FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN NEGARA. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN NEGARA. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

KEKALKAN ISA !!!!!!!!!!!!






jihad513Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggongjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Beiau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. -19/11/2011

Penghuni Gua : Aku rindukan ISA. Inilah kelebihan ISA. Ia dapat mengekang para pengkhianat negara dari menjahanamkannya.

2. Kepada PM dan Menteri kabinet................... Masa masih ada dan belum terlambat. Batalkan hasrat kerajaan nak mansuhkan ISA.

3. Jangan kerana nak mengemis undi ( yang belum tentu dapat dari mereka ini ) dari puak politik bangkrap ini, kita menggadaikan keselamatan negara keseluruhannya.

4. Kami dah hidup 50 tahun dengan ISA............. Tak ada susah dan diancam ISA pun? Apa isunya? Kalau tak buat mengapa takut dengan ISA?

5. Hanya pelacur-pelacur yang menjaja dan memakai topeng hak asasi manusia sahaja yang nakkan ISA di hapuskan. Bukan kami rakyat terbanyak.............

6. Buatlah kajian. Kerajaan akan memperolehi dapatan seperti yang PG katakan........... Cubalah buat kajian. Banyak professor di Universiti kita. Mereka boleh buat kajian untuk ini.

7. ...............KEKALKAN ISA..............KEKALKAN ISA.............KEKALKAN ISA.............

8. Tahniah PDRM.............. Kami senantiasa bersama anda !!!!!!!!!!!!

Wednesday, 15 December 2010

AUTONOMI PENUH : AZMIN WAJIB DI ISAKAN !!!!!




Dis 13, 10 1:17pm



Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat benci dan geram bila perkara yang telah selesai cuba diganggu gugat. Autonomi untuk Sabah dan Sarawak. Perkara ini bukan kecil dan boleh dimainkan. Ia isu keselamatan negara.

2. Mengapa kerajaan masih lagi berdiam diri? Ia berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara. Ia bukan perkara main-main dan boleh diungkit-ungkit dan bercakap di pasar malam. Ia bukan sebarang perkara. Negara akan jadi berpecah belah. Ingat dan lihat apa yang terjadi di Filifina, Yugoslavia dan beberapa negara lain.

3. Kepada kerajaan, PG mendesak agar tindakan keras dan tegas wajib diambil terhadap Azmin dan seseiapa sahaja yang cuba permainkan isu ini. ISA kan mereka. Ini bukan hal masuk rumah keluar rumah. Bukan main pondok-pondok. Pondok runtuh boleh dibina semula. Ini hal kedaulatan negara. Sekali runtuh sukar untuk membinanya kembali. Tak ada apa lagi yang tak elok mengenai penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Ia dan begitu baik.

4. Beberapa masalah yang melingkari perjanjian ( termasuk perjanjian 20 perkara Sabah dan Sarawak ) yang masih belum tertunai, bukan alasan untuk mengubah keadaan sekarang kepada autonomi penuh. Ia boleh dibincangkan dari masa kesemasa. Mustahaknya perundingan bukan mengubahnya.

5. ISA kan pengkhianat perosak negara ini. ISA kan pelacur politik ini . Segerakan!!!!

Thursday, 18 November 2010

MALAYSIA WAJIB MENCONTOHI KETEGASAN SINGAPURA !!!!


Dipetik dari blog : LoverReading


British author jailed for claims made in Once a Jolly Hangman: Singapore's Justice in the Dock

British author Alan Shadrake has been sentenced to six weeks in prison by the High Court in Singapore after being convicted over a book criticising the island's use of the death penalty.

Shadrake, 76, was also fined US$15,400 (£9,600) over allegations he made in Once a Jolly Hangman: Singapore's Justice in the Dock, which discusses the republic's controversial use of capital punishment.

The book claims that well-connected defendants, particularly in drugs cases, often get off relatively lightly while the poor and less well-connected are sentenced to death.

Penghuni Gua : PG amat kagun dengan Singapura dalam hal ini. Singapura benarkan penulis bodoh ini melancarkan bukunya di Singapura dan selepas itu menangkap penulis British ini dan kemudiannya memenjarakannya. Dakwaan nya kerana menghina sistem kehakiman Singapura.

2. Di Malaysia, bukan kata menghina aje, bahkan menuduh hakim itu rasuah , hakim ini rasuah, Hakim dipengaruhi oleh kerajaan dan sebagainya. Tetapi apa yang kerajaan kita buat? Yilek. Semua tidor. Sebab itu ketua peliwat dan kawan-kawanya bermaharajela untuk mengata apa sahaja. Pemimpin DAP yang rasis boleh berkata apa sahaja. Langsung tak ada tindakan. Kalau ada pun, terhegeh-hegeh dan macam kura-kura dalam mengambil tindakan mengikut akta hasutan.

