Utusan Malaysia
MCA perlu tangani isu Soi Lek
KLUANG 2 Mei - Pucuk pimpinan MCA perlu menangani sendiri isu membabitkan spekulasi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.
KLUANG 2 Mei - Pucuk pimpinan MCA perlu menangani sendiri isu membabitkan spekulasi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu itu timbul mungkin disebabkan masalah yang telah lama terbuku di hati Soi Lek yang perlu dilihat dan didekati pucuk pimpinan MCA.
Menurutnya, selaku rakan lamanya, beliau berasa sedih jika bekas Menteri Kesihatan itu benar-benar berhasrat keluar MCA dan menyertai pembangkang. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Biar Ong Tee Kiat sendiri yang selesaikan. UMNO jangan campur tangan. Presiden MCA ni nampak pakar sangat dalam segala bidang. Jadi biar dia selesaikan. Jangan sesekali mana-mana pemimpin UMNO campurtangan. Biar Ong Tee Kiat sesesaai sendiri. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Presiden MCA ni nampak pakar sangat dalam segala bidang. Semua hal rumahtangga orang dia nak sentuh.
Presiden MCA ini dan pemimpinnya hanya tahu nak salahkan UMNO dan kerajaan. Mereka tahu hanya nak mendesak bila UMNO kurang gigi. Asyik minta UMNO minta maaf. Kerana apa? Kerana MCA ini rasa dia kuat. Nak tunjuk pada kaum cina ia masih bergigi. PG dah banyak kali menyentuh mengenai MR Ong ini. Cakap dia asyik nak ugut dengan perli orang aje. Dengar dia cakap aje hati kami semua jadi sakit. Terlalu sakit.
Asal ada isu aje . Ada lah dia nak menyampuk dan memperlu serta menggugut kerajaan. Seolah dia aje yang pandai dan betul. Terbaru dari segi pembahagian kerusi menteri dan Tim Menteri.
Kepada kerajaan dan UMNO , biar Dato Ong sendiri cuci punggung dia. Dia kan pandai dan semuanya betul. Biarf dia tahu KPInya setakat mana.
Ada lagi seorang dua dari parti komponen BN ( Tak termasuk Dato Samy ). Mereka juga pun sama. Asyik susroh orang minta maaf dan ugut kerajaan dan UMNO. Mereka bercakap seolah mereka kuat sangat. Parti sendiri tidak mahu perkasakan. Asyik memperlekehkan UMNO dan orang Melayu. Mereka ini jenis berpolitik mempersalahkan parti lain untuk menutup kelemahan parti sendiri.
Kepada BN jangan bantu MCA dan Presidennya dalam isu ini. Biar dia selesaikan sendiri. Kita sama-sama tengok sejauh mana pandainya Ong Tee Kiat ini. Kita tengok pulak bunga-bunga bahasa dan peribahasa apa yang dia boleh guna untuk memperli Soi Lek...........Padan muka.
salam tuan,
ReplyDeletesetuju biar sahaja mca selesaikan masaalah dia sendiri, kalau kita tolong pun bukan dia reti berterima kasih malah tup tup nanti kita pulak kena minta maaf sebab campur tangan....kepada hisham (cukup sekali minta maaf) tak payah lah digusarkan akan kawan dia tu sebab sekarang ni pun chua khabarnya pusing satu negara mencari sokongan masyarakat cina dalam pada masa yang sama bantai UMNO.. hisham sedar tak benda ni