FOLLOWERS

Showing posts with label KHALID GEREJA. Show all posts
Showing posts with label KHALID GEREJA. Show all posts

Friday, 14 October 2011

KEBULOR SANGAT KAH !!!!!!









PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan wang zakat untuk membiayai pelajaran anaknya di Timur Tengah.

"Saya sendiri yang membiayai perbelanjaannya termasuk yuran pembelajaran dan kos sara hidup sehingga dia tamat (belajar).

"Untuk pengetahuan, anak saya belajar di Jordan dari tahun 2001 hingga 2008. Sepanjang tempoh tersebut dia tidak menerima biasiswa daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya dalam entri terbaru di blognya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Hoi Khalid!!! Tak ada mereka yang lebih layak ke dari anak anda untuk terima bantuan umum tu. dari RM 1000 ke RM 5000.00.

2. Dah habis ke mereka yang layak di Selangor atau dah terima semua ke mereka yang lain di Selangor atau di Parlimen anda selain dari anak anda.

3. Zakat ke atau tak zakat ke, utamakanlah anak yang lebih memerlukan. Bukan anak YB yang dengan isteri dan ibunya pensyarah. Apa yang dok berebut duit tu melebihi orang lain seperti kami ini.

4. Kalau tak minta , bantuan tak diberi pada anak anda. Dah nak bangkrap ke anda yang kebulor sangat dengan duit tu.

5. Itulah otak pemimpin PAS ini. Cakap aje lebih tentang kebajikan dan negara kebajikan dan negara Islam. Amalannya, Ya Allah, .....................nak cakap pun tak sanggup..........................

6. Boleh jalanlah Khalid Gereka. Cakap tak serupa bikin.....................Habok pun tak ada !!!!

Sunday, 11 September 2011

OII KHALID, SENDIRI MAU INGATLAH !!!!!!!










Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam Khalid Samad dikatakan tidak akan dijemput menghadiri acara rasmi sempena lawatan Yang Di Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin ke Selangor pada 21 hingga 23 September.

Agendadaily mendapat maklumat ini dari sumber layak dipercayai.

Andai benar tindakan itu, bermakna Sultan Selangor mungkin sudah murka dengan tindak tanduk Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang begitu kritikal terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tidak perlu dIulas apa perbuatan Khalid tetapi beliau cukup ‘garang’ menghentam JAIS dalam isu pemeriksaan gereja Methodist Damansara Utama dan kes beliau akan didakwa kerana memberi tazkirah tanpa tauliah.

Menyerang agensi agama itu sama juga menyentuh Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri.

Baginda Sultan sudah berulangkali mengingatkan tidak membenarkan mana-mana pihak jadikan masjid dan surau di negeri Selangor sebagai gelanggang politik.

Khalid yang didakwa JAIS beri takzirah di sebuah surau di Taman Seri Sementa ,Kapar,Klang pada 16 Ogos di mana beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada bulan 24 November ini.

Tengahari Khamis lalu Khalid yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor beri sidang akhbar di ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur menyentuh tentang tindakan JAIS ke atasnya.

Katanya beliau pernah memohon tauliah tetapi ditolak. Beliau mempersoalkan tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya mengenai alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah".

Namun, sumber memberitahu Agendadaily, Khalid tidak ada kelulusan agama sama ada berbahasa Arab atau belajar syariah.

Khalid cuma ada gelaran Ir atau engineer, bahasa Melayunya jurutera.

Apapun, sebagai pemimpin yang mendakwa mewakili parti memperjuiangkan Islam, Khalid tidak patut memersoalkan sampai boleh menyinggung perasaan Sultan Selangor selaku ketua agama negeri.

Sama ada beliau dendam peribadi dengan Exco Agama Datuk Dr Hasan Ali mahupun Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohd Adzib Mohd Isa, Khalid patut menangani masalah peribadinya secara profesional sama seperti jurutera menyelesaikan masalah kerja mereka.

Bagaimanapun, Khalid memilih menjolok sarang tebuan.

Andai benar, beliau tidak diundang ke majlis rasmi lawatan Yang di Pertuan Agong nanti, Khalid sudah boleh pikir nilai yang harus beliau bayar untuk meneruskan karier politiknya di Selangor.

Pengundi mahupun rakyat Selangor di Shah Alam mungkin akan fikir dua kali untuk memangkahnya dalam pilihanraya umum akan datang kerana boleh dianggap membelakangkan sultan yang juga Payung Negeri.

Justeru, amat wajar sekali jika Sultan Selangor bertindak demikian sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya berpijak di bumi nyata.

Banyak yang PAS perlu tanggung akibat Khalid selain Mohamad Sabu yang kini berdepan ‘ancaman’ komunis dan ‘telefon sex’.

Jangan terkejut kalau terdengar sok sek ada perwakilan pada Muktamar Agung PAS lalu yang mengundi Khalid dan Mat Sabu sudah mula geleng kepala. -10/9/2011- OLEH ROSLAN BIAN



Penghuni Gua
: Selamat jalan Khalid. Tak usah nak spin isulah. Tak naik walau spin pun. Nama dan populariti kamu dah menjunam kerana kebodohan sendiri dalam isu ini dan isu Gereja serta isu Allah.

2. Juga , boleh jalanlah. Cakap aje lebih. Habok pun tak ada !!!!!!!!!!!!

Friday, 9 September 2011

OTAK SAMPAH !!!!!











Kongsi 295Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama, demikian menurut satu kenyataan MAIS hari ini.

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," katanya . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Memang tak layak pun. Takzkirah lah, usrah lah, ceramah agamalah. Tetapi semuanya cakap politik. Dah tak ada tauliah, tak usah mengajarlah. Ajar keluraga kamu aje.

2. Kalau main bantai ceramah aje , semua pihak akan ceramah. Termasuk yang nak sebar agama kristian. Mereka akan guna orang melayu untuk kononya nak beri tazkirah dan sebagainya. Maka rosaklah semua. Itulah tujuan nya mengapa tauliah diwajibkan. Senang dari segi kawalan.

3. Ini tak, siap tuduh majlis agama dan MAIS bersekongkol dengan BN hanya berdasar gambar Pengarah MAIS bersama dalam satu majlis dengan YB Kamalanathan. Apalah singkatnya otak Khalid gereja ini. Tak boleh hadir majlis ke. Asal jadi bos MAIS hanya duduk di MAIS dan berada dalam bilie aircond sahaja ke? Tak perlu hadir majlis mana-mana pun?

4. Otak Khalid Gereja ini , otak sampah ke?

Thursday, 8 September 2011

BETUL TAK ?









SHAH ALAM 7 Sept. – Ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.

Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

“Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Betul tak. Semalam PG dah tuliskan KLIK , bahawa si Khalid Gereja akan katakan ini adalah konspirasi UMNO untuk kenakan dia. Beliau dituduh kerana mengajar tiada tauliah, adalah konspirasi UMNO. Inilah otak si Khalid Gereja.

2. Mengapa berpandangan demikian? Kerana kerajaan PAS melakukan demikian di negeri yang diperintahnya. Mereka akan dan kerap kali campurtangan dalam pentadbiran dan undang-undang di negeri masing-masing. Sebab itu mereka akan menganggap UMNO dan BN melakukan perkara yang sama.

3. Itulah otak mereka. Langsung tak pandai dan tahu untuk mematuhi undang-undang. Mereka ini tahu melanggar undang-undang. Undang-undang adalah di tangan mereka. Dalam otak mereka.

4. Jika diberi memerintrah negara, jahanamlah negara ini kerana mereka ini semunya tak boleh dituduh kerana melanggar undang-undang. Hanya pemimpin kerajaan dan UMNO sahaja yang boleh dituduh. Kalau pemimpin UMNO dan kerajaan, berdasar dakwaaan dan fitnah sahaja seperti kes pembunuhan Atlantuya contohnya , mereka sibuk dok desak supaya tuduh PM di mahkamah. Kalau kepada mereka , bukti depan mata pun dkatakan konspirasi. Inilah otak sampah pemimpin parti dan pakatan ini.

5. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan !!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 7 September 2011

BUNGKUS LE SI KHALID GEREJA LEPAS NI !!!!!









JAIS dakwa Khalid Samad di mahkamah sebab beri ceramah tanpa tauliah… .Selasa, 06 September 2011 22:01 Administrator . .Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang 16 Ogos lalu.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS Nurhamizah Othman ketika dihubungi berkata Khalid dipanggil kira-kira 10 pagi tadi oleh Bahagian Penguatkuasa jabatan itu.

Nurhamizah berkata, JAIS menerima aduan daripada orang ramai bahawa Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa di Kapar, Klang.

Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang.-6/9/2011

Penghuni Gua
: Bungkus le Khalid Gereja kali ini. Mungkin takkan boleh bertanding di dalam PRU 13 nanti. Jika di dapati bersalah dan dihukum lebih dari RM 2000 maka padamlah riwayatnya dalam politik.

2. Dah tak ada tauliah , nak tunjuk pandai. Itu yang dok keluar fatwa semacam aje. Dok sokong gereja yang jelas salah menyebarkan agama Kristian kepada kalangan muslim di Malaysia.

3. Itulah Khalid gereja. Demi undi dan politik, agama sendiri ditentang................Apalah kau ni Khalid. Bertaubat lah...............................Lepas ini , PG pasti akan keluarlah tuduhan bahawa JAIS dan UMNO berkonspirasi untuk kenakannya dalam isu ini . Berkonspirasi , agar beliau tak dapat bertanding dalam PRU 13 nanti. Lihatlah nanti.

4. Tak gitu ?

PETA PELAYAR