3. Selain itu hanya memberi amaran, amaran keras dan amaran terakhir. Kemudian balik semula kepada amaran , amaran keras, amaran terkahir. Harapkan SKMM, dan Menterinya Pak Rais hapah pun tak ada. Katanya tak cukup orang dan tak ada pakar forensik komputer. Semuanya memberikan alasan bodoh dan alasan yang tak boleh diterima dek akal. Sambil tu, kepala pengat dan pengacau ini terus bermaharajalela dengan membuat berbagai fitnah dan menghina serta perkauman dengan begitu bebas. Horey, horey, horey!!

4. Bila lagi Malaysia hendak bertegas. Tunggu sehingga negara hancur? Undang-undang dah cukup lengkap . Cuma yang kurang ialah perlaksanaan dan penguatkuasannya sahaja. Mungkin penguatkuasanya masih tidor dan dibuai mimpi. Peguam negara pun asyik jelaskan tiada kes. Itu ajelah !!! Namawee terus bebas. Gobala terus bebas, Lim Kit Siang terus bebas. Peliwat tu jangan kira lah. Terlalu bebas.

5. Yang merananya kami rakyat ini. Saban hari gelisah aje dengan suasana politi yang tak menentu !!!!! Nak harapkan Hatta NUJ tu? Mulut dia dah naik kurap dan kena demam terkejut. Tak boleh bercakap dan lemah jantung kerana tiada wartawan nak ikut seruannya untuk boikot Kedah !!!!

Saturday, 15 May 2010

KRISIS DI BANGKOK : ITULAH HASILNYA JIKA PIHAK BERKUASA TIDAK BERTEGAS DARI AWAL !



Penghuni Gua : Krisis di Bangkok semakin memburok. Semuanya dan asalnya adalah perhimpunan aman. Itulah alasan penjenayah demokrasi ini. Akhirnya ia telah menyusahkan rakyat terbanyak di Thailand. Ahli-ahli politik dan pendokong utama demontrasi haram ini akhirnya menghilang diri entah ke mana setelah keadaan memburok. Yang tinggalnya hanyalah pengikut yang menyokong membuta tuli. Setengahnya tak tahu apa pun apa tujuan mereka berdemo haram setiap hari. Hanya kerana di bakar semangat mereka atas alasan demokrasi dan perhimpunan aman.

2. Inilah yang akan terjadi di negara kita juga sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan membiarkan berbagai demo haram dibuat atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dan demokrasi. Jika kerajaan tidak bertegas dari awal inilah yang akan bakal berlaku atau lebih burok dari itu berlaku di negara kita.

3. Jika terjadi begini, pemimpin demo haram ini akan melarikan diri dan hanya akan menyalahkan kerajaan dan pihak polis kononya bertindak kasar dan kejam. Pemimpinya kemudian melarikan diri. Lihat ajelah pemilik blog Tukar Tiub salah satunya dulu. Tinggal le pengikut yang mengikut buta ditangkap dan di ISAkan. Mereka yang lain senang lenang termasuk si Tukar Tiub..

4. Juga PG sarankan juga agar kita bertegas dari awal dan gunakan ISA sepunhnya bagi menangani keadaan sebegini di Malaysia. Orang politik jangan campurtangan dalam hal keselamatan. Kalau campurtangan akan berlaku lagi tangkap dan lepas. Hapah pun tak ada.

Nota : Seperkara lagi kita lihat sekarang , pemimpin pembangkang sekarang ini dah kurang mengetuai tunjuk perasaan dan demo haram kerana mereka sudah tidak berani di sebabkan ramai sudah dituduh di mahkamah dan mereka mula takut kehilangan kerusi empok ADUN dan MP. Yang bodoh ialah pengikut tegar mereka yang dibakar semangat , terpekik terlolong berdemo haram. Pemimpin mereka hanya berada di dewan dan bilek berhawa dingin. Kesian melihat mereka ini terus diperbodohkan . Itupun mereka masih belum sedar!!!!!!!!!Kesian!!!!!!!

( CHAOS DI BANGKOK )

( CHAOS DI BANGKOK 1 )

Friday, 8 January 2010

VEDEO HUKUMAN MATI PEMBERONTAHK LTTE DISAHKAN TULEN : PATUT PUN !





