FOLLOWERS

Sunday 3 May 2009

AGAMA ANAK : KEPUTUSAN KABINET DIBANTAH

Malaysiakini

...................................................................Selain dihalang polis, mereka juga memberhentikan dengan segera demonstrasi kecil itu selepas pentadbiran masjid menegur penganjur yang dianggap "tidak menghormati" satu majlis di pusat ibadat itu.Selain Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, perhimpunan itu turut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS pusat.


Dalam satu kenyataan awalnya, Kamaruzaman menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai


"paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.""Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman. "Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama," katanya.


Keputusan jemaah menteri itu pernah dibantah oleh beberapa NGO Islam, termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil..........................Berita lanjut : KLIK


PenghuniGua : Penghuni Gua setuju sangat kenyataan di atas. Bab berdemontrasi PG tak setuju. Ada saluran lain boleh dibuat dan disampaikan pendapat kita. Bab komen tu PG setuju seratus peratus dan PG dah beri komen di KLIK.
Kerajaan perlu berhati-hati dalam perkara ini. Kedudukan DYMM Agung, DYMM Raja-Raja dan Kuasa negeri perlu dipatuhi. Juga kedudukan orang Melayu dan orang islam yang telah menyokong BN masa PRU ke 12 dahulu sebanyak 75 %. Jaga perasaan mereka. Bukan jaga perasaan orang lain.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR