FOLLOWERS

Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Monday, 18 May 2009

KERANA KEBODOHAN PRESIDEN MCA : DS NAJIB YANG KENA SELESAIKAN


Berita Harian
18 mei 2009


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diberi jawatan baru sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional yang menguruskan negeri yang bukan dikuasai kerajaan BN. Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Dengan tindakan DS Najib yang telah mengambil tindakan cepat dan bijak ini maka ia dapat mengelakkan Chua dari menikam BN dari belakang atau mengambil tindakan menyeberang dan juga menyelamatkan penyokokng Chua yang ramai di dalam MCA dan di luar MCA dari berpaling tadah.


2. Dari tindakan Pengerusi BN ini kita boleh melihat betapa dangkalnya Presiden MCA yang sehingga kini belum mengambil tindakan untuk menghentikan sengketa antaranya dengan Chua dan antara penokong nya dengan penyokong Chua.


3. Presiden MCA selama memegang jawatan Presiden dilihat terlalu lemah dan dangkal dalam menyelesaikan kemelut ini. Tindakan presiden yang asyik bertindak dan bercakap berdolak dalih serta mengambil tindakan politik mengelak maka ini memanjangkan krisis berkenaan.


4. Mungkin Ong Tee Keat merasakan beliau terlau kuat dan mendapay=t sokongan penuh dari ahli akar umbi. Beliau memandang remeh kekuatan dan juga undi yang diperolehi oleh Chua dalam pemilihan MCA lepas. Sebab itu sebagai Tim. Presiden MCA ini hanya diberi jawatan di dalam parti hanya mengetuai biro yang tidak penting.


5. Jadi inilah taraf yang begitu rendah presiden yang dimiliki oleh MCA.


6. Adakah Ong Tee Keat mencapai KPI dari segi politik? Kosong. Jauh panggang dari api. Tak ada satu cadangan pun samada nak perkasakan parti atau memperkuaatkan kerajaan dan kementeriannya.


7. Yang ada asyik dok perli orang dengan pandangan ekor matanya sahaja. Jenis mereka yang memandang orang dengan ekor mata ni sebenarnya berhati busuk.


8. Sepatutnya dengan tindakan bijak DS Najib ini dalam melantik Chua dengan jawatan di atas , ia memberi satu tamparan kuat kepada Ong Tee Kiat. Sepatutnya beliau meletakkan jawatan presiden MCA. Malu. Masalah parti sendiri Pengerusi/ Presiden UMNO yang terpaksa selesaikan.


9. Jadi jangan cakap banyak . Lain kali diam. Buat kerja. dan jangan lagi asyik minta orang dan pemimpin melayu minta maaf. Andalah yang terpaksa minta maaf dengan UMNO kerana tidak langsung membantu UMNO / BN bagi menarik sokongan orang cina bagi mengundi BN.


10. Jadi lepas ini diam. Bercakap bila ada cadangan bernas sahaja.


11. Sekali lagi nak tanya YB Ong : TAK TAHU MALU KE ?

Sunday, 3 May 2009

INI DIA CADANGAN ONG TEE KEAT BAGI MENGHALANG SOI LEK LOMPAT !


Berita Harian
3 mei 2009

Bincang rasa tak puas hati dalam parti: Ong

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat, berkata anggota parti itu seharusnya membincangkan rasa tidak puas hati dan pertikaian di antara mereka secara dalaman, bukannya membabitkan pihak ketiga.

"Jika terdapat apa jua pertikaian, anggota parti seharusnya memilih saluran dalaman untuk mencari penyelesaiannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai khabar angin terbaru berhubung rancangan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, untuk keluar daripada MCA dan menyertai parti pembangkang. - Bernama

Penghuni Gua : Ia berkaitan dengan posting terdahulu KLIK.

Tengok apa yang saya pernah kata. Bijaknya cadangan Dato Ong Tee Kiat untuk menghalang Dato Chua Soi Lek dari lompat parti. Inlah standard cadangan bernas dari Presiden MCA. Kalau cadangan begini anak PG yang sekolah tahun 5 pun boleh bagi cadangan nya. Adakah UMNO dan BN boleh megharapkan MCA dan Presiden nya untuk memperbbaiki dan menarik sokongan rakyat terhadap MCA dan BN? Kalau beginilah caranya, BN akan mati ditengah jalan aje lah.

Inilah standard cadangan pandangan orang yang seba tahu dari segi memperli orang dan menggugut rakan dalan BN. Bila terkena batang hidung sendiri , baru tahu. Nampak sangat kebodohan beliau.

Untuk makluman Ong juga, perkara ini dah lama berlaku. Apa nak bincang lagi. Dah setahun Chua diperlekeh dan diketepikan oleh anda. Sekarang bukan perlu bincang lagi tetapi menuntut anda memberikan dan mencari jalan penyelesaian. Keputusan di tangan anda. Bukan bincang tetapi keputusan wahai Presiden.