GENEVA 8 Jan. – Pakar-pakar bebas memutuskan bahawa rakaman video yang menuduh tentera Sri Lanka melaksanakan hukuman mati ke atas banduan ketika fasa terakhir mereka menentang pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) tahun lalu adalah tulen.

Video yang disiarkan oleh Britain’s Channel 4 Ogos lalu `adalah tulen’ kata pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam luar bidang kehakiman, Philip Halston kepada wartawan.

Penghuni Gua : Itulah yang sewajarnya dan itulah yang terbaik yang telah diambil oleh Sri Lanka atau mana-mana negara pun terhadap mana-mana pemberontak / kumpulan pemisah dan penkhianat yang tidak pernah bersyukor pada yang ada.

2. Tahniah Sri Lanka atas hukuman bunuh tersebut. Teruskan tindakan kepada mereka agar kepala mereka tidak bertambah besar seperti mana di setengah-setengah negara ................... Setengah negara tu ( negara Antah Berantah ) , jangan kata nak ambil tindakan setegas Sri Lanka! Nak kuatkuasa undang-undang yang ada pun terhegeh-hegeh. Dok amaran, amaran, amaran keras. Takat itu je le............... Lepas itu ulang balik, amaran, amaran, amaran keras. Begitulah seterusnya. Amin.

Saturday, 21 November 2009

MOGOK TEKSI DI CHINA : MEMANG NAK KENA NI !





BEIJING 20 Nov. - Beratus-ratus buah teksi di selatan China mengadakan mogok bagi membantah cadangan kerajaan untuk mengawal industri tersebut dengan orang ramai membaling batu ke arah kereta, lapor media hari ini.

Lebih 200 buah teksi di bandar Putian dalam wilayah Fujian yang mogok sejak Rabu lalu mengadakan tunjuk perasaan dengan menghalang serta memaksa mana-mana teksi yang meneruskan operasi di situ menyertai bantahan mereka, lapor pegawai agensi berita Xinhua. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Menarik apa yang berlaku di China. 200 pemandu teksi di China. Setakat ini belum ada apa-apa tindakan oleh kerajaaan China. Kita semua tunggu hasilnya.

2. Hari ini mungkin semua pemandu ini akan menerima padah..........................

3. Cuma di Malaysia ini sahaja yang kerap memberi muka kepada semua yang berkepala besar. Sebab itu bertambah besar. Negara yang hendak maju perlu tegas dan keras dalam segala tindakan sekiranya ingin terus maju dan kekal maju. Lihat saja di Singapura dan China atau di mana pun. Jika negara yang masih baru dan mula maju gagal mengawal dengan tergas perkara-perkara seperti ini , maka akan terbantutlah negara tersebut.

4. Malaysia sudah lengkap segalanya. Undang-undang pun sudah lengkap. Cuma penguatkuasaan. Taklah perlu lakukan seperti di Urumqi, tetapi sekadar bertegas mengikut undang-undang kita.

5. Bertindaklah segera untuk mengecilkan kepala-kepala mereka yang kelihatannya mula bertambah besar.

6. Kira sama-sama lihat apa yang China akan buat dan kerjakan pemandu teksi ini..............Yang kita di Malaysia ini , tak habis-habis dengan amaran, amaran , amaran. Meluat.

Saturday, 9 May 2009

SEKARANG MASA BERTINDAK BUKAN LAGI AMARAN !


Sejak 2 ke 3 tahun kebelakangan ini berbagai peristiwa berlaku di dalam negara kita. Satu demi satu krisis dan isu dibangkitkan. Ia lebih ketara setelah PRU ke 12 , di mana BN hilang sedikit kuasa di dalam pemerintahan.
Lebih kemaruk lagi setelah kerajaan di bawah pemerintahan Tun Abdullah menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Pejalanan Pasukan Polis. Sejak itu Polis dan kerajaan di serang dari segenap sudut oleh berbagai pertubuhan dan orang persaorangan dalam berbagai isu. Ini juga berpunca kerana PDRM telah dianggap lemah oleh pengkhianat-pengkhianat ini.


Cara nak lemah dan jatuhkan kerajaan ialah dengan melemahkan PDRM. Mereka tahu, inilah tunjang kepada kekuatan kerajaan. Jadi dengan melemahkan pasukan ini dengan memburukkannya secara berterusan maka kerajaan semakin lemah. Kesempatan ini terus terbuka luas apabila Tun Abdullah menubuhkan suruhanjaya di atas. Pucuk dicita Ulam mendatang. Sejak itu gulungan ini semakin besar kepala termasuk beberapa puak di dalam kerajaan ( parti komponen ).

