FOLLOWERS

Showing posts with label MLJ / KES KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label MLJ / KES KEMALANGAN. Show all posts

Monday, 18 June 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN / TUNTUTAN INSURAN !!!!!



[1996] 1 MLJ 576
Samsuri bin Saad & Anor v Chew Kit Toh (t/a Kit Thong Woh Hup) and another appeal
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL APPEAL NOS 12–24–93(T) AND
                                12–25–93(T)

                Judges ABDUL MALIK ISHAK J

                Date      8 FEBRUARY 1995

                Citation                [1996] 1 MLJ 576


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Memorandum of — Memorandum of appeal incorporated into record of appeal — Whether memorandum served — Effect of failure to serve memorandum — Rules of the High Court 1980 O 55 r 2

Damages (Personal Injuries or Death) — Action for — Recovery of damages — Both deceased and respondents equally blameworthy — Whether innocent victim entitled to recover 100% against respondents
Damages (Personal Injuries or Death) — Fatal accident — Dependency claim — Apportionment of liability — Findings of sessions court judge — Whether appellate court judge may interfere — Deceased found to be 50% blameworthy — Whether father of deceased entitled to recover 100% damages — Civil Law Act 1956 s 7

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Anak lelaki perayu pertama (A) (‘si mati’) telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalanraya yang melibatkan subuah motosikal dan sebuah lori. Si mati adalah penunggang motorsikal itu dan perayu kedua, yang mengalami cedera parah, adalah pembonceng. Pemandu lori adalah penentang (C). A membuat suatu tuntutan tanggungan di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Hakim mahkamah sesyen mendapati bahawa si mati dan pemandu lori sama-sama patut dipersalahkan tetapi seterusnya memutuskan bahawa, setakat mana kuantum ganti rugi adalah berkenaan, C adalah bertanggungan untuk membayar 100% kepada A and B. Kesemua pihak membuat rayuan. Isu dalam kedua-dua rayuan berkisar pada liabiliti dan kuantum ganti rugi. 

Dalam rayuan pertama, A dan B berhujah bahawa C adalah bersalah pada keseluruhannya dan ekoran itu, liabiliti tidak patut diagihkan. Dalam rayuan kedua, C berhujah bahawa B adalah tidak berhak untuk mendapatkan 100% gantirugi daripada C kerana hakim mahkamah sesyen telah mendapati bahawa si mati dan C were adalah sama-sama bersalah. Satu lagi isu yang timbul yang berkenaan dengan soal ganti rugi ialah sama ada A, sebagai bapa si mati, berhak memperolehi 100% ganti rugi walaupun si mati didapati 50% cuai. Dalam rayuan kedua, A dan B mambangkitkan satu bantahan permulaan bahawa memorandum rayuan tidak disampaikan kepada mereka tetapi dimasukkan di dalam rekod rayuan, bertentangan dengan A 55 k 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak kedua-dua rayuan itu:

(1) Memorandum rayuan tidak membentuk sebahagian daripada rekod rayuan dan patut oleh itu difailkan secara berasingan. Oleh itu, rayuan kedua patut ditolak (lihat ms 580F–H); Sobri bin Hasan v Ramalingam [1993] 3 CLJ 70 dan Siang Galau v Ang Wak Hiong [1994] 1 CLJ 82 diikut.

(2) Mahkamah rayuan harus elakkan diri daripada bercampur tangan dengan pengagihan liabiliti jika ia berpuas hati bahawa tidak terdapat kesilapan undang-undang atau fakta dalam penghakiman hakim perbicaraan. Dalam kes ini, pengagihan liabiliti atas asas 50%:50% antara pihak-pihak telah dicapai dengan betul oleh hakim mahkamah sesyen (lihat ms 583B–D); Uval & Anor v Zainal [1970] 1 MLJ 74 diikut.

(3) Berkenaan dengan soal kuantum ganti rugi, sebuah mahkamah rayuan tidak akan bercampur tangan semata-mata kerana jumlah yang diaward oleh hakim perbicaraan adalah lebih atau kurang daripada apa yang akan diaward oleh mahkamah rayuan sendiri. Cuma apabila hakim perbicaraan telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau telah memahami fakta-fakta dengan salah atau telah membuat satu jangkaan yang salah tentang kerosakan, barulah mahkamah rayun berhak bercampur tangan. Dalam kes ini award yang dibuat adalah adil dan munasabah — hakim mahkamah sesyen telah mempertimbangkan semua autoriti-autoriti yang dikemukakan kepadanya dan telah mencapai jumlah-jumlah itu dengan beul (lihat ms 583D–G); Lim Joo Chiang v Lim Siew Choo & Anor [1955] MLJ 201 diikut.

