itu mengakui mempunyai masalah dengan seksualitinya dan ia telah bermula sejak dari kecil.

"Kebenarannya saya merupakan seorang gay Amerika. Namun perbuatan yang telah saya lakukan ini adalah salah, bodoh dan tidak boleh dimaafkan," katanya yang mewakili Parti Demokrat.

Peletakan jawatannya adalah susulan dari saman yang dikeluarkan oleh bekas pembantu keselamatan, Golan Cipel.McGreevey mempunyai seorang anak perempuan selain turut mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinan terdahulu.

Cerita pemimpin yang terlibat dalam kegiatan homoseksual ini tidak akan lengkap jika kisah bekas Presiden pertama Zimbabwe Canaan Sodindo Banana dimuatkan. Dia yang memegang jawatan tersebut dari April 1980 hingga Disember 1987 merupakan seorang paderi Kristian terkenal namun akhirnya rekod baiknya ini musnah setelah didakwa meliwat berikutan pertuduhan yang dilakukan ketika perbicaraan kes pembunuhan pegawai peribadinya Jefta Dube.

Ketika hayatnya dia bertanggung jawab menyatukan dua parti politik sekali gus membawa kestabilan politik selain mengetuai jabatan agama di Universiti Zimbabwe. Namun akhirnya Banana dituduh terlibat dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan homoseksual pada 1998.

Banana kemudiannya didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh. Dia kemudiannya melarikan diri ke Afrika Selatan namun diyakinkan oleh Nelson Mandela supaya menjalani hukuman. Banana dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dipendekkan kepada hanya enam bulan sebelum dibebaskan pada Januari 2001. Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser namun tetap tidak mengakui terlibat dalam semua pertuduhan dan menganggap apa yang berlaku sebagai cubaan menjatuhkannya walaupun bukti yang ditunjukkan sangat jelas.

Kisah pemimpin homoseksual ini bukanlah sesuatu yang baru namun sejak dahulu lagi perlakuan sebegini sememangnya tidak diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian dari norma kehidupan bermasyarakat. Namun kini pemimpin homoseksual dikatakan semakin mendapat tempat di Barat walaupun secara majoritinya masyarakat mereka sendiri masih tidak menerimanya sebagai sesuatu yang dibenarkan.

Hanya beberapa kelompok pejuang hak asasi homoseksual yang serius memperjuangkan perkara ini dan mereka ini pula mendapat sokongan beberapa pihak dan orang berpengaruh maka mereka ini dilihat sebagai sangat dominan.

Sebenarnya majoriti penduduk di barat dan kebanyakan penduduk dunia masih tidak boleh menerima kegiatan sangat tidak bermoral ini namun mereka seolah-olah dipaksa menerima dengan hati yang yang tidak rela bahawa kelompok homoseksual perlu diterima seperti mana pasangan lelaki dan wanita.

Walaupun kebanyakan mereka ini berasa jijik dengan apa yang berlaku namun kerana terlalu berlandaskan hak asasi manusia serta sokongan beberapa pemimpin bacul yang terlalu takut kehilangan sokongan maka kegiatan homoseksual ini semakin dilihat menjadi-jadi.

Maka kita sebagai manusia yang dianugerahkan tuhan dengan akal dan ilmu pastinya boleh membuat membuat penilaian sendiri apakah pemimpin sebegini layak untuk dijadikan pemimpin untuk membina sebuah negara.
Penghuni Gua : Inilah kehidupan dan perangan pemimpin homoseksual ya ng pandai menyorok dan melindungi kehidupan mereka yang aneh dan berlainan dari orang lain buat sementara. Itu pun ramai orang di Malaysia ini masih rasa pelik dan tidak percaya perkara ini berlaku juga di Malaysia.
2. Mungkin fikiran mereka terlalu beku dan taksub dengan seseorang pemimpin dan fikiran mereka yang merelakan ia dibelenggu. Kesian...............

PETA PELAYAR