Inilah jenis kalau kita bomgkak dan takbur. Akhirnya nampak kebodohan sendiri Kebodohan seseorang pemimpin akan kelihatan apabila berlaku krisis. Ini menurut pakar pengurusan. Bijak atau bodohnya seseorang pemimpin itu akan terserlah apabila krisis menada.

Dapat atau tidak ia mengembelingkan sumber dan segala instrumen yang ada dalam dan di luar organisasi untuk membuat keputusan . Jika masih terkial-kial untuk membuat keputusan walhal krisis sudah keperingkat hampir menjahanamkan organisasi, maka itulah kebodohan pemimpinnya.

Langkah yang betul samada berundur / letak jawatan atau dipaksa untuk letak jawatan. Lihat sdejarah MCA terdahulu....................
TINGGI ATAU RENDAH KPI DATO ONG TEE KIAT PADA PANDANGAN ANDA DENGAN CADANGAN INI. JAWAPAN PG : RENDAH. AMAT-AMAT RENDAH.

CHUA SOI LEK LOMPAT PARTI : BIAR ONG SELESAIKAN, DIA PAKAR !


Utusan Malaysia

MCA perlu tangani isu Soi Lek
KLUANG 2 Mei - Pucuk pimpinan MCA perlu menangani sendiri isu membabitkan spekulasi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu itu timbul mungkin disebabkan masalah yang telah lama terbuku di hati Soi Lek yang perlu dilihat dan didekati pucuk pimpinan MCA.

Menurutnya, selaku rakan lamanya, beliau berasa sedih jika bekas Menteri Kesihatan itu benar-benar berhasrat keluar MCA dan menyertai pembangkang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Biar Ong Tee Kiat sendiri yang selesaikan. UMNO jangan campur tangan. Presiden MCA ni nampak pakar sangat dalam segala bidang. Jadi biar dia selesaikan. Jangan sesekali mana-mana pemimpin UMNO campurtangan. Biar Ong Tee Kiat sesesaai sendiri. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Presiden MCA ni nampak pakar sangat dalam segala bidang. Semua hal rumahtangga orang dia nak sentuh.

Presiden MCA ini dan pemimpinnya hanya tahu nak salahkan UMNO dan kerajaan. Mereka tahu hanya nak mendesak bila UMNO kurang gigi. Asyik minta UMNO minta maaf. Kerana apa? Kerana MCA ini rasa dia kuat. Nak tunjuk pada kaum cina ia masih bergigi. PG dah banyak kali menyentuh mengenai MR Ong ini. Cakap dia asyik nak ugut dengan perli orang aje. Dengar dia cakap aje hati kami semua jadi sakit. Terlalu sakit.

Asal ada isu aje . Ada lah dia nak menyampuk dan memperlu serta menggugut kerajaan. Seolah dia aje yang pandai dan betul. Terbaru dari segi pembahagian kerusi menteri dan Tim Menteri.

Kepada kerajaan dan UMNO , biar Dato Ong sendiri cuci punggung dia. Dia kan pandai dan semuanya betul. Biarf dia tahu KPInya setakat mana.

Ada lagi seorang dua dari parti komponen BN ( Tak termasuk Dato Samy ). Mereka juga pun sama. Asyik susroh orang minta maaf dan ugut kerajaan dan UMNO. Mereka bercakap seolah mereka kuat sangat. Parti sendiri tidak mahu perkasakan. Asyik memperlekehkan UMNO dan orang Melayu. Mereka ini jenis berpolitik mempersalahkan parti lain untuk menutup kelemahan parti sendiri.

Kepada BN jangan bantu MCA dan Presidennya dalam isu ini. Biar dia selesaikan sendiri. Kita sama-sama tengok sejauh mana pandainya Ong Tee Kiat ini. Kita tengok pulak bunga-bunga bahasa dan peribahasa apa yang dia boleh guna untuk memperli Soi Lek...........Padan muka.

Saturday, 25 April 2009

MCA NAK DOKUMENTASIKAN SEMULA SEJARAH CINA : TAK BETUL KE SEJARAH YANG TERTULIS SEKARANG ?


Utusan Malaysia


MCA akan dokumentasikan warisan Cina negara
25/04/2009 5:12pm

KUALA LUMPUR 25 April — MCA sedang menjalankan penyelidikan dan dokumentasi mengenai sejarah penduduk Cina di sini dan sumbangan mereka kepada negara.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata langkah perlu diambil bukan hanya untuk tujuan pemuliharaan warisan tetapi juga bagi menyediakan perspektif yang betul mengenai fakta sejarah negara.

Untuk itu katanya, MCA telah mengarahkan biro tertentu yang diketuai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung mengetuai satu pasukan pendidik Cina dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan tugas ini.


“Sejarah adalah sesuatu yang telah berlalu tetapi ia juga menyediakan kita kesedaran yang diperlukan khasnya bagi generasi muda.