Amaran demi amaran di keluarkan oleh pemimpin kerajaan kepada semua pengkhianat-pengkhianat ini. Menteri Dalam negeri bertukar ganti. Juga yang dibuat oleh Menteri adalah memberi amaran lagi. Amaran dan terus memberi amaran dan amaran keras. Kecaman keras dan berbagai lagi le.


Tindakan tiada. Kalau ada pun tindakan seperti melepas batul ditangga. PDRM ambil tindakan, ada pihak yang melepas dan membebaskannya. Tangkap ISA, tak sampai 24 jam dibebasakan.

Bila lagi pusingan ganas dan sindrom memberi amaran keras ini akan berhenti.


PG memang tabik kepada Dato Hishamuddin Mneteri Dalam Negeri. Seingat PG, inilah satu-satunya menteri yang sejak dulu tidak pernah mengecam pihak polis baik samada di dalam parlimen atau diluar parlimen. Malah beliaulah yang selalu membela PDRM sepanjang masa. Ini termasuk Pemuda UMNO yang dipimpinnya.

Tidak pernah beliau dan pemuda mengecam PDRM setiap masa dan ketika. Mempertahankannya ada. Setiap masa beliau dan pemuda UMNO mempertahankannya. Untuk itu PG memberi penghormatan kepadanya dan Pemuda UMNO.


Walau bagaimana pun harapan PG , selepas ini, tiada lagi amaran dan amaran keras diberikan kepada pengacau dan pengkhianat ini. Kepada Dato Hishamuddin, ambil lah tindakan keras secara berterusan jika mahu negara kita aman dan tenteram. Rakyat dah semakin resah dan keresahan ini meningkat setiap hari.


Kepada Dato Hisham, ambil lah tindakan. Bukan masa untuk beramaran lagi. Hentikan semua kekalutan ini. Biarlah anak-anak kami membesar dengan mendapat contoh yang baik. Ini setiap hari , anak-anak kami melihat dan dengar berbagai perkara yang tidak sepatutnya mereka lihat dan dengar dari suara orang dewasa yang terdiri dari pengkhianat dan perosak negara ini.
Malaysia negara yang telah sempurna undang-undangnya. Cukup lengkap undang-undang dan peraturannya . Seingat PG, tyerdapat lebih dari 800 akta , undang-undang dan ordinan yang berkuatkuasa di Malaysia pada masa ini. Jadi cukuplah kita bercakap dan beramaran. Sekarang masa untuk kita bertindak.

Jika dilihat berlaku kesalahan oleh perosak-perosak ini, tindakan wajib diambil secara terus dan dipercepatkan. Jika tiada lapuran ( ini yang selalu diberikan ) , PDRM atau mereka yang berkuasa boleh membuat lapuran pertama. Lapuran akhbar juga boleh dijadikan sandaran untuk pihak polis bertindak sebagai maklumat pertama. Cukup peruntukkan di dalam undang-undang. Cuma masa untuk bertindak sahaja.


Jika masih beramaran, maka keadaan ini akan berterusan dan kepala mereka ini akan bertambah besar.


Kerajaan bimbang tidak popular ? Biarkan. Keselamatan dan kepentingan rakyat dan negara adalah keutamaan teratas. Jangan bertolak ansur atas perkara ini.


Perkara terakhir : Jangan FLIP FLOP lagi dalam semua tindakan dan keputusan. Hantar dan beri isyarat yang betul kepada perosak dan pengkhianat-pengkhianat ini.
Bertindak segera.


Utusan Malaysia
9 mei 2009

Cara PDRM, FRU kawal sidang dipuji

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menampilkan disiplin tinggi ketika ditugaskan menjaga keselamatan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kelmarin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pasukan itu bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dari siang hingga malam bagi memastikan mesyuarat pertama penggal kedua DUN Perak berlangsung dengan sempurna tanpa sebarang kekecohan.


"Saya bangga dengan disiplin yang ditunjukkan anggota dan pegawai pasukan keselamatan itu... bukan mudah untuk menjamin keselamatan orang ramai, terutama ketika berlakunya sesuatu isu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah atas kecemerlangan ini. Penghinaan terhadap anda dari perosak bangsa ini, abaikan sahaja. Sebahagaian besar rakyat Malaysia masih menyanjungi anda. Apa pun yang mereka hina, anda tetap anda. Anda adalah tulang belakang kepada ketuanan negara ini. Ini yang perlu disematkan di kepala setiap lapisan pegawai dan anggota anda.

PETA PELAYAR