(4) Satu pihak ketiga seperti B yang tidak bersalah berhak memperolehi keseluruhan ganti rugi (100%) tanpa mengira dapatan bahawa si mati dan C sama-sama patut dipersalahkan. Adalah mencukupi untuk B membuktikan kecuaian terhadap C walaupun bukan keseluruhan kecuaian itu (lihat ms 584A,B); Reliance Omnibus Co Sdn Bhd & Anor v Ishak bin Mohd Jaafar & Anor[1993] 4 CLJ 291 dan Oli Mohamed v Keith Murphy & Anor [1969] 2 MLJ 244 diikut.

(5) Kedudukan adalah sama untuk A, bapa si mati, yang membuat tuntutan tanggungan ini di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Dia tidak bersalah dan tidak bertanggung jawab atas kesalahan itu. Dia berhak mendapat 100% ganti rugi sungguhpun si mati didapati 50% bersalah (lihat ms 585G); Veronica Joseph (F), An Infant & Anor (by Cyril Augustus Joseph, their Next Friend) v Tu Kon Lin & Anor[1987] 1 CLJ 81 diikut; Lim Chai Oon & Anor v Normah bte Ismail (Widow) Suing on Behalf of Herself and Seven Minors as Dependants of Fadzin bin Abu & Anor[1994] 2 CLJ 783 diikut.]

Penghuni Gua : semuga paparan inimemberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Wednesday, 23 February 2011

MALAYAN LWA JOURNAL : KES KEMALANGAN / LIABILITI !!!!!



[1995] 1 MLJ 12
Sivakumaran & Ors v Yu Pan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL WUIT NO 23–83 OF 1991

Judges KC VOHRAH J

Date 18 OCTOBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 12


Catchwords:

Tort — Negligence — Suicide — Foreseeability — Whether tortfeasor liable for victim’s subsequent suicide — Whether reasonable man test of foreseeability applies — Whether tortfeasor takes his victim as he finds him — Whether victim must suffer from physical or psychological predisposition to suicide before the accident

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif keempat dan tiga orang anaknya yang belum dewasa (plaintif pertama, kedua dan ketiga yang bertindak melalui sahabat wakil mereka, iaitu plaintif keempat) telah mendakwa defendan pertama dan kedua sebagai pemandu dan pemilik, masing-masing, sebuah lori yang terlibat dalam suatu kemalangan dengan mendiang suami plaintif keempat, Selvaraj a/l Aiyavoo (‘si mati’). Si mati telah mengalami beberapa kecederaan dan sembilan bulan kemudian telah membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Plaintif menuntut kehilangan penanggung di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan menegaskan bahawa seorang pelaku tort menerima mangsanya dalam keadaan yang dijumpainya. Sebaliknya, defendan berhujah bahawa kematian si mati itu melalui pembunuhan diri tidak boleh diramal, memandangkan rukun yang dinyatakan di dalam The Wagon Mound[1961] AC 388; [1961] 1 All ER 404; [1961] 2 WLR 126. Keterangan perubatan tidak dikemukakan mengenai keadaan fikiran si mati dan plaintif keempat telah menyatakan bahawa beliau tidak menjangka bahawa si mati akan membunuh diri. Juga tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa si mati mempunyai suatu kecenderungan fizikal atau psikologi yang terpendam untuk menghidap sesuatu kecederaan atau penyakit tertentu sebelum kemalangan itu.

Diputuskan:
Diputuskan menolak tuntutan itu:

(1) Rukun yang dinyatakan di dalam The Wagon Moundbahawa seseorang defendan menanggung liabiliti jika kerosakan kepada plaintif terdiri daripada jenis kerosakan yang boleh diramal oleh seseorang waras, tidak memansuhkan rukun bahawa seorang pelaku tort menerima mangsanya dalam keadaan yang dijumpainya. Oleh itu, asalkan keperluan untuk mendapatkan rawatan untuk sesuatu kecederaan itu boleh diramalkan, soalan tentang kebolehramalan jenis akibat itu tidak timbul.