“Biro itu akan memastikan bahawa warisan itu hendaklah mengadakan penyelidikan sewajarnya dan didokumentasi dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperingati kematian pengasas Kuala Lumpur, Kapitan Yap Ah Loy di sini hari ini.

- BERNAMA



Penghuni Gua : YB Dato Ong Tee Kiat buat perangai lagi. Bila baca kenyataannya di atas mula timbul berbagai persoalan. Apa dia nak sebenarnya. Sejarah dan dokumentasi yang sudah ditulis oleh sejarahwan-sejarawan Inggeris dan Malaysia tak betul ke. Apa yang ditulis oleh Prof Emiritius Dato Khoo Kay Kim masih tak mencukupi lagi ?

Kami orang melayu Malaysia tak pernah meragui sedikit pun apa yang penulis seperti Khoo Kay Kim. 3 tahun PG belajar dengannnya . Tak ada salahnya sejarah yang ditulis oleh beliau. Baik sejarah mengenai orang melayu, cina, India dan apa sahaja mengenai negara ini di akui seluruh dunia.

Kepada Ong Tee kiat sedarlah. Jangan jadi hipokrit lagi. Jangan nak tutup kelemahan anda dan hendak menjuarai isu mengenai kaum cina dengan bermain dengan api. Kerja anda sekarang yang utama ialah selesaikan kemelut anda dengan Chua Soi Lek yang masih tak habis-habis. Masalahlaman anda pun sampai sekarang berlarutan. Ini nak memandai nak sentuh hal lain. Selesaikan perbalahan anda berdua dahulu. Jangan banyak bercakap. lagi anda banyak bercakap , ganbaran hati anda yang penuh dengan api perkauman lagi terserlah.

Cuba fikirkan bagaimana nak realisasikan One Malaysia yang di gagaskan oleh PM. Ini perkara remeh temeh asyik ditimbulkan. Anda ini buruh kasar ke atau kerani MCA. Kalau anda kerani atau tukang sapu dipejabat MCA ok lah. Ini anda ialah Presiden MCA.



Bercakap biarlah bertaraf Presiden. Jangan bercakap macam budak tak sekolah. Semalam anda asyik bergaduh tentang berita Utusan Malaysia dan Berita Harian mengenai berita bertajuk : " ASM Cina Habis dalam 2 jam ".

Apalah nak jadi dengan anda. Semakin dangkal dan perkaumannya anda semua.Buat kerja lebih , dan bercakap kurang. Kerja anda seperti yang dikatakan di atas tadi adalah juga bertanggungjawab memulihkan keyakinan kaum cina kepada anda. tarik balik keyakinan mereka ini. uat seperti Tun Lim Liong Sik, Tun Tan Siew Sin dan sebagainya. Mereka tak adapun berlebih bercakap hal kaum.

PG dah naik menyampah tengok muka pemimpin MCA ini dari hari ke hari. Jangan berlagak dan bertindak seolah anda parti yang gagah. Anda bersaorangan pun tak kemana. Jadi bantu parti komponden lain untuk perkasakan BN bukan seperti virus ( gambar jenis - jenis virus yang ada dalam tubuh kita : mungkin dalam fikiran sebahagian pemimpin MCA berkumpulnya semua virus ini kot ) yang terus merebak.

Mati dan bunuh segera virus yang ada di hati dan kepala anda semua. Jadikan asas One Malaysia sebagai asas pertuturan dan perjuangan anda.

Berhentilah dari bersifat RACIST. Anda dilihat oleh orang melayu sekarang lebih RACIST dari DAP.

Adakah anda nak dokumentasikan sejarah dan warisan cina seperti mana Lee Kuan Yeuw di Singapura. Semua buku sejarahnya ditulis semula dan semua faktanya silap. Sejarah dan dokumentasi sejarah Singapura oleh pemerintahnya tidak pernah menjadi rujukan mana-mana pelajar sejarah di dunia walaupun mereka handak menulis sejarah Singapura pun.


Berhentilah bersikap perkauman. Jangan anggap kami rakyat di bawah ini kera bodoh dan boleh diperbodohkan. Melihat parti anda yang hampir kelemasan sekarang pun kami naik sedih. Tapi bila tengok anda kami semua jadi meluat. Mungkin YB Dato Ong Tee Kiat terasa kerusi yang dia duduk semakin panas kerana PRK Penanti dah dekat ? Mungkin maruahnya akan jatuh jika undi cina tak memihak kepad BN di PRK itu. Itu yang kepanasan kot.

Fikirkanlah mengenai One Malaysia dan berhenti bermain api perkauman.Walaupun anda tidak bercakap dengan ayat perkauman tetapi bila nak mendokumentasi semula sejarah warisan cina tersebut, maka bayangan perkauman anda terserlah. Untuk makluman Dato Ong Tee Kiat, kadar celik huruf di Malaysia dah 100 %. Jadi jangan perbodohkan kami lagi. Hayatilah gagasan PM.

PETA PELAYAR