(2) Di dalam kes ini, pembunuhan diri si mati tidak merupakan suatu reaksi biasa terhadap kecederaannya dan tidak boleh diramalkan, seperti yang dibuktikan oleh kenyataan plaintif keempat bahawa beliau tidak menjangka bahawa si mati akan membunuh dirinya. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa si mati telah mempunyai suatu kecenderungan psikologi untuk berasa murung dan pada hakikatnya, keterangan menunjukkan beliau adalah seorang yang betul-betul sihat sebelum kemalangan itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pihak. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Monday, 25 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN !


[1994] 3 MLJ 105
Lim Chai Oon & Anor v Normah bte Ismail & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–40–91

Judges JAMES FOONG J

Date 28 MAY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 105


Catchwords:

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Contributory negligence — Whether damages reduced proprotionately — Whether deduction could be made for income earned by dependant from deceased’s estate — Whether income was a benefit — Civil Law Act 1956 ss 7, 8, 12(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 1 Mei 1988, sebuah motokar yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh defendan kedua telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh suami plaintif pertama (‘si mati’) dan anak perempuan mereka, plaintif kedua, yang mengalami kecederaan parah. Plaintif pertama telah membawa tuntutan kehilangan tanggungan ini terhadap defendan bagi pihak dirinya sendiri dan anak-anak beliau di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’). Hakim mahkamah sesyen memutuskan bahawa defendan pertama dan si mati sama-sama bersalah atas kemalangan itu.

Bagaimanapun, hakim itu telah mengawardkan ganti rugi sebanyak RM300 sebulan berdasarkan liabiliti 100%, mengikut keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Veronica Joseph, an infant & Anor v Tu Kon Lin & Anor [1987] 1 CLJ 81. Defendan telah membuat rayuan. Isu yang timbul adalah: (i) sama ada kehilangan tanggungan seharusnya dikurangkan mengikut peratus liabiliti yang ditanggung oleh si mati; dan (ii) sama ada suatu penolakan seharusnya dibuat untuk mengambil kira pendapatan yang diperolehi oleh plaintif pertama daripada mengambil alih dan menguruskan ladang Felda si mati.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Seksyen 12(4) Akta itu jelas menyatakan bahawa di dalam tindakan yang dibawa di bawah ss 7 dan 8, ganti rugi yang boleh diperolehi akan dikurangkan berkadar dengan takat kesalahan si mati. Tidak ada keperluan bahawa harta pusaka si mati mesti didengar atau dijadikan suatu pihak sebelum pengumpukan ganti rugi boleh dibuat seperti yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph. Oleh kerana benefisiari sesuatu harta pusaka juga biasanya merupakan orang tanggungannya, amalan yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph tidak seharusnya digalak supaya dapat mengelakkan bilangan guaman yang banyak mengenai perkara yang sama. Oleh demikian, ganti rugi itu dikurangkan sebanyak 50%.
(2) Wang yang diperolehi oleh plaintif pertama tidak seharusnya ditolak daripada kehilangan tanggungan kerana ia merupakan suatu hasil kerjanya sendiri dan bukan suatu keuntungan yang diakibatkan oleh kematian si mati. Di dalam suatu tuntutan untuk kehilangan tanggungan, orang tanggungan itu tidak dikehendaki mengurangkan kehilangan mereka.

(3) Kehilangan tangunggan itu seharusnya digantikan dengan jumlah yang dipersetujui sebanyak RM500 sebulan dan bukannya RM300. Award yang diberikan adalah: RM18,000 untuk kehilangan sebelum perbicaraan, iaitu RM500 x 36 bulan; RM36,000 untuk kehilangan selepas perbicaraan, iaitu RM500 x 72 bulan; dan ganti rugi khas sebanyak RM11,800. Kesemua jumlah tersebut mesti dikurangkan sebanyak 50%.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

Monday, 9 August 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN MAUT / RAYUAN MERINGANKAN HUKUMAN !


[1993] 1 MLJ 103
Goh Kheng Seong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPEAL NO 41–126–91

Judges VINCENT NG JC

Date 8 JULY 1992
Citation [1993] 1 MLJ 103


Catchwords:

Criminal Procedure — Sentence — Dangerous driving — Plea of guilty — Imposition of custodial sentence — Factors to be considered before imposing custodial sentence — Statement of facts — Duty of prosecutor to properly frame facts — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Road Traffic — Dangerous driving — Plea of guilty — Factors to be considered before imposing custodial sentence — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Words and Phrases — ‘Shall on conviction be liable’ — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah mengaku bersalah keatas suatu kesalahan memandu dengan membahayakan di bawah s 34A(1) Ordinan Lalu Lintas Jalan 1958 (‘Ordinan itu’). Fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hanya menyatakan bahawa pemohon memandu motolorinya dengan sebegitu cara sehingga melanggar belakang basikal si mati. Si mati meninggal tidak lama kemudian kerana kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan itu. Sebelum pemohon dihukum, pihak pendakwa telah meminta supaya mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal. Pemohon telah dihukum enam bulan penjara dan dihilangkedaripada memandu kenderaan dari mana-mana kelas selama 12 bulan. Pemohon telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan rayuan itu:

(1) Kes-kes memandu dengan menbahayakan boleh dibahagikan kepada dua kategori; pertama, dimana kemalangan itu berlaku kerana pemandu tidak memberi perhatian penuh atau salah agak untuk seketika; dan keduanya, di mana si tertuduh telah memandu sebegitu cara yang menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau tentang penunggang, atau dengan sikap tidak peduli. Seseorang si tertuduh yang telah disabitkan kerana tidak memberi perhatian penuh atau salah agak untuk seketika dan yang memrekod memandu yang baik patut biasanya didenda dan dihilangkan kelayakan daripada memegang lesen memandu untuk tempoh minimum statutori.
(2) Dalam kepentingan pemandu-pemandu awam dan lain-lain pengguna jalanraya, mahkamah sepatutnya mengenakan hukuman yang berat keatas pemandu yang tertentu yang telah dituduh medengan membahayakan dan dimana sesuai, mengena hukuman tahanan. Tetapi, sebelum mengenakan hukuman tahanan, mahkamah mesti berpuashati atas fakta-fakta bahawa si tertuduh telah menunjukkan tanpa diragui lagi, dengan cara beliau memandu, suatu darjat kebersalahan yang tinggi yang disengajakan dan tidak berperasaan dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau menunjukkan sikap mementingdiri sendiri dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau tentang penunggangnya iaitu tafsiran kememandu dengan membahayakan.

(3) Majistret telah menyebabkan salah laksana keadilan apabila beliau menjatuhkan hukuman enam bulan penjara tanpa sebarang asas faktual untuk menjatuhkan hukuman tahanan itu. Pemohon telah diberi suatu hukuman teladan dengan harapan agar hukuman itu akan menjadi suatu pencegahan kepada pemandu yang lain lebih daripada kerana beliau sengaja memandu dengan cara yang merbahaya kepada orang awam. Ini bertentangan sepenuhnya dengan prinsip kehukuman.

(4) Batas yang jelas mesti ditentukan di antara peringkat sebelum dan selepas sabitan di dalam suatu perbicaraan. Disebabkan oleh budi bicara statutori yang meluas yang diberi kepada mahkamah mengenai hukuman yang keras yang dikenakan kepada seseorang si tertuduh, tuduhan itu tidak membentukkan asas untuk hukuman itu. Asas ini mesti didapati dari fakta kesalahan yang dibentangkan oleh pihak pendakwa sepertimana yang diperakui atau dipertikaikan oleh si tertuduh itu. Oleh kerana dari fakta inilah sepertimana yang diterima oleh mahkamah yang faktor yang menerukkan lagi tuduhan dikutip untuk tujuan mengarahkan suatu hukuman punitif atau hukuman tahanan.

(5) Perkataaan ‘shall on conviction be liable to a term of imprisonment … or to a fine … or to both’ di dalam s 34A Ordinan itu tidak mengatasi penggunaan kuasa budi bicara penghukum.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Friday, 30 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN INSURAN KEMALANGAN !


[1996] 2 MLJ 118
Union Insurance Malaysia Sdn Bhd v Chan You Young
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–26 OF
1994

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 25 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 2 MLJ 118


Catchwords:

Insurance — Motor insurance — Construction of policy — Third party motor insurance — Husband was owner of car and policyholder — Son was authorized driver — Wife travelling in motor car as passenger — On her way to work — Accident occurred as a result of son’s negligence — No passenger liability cover — Rule of construction to be adopted — Whether insurer liable to indemnify husband as policyholder — Whether wife was a member of the son’s household — Whether wife was a passenger ‘carried by reason of or in pursuance of a contract of employment’

Insurance — Motor insurance — Compulsory third party motor insurance — Wife travelling in husband’s motor car as passenger — Son was authorized driver — Accident occurred as a result of son’s negligence — Whether wife could sue husband and son — Whether husband a tortfeasor — Whether wife’s action barred by s 9(2) of Married Women Act 1957

Insurance — Motor insurance — Compulsory third party motor insurance — Authorized driver covered by policy — Whether court could substitute the words ‘authorized driver’ for the the word ‘policyholder’ in every relevant place of policy to determine liability of authorized driver
Tort — Action against spouse — Statute preventing action against spouse in tort — Whether statute applicable in wife’s action against husband based on vicarious liability — Married Women Act 1957 s 9(2)

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary
Dalam kes ini, seorang yang bernama Puan Chan You Young (‘penentang’) telah mengalami kecederaan apabila kereta yang dia naik dalam perjalanan untuk bekerja terlibat dalam suatu kemalangan. Kereta tersebut dipunyai oleh suaminya dan ia dipandu oleh anak lelakinya dengan kebenaran dan autoriti suaminya pada masa material itu. Kereta itu diinsuranskan oleh Union Insurance Malaysia Sdn Bhd (‘perayu’) di bawah satu polisi (‘polisi tersebut’) yang melindungi si suami, dan menurut fasal 2(a) s II polisi tersebut, anak lelakinya yang merupakan pemandu yang diberikuasa.

Penentang telah berjaya mendakwa suaminya sebagai pemunya, dan anak lelakinya sebagai pemandu cuai kereta tersebut. Walau bagaimanapun, perayu, sebagai penginsurans, enggan memuaskan penghakiman yang telah diperolehi oleh penentang. Ekoran itu, penentang telah memfailkan prosiding mendapat kembali terhadap perayu di bawah s 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (‘APJ’) di mahkamah sesyen. Tuntutannya telah dibenarkan. Perayu merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Peguam perayu berhujah bahawa perayu tidak bertanggungan untuk menanggung rugi suami penentang kerana liputan di bawah polisi tersebut tidak merangkumi penentang, dan bahawa suami penentang telah gagal untuk mendapatkan suatu liputan liabiliti penumpang. Peguam perayu selanjutnya berhujah bahawa penghakiman adalah tidak sah atas alasan bahawa penentang telah mendakwa suaminya atas tort yang dikatakan telah dilakukan olehnya, dan tindakan penentang tersebut tidak boleh dikekalkan akibat s 9(2) Akta Perempuan Bersuami 1957 (‘APB’).

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Fasal 1(a) s II polisi tersebut yang membentangkan takat liputan liability pihak ketiga secara umum, memperuntukkan bahawa perayu-perayu akan menanggung rugi pemegang polisi berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh pihak ketiga yang bangkit daripada kegunaan kereta pemegang polisi, tertakluk kepada dua kekecualian, iaitu (i) jika pihak ketiga tercedera ‘dalam perjalanan penggajiannya oleh pemegang polisi’; dan (ii) jika pihak ketiga sebagai seorang penumpang ‘merupakan seorangahli keluarga pemgang polisi’ (lihat ms 127D–E).
(2) Walaupun fasal 1(a) s II adalah senyap sejauh mana ia adalah berkenaan dengan pemandu yang diberikuasa, mahkamah harus menggantikan perkataan ‘pemandu yang diberikuasa’ dengan perkataan ‘pemegang polisi’ di setiap tempat yang relevan, untuk menentukan liabiliti pemandu yang diberikuasa (lihat ms 127I); Richards v Cox[1943] 1 KB 139 dan Lim Eng Yew v United Oriental Assurance Sdn Bhd [1989] 1 MLJ 454 diikut.

(3) Dalam kes ini, penentang merupakan seorang pihak ketiga untuk tujuan polisi, dan dia tidak cedera dalam perjalanan penggajian dengan anak lelakinya, pemandu yang diberikuasa tersebut, dalam maksud kekecualian pertama kepada fasal 1(a), seperti mana yang telah diganti. Atas alasan ini sahaja, penentang dirangkumi oleh fasal 1(a) polisi itu, dan adalah berhak untuk menuntut di bawah polisi tersebut (lihat ms 131D–E).
(4) Dalam pentafsiran suatu dokumen, rukun pentafsiran contra proferentum akan terpakai di mana perkataan-perkataan dalam maksud biasa mereka menimbulkan dua pentafsiran yang jelas berbeza yang menyebabkan suatu ketaksaan. Dengan memakai rukun contra proferentum kepada polisi tersebut dalam kes ini, penentang bukan seorang ahli keluarga anak lelakinya dalam maksud kekecualian (ii) kepada fasal 1(a), seperti mana yang telah diganti, kerana anak lelakinya bukan merupakan ketua keluarga penentang. Atas alasan ini juga, perayu harus memuaskan penghakiman yang diperolehi (lihat ms 132C dan 133F); Cornish v The Accident Insurance Co Ltd(1889) 23 QBD 453 dan Malaysia National Insurance Sdn Bhd v Abdul Aziz bin Mohamed Daud [1979] 2 MLJ 29 diikut.

(5) Fasal 9 pengendorsan D polisi tersebut memperuntukkan, antara lain, bahawa perayu-perayu tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan fizikal kepada mana-mana orang (melainkan seorang penumpang yang dibawa atas sebab atau menurut satu kontrak pekerjaan) yang dibawa dalam kenderaan yang berkenaan itu. Dengan memakai rukun contra proferentum kepada perkataan-perkataan dalam kurungan, penentang boleh sama ada mempunyai kontrak pekerjaan dengan suaminya, iaitu pemegang polisi, atau majikannya. Oleh itu, penentang berada dalam kereta suaminya ‘atas sebab kontrak pekerjaan dengan majikannya’ (lihat ms 127C dan 133H); Izzard v Universal Insurance Co [1937] 3 All ER 79 dan Wong Kon Poh v New India Assurance Co Ltd [1970] 2 MLJ 287 diikut.

(6) Jika perayu ingin mengecualikan penentang, ketakmasukan begitu harus dinyatakan secara nyata dalam polisi dalam terma jelas (lihat ms 134A).
(7) Suatu lagi pendekatan yang boleh dipakai dalam pentafsiran fasal 9 Pengendorsan D ialah dengan mempertimbangkan perkataan-perkataan dalam kurungan secara penyarak. Pentafsiran ini bermakna ungkapan ‘atas sebab satu kontrak pekerjaan’ mesti dibaca secara penyarak daripada ungkapan ‘menurut satu kontrak pekerjaan’ akibat kehadiran perkataan ‘atau’ antara dua ungkapan itu. Ekoran itu, atas sebab wujudnya suatu kontrak pekerjaan dengan satu pihak ketiga, penentang boleh mendapat penghakiman terhadap perayu (lihat ms 135E).

(8) Mengikut terma polisi tersebut, penentang boleh menguatkuasakan polisi tersebut terhadap sama ada pemegang polisi (suaminya) atau pemandu yang diberikuasa (anak lelakinya), dan pihak yang harus membayar pada akhirnya adalah perayu (lihat ms 136E).

(9) Seksyen 9(2) APB mencegah tindakan dalam tort terhadap seseorang suami/isteri. Dalam kes ini, tindakan penentang terhadap suaminya bukan berasaskan tindakan dalam tort tetapi atas liabiliti vikarius suaminya akibat kecuaian pemandu yang diberikuasa, iaitu anak lelakinya. Suami bukanlah pelaku tort. Oleh kerana tort ‘liabiliti vikarius’ tidak wujud, s 9(2) tidak terpakai (lihat ms 136H dan 137A–B).
(10) Selanjutnya, tindakan penentang yang merupakan seorang isteri juga boleh ditafsirkan sebagai suatu tindakan untuk melindungi hartanya yang dibenarkan di bawah s 9(1) APB (lihat ms 139I).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Monday, 19 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN KEMALANGAN !


[1994] 1 MLJ 599
Noor Famiza bte Zabri & Anor v Awang bin Muda & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL SUIT NO 21–02–92(89)

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC
Date 31 DECEMBER 1993
Citation [1994] 1 MLJ 599


Catchwords:

Tort — Negligence — Res ipsa loquitur — Whether doctrine applicable where cause of accident known

Civil Law Act — Fatal accident — Loss of future earnings — Deduction of deceased’s living expenses — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(c)

Civil Law Act — Negligence — Damages — Personal injuries — Cerebral concussion — Abrasion — Soft tissue injury — Civil Law Act 1956

Civil Law Act — Negligence — Damages — Personal injuries — Four-year-old boy — Pain on right cheek

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif-plaintif dan defendan pertama telah terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya di mana suami plaintif pertama (‘si mati’) telah terbunuh. Defendan pertama memandu lori tentera yang berlanggar dengan motokar plaintif sebagai kakitangan atau ejen defendan kedua. Plaintif menuntut, antara lain, kehilangan mata pencarian si mati dan untuk kecederaan mereka. Menurut keterangan, kemalangan itu berlaku di jalan laluan plaintif dan plaintif bergantung pada doktrin res ipsa loquitur. Defendant, sebaliknya, menyatakan bahawa si mati telah menyumbang kepada kemalangan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan plaintif:

(1) Doktrin res ipsa loquitur bukanlah suatu prinsip undang-undang substantif tetapi merupakan suatu rukun keterangan. Di dalam kes ini, motokar plaintif berada pada belahnya yang betul pada masa material dan hakikat bahawa kemalangan itu berlaku bermakna terdapat pencerobohan oleh defendan pertama ke laluan motokar plaintif. Oleh itu, kecuaian seharusnya diletakkan sepenuhnya pada pihak defendan pertama. Oleh kerana kecuaian defendan telah ditunjukkan, doktrin res ipsa loquitur tidak terpakai.

(2) Tuntutan plaintif untuk ganti rugi khas tidak dibenarkan kerana mereka gagal membuktikannya secara ketat. Bagaimanapun, seperti yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak, RM134 dibenarkan untuk pembelian laporan polis dan perubatan. Faedah dibenarkan pada kadar 4% setahun dari tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman dan seterusnya pada 8% setahun hingga ianya dibayar.

(3) Plaintif pertama, sebagai isteri si mati, dibenarkan RM10,000 untuk ‘bereavement’ di bawah s 7(3A) dibaca dengan s 7(3B)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’).

(4) Apabila mentaksirkan kehilangan mata pencarian, mahkamah mengambil kira perbelanjaan kehidupan si mati pada masa kematiannya. Keterangan menunjukkan bahawa si mati mendapat RM1,100 sebulan dan bahawa beliau membeli dua atau tiga helai kemeja setahun pada harga RM90 setahun. Sebulan, si mati menggunakan lebih kurang RM10. Oleh itu, jumlahnya adalah: RM1,100 - RM10 = MR1,090 sebulan. Multiplier itu bergantung kepada s 7(3)(iv)(d) Akta itu, dan oleh kerana si mati berumur 35 tahun pada masa kematiannya, multiplier itu adalah 10. Dengan itu, RM130,800 diawardkan untuk kehilangan mata pencarian.

(5) Bagi kecederaan plaintif, mahkamah mengawardkan RM1,500 untuk konkusi serebrum; RM300 untuk lelasan sepanjang 2cm di pipinya; dan RM300 untuk kecederaan tisu lembut (‘soft tissue injury’).

(6) Plaintif kedua, seorang kanak-kanak berumur empat tahun, diaward RM500 untuk kesakitan di pipi kanannya.

(7) Faedah atas ganti rugi am diaward pada kadar 6% setahun dari tarikh tindakan difailkan hingga tarikh penghakiman.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pelajar dan pembaca . Tq

Saturday, 3 April 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TUNTUTAN INSURAN KEMALANGAN !


[1995] 2 MLJ 469
Razman bin Hashim v South East Asia Insurance Co
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (IPOH) — CIVIL APPEAL NO 12–1–1993

Judges KANG HWEE GEE JC

Date 1 APRIL 1995
Citation [1995] 2 MLJ 469


Catchwords:

Tort — Negligence — Contributory negligence — Rider of motor cycle not a party to the suit — Whether liability could be apportioned — Whether several liability — Whether plaintiff pillion rider could be contributorily negligent — Civil Law Act 1956 s 10(2)

Civil Procedure — Parties — Non-joinder of party — Joint tortfeasors — One of them not party to suit — Not called as witness — Apportionment of liability — Whether order consistent with legal principles — Whether rule of natural justice breached

Insurance — Motor insurance — Liability of insurers to satisfy judgment obtained against insured — Insured a joint tortfeasor — The other joint tortfeasor not a party to the suit — Whether insurer must pay full judgment sum — Road Traffic Ordinance 1958 s 80(1) — Road Transport Act 1987 s 96

Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam suatu kemalangan jalan raya, sebuah motosikal telah berlanggar dengan sebuah motokar. Penunggang motosikal itu (‘si mati’) telah meninggal dunia dan pembonceng motosikal itu (‘perayu’) pula mengalami kecederaan. Perayu telah mendakwa pemandu motokar itu (‘pemandu motokar’) di Mahkamah Tinggi, dan pemandu motokar itu telah diperintahkan supaya membayar RM60,000 kepada perayu sebagai ganti rugi am.

Walau bagaimanapun, sungguhpun harta pusaka si mati tidak merupakan suatu pihak di dalam guaman ini, Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa pemandu motokar tersebut dan si mati merupakan pelaku tort bersama, lalu mengumpukan liabiliti mereka pada kadar 50:50. Syarikat insurans motokar tersebut (‘responden’) telah membayar perayu 50% daripada jumlah penghakiman tersebut kononnya dengan tujuan memuaskan perintah mahkamah.

Mereka mengatakan bahawa jumlah tersebut merupakan jumlah tunggal yang wajib dibayar oleh mereka di bawah Ordinan Trafik Jalan 1958 (‘Ordinan tersebut’), memandangkan pengumpukan liabiliti itu. Perayu tidak berpuas hati, lalu memfailkan suatu tindakan terhadap responden di mahkamah sesyen untuk mendapat kembali baki 50% daripada jumlah penghakiman. Tindakannya telah ditolak oleh hakim mahkamah sesyen dan perayu membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu
:

(1) Oleh kerana perayu hanya mendakwa pemandu motokar itu, Mahkamah Tinggi tidak seharusnya mengumpukan liabiliti kerana ini telah menimbulkan masalah pentafsiran. Bagaimanapun, penghakiman itu tidak memerintahkan pemandu motokar itu menanggung hanya 50% daripada ganti rugi. Oleh itu, untuk menguatkuasakan penghakiman tersebut, adalah perlu untuk mentafsirnya dengan menggunakan pendekatan purposif, iaitu adalah perlu untuk menganggap bahawa hakim yang berkenaan berniat untuk bertindak menurut prinsip undang-undang, dan bukan bercanggahan dengannya.

(2) Bahagian penghakiman Mahkamah Tinggi yang memerintahkan supaya pemandu motokar tersebut membayar jumlah penghakiman yang sepenuhnya adalah jelas dan harus dikuatkuasakan. Ia adalah sejajar dengan prinsip mantap bahawa pembonceng motosikal tidak boleh didapati melakukan kecuaian sertaan. Ia juga adalah selaras dengan prinsip bahawa pelaku tort bersama adalah bertanggungan secara berasingan terhadap plaintif yang berhak mendapatkan keseluruhan kerugiannya daripada mana-mana pelaku tort yang beliau pilih.

(3) Walau bagaimanapun, bahagian penghakiman yang lain yang dikatakan bermaksud untuk mengumpukan liabiliti antara pemandu motokar dengan si mati adalah tidak kena, dan harus diabaikan. Oleh kerana harta pusaka si mati bukan merupakan suatu pihak di dalam guaman ini, Mahkamah Tinggi tidak boleh memerintah supaya si mati menanggung 50% daripada liabiliti perayu di bawah s 10(2) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Adalah jelas bahawa liabiliti untuk membayar jumlah penghakiman itu yang merupakan suatu ‘liabiliti yang dirangkumi oleh terma polisi’ di bawah s 80(1) Ordinan tersebut, jatuh ke atas responden sahaja.

(4) Juga, adalah jelas bahawa perintah pengumpukan liabiliti itu melanggar maxim audi alteram partemdi bawahprinsip keadilan asasi, kerana Mahkamah Tinggi di dalam kes ini tidak mendengar keterangan daripada si mati yang sudah tidak boleh dipanggil sebagai seorang saksi.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR